Pengalaman Island Hopping Di Pulau Sapi Dan Pulau Manukan Sabah



"Island Hopping Sapi dan Manukan"

Sabah sendiri berada di kepulauan, kepulauan Borneo. Jadi tidak begitu pelik jika Sabah juga dikelilingi pulau dalam wilayahnya sendiri.


Islands Hopping Pulau Sapi dan Pulau ManukanKecantikan pulau sekitar Sabah salah satu faktor penarik pelancong yang sering membuatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu agak sesak.


Datang ke Sabah tanpa menjejakkan kaki di pulau-pulaunya kurang lengkap percutian di Sabah.

Semuanya bermula di jeti feri di Jesselton Point. Pintu masuk ke pulau-pulau dalam kawasan Tuanku Abdul Rahman Park, pulau yang boleh dikatakan dikhaskan untuk pelancong meneroka sendiri keindahannya.

Pulau-Pulau Dalam Tuanku Abdul Rahman Park

Dalam Tuanku Abdul Rahman Park ini terdapat beberapa buah pulau seperti Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik, Pulau Gaya dan Pulau Sulug.

Bagi percutian island hopping di Sabah kali ini penulis memilih dua buah pulau, iaitu Pulau Sapi dan Pulau Manukan.

Mencari Tiket Feri Islands Hopping

Di jeti feri Jesselton Point terdapat pelbagai syarikat feri yang menawarkan harga yang menarik. Pengunjung perlu pandai memilih pakej-pakej yang disediakan.




Banyak kaunter tiket untuk island hopping di pulau-pulau ini yang dibuka untuk pilihan. Boleh digambarkan seumpama pasar tani jugalah dengan sambutan dari pekerja pengusaha feri yang inginkan pelancong memilih perkhidmatan mereka.




Setelah selesai mendapatkan tiket (boleh rujuk bahagian harga tiket feri dibawah artikel ini), ada baiknya penulis dan rakan-rakan mendapatkan bekalan makanan.




Sepertimana pengalaman sebelumnya, makanan yang dijual di pulau-pulau yang akan disinggahi nanti agak mahal dengan bajet ekonomi kami.

Sediakan Bekalan Makanan

Terdapat gerai makanan yang terdapat diantara platform menaiki feri dan pintu masuk dengan tempat duduk disediakan. Banyak juga jenis makanan yang ada dari nasi dan makanan berat sehinggalah makanan kudapan. Dengan harga masih harga daratan.

Kedai Pakaian Ke Pulau

Bagi mereka yang agak pelupa seperti penulis, tertinggal kaca mata hitam untuk menahan sinaran matahari yang terus memasuki kornea mata dengan kadar yang terhad boleh mendapatkan kaca mata apalai topi jerami ala-ala luffy budak getah untuk ke pulau nanti.




Baju renang beserta seluar renang juga dijual. Pandai tawar dapat murah, gunakan lenggok-lenggok bahasa Sabah mungkin boleh diskaun.

Akan terdapat seorang 'tour guide' dari pihak pengusaha feri yang anda pilih membantu anda untuk mengetahui mana feri yang perlu anda naiki nanti. Tunjukan sahaja tiket yang sudah disahkan tadi.

Perjalanan Ke Pulau Dengan Feri

Bila feri sudah sampai, pasangkan semangat kita boleh untuk mengharungi air laut masin untuk 10-15 minit nanti. 'Life jacket' akan diberikan kepada setiap pelancong yang akan melakukan aktiviti Island hopping ini, gunakan jaket keselamatan ini sehingga pulang kembali dari aktiviti ini nanti.




Life jacket untuk keselamatan semasa dalam bot dan untuk mandi manda dan snorkeling nanti. Usah risau untuk kanak-kanak juga disediakan.

Penulis memang seronok apabila menaiki feri yang agak laju sebagaimana feri ini, apalagi bunyi dentuman gentian kaca bot dihempas dengan gelombang laut hasil dari angin.




 Lebih menyeronokan apabila dikocak gelombang lebih besar dari pertembungan laluan antara bot, ditambah pula dengan tiupan angin beserta air laut yang masin menerpa muka dan badan.




Ketika ini mahu menjerit (untuk wanita biasanya hehe) sudah sukar didengari kerana bunyi bot dan angin. Sedikit kenangan mengharungi lautan menuju ke Pulau melalui video di bawah:




Pulau Sapi

Dengan mengambil masa lebih kurang 15-20 minit, penulis sampai di destinasi pertama Pulau Sapi.



sampai sahaja di Pulau Sapi kenangan sedikit di hadapan pintu gerbangnya yang menandakan bahawa anda sudah sampai ke destinasi ini. Disini pelancong akan membuat 'checkpoint' atau lapor diri pada staf yang bertugas.




Penulis ingat gambar yang sering dilihat di mana-mana tentang pantai yang putih dengan air laut sekitar bewarna hijau itu adalah 'edit' semata-mata.




Namun, memang benar warna air lautnya yang hijau dan langit biru, pasir pantai memutih, subhanallah ini betul-betul kejadian.

Hilang penat dilambung ombak.


Lakukan apa saja aktiviti bermoral dan tidak berasaskan jenayah disini. Bebas untuk pengunjung di Pulau ini untuk 2 jam berikutnya.



Apalagi, laut sudah memanggil-manggil, peralatan snorkeling sudah diganti. Action camera sudah berfungsi. Walaupun memang agak ramai dengan pelancong, masih ada ruang untuk bernafas melihat keindahan alam yang sememangnya bukan hari-hari boleh dinikmati.

Apa lagi, jum snorkeling.

Masing-masing sedang asyik membilang ikan-ikan yang pelbagai jenis melalui bahagian bawah manusia yang terapung.

Warna apa yang anda ingin lihat pada badan ikan ? Semua ada. Paling banyak yang boleh penulis gambarkan adalah ikan banduan, yang belang-belang begitu.




Dengan bantuan action camera, dapatlah penulis dapatkan sedikit video betapa jinaknya ikan-ikan ini. Jinak kerana lapar mungkin.

Dua jam menikmati Pulau Sapi, walaupun masih tidak puas bersama pulau ini perlu menuju ke pulau seterusnya pula. 




Pulau Manukan

Tidak begitu jauh dari Pulau Sapi, Pulau Manukan menghala ke tanah besar Sabah sedikit. Mungkin dalam 5 minit menaiki feri dari Pulau Sapi.




Pandangan pertama yang penulis dapat saksikan adalah pohonan rhu sekitar tepian pantai. Terdapat bangunan berupa chalet. Sejujurnya, di Pulau Manukan populasi pelancong tidak seramai di Pulau Sapi. Agak kurang meriah berbanding Pulau Sapi.




Terbaik juga keadaan ini, boleh melepaskan lelah sedikit dan waktu tengahari sudah tiba mungkin boleh mengisi perut mendapatkan kalori untuk mandi manda dan snorkeling di Pulau Manukan pula.




Jom mandi dan snorkeling sekali lagi..




Selesai makan, apalagi, mandi dan terus buka mata bulat-bulat untuk melihat apa yang ada di dasar cetek pantai Pulau Manukan ini.




Sekali lagi boleh dikatakan agak kecewa, populasi ikan di sini selari dengan populasi pengunjungnya.



Gambar penulis posing ketika snorkeling gagal dikesan memandangkan penulis banyak meluangkan masa sebagai fotografer tidak professional dan pemburuan ikan-ikan dalam air. Jadi gambar isteri dan rakan-rakan pun sudah cukup menggambarkan kegembiraan kanak-kanak dewasa bermain air.



Di keadaan cuaca yang amat baik, terlebih baik sebenarnya dengan pacakan terus menerus matahari dari atas kepala, teruja dengan air laut dan pulau, kami gagahkan jua meneruskan aktiviti yang bukannya setiap hari dilakukan ini.



Agak kurang ikannya untuk dilihat, melainkan satu sahaja yang menarik perhatian dibawah air menghijau ini, ikan paddle pop.

Nama ikan ini diberikan oleh kami sekalian. Warnanya seumpama ais krim paddle pop yang bewarna-warni. Sejujurnya itu sahaja ikan yang ada, tidak sebanyak di Pulau Sapi.



Jika difikirkan cukup bagus sebenarnya, boleh mandi dan berenang melihat dasar laut dengan tenang.

Pulang Ke Jeti Jesselton Point

Dua jam berlalu, selesai membilas badan yang mungkin menyebabkan menjadi ikan masin jika tidak dibilas (mungkin juga telur masin hehe) agak sedih untuk meninggalkan Pulau Manukan.




Kedua-dua pulau, Sapi dan Manukan terdapat keistimewaan sendiri. Nak meriah jum ke Pulau Sapi, nak tenang nikmati keindahan Pulau Manukan.

Mungkin di lain trip penulis akan mencuba tiga lagi pulau yang belum diterokai mata.

Informasi Pengunjung

Lokasi Jeti Feri Island Hopping

Jalan Haji Saman, 
Pusat Bandar Kota Kinabalu 
Kota Kinabalu 88000 
Sabah




Harga Feri Island Hopping

Pulau Sapi

Dewasa : RM23
Kanak-Kanak : RM18

Pulau Manukan

Dewasa : RM23
Kanak-Kanak : RM18

(Harga pergi-balik)

Bajet yang digunakan untuk aktiviti ini (2 pulau) RM50/seorang.

Mask Snorkel: RM10
Life Jacket: RM10




Waktu Operasi

Beroperasi setiap hari.

Pulau Tunku Abdul Rahman Park : 8.30 a.m hingga 5 p.m
Jeti Feri Jesselton Point: 6 pagi - 5 p.m




Persediaan Ke Pulau-Pulau

Dengan cuaca panas dan hawa khatulistiwa, hilang kehangatan yang ada selepas menjadikan pengalaman menikmati keindahan alam di dua buah pulau di Sabah ini sambil menikmati aktiviti hidupan dalam air melalui aktiviti snorkeling.

1. Makanan tambahan
2. Sun block
3. Ubatan 
4. Air minuman mencukupi

Jangan lupa buat persediaan yang lengkap untuk ke pulau, memang untuk bersantai namun persediaan untuk ke pulau penting untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak elok.




Bak kata Pak Jabit, Wahai penduduk-penduduk kampung jagailah kebersihan kampung kita.

Anda fikir anda tahu Pengalaman Island Hopping Di Pulau Sapi dan Pulau Manukan Sabah ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.belangtarung.com/2018/10/pengalaman-island-hopping-di-pulau-sapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Menginap Di H Benjamin Residence Semasa Bercuti Di Kundasang Sabah

Pengalaman Menginap Di H Benjamin Residence Semasa Bercuti Di Kundasang Sabah

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 1263 hits
Saya luangkan masa kira kira satu jam di Sebelum bergerak ke tempat penginapan yang kami tempah iaitu di H Benjamin Residence saya sempat beli beberapa pek buah buahan di Pekan Kundasang Salah satu buah yang saya suka ialah Avocado Cheese R...
Pengalaman Bersiar Siar Di Jambatan Gantung Tamparuli Sabah

Pengalaman Bersiar Siar Di Jambatan Gantung Tamparuli Sabah

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 870 hits
Sebaik sahaja saya dapat kereta yang disewa dari syarikat Global Lepa saya merancang untuk terus memandu ke Kundasang Sabah Kalau boleh saya nak sampai awal di Kundasang sebabnya ada beberapa tempat yang saya tak sempat kunjungi semasa perc...
Sis Bercuti Ke Sabah Day 1

Sis Bercuti Ke Sabah Day 1

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 577 hits
Oh sayangkuSis bercuti ke Sabah dengan geng2 sado office lama sis Well done best team Rumah TerbalikSebaik tiba di Kota Kinabalu geng kami dibawa ke yayasan Sabah then kedai makan Rahmat dan bergerak ke Rumah Terbalik Rumah terbalik milik p...
Penyokong Sabah Fa Mahu Pengurusan Dimantapkan

Penyokong Sabah Fa Mahu Pengurusan Dimantapkan

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 293 hits
Artikel Pilihan Rata rata suara penyokong mahukan pengurusan dimantapkan terlebih dahulu sebelum membuat perancangan pasukan di musim depan Tiada gunanya menyasarkan pemain berkualiti tetapi isu gaji masih menjadi bebanan besar buat SAFA Pe...
Gbs Ganti Bn Di Sabah Ini Kata Pandikar Apabila Umno Sabah Dituduh Tiada Loloi

Gbs Ganti Bn Di Sabah Ini Kata Pandikar Apabila Umno Sabah Dituduh Tiada Loloi

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 515 hits
Menyedari nadi rakyat yang dahagakan perpaduan dan kekuatan politik di kalangan parti parti politik di Sabah empat parti di negeri tersebut telah berbincang dan bersetuju untuk menubuhkan Gabungan Bersatu Sabah secara rasmi pada 25 Oktober ...
Ph S Wak To Strive In Ensuring Budget 2019 Includes 30pct Devt Expenditure To S Wak Sabah

Ph S Wak To Strive In Ensuring Budget 2019 Includes 30pct Devt Expenditure To S Wak Sabah

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 372 hits
Chong Chieng Jen 8211 File photo KUCHING Pakatan Harapan Sarawak will strive to ensure that the national Budget 2019 will include the 30 per cent development expenditure to Sarawak and Sabah as promised in their 14th General Election manife...
Kemenangan Reformasi Muda Di Semenanjung Kini Tumpu Sabah Dan Sarawak

Kemenangan Reformasi Muda Di Semenanjung Kini Tumpu Sabah Dan Sarawak

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 374 hits
30 OKTOBER 2018KEMENANGAN REFORMASI MUDA DI SEMENANJUNG KINI TUMPU SABAH DAN SARAWAKSelepas 5 minggu pemilihan KEADILAN telahpun selesai di Semenanjung Malaysia Keputusan tidak rasmi setakat 28 Oktober 2018 menunjukkan bahawa saya kini mend...
Tradisi Masyarakat Sabah

Tradisi Masyarakat Sabah

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 464 hits
Tradisi Masyarakat SabahAsalamualaikum Salam Sejahtera SemuaBertemu lagi di arena blog dan blog Etuza ini merupakan blog yang Etuza sayangi Selagi ada kesempatan dan idea selagi tu ada kemasukan entri baru Sokongan dan kemahuan berblog haru...
Had 2 Penggal Ok Tapi Bukan Untuk Sarawak Sabah Kata Aktivis

Had 2 Penggal Ok Tapi Bukan Untuk Sarawak Sabah Kata Aktivis

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 443 hits
Seorang aktivis berkata perlembagaan Sarawak tidak tertakluk kepada kehendak kerajaan persekutuan untuk memindanya sesuka hati KOTA KINABALU Seorang aktivis Sarawak berkata cadangan mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri kepada 2 penggal ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut