Pengalaman Mengandung Dan Bersalin Selepas 10 Tahun




Assalammualaikum,

Entry ini mungkin akan dibaca oleh Mikhael bila mama sudah tiada nanti.

Rayyan Mikhael,

Tahu tak betapa mama excited dan nak pastikan awak sempurna di dalam kandungan mama.

Tempat pertama mama check up



salah satu image dari CD dr Loh untuk details scan.Hi shomell mama rayyan mikhael...muahhxx
Hospital Kuala Lumpur

Siang lepas check upt positif,hati mama masih 50-50,banyak juga google,kadang-kadang bacaan upt pun ada silap.Apalagi siang tu ada keluar brownies dan seperti ingin period.Malam tu terus pergi HKL bahagian emergency ibu-ibu mengandung.Lagipun dulu ectopic operation di HKL.Selalunya walaupun malam,kes-kes emergency untuk ibu mengandung memang akan ada doktor walaupun pukul berapa kita datang.

Check menggunakan mulut itik tu,seperti adanya kantung yang baru nak jadi dan kedudukannya memang dalam rahim.Tapi belum berapa nampak ,masih samar-samar kata doktor.Jadi kad followup diberikan untuk datang semula selepas 1-2 minggu masa tu.
Bila datang untuk followup check up tu,alhamdulilah memang semakin jelas kedudukan janin dalam rahim dan tiada risiko kandungan luar rahim lagi dan mama diminta untuk start buku merah di klinik kesihatan ibu dan anak.Alhamdulilah sayang mama.



Klinik Kesihatan Gombak Setia

Walaupun masih fikir-fikir hendak beranak di mana.Tetap nak buat buku merah.Mula-mula pergi KK di Jalan batu dekat dengan sekolah tadika alya dulu.Tetapi mereka tak cover yang duduk kawasan Taman Harmonis.Rupanya buat buku merah ni kena mengikut alamat ye.Masa pendaftaran kena bawa bil eletrik,kad pengenalan.Check up di Kk ,kalau sampai pukul 8pagi tetap sampai pukul 11-12pm siap.selain ibu mengandung kk juga buat check up anak baru lahir ,imunisasi juga perancangan keluarga.

Appointment adalah mengikut hari.Kalau Isnin untuk ibu mengandung,Selasa pula untuk imunisasi anak.memang lama menunggu.Tapi mereka check details.Setiap kali check up akan ambil darah check HB,ambil air kencing(tapi yang ni tak tahu lah diorang check ke tak,sebab selalu selepas ambil letak kat tray je,lepas tu tak tahu apa jadi.huhu),check berat,BP .Jumpa nurse..haa kalau Hb rendah,habislah awak kena bebel ngan nurse,tapi bagus sebenarnya..diorang komited dengan kerja.Jumpa doktor tak selalu lah.Kecuali kalau ada sticker kuning pada buku.Mama memang ada risiko kan,dapat sticker kuning.Jadi memang setiap kali datang,lepas jumpa nurse akan refer pada doktor.Scan pula,bukanlah tiap kali datang akan scan.Kalau private,yes datang check up mesti scan.

Diorang akan beri satu ubat namanya obimin.Ubat ni memang agak besar nak telan.Kalau HB rendah,diorang akan tukar ke 4 jenis ubat pula stop obimin.4 jenis tu ada folic acid,kalsium,vitamin C dan satu lagi mama lupa ubat apa.Jadi dari satu biji kena makan 4 biji pula.Paling rendah HB mama pernah direkodkan 10.++ selebihnya ok-ok sahaja,.Tekanan darah mama semuanya normal,tak pernah kena darah tinggi.

Tetapi lepas bersalinkan awak,ALLAH kenapa BP mama tinggi ya,last minggu lepas mama followup atas 155/94.kadang-kadang more than that,Tetapi mama tiada symptom apa-apa,adakah hormon selepas melahirkan?Sekarang sewaktu mama menaip ni,awak sedang tidur didendangkan al quran,mama akan call selayang hospital esok untuk tahu result xray dan malasnya mama nak follow up BP dengan panel clinic mama.

Mama pernah minum air gula sekali.Minum air gula ni hari Jumaat sahaja di KK.Dah lah kena puasa dulu,pagi-pagi perut kosong kena minum air gula tak sedap tu.Sebelum minum air gula,cucuk tangan belah kanan ambil darah.Kemudian lepas minum cucuk tangan belah kiri pula ambil darah.

pSTT:"sebenarnya lepas minum tu mama termuntah sayang..aduhai..bila nurse tanya,mama pergi cakap"ya saya termuntah,nurse marah,sebab takut result tak accurate..tapi lepastu nurse lupa kot tak suruh ulang pun,dan result normal sahaja.Sepatutnya lepas first minum air gula kena repeat bila kandungan sudah bertambah minggu,tetapi lepas tu mama tak datang dah.hehehe...

Di KK Gombak Setia ni tengah buat bangunan baru,memang besar.Memang patut pun,sebab ibu-ibu mengandung ramai.Depan dia pula ada klinik untuk pesakit luar,lagi ramai .Mama masih check up di bangunan lama dan berdekatan dengan sekolah kakak.Bangunan agak buruk dan sempit.Bilik penyusuan ibu pun kipas tidak berfungsi.Bilik air pula  agak kotor mungkin sebab ramainya pengguna.

Sebab ruang yang agak terhad,Jadi tak hairanlah sekali masuk bilik ada 3 doktor dalam tu.depan ,kiri kanan doktor .Jadi bila doktor depan tengah check dan bercakap dengan ibu mengandung,kita yang sebelahnya boleh dengar juga.

Then takkan tiap kali datang nak scan kan..mestilah ada minggu-minggu tertentu.Doktor lebih tahu.Lagipun dah check up percuma,jangan nak demand.Tak lama lagi bangunan baru yang besar dan sepenuhnya batu tu siap,makin selesa lah penduduk gombak menggunakannya.Masa tu mikhael mesti dah besarkan.Sudah pastinya kalau ada adik mikhael lepas ni check up di KK Gombak Setia lebih selesa di bangunan baru tu.wahh dah fikir nak ngandung lagi gitu..

Sebenarnya dengan ada buku merah ni,kita boleh pergi mana-mana KK ibu mengandung untuk check up.Hanya first buka buku sahaja dekat dengan alamat,selebihnya kalau nak check up dekat kk dengan tempat kerja ke atau di kampung ke boleh juga.

Bagusnya nurse di KK ni,kalau kita tak datang check up,gigih diorang akan call dan tanya kenapa tak datang?Kalau kita cakap kita lupa diorang akan suruh kita datang balik,Tapi kalau kita cakap kita kat kampung atau busy kerja,diorang akan advised pergi check up mana-mana KK yang dekat dengan kita.

Mama pernah juga nurse call,guess what>?diorang call hari ahad sebab apa mama tak datang..wahh ahad pun diorang ada yang kerja.

Hospital Selayang

KK Gombak Setia pun refer mama ke hospital Selayang untuk DETAILS chek up.Sebab atas satu risiko penyakit mama yang taklah serius dan sebab pengalaman ectopic pregnancy tu.Jadi bermula juga episod followup di selayang hospital.Baguskan klinik kerajaan ni.apa-apapun mereka memang dedikasi jaga ibu-ibu mengandung dan menjaga pewaris warganagera mereka.Menunggu di Selayang hospital pun boleh tahan juga,tetapi mama redha,asalkan mama tahu awak ok dan sihat dalam perut mama.

Datang hospital selayang,memang teramat ramai orang bahagian ambil nombor.Bila perut mama dah mula nampak,memang sengaja lah mama pakai baju mengandung dan jalan nampakkan mama macam mengandung,ala-ala penguin gitu.. sebab?boleh dapat nombor fast line..nombor khusus untuk wanita mengandung,warga emas,oku.Kalau jumpa doktor kena bayar RM5 sahaja..Murah kan,tetapi kalau setakat check dan ambil darah tak perlu bayar.



Dr Loh:


Kawan mama kenalkan mama dengan satu doktor ni.Dia ada klinik.Di klinik ni mama datang beberapa kali juga untuk buat check up.

Selain normal scan,mama juga buat full details scan.Apa yang pentingnya details scan ni untuk pastikan awak memang sempurna kejadiannya didalam.

bilangan jari berapa,jari kaki,panjang sempurna ikut minggu atau tak,mata semua ok,lilit kepala semua ok,abdomen,jantung semua sihat dan tiada risiko apa-apa.Ia lebih detaill,satu-satu diorang akan check.

Masa details scan ni lah mama first tahu jantina awak,kelakar lah doktor tu.

"Haa ni apa tajam-tajam tahu tak?"

Mama blur

"Haa ni tajam-tajam,celah-celah peha,mestilah boy,100% CONFIRM boy,mommy boleh shopping dah ya"

Ya ALLAH happy dan terharu sangat rasanya,mama akan dapat baby boy dan ini bermakna anak mama dah sepasang.Syukur Alhamdulilah..





Selain itu,bagi pregnancy mom yang berumur 30 tahun keatas,elok juga buat saringan ujian darah .Ujian memastikan tiada risiko syndrown apa-apa,test ni dipanggil Triple Test:Trisomy Screening Yang ni memang private je ada.Di goverment tak buat rasanya.

Alhamdullah,syukur pada ALLAH.semua ujian tu resultnya tiada apa-apa yang merisaukan dan awak sihat juga comel di dalam perut mama.

Rampai Puteri Medical Centre

  Terakhir,bila kandungan mama dah 7 bulan keatas,mama dah pilih Rampai Puteri Medical Centre untuk bersalin.Ia kerana doktor Kamariah iaitu doktor yang sambut anak kawan mama disitu.Dulu doktor ni adalah doktor di Naluri kemudian ke Rampai Puteri.Mak juga pernah dapatkan rawatan cyst dengan doktor yang ada title datin ni.

Kawan mama pun suka doktor ni.Walaupun doktor ni dah berusia,dan cukup berpengalaman,memang doktor ni sebenarnya lembut perwatakan keibuan dan bergaya.Walaupun sebenarnya dia kadang-kadang nampak serius bila buat check up dan tak banyak berbual benda kosong.Strait to the point je doktor ni.Tetapi doktor ni expert.

Jadi memang pergi ke rampai puteri sebab doktor kamariah dan sebab ingin mencari yang patuh syariah Lagipun kawan mama dah 3 anak,tak tahu tengok dia mudah je beranak dengan doktor ni walaupun hanya anak ke 3 baru sempat doktor K sambut.Yang lagi 2 tak sempat katanya..huhu

Cost check up tanpa ubat dan tanpa check darah sekitar dalam 100-150 .Kenapa tak amik ubat?Allah,VITAMIN dari KK dan dr LOH pun buat hiasan je kat rumah.Mama hanya awal-awal je makan obimin.Itu pun boleh dikira dengan jari mama makan vitamin.FOLIC ACID  ke,KALSIUM ke..N BLABLA..memang tak makan dengan sempurna.Awal kandungan memang ada makan,lepas tu dah macam lupa makan tau tidak ya.

Bila doctor k tanya"ubat ada lagi?"cepat mama jawab ada.Heheh..Untuk bersalin dengan doktor di rampai,at least minimum 2x check up disana,mama rasanya ada juga dalam 3-4 x check up dengan doktor K.

Nak compare check up di kk dengan rampai,of course lah di rampai lebih selesa sebab berbayar kan.Tetapi tetap check up di KK lebih details walaupun hanya kadang-kadang nurse sahaja yang kendalikan.

Nurse KK pun berpengalaman dan so far di goverment i tak pernah lagi jumpa nurse yang garang.Kalau ada pun dulu di labour room selayang sekejap je,selebihnya semua baik dan sangat membantu.Nurse yang jaga kawasan rumah mama,nama sharifah,lebih mesra dipanggil kak pah.

"Kenapa awak tak mai check up Irda?ni kak pah ni..bila nak mai?"

ni kalau dia call mama bila mama tak datang tarikh temujanji.

Jadi kesimpulan untuk entry ni

1.Ibu mengandung bila check up ambil darah tu dah lali dah.Sekarang masa menaip ni sudah 50 hari usia mikhael dan masih ada kesan lebam ambil darah masa check up sebulan baby lepas bersalin hari tu.Setiap kali datang ambil darah penting .

2.Bila buat scan,selain normal scan buatlah details scan.Ia penting.3D4D tu rasanya boleh juga buat,tetapi details scan lebih penting bagi pendapat mama.

3.Jika ibu-ibu mengandung tetapi ada tanda-tanda seperti nak period atau terjadi apa-apa yang tidak selesa pada kandungan,cepat-cepat pergi ke HKL bahagian ibu mengandung.Malam pun datang sahaja sebab di HKL memang pantas bertindak untuk ibu mengandung.ini kalau tinggal dekat dengan KL lah ye

4.My personal view,check up di goverment lebih details.Satu je masalah sebab tunggu lama.Kalau ibu-ibu yang terikat dengan jadual kerja susah sikitlah.For me,im ok menunggu.Bawalah buku ke,atau apa sahaja bahan bacaan memenuhkan masa menunggu.Masa mama di Kk mama busy dengan dua hp je,layan soalan customer.Tak rasa sangat menunggu 5 jam..heheh

5.Tak salah pun sebenarnya check up melebihi seorang doktor,sebab sesetengah doktor ni pendapat dia tak sama.Contohnya,ada doktor kata  placenta mama agak low,sampai doktor lain,doktor tu kata kedudukan placenta ok sahaja takde low sangat mana pun.So?heheh..fikir-fikirlah sendiri kan.


Keseluruhannya,mama sangat excited setiap kali jumpa doktor bawa mikhael dalam perut mama.Paling excited bila doktor scan dan nampak mikhael sedang bergerak-gerak dalam perut mama.Hari ni mikhael sedang tidur dah atas katil.Alhamdulilah..

Baik di HKL,KK Gombak,Hospital Selayang,DR Loh clinic dan Dr K di Rampai Puteri Medical Centre.

Ada 5 tempat berbeza dengan doktor yang berbeza,mama tak pernah letih sebab mama tahu mama begitu bahagia bertemu dengan setiap doktor untuk tahu perkembangan awak sayang.

Sampai jumpa lagi di lain entry..daaa...



 12:47pm
 02 November 2018
Day 50 Kelahiran Rayyan Mikhael
 

 Appreciate your time reading this entry.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://irdagarmin.blogspot.com/2018/11/pengalaman-mengandung-dan-bersalin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bajet Pertama Akan Dibentangkan Kerajaan Baharu Selepas 61 Tahun

Bajet Pertama Akan Dibentangkan Kerajaan Baharu Selepas 61 Tahun

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 384 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Hari ini akan mencatat sejarah apabila bajet persekutuan pertama dibentangkan di Parlimen oleh sebuah kerajaan baharu sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957 Bajet 2019 oleh kerajaan yang diterajui Pakat...
7 Tips Penting Pilih Hospital Bersalin Supaya Tenang Sebelum Semasa Dan Selepas Bersalin

7 Tips Penting Pilih Hospital Bersalin Supaya Tenang Sebelum Semasa Dan Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 442 hits
Alhamdulillah saya dah ada beberapa pengalaman check up dan bersalin di beberapa hospital Banyak pro dan cons yang saya nampak dan ambil kira bila buat pemilihan hospital bersalin So jom saya kongsikan tips yyang korang boleh gunakan juga
Monstafit By Monstalab Rahsia Kejelitaan Siti Sarah Selepas Bersalin

Monstafit By Monstalab Rahsia Kejelitaan Siti Sarah Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 383 hits
MONSTAFIT BY MONSTALABRAHSIA KEKAL CANTIK MENAWAN SITI SARA TERBONGKARAPA RAHSIA SITI SARAH KEKAL QURUZZ SELEPAS BERSALINMonstafit ni adalah DIETARY SUPPLIMENT yang sesuai untuk MEMBANTU hampa untuk kurus Monstafit kali ini telah diupgrade ...
Hidap Hipertiroid Selepas Bersalin Dan Berat Badan Turun Mendadak

Hidap Hipertiroid Selepas Bersalin Dan Berat Badan Turun Mendadak

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 536 hits
Assalamualaikum Jom tonton video dulu Perkongsian dari Tuan Mohamad isa shafii bagaimana beliau ikhtiar mengembalikan kesihatan isteri tersayang yang disahkan hidap hipertiroid selepas bersalin anak sulung mereka Dah tonton video boleh baca...
Petua Tambah Susu Badan Selepas Bersalin Biar Susu Ibu Tambah Banyak

Petua Tambah Susu Badan Selepas Bersalin Biar Susu Ibu Tambah Banyak

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 651 hits
Orang kata petua orang lama ini jangan pandang sebelah mata Iya selagi belum cuba resultnya belum kita tahu kan Macam tu jugalah petua tambah susu badan selepas bersalin bagi ibu ibu yang baru melahirkan zuriat Sebenarnya tertarik dengan be...
Ini Manfaat Menyusukan Bayi Dalam Masa Sejam Selepas Bersalin Yang Mama Wajib Tahu

Ini Manfaat Menyusukan Bayi Dalam Masa Sejam Selepas Bersalin Yang Mama Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 717 hits
Bagi kebayakan ibu impian untuk menyusukan si kecil dirancang sejak awal lagi Namun adakah ibu ibu turut menyenaraikan langkah penyusuan bermula dari bilik bersalin 1 jam pertama Sebaik sahaja bayi lahir sama ada secara normal mahupun cease...
Tak Cukup Tidur Dan Berjaga Malam Pengalaman Baru Mia Ahmad Selepas Ada Hero Kecil

Tak Cukup Tidur Dan Berjaga Malam Pengalaman Baru Mia Ahmad Selepas Ada Hero Kecil

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 363 hits
Pelakon Mia Ahmad memberitahu antara cabaran selepas melahirkan cahaya mata pertamanya Sayf Issa ialah dia perlu berjaga tengah malam Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi 30 berkata dia sukar untuk tidur disebabkan anaknya kerap ba...
Pengalaman Tahun Kedua Kak Iman Di Sam Bestari Subang Jaya

Pengalaman Tahun Kedua Kak Iman Di Sam Bestari Subang Jaya

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 1421 hits
As Salam Pengalaman Tahun kedua Kak Iman di SAM Bestari Subang Jaya Alhamdulillah Tahu tahu sudah hampir dua tahun puteri sulung saya yang kami panggil Kak Iman mengikuti pembelajaran di sekolah ini Saya terdorong untuk berkongsi pengalaman...
Pengalaman Bersalin Kali Pertama

Pengalaman Bersalin Kali Pertama

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 426 hits
Salam Alhamdulillah zai dapat merasai menjadi seorang anak isteri dan kini menjadi seorang ibu dan insyaAllah akan menjadi seorang isteri n ibu yang cemerlang gemilang n terbilang hehe Setelah melalui liku2 ranjau onak yg sangat berduri ket...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game

Penganjur Tarian Wanita Mencolok Mata Boleh Berdepan Tindakan

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025