Hidap Hipertiroid Selepas Bersalin Dan Berat Badan Turun Mendadak
Assalamualaikum…
Jom tonton video dulu. Perkongsian dari Tuan Mohamad isa shafii bagaimana beliau ikhtiar mengembalikan kesihatan isteri tersayang yang disahkan hidap hipertiroid selepas bersalin anak sulung mereka. Dah tonton video boleh baca details cerita pula ya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Mohamad Isa Bin Shafii, kami suami isteri mendapat cahaya mata pertama pada bulan September 2016. Saya mula kenal Shaklee pada awal tahun 2016 untuk ikhtiar hamil. Alhamdulillah sebulan selepas itu isteri disahkan hamil. Selepas itu isteri terus amalkan set berpantang Shaklee dan terus menjadi sebahagian dari ahli Shaklee.
Mula dari situ saya yakin dengan Shaklee dan terus berkongsi kebaikan Shaklee pada orang ramai. Bagi saya, Sihat itu nikmat yang tak ternilai dari Allah. Duit boleh dicari tapi sihat tak boleh dicari di pasar malam. Oleh itu, kali ni saya nak kongsikan pengalaman sebenar isteri semasa amalkan suplemen Shaklee dan sembuh dari tiroid .
Pada masa anak saya Harraz baru berumur 7 bulan. Saya seperti biasa akan membawanya ke klinik untuk check up. Selepas settle semua hal Harraz. Saya minta isteri cek berat badannya.
Mula mendapat simptom hipertiroid selepas bersalin
Sangat terkejut bila beratnya sangat turun dengan mendadak sampai masa tu dah jadi 30kg beratnya. Allahu, sungguh kurus! Sebelum tu biasanya hampir 40kg.
Masa tu saya tak peduli sangat pasal berat badan sebab time tu Harraz memang menyusu badan sepenuhnya. Lagi pun memandangkan isteri saya seorang yang kecik molek comel dan masa tu isteri amalkan pil perancang keluarga. Mungkin sebab tu kot wife saya jadi kurus. Jadi saya acuh tak acuh tentang penurunan berat.
Lama selepas tu, isteri dah mula jadi selalu menggigil dan berdebar kuat bila lewat makan. Tekanan darah memang cepat naik. Jantung pula pam terlalu laju. Time tu memang risau sangat.
Satuhari tu isteri saya tiba tiba pengsan dan terus di bawa ke klinik bahagian kecemasan untuk pemeriksaan. Selepas siap pemeriksaan barulah saya tahu isteri dah hidap TIROID. Tiroid ni ada 2 jenis, isteri saya kena yang HYPERTIROID. Hypertiroid ni masalah hormon yang berlebihan dan terlalu aktif.
Lepas dapat tahu, terus google dan tanya kawan-kawan macam mana nak stabilkan hormon untuk kembali normal tiroid tu. Semua cadangkan untuk amalkan Set Hipertiroid Shaklee. Dan saya terus belikan suplemen Shaklee iaitu Vivix, Esp, B complex, Ostematrix dan Vitamin C. Isteri amalkan set ni sehingga sebulan dan pada masa yang sama ubat tiroid yang dibekalkan oleh klinik juga dimakan.
Selepas sebulan isteri datang ke klinik untuk pemeriksaan susulan lagi dan alhamdulillah hormon tiroid kembali normal. Syukur sangat time tu tapi bengkak goiter pada leher masih tak surut. Ah sudah, saya pulak yang gelabah.
Saya terus tanya kawan yang lain dan mereka cadangkan tambah Omega Guard untuk mengurangkan bengkak goiter dan keradangan yang berlaku pada tiroid tu.
Dan check up bulan kedua pun masih dapat result yang sama, hormon sudah tak ada masalah cuma bengkak masih lagi tak surut dan berat wife juga makin menurun jadi 28kg. Disebabkan hormon tiroid dah kembali normal, dos ubat tiroid juga dikurangkan.
Haa sudah! makin risau pula saya. Buntu pula saya dibuatnya. Time tu terus saya teringat pada seorang sideline dan juga doktor. Terus saya hubungi dia dan tanya cara untuk hilangkan bengkak goiter tu. Pada masa tu saya ada inform dia yang isteri ambil pil perancang untuk elak dari pregnant sebab risau bila pregnant akan menjejaskan baby dalam kandungan pula. Bila dia tahu yang isteri ada ambil pil perancang terus dia suruh STOP! sebab sebenarnya pil tu yang telah ganggu hormon tiroid.
Masa tu jugaklah saya sorokkan pil tu dan tak bagi makan lagi. Kemudian juga saya belikan GLA untuk isteri supaya hormonnya kembali stabil. So fullset hipertiroid selepas bersalin Shaklee ni isteri saya amalkan bersama suplemen lain yang dicadangkan oleh kawan kawan saya seperti GLA complex dan Omega Guard tanpa culas. Saya cuma nak isteri sihat semula.
Dalam masa sebulan isteri amalkan set hipertiroid selepas bersalin ni serta tak pernah skip ubat klinik dan juga tanpa pil perancang. Alhamdulillah berat isteri naik semula sebanyak 5KG dan bengkak terus hilang! Syukur sangat sangat. Sekarang pun berat semakin naik. Makan pula semakin selera. Tekanan darah dah normal dan rasa berdebar dan menggigil juga semakin hilang! Time raya haritu cek lagi beratnya, naik lagi 2KG.
Saya bersyukur sangat bila melihat isteri semakin sihat. Pipi pun dah semakin bambam hehehe. Harap dapat terus naik beratnya sampai bmi yang normal. Aminn.
So, ini lah #shakleeeffect dari isteri saya. Jangan lupa amalkan Suplimen Shaklee untuk lebih sihat . Yakin dengan Shaklee yang sentiasa SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI.
KLIK SINI UNTUK INFO LENGKAP SUPLEMEN TIROID
Lagi testimoni masalah tiroid
(klik pada gambar untuk cerita penuh)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sweetmommystory.com/2018/10/21/hidap-hipertiroid-selepas-bersalin-dan-berat-badan-turun-mendadak/