Kedah Pengalaman Baru Makan Dalam Sungai Di Dusun Tok Wak Desa Sentosa Ulu Legong


Pengalaman Baru makan dalam sungai di Dusun Tok Wak Desa Sentosa, Ulu Legong | Program South Kedah Eco Exploration anjuran Tourism Malaysia membawa kami hingga ke Sungai Petani menggunakan keretapi. Tiada lagi dah koc yang boleh buka tingkap tu, kini semuanya ETS kecuali laluan JB ke Dabong je yang masih menggunakannya. Itu pun will find its final day soon. Very soon.
Dari Sungai Petani kami dibawa ke Baling menaiki bas melalui pekan lama. Sajalah nak lalu situ. Sungai Petani ada beberapa bangunan lama yang bersejarah seperti Jam Besar, bangunan bank HSBC dan balai polis. Bank HSBC tu ada kubah seperti bangunan KTMB di Kuala Lumpur. AB Hubback jugalah kot arkiteknya

Nak terus ke Baling dari Kuala Lumpur pilihan yang ada hanya kenderaan sendiri atau bas awam. Lapangan terbang nun jauh di Alor Setar dua setengah jam perjalanan. Tunggulah Betong Airport siap tahun depan 40 minit je dah sampai pekan Baling. Poyo je rasa, nak ke Baling kena pergi oversea dulu heheh.

Dalam perjalanan ke Baling kita akan melalui sebuah tempat bernama Yarra Park. Memula aku ingatkan something similar to Nirvana tapi rupanya new township 😁. Kawasan ini sebelum dimajukan adalah Scarborough Estate, kawasan perladangan getah dan kelapa sawit. Kiranya YP ni extended Sungai Petani di lencongan barat

Berjalan terus kita akan memasuki Kuala Ketil melintasi IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Dah lalu sawah padi yang luas menghijau dengan berlatar belakangkan gunung barulah sampai ke pekan Baling

Pemandu pelancong kami En.Faizy atau AG yang juga Timbalan Presiden Persatuan Pemandu Pemandu Pelancong Mutiara ( PPPM ) sentiasa memberikan maklumat yang berkaitan sepanjang perjalanan dari Sungai Petani ke Baling. Beliau memiliki tiga lesen; Tour Guide, Nature Guide, UNESCO Guide. I always listen to information given by TG dalam memana visits dan kadangkala test mereka dengan beberapa soalan and see their response. Ye lah, sebelum pergi kita pun buat research juga terutama jika solo trip. Kadang kita boleh tahu mereka bagi fakta yang betul atau sekadar sembang kari (selalunya unlicensed TG)


BALING DENGAN SERIBU CERITANYA


Pekan Baling ni berada di lembah gunung

Baling berkeluasan 1,529 km² dengan anggaran populasi seramai 135 ribu penduduk. Kalau hangpa peka, nama Baling telah disebut sejak 1970an lagi oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya sewaktu belajar di Universiti Malaya lagi atas isu kemiskinan petani. Aku rasa tahun ni pun disebut lagi isu tu tetapi betul ke orang Baling miskin eh

Entahlah. Di Baling ada bank-bank utama. KFC, Pizza Hut, Secret Recipe malah Al Ikhsan pun ado. Tu yang ai confuse

Sewaktu harga getah tinggi dulu, bila kelik kampung ja depa dok ceghita pasai emas. "Seghonok dhi... sembang pasai maih ni", kata Kak Mah Kupang. Aku yang nak masuk level miskin bandar ni mampu dengar aje le hahah... Time kenduri lagilah kau akan confuse bila tengok emas berkilau di tangan, jari dan leher 😁😁. Anak aku pernah kena dua kali, "anak sapalah ni kosong ja.." (tak pakai barang kemas)

Jangan lupa kisah Rundingan Damai Baling 1955. Abah aku dulu pernah buat operasi mengawal ancaman komunis di Baling ni. Abah kata dia pernah naik ke Gunung Baling tu tahun 1970/80an dulu

42km dari Baling iaitu di Sik, ada pihak yang mengusahakan penanaman padi organik. Another interesting place to be visited


MAKAN TENGAHARI DI DUSUN TOK WAK DESA SENTOSA
Melepasi kehijauan pekan Kupang dan Baling, kami dibawa makan tengahari di Dusun Tok Wak. Menariknya kami makan dalam sungai! Seronoknya lahaiii..

Terletak di Ulu Legong, Dusun Tok Wak Desa Sentosa ni dah wujud pada sekitar tahun 2006 dan menjadi kegemaran mereka yang cintakan alam semulajadi. Menu yang dihidangkan adalah makanan kampung yang semuanya sedap belaka terutamanya gulai daging umbut pisang, yang sememangnya speciality Baling. Susah nak jumpa kat tempat lain

Pengusaha perniagaan ini adalah Encik Mohd Akhir bin Ismail yang lebih mesra dipanggil Paklong. Paklong kalau sembang... bulan pun dia boleh jual. Umur 62 tapi nampak muda daripada husband aku 😀
Paklong menyediakan tiga pakej, yang kami makan ni Pakej B berharga RM35 seorang. Tiada walk-in ya... kena pre-book. Paklong siap bagi rakit bagi setiap kumpulan untuk hangpa bermain.

Dusun Paklong ni 1.9km je dari Kolam Air Panas Ulu Legong tu.




PAKEJ-PAKEJ YANG DITAWARKANSelain pakej makan Paklong juga menyediakan pakej lengkap 2 hari 1 malam berharga RM220 seorang dengan minima 15 peserta yang meliputi penginapan, makan dan aktiviti riadah. Kalau nak buat perkhemahan dan team building memang sesuai sangatlah di sini. Kawasannya luas, ada sungai dan bekalan air bersih pokok buah-buahan. 
Kalau datang di musim buah lagi syok, hanya perlu bayar RM25 seorang siap untuk makan durian siap dengan pulut durian Paklong bagi. Buah-buahan lain boleh makan free ja. Aku rasa ini pakej termurah aku pernah jumpa

Dengan Paklong ni hang sembang ja nak pakej macam mana dia boleh custom made. Nak datang makan saja pun boleh, nak bermalam dalam dusun Paklong caj RM70 seorang.


AKTIVITI KAMI DI DUSUN TOK WAK
Sepatutnya kami terlibat dalam tiga jenis permainan iaitu Musang berjanggut, mencari udang di sebalik batu dan tarik tali dalam sungai. Disebabkan hujan lebat di hulu sungai maka atas faktor keselamatan aktiviti dalam sungai dibatalkan kerana air menjadi keruh dan deras. Aktiviti tersebut digantikan dengan sukaneka. Berbakat besar rupanya memasing 😉

Peserta sedang mengasingkan empat jenis bijirin. Aku jadi jurugambar je sebab salah satu lutut sakit so tak larat nak mencangkung lelama.
Permainan musang berjanggut ini diinspirasikan dari filem P. Ramlee. Kalau zaman now ada lagi lelaki datang ke rumah begini, aku akan cakap "takpelah mak, next!" hahahh... tak kuasa aku. 
Boling padang dengan buah kelapa

Menganyam daun kelapa. Kena habiskan daun tu dan siapa paling banyak cipta objek kumpulan dia menang

Selepas selesai semua ni kami ke Rumai Ndoi pula 220 meter dari sini... milik Paklong juga.

Yang sebelah kiri itulah Paklong. Masa ni air Sungai Legong masih cetek lagi

Paklong ni boleh dijadikan inspirasi kepada kita semua. Menetap di kampung bukan bermakna kita akan ketinggalan dalam pelbagai aspek, yang penting bagaimana kita memanfaatkan sumber yang ada. Adakah kita berani mencuba atau mahu kekal selesa dengan apa yang ada? Paklong ni pun berbahagi rezeki dengan makcik dan adik-beradik dia, semua ada peranan memasing dalam perniagaan ini.


Nah, ni nombor Paklong:

Mohd Akhir bin Ismail
Ladang Lebah Kelulut
Ulu Legong
09100 Baling
Kedah

Tel: 019 5088258
Emel: [email protected]
Facebook: Mohd Akhir Ismail
Instagram: imohdakhir

























© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2019/10/kedah-pengalaman-baru-makan-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedah Tapak Perkhemahan Lengkap Di Ladang Kelulut Rumah Ndoi Ulu Legong

Kedah Tapak Perkhemahan Lengkap Di Ladang Kelulut Rumah Ndoi Ulu Legong

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 1082 hits
Tapak perkhemahan lengkap di ladang kelulut Rumah Ndoi Ulu Legong Halluuu nak sambung cerita tentang apa yang ada di Baling khususnya bisnes yang diusahakan Paklong Kalau dah baca previous post tahulah siapa Paklong tu Bersemangat kami ke R...
Jenjalan Cari Makan Nasi Lemak Royale Kedah Putrajaya

Jenjalan Cari Makan Nasi Lemak Royale Kedah Putrajaya

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 1220 hits
Jenjalan Cari Makan Nasi lemak Royale Kedah Putrajaya Petang pertama lagi dah sampai sini Ayer 8 Apa lagi kalau bukan nasi lemak royale Layan terbaeekkk kipidap mknaceunlimited mknace blogger photography photoblog SJCAM SJ4000 J3 Samsung Fu...
Kedah Meredah Jeram White Water Rafting Di Sungai Sedim

Kedah Meredah Jeram White Water Rafting Di Sungai Sedim

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 739 hits
Meredah jeram White water rafting di Sungai Sedim Bebaru ni aku berpeluang mengikuti Southern Kedah Eco Exploration yang cover kawasan Baling dan Kulim Mestilah aku exited pasai nak kelik kampung last balik bulan Mac hari tu yang sangkut da...
Kena Pasang Tv Baru Anak Nak Makan Sebenarnya Anda Membahayakan Anak

Kena Pasang Tv Baru Anak Nak Makan Sebenarnya Anda Membahayakan Anak

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 426 hits
Selalu tak habis makan lagi part sayur Kalau pasang tv baru habis makan Susah nak suruh anak makan Baca Selanjutnya Masalah ini bukan sahaja kepada anak anak yang kurang berat tapi juga yang berlebihan berat ada mengalami masalah ini Anak k...
Pengantin Baru Maut Berswafoto Di Sungai

Pengantin Baru Maut Berswafoto Di Sungai

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 667 hits
NEW DELHI Empat sekeluarga termasuk seorang pengantin baharu mati lemas selepas dihanyutkan ketika cuba berswafoto dalam sungai berarus deras di selatan India kata polis semalam Sekumpulan enam orang saling memegang tangan dan berdiri dalam...
Baru 200 Kubik Sampah Bambu Diangkat Dari Sungai Cikeas Bekasi

Baru 200 Kubik Sampah Bambu Diangkat Dari Sungai Cikeas Bekasi

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 228 hits
Tim gabungan baru mengangkat sekitar 200 kubik sampah bambu dari Sungai Cikeas di Kecamatan Jatiasih Kota Bekasi Tak ada akses untuk alat berat menjadi kendala utama proses pembersihan sampah di sungai alam tersebut
Makan Di Asam Pedas Kampung Sungai Melayu

Makan Di Asam Pedas Kampung Sungai Melayu

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 854 hits
Assalamualaikum MELAYANKAN anak tekak Pak Inche yang nak makan Asam Pedas di Kampung Sungai Melayu Kalau diikutkan memang malas nak keluar makan sekarang tapi bosan jugalah asyik masak jer kan Dah masak nak kena kemas dan cuci periuk belang...
Pencuri Makan Coklat Sampai Kekenyangan Tertidur Di Tempat Kejadian

Pencuri Makan Coklat Sampai Kekenyangan Tertidur Di Tempat Kejadian

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 256 hits
Seorang lelaki berusia 44 tahun memecah masuk ke dalam sebuah firma kewangan di Seattle dan cuba merompak tempat itu dalam kejadian awal Oktober 2019 Tetapi perkara yang sebaliknya berlaku Suspek kemudian menaiki lif pergi ke pejabat perkhi...
Bagi Makan Pakai Pada Isteri Anak Anak Belum Cukup Untuk Jadi Ketua Keluarga Terbaik

Bagi Makan Pakai Pada Isteri Anak Anak Belum Cukup Untuk Jadi Ketua Keluarga Terbaik

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 376 hits
Bagaimana seorang lelaki mahu menjadi suami dan ayah yang terbaik buat keluarganya Seorang suami yang bagus sentiasa menuntut ilmu supaya dapat diturunkan kepada si isteri Kemudian si isteri boleh ajarkan pada anak anak pula Menurut melalui...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids