Dari balai ketibaan, berpandukan papan tanda yang ada kami menuju ke ruangan pengangkutan awam. Seterusnya kami ke arah Stasiun Kereta Api. Pembelian tiket tren dibuat di mesin, tiada kaunter tiket. Pembayaran hanya melalui debit/kredit card, prepaid card, digital payment & voucher. Tiada pilihan bayaran tunai, kami bayar menggunakan kad kredit
Suasana di ruang berlepas
Ruang dalam tren KAI Bandara. Tak ramai penumpang, masing-masing duduk berjarak jauh. Pendingin hawa di dalam tren terasa tidak cukup sejuk bagi saya, ketika ini cuaca di luar panas terik. Bunyi enjin tren ini juga agak bising, tidak senyap seperti yang saya jangkakan. Ini bukanlah satu rungutan ya, tetapi sekadar penceritaan pengalaman
Pemandangan dari tingkap tren, kabur je. Ternampak tanda nama Kualanamu, Deli Serdang. Selepas itu barulah saya faham bahawa Kualanamu terletak di Deli Serdang, Sumatera Utara.
Pemandangan pada awalnya disajikan dengan hamparan sawah padi menghijau. Kemudian berganti dengan pemandangan deretan rumah yang terletak begitu hampir dengan landasan. Penduduk sekitar kelihatan bebas berjalan di atas landasan dan ada juga kumpulan kanak-kanak yang duduk berkumpul di tepi landasan. Kerap kali hon dibunyikan sebagai amaran kepada mereka. Memasuki kota Medan, pemandangan berganti dengan deretan bangunan tinggi yang berkedudukan rapat.
Tren tiba di Stasiun Medan, kota Medan|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |