Pengalaman Menaiki Keretapi Ktmb Dari Kulai Ke Kluang
Cuti Deepavali kali ini (2019) kami seisi keluarga bercuti ke Johor. Bermalam di Kulai dan aktiviti kami pada hari tersebut adalah menaiki Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) .
Aktiviti kami sehari sebelum perayaan Deepavali dengan menaiki Keretapi. Plan asalnya ingin ke Johor Bahru. Katanya akan mengambil lebih masa nanti, so kami seisi keluarga jalan-jalan di Kluang sahaja. Itu pun ada tour guide kakak yang menetap di Kulai.Ahaks~~~
Jam menunjukkan ke angka 10.30 pagi ketika itu sewaktu kami sampai di stesen keretapi. Alhamdulillah, ketika ini jalan sudah mulai sibuk.Sehari sebelum perayaan Deepavali kot.Masing-masing mengambil kesempatan dengan pergi bercuti.Ada kenderaan luar yang masuk pun ada juga.Macam kami lah juga, dari Kuantan ni.
Menaiki Keretapi buat Pertama Kali
Hari Sabtu itu, kami rehatkan kereta dan memilih transport awam untuk ke Kluang. Katanya nak menjimatkan masa dan juga elakkan kesesakan lalu lintas, jadi kami membeli tiket keretapi (KTMB). Dan ini kali pertama kami seisi keluarga menaiki keretapi.Hihihi~ Nasib baik takde yang muntah. Okay, lepas ni boleh lah ajak anak-anak dan suami naik ETS lah pula.
Harga Tiket Keretapi dari Kulai – Kluang
Tiket berharga RM 12.00/ dewasa dan kanak-kanak RM 10.00. Jadi keseluruhan tiket kami pergi dan balik bagi 4 dewasa + 2 Kanak-kanak = RM 136.00 . Kami membeli tiket 2 hala terus. Risau kang takde pula tiket. Dan korang nak tau tak, Itu adalah tiket terakhir kami. Memang bernasib baik sangat kami pada hari tersebut. Tiket pulang pun last jam 5.50 petang.
Harga Tiket Keretapi KTM dari Kulai ke Kluang
Delay pula keretapi ..
Haaa, dah macam tiket kapal terbang pula kan? Keretapi pun ada delay juga. Masalah betul apabila menaiki kenderaan awam. Syukur sangat, anak-anak tidak meragam. Alhamdulillah.. paling kecil si Furqan tu yang berumur 3 tahun. Belikan makanan dan minuman senyap mereka. Tetapi mulut si Sara lah, asyik bertanyakan keretapi.Hihihi~ excited sangat dia nak naik keretapi. Memang dah tak sabar tuuu.
Keretapi ini bukan sekejap delay. Dari sepatutnya 11.15 pagi tetapi akibat delay jam 12.10 tengahari baru tiba tau.Hihihi~ Uzur pula tengok kepala keretapi ni tau. Mungkin sebab tu kot. Dan bawa pun slow, walaupun kami di bahagian shuttle. Ehhhh, yeke laju betul ke shuttle patutnya?
mana ni keretapi mama??
Setelah sejam menunggu ketibaan keretapi, akhirnya sampai juga.Fuhh~ dia punya penat tu,lain macam menunggu. Dapat jer seat, terus baring.Bestnya.. mengantuk sangat-sangat masa ni tau. Soffea duduk je di seat penumpang, terus tertidur. Sara kat sebelah mama tu, dia takkan tidur.Sejenis yang sukakan menikmati pemandangan sekeliling tempat yang dia lawati.
R4 Shuttle Keretapi
Seat anak-anak di sebelah kami sahaja. Jadinya, anak-anak diam lah.Kalau berjauhan, mau menangis dorang ni semua.Anak-anak jenis yang nak tengok mama dan abah ada depan mata je tau.
Perjalanan dari Kulai ke Kluang tak pasti berapa lama.Tetapi apa yang Ina dapat pastikan adalah 3 perhentian, barulah kami sampai ke Kluang. Alhamdulillah.. Si kecil Furqan tu dah tertidur seawal abah dia memangku lagi.Kena aircond dalam keretapi, terus lena. Sian pula si Abah tak dapat tidur dalam keretapi.Mama? Memang tak larat nak pangku Furqan, baby bump mama ni ada seketul.
Tibanya di Kluang, kami mengambil grab car. Dengan bayaran RM 12 dari Stesen keretapi ke Kluang Mall. Mudah sangat kan? Lepastu kami mencari restoran untuk lunch dan Pizza Hut menjadi santapan kami seisi keluarga. Masing-masing kelaparan dah tu. Keseluruhan lunch kami adalah berjumlah RM 118.XX
Menunggu keretapi Delay Bersama Abang Ipar
Sebenarnya kawasan larangan bergambar ni di rail station. Sebab ia membahayakan keselamatan nyawa korang.Yealah, duk asyik selfie sana sini sehinggakan keselamatan diri boleh terancam tau.Ina? dah ambil berkeping-keping gambar baru lah perasan signboard larangan bergambar,itu pun di hentian Kluang. Perasan signboard warning tu. Ahaks! Sorry.
Delay lagi dari Kluang ke Kulai
Apalah nasib. Mungkin cuti-cuti ni kot keretapi pun mogok nak juga cuti.Ahaks~ Kali ini delay lagi tiket kami. Sepatutnya tiket kami 5.50 petang pada hari itu.Tetapi 7.20 malam baru lah keretapi tiba di stesen.Huhuhuhu~ lama sangat tau. Masing-masing sudah keletihan sebenarnya. Solat pun belum, anak-anak semua nasib lah sempat lapkan badan sahaja.Tukar pampers dan pakaian mereka.
Balik pun sudah jam 8.30 malam di Kulai.Singgah makan malam pula sebelum balik ke hotel. Malam itu, anak-anak semuanya tidur keletihan.Siap berdengkur lagi, tv pun tak sempat nak tengok budak-budak ni tau.
Alhamdulillah, dengan pengalaman menggunakan transport awam macam Barulah rasa best sangat. kali kot bawa anak-anak menaiki keretapi.Biasanya menggunakan kereta sendiri pergi jalan-jalan. Cuti Deepavali memang nak suruh kereta berehat sekejap, yealah.Kereta dari Kuantan ke Johor nak juga di sejukkan enjin kereta ni. Agaknya lepas ni nak kemana lah pula yea? Nak cuti-cuti sebelum bersalin bulan 3 tahun 2020.
Pengalaman Menaiki Keretapi KTMB dari Kulai ke Kluang
Salah Tarikh Appointment?? Nak salahkan tulisan ke?
Tekak Loya dan Pahit sekitar 19weeks | Dry Fruits juga yang di Cari
Moga kamu Membesar dengan Bijak dan sihat | Furqan 3 Tahun
Tadika Affan untuk Soffea tahun 2020
The post Pengalaman Menaiki Keretapi KTMB dari Kulai ke Kluang appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://nurimanqhaisara.com/pengalaman-menaiki-keretapi-ktmb/