Pengalaman Memetik Strawberry Di Abang Strawberry Taman Sedia Cameron Highlands
hai assalammualaikum
Pengalaman Memetik Strawberry Di Abang Strawberry Taman Sedia - Tahun lepas, ada ada pergi ke Cameron Highlands sempena Pelancaran Hotel Avillion Cameron Highlands di Tanah Rata. Dapat juga stay di hotel tersebut. Kalau nak tau berkenaan hotel tersebut korang boleh klik ( Hotel Avillion Cameron Highlands Selesa dan Mesra Kanak-Kanak). Dah sampai Cameron, mestilah nak terjah tempat menarik dekat Cameron ni kan. Takkan nak terus balik..hey rugi..dahla lama tak berjalan, lama giler tak jejak Cameron Highlands. Bila sampai sini, kena manfaat apa yang ada.
Seronok Memetik Buah Strawberry di Abang Strawberry Taman Sedia Cameron HighlandsPertama sekali, lepas habis pelancaran, terus cari tempat strawberry. Disebabkan dah lama tak datang Cameron, jadi tak tau nak pergi ladang strawberry yang mana. Nak pergi yang popular tu, jauh dari hotel kita. Pulak tu, tak buka waze..ahhaa..Masa kitaorang jalan, nampak papan tanda besar Taman Sedia di bahagian kanan. Nasib mr mafia nak masuk. Dekat situ ada banyak kedai strawberry, dan bila kitaorang pergi hujung lagi nampak salah satu kedai yang memang kawan nad cadangkan suruh pergi iaitu Abang Strawberry. Fuh nasib masuk dalam Taman Sedia ni..hehee. Abang Strawberry ni yang popular sebab Nasi lemak dia yang berwarna pink dengan sambal dia. Tapi nad datang sini tak makan pun, nad nak merasai pengalaman memetik buah strawberry di ladang strawberry..hehee. Lain kali bercuti rasalah Nasi Lemak dekat sini ye.
Masa tengok restoran ni, memang cantikla sebab dihiasi dekorasi menarik, moden, bersih dan susun atur kerusi cukup padan dengan warna asas buah strawberi. Hiasan bunga tiruan dan lampu diatas siling restoran mengamit dan menarik perhatian pengunjung.
Masa datang sini, hujan nak turun, tapi alhamdulillah, hujan berhenti. Kalau tak nangis tak dapat eprgi petik strawberry tau..hehee. Mula tu nlur sikit, nak tanya siapa la ni. Tengok ramai orang duduk makan dekat sini. Tapi kitaorang nak petik buah strawberry je. Mula tengok dulu, apa yang ada dekat sini. Lepas tu, tanya kaunter depan, cakapla, " nak petik buah strawberry macam mana? "..pekerja situ cakap nak petik buah strawberry bayar RM7 untuk 100gram strawberry yang dipetik. Dia bagila bakul dengan gunting. Dah teruja nak petik ni, lagi- lagi Fariza..suka sangat dia.
Mula tu, kitaorang salah pergi ke ladang strawberry, hahaa..ladang tu baru nak dibina rupanya. Ladang sebenar ada dekat kawasan tu juga tapi depan sikit dari lokasi Abang Strawberry..hehe.Malu giler. Pergi ke sana. Tengok je ladang dia, terus "wahh". Best sangat bila tengok strawberry segar dari pokok. Masih tergantung elok je. Fariza dah taks abar nak petik buah strawberry tu..hehee.
Nad tunjuk mana je nak dipetik. Kalau bagi Fariza petik, mestilah dia nak petik semua. Terlebih 100gram memang kena bayar lebihla..ehhehe..Jadi tunjuk dia strawberry yang merah dan besar untuk dipetik. Masa tu buah strawberry takda banyak sangat, belum musim dia kot, tapi adala sikit-sikit. Kitaornag jalan dan cari satu ladang tu..ehehe. Seronok rasanya, sebab tak pernah langsung ada penglaman memetik buah strawberry ni. Dah ada anak dua, baru dapat rasa. Seronok sebab buat dengan anak.
Tengokla budak tu, beria sanagt nak petik. Sampai daddy ambil gambar pun dia sanggup posing..halah-halah..halah..hehehe..Semua dia nak petik, asyik cakap "nak ni ".."ni mommy"..
Besar ladang dia ni..Dah selesai petik, patah balik pergi kedai, dia timbang berapa buah strawberry dalam bakul. Memang terlebih dari yang dijangka..hahaa. Daddy la bayar...hahaa..Takpe, sekali sekala kan.
Buah tu bawak balik, makan dekat bilik hotel ler..hehee..
Video Fariza petik buah Strawberry di Ladang Abang Starwberry Cameron Highlands.
Banyak lagi tempat nad pergi, nanti nad sambung cerita lagi ok.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2019/01/pengalaman-memetik-strawberry-di-abang.html