Pengalaman Menaiki Ets Dari Stesen Kl Sentral Ke Stesen Parit Buntar


PENGALAMAN MENAIKI ETS DARI STESEN KL SENTRAL KE STESEN PARIT BUNTAR | Assalammualaikum semua! Ruby kembali mengikuti Lawatan FAM Trip dan kali ini sangat istimewa sebab kebanyakan aktiviti sepanjang lawatan adalah kali pertama untuk Ruby cuba. Seperti menaiki ETS ini, ia adalah kali pertama Ruby menaikinya.
Seingat Ruby, kali terakhir menaiki kereta api pada usia 6 tahun dan pada ketika itu melalui perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu. Pulang ke kampung pasti menaiki kereta api dari stesen Kuala Lumpur dan turun di stesen Batu Gajah. Nanti arwah Atok akan ambil. 
PENGALAMAN MENAIKI ETS DARI STESEN KL SENTRAL KE STESEN PARIT BUNTAR

Zaman dulu, mana ada telefon pintar untuk mesej ibu bapa dah sampai mana atau bagi tahu sudah melepasi stesen apa. Sebelum bertolak, mesti mak Ruby telefon arwah Atok dan memaklumkan bahawa kami akan bertolak jam berapa serta anggaran waktu tiba. 
Itu sahaja, nanti atok akan rancang perjalanan untuk ambil kami sekeluarga. Pada kebiasaannya atok memang dah ada menanti di bawah pokok bersama kereta Proton Wira. Kami teruja dan terus berlari peluk arwah Atok. Al-Fatihah buat Atok Ruby. 


Menaiki ETS buat kali pertama pasti mendebarkan. Walaupun pada jam 9:50am waktu berlepas. Kita perlu hadir awal menunggu. Agar tidak terlepas menaiki ETS. 6 Disember 2022 merupakan hari Selasa dan hari bekerja di Kuala Lumpur. 
Kesesakan lalu lintas pada awal pagi dan LRT penuh dengan pengguna yang ingin pergi kerja adalah normal. Ruby tiba di KL Sentral seawal jam 8:30 pagi dan sarapan di KFC KL Sentral. Sambil makan tu, kena ambil perhatian pengumuman ketibaan ETS dari mana dan menuju ke mana. Bila dengar ke Parit Buntar, ramai pengguna bangun dan beratur untuk check in.

Check in sangat mudah menggunakan QR code yang tertera di tiket ETS. Tiket ni boleh tunjuk terus melalui telefon pintar. Tapi, Ruby memilih untuk cetak. Kadang-kadang kelam kabut dengan barang-barang kan, jadi tiket ada tersimpan rapi di poket. Hehehe. 
Melalui tiket ETS, kita boleh perhatikan gerabak dan nombor kerusi. Ruby menaiki Coach C dan Seat 13B. Dijangka akan tiba di Parit Buntar pada jam 1:38 petang. Waktu bertolak dan tiba berkemungkinan delay sedikit. Namum, ia tetap kenderaan terpantas antara bandar. 



ETS merupakan singkatan kepada Electric Train Service adalah perkhidmatan rel antara bandar yang dikendalikan oleh pengendali kereta api nasional Malaysia iaitu Keretapi Tanah Melayu Berhad. 
Ia merupakan perkhidmatan kereta api meter terpantas di Malaysia yang kini beroperasi di sepanjang laluan elektrik dan dua landasan di Laluan Pantai Barat antara Gemas dan Padang Besar di sempadan Malaysia-Thailand.  
Jadual kereta api ETS di Malaysia boleh dikategorikan kepada laluan Gemas – Padang Besar dan Padang Besar – Gemas. Kereta api bergerak sehingga 140 km/j (87 mph) pada landasan rel tolok meter elektrik. 



PERKHIDMATAN DI DALAM ETS COACH CRuby mendapat tempat duduk di dalam Coach C dan teruja bagaimana keadaan di dalam gerabak ETS. Pada mulanya skeptikal bahawa pasti kepanasan dan tidak selesa. Bawa pula bagpack besar, dimana perlu simpan. Rupa-rupanya ada ruang simpanan bag di atas.


Kemudian tempat duduk selesa dan ada meja. Di dalam ETS ada plug untuk cas telefon juga. Sangat selesa dan selamat. Walaupun Ruby berasa selamat, sentiasa kita awasi barangan peribadi kita. Okay?



9:50 pagi hingga 1:38 petang itu satu tempoh yang panjang. Hampir 4 jam di dalam ETS. Apa yang anda boleh lakukan dalam tempoh itu? Pada pendapat Ruby, kita boleh bawa buku sebagai bahan bacaan. Buku ulangkaji pelajaran, penyelesaian silang kata, sudoku atau laptop untuk buat kerja yang tertunggak. 
Ruby memilih untuk tidur. Hahahaha. Kemudian lapar, pergi kantin di belakang Ruby sahaja. Al maklumlah kantin di gerabak C. Sangat mudah! 



Ada macam-macam makanan dan minuman. Ruby beli Nescafe 3in1 Panas sahaja. Syok minum air panas semasa di dalam ETS. Sambil tengok permandangan di luar jendela. MasyaAllah nikmat sangat. Kita punya laluan kereta api ni best, sebab ada pokok dan gunung ganang boleh lihat. Healing ke tewww? Hahahaha.


Apabila naik ETS ni, ruang solat disediakan. Jika mengembara pada waktu solat, anda boleh standby bawa telekung dan menjaga wudhu. Walaupun tandas ada bersebelahan, kekerapan penggunaan tu sangat ramai. Jadi, anda niat musafir siap-siap okay? Nanti boleh solat Jamak atau Qasar. Semoga dipermudahkan.
Beli tiket ETS di sini https://online.ktmb.com.my/
Alhamdulillah Ruby selamat sampai ke destinasi. Ini adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Lain kali boleh bawa suami dan anak-anak. 4 jam memang tidak boleh diam, tapi pengalaman indah dapat naik ETS. Terima kasih Tourism Malaysia.



“Program Lawatan Produk Eko-Pelancongan (Homestay, Water Rafting, Climbing, Caving) di Selama - Gopeng, Perak Darul Ridzuan pada 6-9 Disember 2022 anjuran Unit Nature Adventure, Tourism Malaysia dengan kerjasama Unit Pelancongan Majlis Daerah Selama, Selama Rafting dan Gua Tempurung Extreme. Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk merancang percutian ke Selama & Gopeng, Perak.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/02/pengalaman-menaiki-ets-dari-stesen-kl.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Menaiki Kai Bandara Laluan Kualanamu Kota Medan

Pengalaman Menaiki Kai Bandara Laluan Kualanamu Kota Medan

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 220 hits
Jarak Bandara Internasional Kualanamu yang terletak di Kabupaten Deli Serdang dengan kota Medan adalah sekitar 40 km Kita boleh memilih untuk menaiki tren bas teksi atau GrabCar untuk ke kota Medan Saya dan encik suami memilih untuk menaiki...
Pengalaman Menginap Di Hotel Casa Bonita Melaka

Pengalaman Menginap Di Hotel Casa Bonita Melaka

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 637 hits
Ini post tertunggak Sebenarnya moment menginap di Hotel Casa Bonita ni pada penghujung tahun 2021 Tapi takpelah nak cerita jugaklah Masa mula mula nak book hotel ni rasa hesitate juga sebab dengar banyak cerita tak best Lokasi pun terletak ...
Pengalaman Hiking Bukit Batu Putih Negeri Sembilan

Pengalaman Hiking Bukit Batu Putih Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 288 hits
Salam to all readers Pengalaman Hiking Bukit Batu Putih Negeri Sembilan Rindu aku tak Aku pun rindu gila nak menaip blog finally dapat juga curi masa sedikit update Aku banyak gila nak kongsi dengan korang semua apa aku buat pada hujung min...
Pengalaman Best Menginap Di Ancasa Residences Port Dickson

Pengalaman Best Menginap Di Ancasa Residences Port Dickson

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 460 hits
Kami sekeluarga bercuti di Ancasa Residences Port Dickson pada Oktober 2022 Ini kali kedua saya dan keluarga kecil saya menginap di sini Tapi untuk family besar Adik saya la ni asik recommend Ancasa Residences Memang pengalaman best bagi sa...
Cara Menaiki Shuttle Bas Percuma Dari Jeddah Airport Ke Masjidil Haram

Cara Menaiki Shuttle Bas Percuma Dari Jeddah Airport Ke Masjidil Haram

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 436 hits
Assalamualaikum Terima kasih kepada ahli group ni sebab banyak share input Saya sekarang di Mekkah Nak share berkenaan shuttle bas percuma dari Jeddah Airport ke Masjidil Haram Lepas keluar di Arrival Hall boleh ambil lif atau escalator tur...
Kereta Dipandu Tunang Masuk Parit Wanita 29 Tahun Meninggai Dunia

Kereta Dipandu Tunang Masuk Parit Wanita 29 Tahun Meninggai Dunia

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 189 hits
nbsp Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandu tunangnya terjunam ke dalam parit di Jalan Chui Chak Langkap di sini pada petang Sabtu Mangsa dikenali sebagai Nurul Fatihah Ismail 29 disahkan maut di tempat kejadian manakala tunangnya ...
Pekerja Stesen Tv Mati Di Meja Pejabat Akibat Dipaksa Kerja Overtime

Pekerja Stesen Tv Mati Di Meja Pejabat Akibat Dipaksa Kerja Overtime

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 235 hits
Sarawut ditemui mati di meja pejabat Jumaat lalu akibat serangan jantung CoconutsBANGKOK Sebuah stesen televisyen di Thailand berjanji untuk memberi pampasan kepada keluarga seorang kakitangannya yang meninggal dunia di meja pejabat disebab...
Travel Sama Sama Ktmb Diskaun 25 Untuk Tiket Ets Ktm Intercity

Travel Sama Sama Ktmb Diskaun 25 Untuk Tiket Ets Ktm Intercity

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 309 hits
Promosi Travel Sama Sama KTMB Adakah anda sedang merancang percutian bersama rakan atau keluarga Inilah peluang anda untuk dapatkan tiket ETS dan tren Ekspres KTM Intercity dengan potongan diskaun sebanyak 25 Ikuti perkongsian kami untuk ke...
Pengalaman Menyaksikan Persembahan Kandora Di Aeon Falim Ipoh

Pengalaman Menyaksikan Persembahan Kandora Di Aeon Falim Ipoh

papar berkaitan - pada 28/1/2023 - jumlah : 421 hits
Pengalaman Menyaksikan Persembahan Kandora di Aeon Midtown Falim Ipoh Assalamualaikum semua baru baru ni kinah berkesempatan meluangkan masa menyaksikan persembahan Kandora di Aeon Midtown Falim Ipoh Kebetulan ada di Ipoh pada masa tu jadi ...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik