Pengalaman Buat Tempahan Penginapan Melalui Airbnb
Cuti sekolah semakin menghampiri penamatnya, tapi kami masih belum buat keputusan kemana lokasi percutian kali ini
Last minute decision oleh Mr.H (en.suami) minta Sisyat cari lokasi di Porrt Dickson. Sebelum ini kami pernah pergi beberapa kali kat sana untuk reunion kawan-kawan sekolah Mr.H dan juga percutian peribadi kami
Untuk reunion, penginapan adalah di uruskan oleh urusetia program. Kami cuma bawa badan dan kelengkapan bercuti sahaja
Untuk percutian peribadi, pada ketika itu Sisyat guna apps GroupOn yang mana sekarang telah tiada. Kalau tak silap, ianya telah digantikan dengan apps Fave.
Pengalaman Buat Tempahan Penginapan Melalui Airbnb
Untuk pertama kali Sisyat menggunakan apps airbnb untuk membuat tempahan penginapan. Sebelum ini Sisyat telah sign up melalui link yang dikongsi oleh salah seorang kawan Shaklee, cuma belum ada 'hidayah' untuk memilih cara ini.
Untuk kes pertama kali membuat tempahan, Sisyat mendapat voucher (diskaun) sebanyak RM120.00 dengan syarat harga tempahan penginapan tersebut melebihi RM290.00. Alhamdulillah, jimat sikit bajet kami
Jimat masa dan jimat ruang otak untuk fikirkan mana yang murah. Lagipun, Sisyat risau tiada hotel yang kosong pada ambang tahun baru nanti.
Makanya, airbnb berikan Sisyat apa yang Sisyat perlukan. Within 30mins sahaja selesai booking 1 apartment 2 bilik mengadap pantai
Antara ciri-ciri penginapan yang menjadikan ianya pilihan Sisyat ialah;1 rumah (tidak berkongsi)boleh muatkan sehingga 8 pax (Sisyat cuma 6 pax sahaja)2 bilik tidur1 katil Queen3 katil single3 minit sahaja ke pantaiMempunyai poolDapurFree WIFIParking diperuntukanIni antara yang dikongsi oleh Host (Pn.Ira) di website airbnb. Sisyat cuma mampu berharap dan berdoa, apa yang diberitahu di laman web adalah sama dengan realiti nanti.
Berapa Harga & Bila Pencutian Kami Berlangsung?
Harga : RM248 / night tidak termasuk fi cas yang lain
Tapi Sisyat cuma bayar RM439.98 untuk 3 hari 2 malam instead of RM616.00 selepas mengambil kira diskaun yang host sediakan dan juga diskaun dari airbnb untuk pertama kali membuat tempahan
Tak tahu la mahal ke murah sebab pertama kali guna apps ni kan. Korang rasa OKAY tak harga ni
Tempahan kami adalah pada 30 Disember 2019 sehingga 1 Januari 2020. Cuti setahun la katakan. Keluar tahun 2019, balik ke sarang tahun 2020. Haa gitu..hehe
Next blogpost nanti Sisyat kongsikan lagi tentang rumah penginapan kami hasil airbnb ni
Sekiranya anda juga sedang mencari lokasi untuk cuti-cuti melalui airbnb, boleh guna link kami ini untuk sign up dan membuat tempahan
https://www.airbnb.com/c/norhayatia82?currency=MYR
You'll get RM165 off your first trip
Dapat RM165.00 off tau
So, guna la link itu untuk cuti-cuti anda. Sisyat halalkan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://hayatisuki.blogspot.com/2019/12/pengalaman-buat-tempahan-penginapan.html