Pengalaman Bersiar Siar Di Jambatan Gantung Tamparuli Sabah


Sebaik sahaja saya dapat kereta yang disewa dari syarikat Global Lepa, saya merancang untuk terus memandu ke Kundasang, Sabah.
 
Kalau boleh saya nak sampai awal di Kundasang, sebabnya ada beberapa tempat yang saya tak sempat kunjungi semasa percutian saya ke Sabah pada tahun sebelumnya. Salah satu tempat yang saya dah plan nak pergi ialah di War Memorial, Kundasang.
 
Lagi satu, saya juga perlu ambil kira keadaan cuaca yang tak menentu. Kalau tiba-tiba hujan, nanti terpaksa tukar plan pulak.

Saya dah pernah singgah di Rumah Terbalik – The Upside Down House of Borneo sebelum ini, jadi kali ini saya tak bercadang untuk masuk sekali lagi ke tempat tu.
 
Kalau dulu, konsep rumah terbalik ini memang begitu unik pastinya ramai pengunjung ingin ambil peluang untuk lihat sendiri bagaimana rupa dan keadaan rumah terbalik ini. Tapi sekarang ini, saya lihat rumah terbalik dah ada agak banyak di Malaysia.
 
Baiklah, sambung pasal kisah saya jalan-jalan di sekitar Jambatan Gantung Tamparuli, di daerah Tuaran Sabah ini.

Kalau anda nak datang ke sini, anda tak perlu risau tentang tempat parking, sebabnya dekat sini ada banyak petak parking yang disediakan.
 
Tempat ini, bukan sahaja menjadi tumpuan pengunjung dari luar, malahan orang tempatan juga menjadikan tempat ini sebagai satu tempat tumpuan.
 
Dekat sini ada pasar, yang menjual barangan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan juga lauk pauk.

Jadi boleh dikatakan penduduk di sekitar Tamparuli, akan ke Pekan Tamparuli ini untuk dapatkan bekalan makanan harian.

Inilah dia permulaan jambatan gantung tamparuli.
 
Tiada sebarang bayaran untuk naik ke atas ini. Jambatan ini memang digunakan oleh penduduk setempat untuk menyeberangi sungai tamparuli.

Kita kena mendaki sedikit, macam panjat bukit kecil juga rasanya.
 
Jambatan gantung ni memang agak panjang. Saya rasa, panjangnya mungkin ada dalam 200 meter.

Bila dah ada dekat atas ini, ambil lah gambar kenang-kenangan dalam sekeping dua.

Dari atas ini, kita boleh lihat jambatan tamparuli yang dibina menggunakan binaan yang lebih kukuh.

Untuk kenderaan seperti kereta, pacuan 4 roda, bolehlah menggunakan laluan tersebut. Tapi kena ambil giliran, sebab laluan yang disediakan hanya muat-muat untuk satu kereta sahaja.

Atas ini adalah pemandangan sungai tamparuli dari sebelah kiri saya.
 
Ini pula yang dekat sebelah kanan.

Tak pasti pula saya, sama ada sungai ini dalam atau tidak, ada buaya ke tak ada, boleh mandi atau tak.

Saya tak nampak pun kelibat ada budak-budak tempatan yang mandi dekat sini. Kelibat orang memancing pun tak ada.
 
Tak berapa jauh dari sekitar kawasan jambatan gantung tamparuli ini juga ada sebuah rumah yang nampaknya terbiar. Siapalah agaknya pemilik rumah ini ya?

Saya perasan ada solar panel diletakkan disini. Kalau anda nak tahu, tempat ini memang panas! Kalau nak datang berkunjung ke sini, datanglah awal pagi, atau lewat petang. Kalau dalam pukul 9 lebih atau pukul 10 tu, memang sangat panas.

Kena siap sedia dengan payung dan spek hitam ya.
 
Dari pembacaan yang saya buat, Jambatan Tamparuli ini memang terkenal sebabnya ada sejarah hitam disebalik pembinaan jambatan ini.
 
Khabarnya, semasa pembinaan jambatan ini dulu, ia telah mengorbankan nyawa seorang anak gadis, dan seterusnya seorang lelaki berbangsa Inggeris.

Kalau ada yang minat nak baca, bolehlah baca tentang Lagenda Solungkoi dan Jambatan Tamparuli. Anda boleh baca dari blog urang Sabah ini ya.
 
Betul-betul dekat bawah jambatan gantung Tamparuli ini, ada sebuah restoran yang diberi nama Restoran & Katering UMI Masakan Melayu.

Makanannya boleh tahan sedap, dan yang penting dapatlah isi perut sebagai bekalan untuk ke Kundasang nanti.
 
Rupanya bila jalan-jalan kat jambatan gantung tu, perut jadi terasa lapar pula.

Atas ini adalah nasi ayam. Saya rasa nasi tu adalah nasi biasa, bukannya macam nasi ayam yang ada di kedai-kedai di semenanjung atau di Chicken Rice Shop.
 
Ini pula nasi goreng kampung.

Saya tak pasti apa beras yang digunakan sebabnya baru makan beberapa suap, memang dah terasa kenyang. Saya syak beras yang digunakan di Sabah ni mungkin tak sama dengan jenis beras yang di guna di semenanjung.
 
Baiklah, selesai jalan-jalan di Jambatan Tamparuli, saya teruskan pula perjalanan ke destinasi seterusnya… Kundasang, Sabah!
 

Terima kasih saya ucapkan kerana anda sudi baca perkongsian saya ini tentang pengalaman saya bersiar-siar di sekitar Jambatan Gantung Tamparuli. Sebagai menghargai kesudian anda luangkan masa, apa kata saya berikan kepada anda Travel Credit dari Airbnb bernilai RM120 ini. Sila tuntut di halaman ini.
 
Travel Credit ini, anda boleh gunakan untuk percutian anda nanti. Manalah tahu, anda ada plan nak pergi bercuti ke Sabah juga nanti. Bolehlah jimatkan sedikit kos untuk penginapan anda nanti.
Baca juga: Cara berjimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti dalam dan luar negara
 
 
The post Pengalaman bersiar-siar di Jambatan Gantung Tamparuli, Sabah appeared first on Xplorasi Destinasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://xplorasidestinasi.com/pengalaman-bersiar-siar-di-jambatan-gantung-tamparuli-sabah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Menginap Di H Benjamin Residence Semasa Bercuti Di Kundasang Sabah

Pengalaman Menginap Di H Benjamin Residence Semasa Bercuti Di Kundasang Sabah

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 1267 hits
Saya luangkan masa kira kira satu jam di Sebelum bergerak ke tempat penginapan yang kami tempah iaitu di H Benjamin Residence saya sempat beli beberapa pek buah buahan di Pekan Kundasang Salah satu buah yang saya suka ialah Avocado Cheese R...
Pengalaman Island Hopping Di Pulau Sapi Dan Pulau Manukan Sabah

Pengalaman Island Hopping Di Pulau Sapi Dan Pulau Manukan Sabah

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 974 hits
Island Hopping Sapi dan Manukan Sabah sendiri berada di kepulauan kepulauan Borneo Jadi tidak begitu pelik jika Sabah juga dikelilingi pulau dalam wilayahnya sendiri Islands Hopping Pulau Sapi dan Pulau ManukanKecantikan pulau sekitar Sabah...
Gbs Ganti Bn Di Sabah Ini Kata Pandikar Apabila Umno Sabah Dituduh Tiada Loloi

Gbs Ganti Bn Di Sabah Ini Kata Pandikar Apabila Umno Sabah Dituduh Tiada Loloi

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 516 hits
Menyedari nadi rakyat yang dahagakan perpaduan dan kekuatan politik di kalangan parti parti politik di Sabah empat parti di negeri tersebut telah berbincang dan bersetuju untuk menubuhkan Gabungan Bersatu Sabah secara rasmi pada 25 Oktober ...
Keputusan Ketua Menteri Sabah Ditetapkan 7 November

Keputusan Ketua Menteri Sabah Ditetapkan 7 November

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 482 hits
IZYAN LIYANA MOHD DARIF 25 Oktober 2018 8 17 PM KOTA KINABALU Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 7 November depan sebagai tarikh keputusan bagi penentuan
Penyokong Sabah Fa Mahu Pengurusan Dimantapkan

Penyokong Sabah Fa Mahu Pengurusan Dimantapkan

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 295 hits
Artikel Pilihan Rata rata suara penyokong mahukan pengurusan dimantapkan terlebih dahulu sebelum membuat perancangan pasukan di musim depan Tiada gunanya menyasarkan pemain berkualiti tetapi isu gaji masih menjadi bebanan besar buat SAFA Pe...
Sis Bercuti Ke Sabah Day 1

Sis Bercuti Ke Sabah Day 1

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 578 hits
Oh sayangkuSis bercuti ke Sabah dengan geng2 sado office lama sis Well done best team Rumah TerbalikSebaik tiba di Kota Kinabalu geng kami dibawa ke yayasan Sabah then kedai makan Rahmat dan bergerak ke Rumah Terbalik Rumah terbalik milik p...
Tradisi Masyarakat Sabah

Tradisi Masyarakat Sabah

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 467 hits
Tradisi Masyarakat SabahAsalamualaikum Salam Sejahtera SemuaBertemu lagi di arena blog dan blog Etuza ini merupakan blog yang Etuza sayangi Selagi ada kesempatan dan idea selagi tu ada kemasukan entri baru Sokongan dan kemahuan berblog haru...
Had 2 Penggal Ok Tapi Bukan Untuk Sarawak Sabah Kata Aktivis

Had 2 Penggal Ok Tapi Bukan Untuk Sarawak Sabah Kata Aktivis

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 445 hits
Seorang aktivis berkata perlembagaan Sarawak tidak tertakluk kepada kehendak kerajaan persekutuan untuk memindanya sesuka hati KOTA KINABALU Seorang aktivis Sarawak berkata cadangan mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri kepada 2 penggal ...
Two Term Limit Ok But Not For Sarawak Sabah Says Activist

Two Term Limit Ok But Not For Sarawak Sabah Says Activist

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 296 hits
A Sarawak activist says only the people of Sarawak have the right to decide on the state s constitution KOTA KINABALU A Sarawak activist says that a proposal to limit the tenure of chief ministers to two terms is against the state s constit...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian

Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase