Pengalaman Menang Baucer Percutian Melalui Cabutan Bertuah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Sisyat boleh anggap nombor yang Sisyat dapat untuk apa saja cabutan bertuah adalah kurang bertuah. Selalunya la
Tapi kali ini ianya agak berlainan. Nombor cabutan bertuah Sisyat mengena. Ya Allah, happy sungguh rasanya
Pengalaman Menang Baucer Percutian
Alkisahnya, Isnin lepas nama Sisyat naik untuk menghadiri satu majlis anjuran Kelab Sukan Jabatan di Ibu Pejabat. Majlisnya adalah pada sebelah petang, yang mana maksudnya pada sebelah pagi Sisyat haruslah ke pejabat seperti biasa
Perjalanan dari pejabat ke Ibu Pejabat mengambil masa hampir 1 jam. So, Sisyat bergerak awal dari pejabat demi untuk mengelakkan kesesakan jalan raya dan untuk tidak mengganggu majlis yang di rasmikan oleh Tuan Pengarah
Masuk sahaja dewan majlis, mata Sisyat secara automatik tertumpu kepada hadiah cabutan bertuah. Berbisik juga pada diri sendiri, jika tak dapat yang lain tak apa tapi biarlah air cooler tu menjadi hak Sisyat
Sekurang-kurangnya berbaloi perjalanan jauh kan. hehe
Nombor cabutan Sisyat adalah no 56 yang mana telah ditampal kemas pada thumb drive (door gift) semasa pendaftaran
Sepanjang majlis berlangsung, hadiah bernombor 30 sehingga 6 telah pun menjadi hak staf lain. Terasa tiada lagi harapan untuk bertuah. Begitu cepat berputus asa kan. hehe
Tetapi sebenarnya didalam hati keep on doa kepada Allah semoga salah satu hadiah daripada No 5 sehingga kepada Grand Prize adalah menjadi rezeki no cabutan bertuah 56
Padahal kuat dalam hati minta dengan Allah nak juga air cooler tu. Boleh letak dalam bilik anak bujang.
5 hadiah teratas:TV Aquos SharpBasikalSisyat lupaPakej percutian di Genting Highland (Gloria Resident)Air CoolerAkhirnya, nombor bertuah untuk Air Cooler dipanggil. Yang pasti bukan nombor Sisyat. Kecewanya rasa sebab itu yang diminta-minta. Yang di doa-doa
Maka, Sisyat hanya fokus pada makanan yang dihidangkan
Kambing bakarKue tiaw gorengSpaghettiBrowniesTart
Sehinggalah, "Pemenang pakej percutian ke Genting Highlands (Gloria Resident) adalah milik nombor bertuah..jeng..jeng..jeng.."
Pandai pula pengacara majlis buat majlis makin berdebar
"Pemegang nombor 56 sila ke depan"
Ya Allah, berdebar teruk. Sebab Sisyat dalam mode kecewa tadi kan dan tengah fokus pada makanan
Betul la orang cakap. Tak semua yang kita rancang dan nak, Allah akan makbulkan. Mungkin Allah mahu beri yang lebih baik
Allah tak beri apa yang kita mahu, tapi Allah beri apa yang kita perlu.
Apa-apapun, Sisyat bersyukur sangat mendapat hadiah cabutan bertuah ini. Rezeki anak-anak untuk bercuti di Genting Highlands lagi. In sha Allah, sebelum tamat tempoh baucer percutian ini mama akan bawa korang bertiga ke sana
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://hayatisuki.blogspot.com/2019/12/pengalaman-menang-baucer-percutian.html