Pengalaman Hiking Bukit Batu Putih Negeri Sembilan


 Salam to all readers,





| Pengalaman Hiking Bukit Batu Putih, Negeri Sembilan! | Rindu aku tak? Aku pun rindu gila nak menaip blog, finally dapat juga curi masa sedikit update. Aku banyak gila nak kongsi dengan korang semua, apa aku buat pada hujung minggu, perkembangan aku sekarang, bulan ini bulan paling sibuk buat aku. Next entry aku share lebih details. Now, aku nak share aku pergi hiking ke Bukit Batu Putih, Negeri Sembilan. Tak main dah hiking dekat KL, semua luar Selangor sekarang. Bukan kaling-kaling. hahaha.. Tapi jangan tanya aku bila nak open trip, aku tak buka trip mana-mana, korang pergi cari orang betul-betul hiker. Aku bukan hiker tegar lagi, aku still intermediate punya level. 


Finally, aku comeback melakukan aktiviti hiking setelah sekian lama tak pergi. Bulan 12 tahun lepas aku dengan member stop sekejap, memandangkan cuaca tak berapa baik (musim hujan), jadi kami start semula pada awal tahun baru ini. Kalini, kami ke Bukit Batu Putih, Negeri Sembilan. Ini merupakan bukit ke-2 di negeri sembilan kami jejak. Sebelum ini, kami jelajah Bukit Batu Sawa, jadi kalini ke Bukit Batu Putih.


Trip kalini cukup santai sahaja, sebab trek dia tak sesukar seperti bukit sebelum ini. Ada jalan mendatar, ada jalan mencerun (tapi still boleh control). Paling best sekali perjalanan naik ke atas tak mengambil masa yang lama pun, 20min dah sampai. Trip kalini, kami pergi berlima, Sue bawa member dia lagi 3 orang, iaitu Syud, Nora dan Dibah. Ketiga-tiga memang masuk air, aku macam biasa, ambil masa untuk berkenalan, mujur masing-masing memang sekepala. Malam nak pergi tu, Sue tidur rumah aku, seawal jam 5.00am kami dah keluar rumah sebab nak fetch kawan Sue dekat rumah. Perjalanan dari KL nak ke Bukit Batu Putih, Negeri Sembilan ini mengambil masa sejam 1/2 jugalah. Masa perjalanan nak ke Bukit Batu Putih ini, hujan pula, kami dah cuak dah kot2 tak boleh naik pula. 


Mujur sampai ke destinasi, hujan dah mula berhenti, kami sampai seawal jam 8.00am. Sampai-sampai je, berderet kereta dah bersusun. Ramai jugalah nak naik Bukit Batu Putih ini. Bukit Batu Putih ini merupakan salah satu bukit yang cukup popular dekat Negeri Sembilan. Korang Waze sahaja Bukit Batu Putih kalau nak ke sini. Kalau nak naik tengahari pun boleh, sebab ia tidak mengambil masa yang lama pun untuk samai ke Puncak.


Bukit Batu Putih ini terletak di kawasan Taman EkoRimba Tanjung Tuan, Port Dickson. Ketinggian bukit ini hanya 223meter. Kalini punya trip cukup santai sahaja, cuma dah nak sampai ke Puncak kena mengharungi batu sikit.


Laluan Pintu Masuk Utama Bukit Batu Putih, Port Dickson!

Ikutkan dulu kereta boleh bawa masuk sampai ke atas, sekarang dah tak boleh. So, siapa datang awal bolehlah cari port parking yang dekat dengan pintu masuk utama. Kami park jauh sikit, memandangkan dah takde tempat parking. Dekat kawasan ini banyak kera, jadi hati-hati bawa barang dalam beg. Permit RM3/seorang, tapi tulah nak dijadikan cerita masa kiteorang pergi takde orang pula jaga kaunter. Jadi kami jalan terus sahajalah


Masuk dari pintu gerbang tu, korang kena jalan sampai ke atas, sampailah ternampak rumah api. Naik ke atas ini mengambil masa 15-20min jugalah. Kami tak naik ke rumah api, terus hiking ke Bukit Batu Putih. Kalau korang, nak lihat pemnadangan bolehlah gigih naik tangga tu, tapi korang hanya boleh berjalan di sekeliling sahaja



Sebelum menampakkan rumah api, korang akan nampak satu laluan kecil bertangga di bahagian kanan. Mujur hujan renyai saja waktu tu, jadi laluan still cantik dan kering sangat smooth pendakian. Bagi aku siapa beginner nak naik ke sini pun sesuai, sebab laluan dia tak susah mana, mendatar, menaik sikit, dan mendaki batu-batu bila nak ke puncak. Tu sahaja, lain laluan memang santai. Kalau pergi dengan kawan-kawan memang tak terasa sangat, sebab mendaki sambil berborak, tahu-tahu dah sampai ke Puncak


Inilah pemandangan pokok-pokok dalam hutan Bukit Batu Putih. Korang bukan sahaja dapat melihat keindahan hutan malah korang juga boleh melihat keindahan pantai dari atas. Memang cantik keindahan Allah. Bila tengok sendiri nikmatnya lagi best


Inilah laluan pendakian ke Bukit Batu Putih, cantik kan?



Kami berempat je naik ke puncak bukit, Dibah duduk bawah. Puncak bukit ini punya ramai orang, nak tunggu turn ambil gambar perlulah bersabar. Orang paling relax sudah semestinya Sue, dari awal perjalanan sampai ke penghujung tak pernah rasa penat orang kata. Dialah drive, dialah paling relax. Arghh aku jealous... Agak lama jugalah kami duduk dekat atas puncak sambil melihat keindahan pantai





Jadi buat mereka nak ke sini, jangan tunggu lagi, pergi je. Baik beginner, intermediate pun boleh naik ke atas. Boleh dikatakan pendakian ke Bukit Batu Putih ini mengambil masa 30min sahaja naik dan turun. Kalau kau duduk lama, berselfie bagai paling-paling sejam jugalah jawabnya. Nanti aku share video perjalanan naik ke atas okay. Paling penting jagalah kebersihan dalam hutan, janganlah buat sampah merata.







Thank you for reading guys!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.missazwarsyuhada.com/2023/01/pengalaman-hiking-bukit-batu-putih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Couple Rider Ambil Angin Di Pantai Port Dickson Mendaki Bukit Batu Putih Tanjung Tuan

Couple Rider Ambil Angin Di Pantai Port Dickson Mendaki Bukit Batu Putih Tanjung Tuan

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 275 hits
assalamualaikum salam sejahtera selamat pagi semua readers pagi Sabtu baru la sempat hapdet blog few days ago so much things to do dari subuh membawa ke isya di ofis mahupun di rumah kesibukan melanda dgn begitu dasyat sekali ha ha ha ha al...
Rafizi Jangka Rundingan Ph Bn Di Negeri Sembilan Lebih Mudah Muktamad

Rafizi Jangka Rundingan Ph Bn Di Negeri Sembilan Lebih Mudah Muktamad

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 213 hits
January 16 2023 Rafizi Ramli berkata Aminuddin Harun dan Mohamad Hasan digambarkan sebagai watak senang dibawa berbincang dalam rundingan kerjasama antara PH dan BN PETALING JAYA Rundingan kerjasama antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasion...
Ride Ke Negeri Sembilan Sarapan Sedap Di Kafe Kampung Kaw Port Dickson

Ride Ke Negeri Sembilan Sarapan Sedap Di Kafe Kampung Kaw Port Dickson

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 355 hits
assalamualaikum mcm biasa la kisah throwback memang byk dlm blog ni jarang nak punctual update cerita ha ha ha ha harap readers tak la keliru ek ha ha ha ha Port Dickson 8 1 2023 mr Asben ajak ride and sarapan di PD meskipun saya ni tak bra...
Negeri Sembilan Pbm Dissolves Divisions Youth And Women Wings

Negeri Sembilan Pbm Dissolves Divisions Youth And Women Wings

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 148 hits
The Negeri Sembilan Parti Bangsa Malaysia has announced the dissolution and resignation of all members of its state committee divisions Youth and Women s wings due to a loss of faith in the leadership of PBM president Datuk Larry Sng Its ch...
Di Negeri Sembilan Kerjasama Bn Ph Patut Diteruskan Kata Pemimpin Umno

Di Negeri Sembilan Kerjasama Bn Ph Patut Diteruskan Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 155 hits
Kerjasama antara gabungan politik di peringkat negeri adalah untuk memudahkan pentadbiran dan pengurusan untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat kata Jalaluddin Alias PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Jalaluddin Alias berpenda...
Bersedia Sertai Kerajaan Di P Pinang Selangor Dan Negeri Sembilan Zahid Beritahu Umno

Bersedia Sertai Kerajaan Di P Pinang Selangor Dan Negeri Sembilan Zahid Beritahu Umno

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 205 hits
January 14 2023 KUALA LUMPUR Umno diminta bersedia untuk menyertai kerajaan di Pulau Pinang Selangor dan Negeri Sembilan selepas PRN akan datang Presiden Zahid Hamidi berkata Umno dengan kerajaan perpaduan akan mampu menghadapi PRN dengan g...
Pn Banking On Youth To Capture Negeri Sembilan In State Polls

Pn Banking On Youth To Capture Negeri Sembilan In State Polls

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 187 hits
Perikatan Nasional is confident of winning in the upcoming Negeri Sembilan state election because young supporters have rejected Umno particularly the leadership of Ahmad Zahid Hamidi according to former Seremban Umno Youth chief Zool Amali...
Pn Menang Mudah Di Negeri Sembilan

Pn Menang Mudah Di Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 369 hits
PN akan menyasarkan pengundi muda dan pengundi kali pertama yang dilihat menyokong gabungan itu pada PRU lalu sebagai antara strategi utama merampas Negeri Sembilan pada pilihan raya negeri yang akan datang Walaupun tidak memegang sebarang ...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya

What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri