Cameron Highlands Yang Menenggelamkan Zahid Hamidi




Selepas Hishammuddin Hussein turun berkempen di Cameron Highlands dan kemudian suasana kempen didominasi beberapa hari oleh Najib Razak, suatu perkara yang nyata ialah Zahid Hamidi semakin dilupakan oleh warga UMNO sendiri.


Meskipun masih berjawatan sebagai Presiden UMNO tanpa kuasa berikutan keputusannya menyerahkan kuasa kepada Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan, Zahid Hamidi dengan sendirinya hilang kewajaran untuk berkempen membantu calon BN, Ramli Mohd Nor.


Tidak dipastikan apa perasaan Zahid Hamidi ketika ini, tetapi dengan jentera kempen nampaknya berjalan lancar di Cameron Highlands, ketiadaan beliau seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan kepada UMNO dan BN.


Gambaran selarinya ialah Mohamad Hassan dan Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail telah berjaya mengepalai jentera kempen dengan baik sehingga rata-rata merasakan harapan calon BN untuk mencapai kemenangan terlihat amat cerah sekali.


Selain pengundi Melayu dan Orang Asli boleh dikata akan memihak kepada BN, pengundi bukan Melayu pula dipercayai akan menjarakkan diri mereka dalam pilihanraya kali ini sebagai tanda protes terhadap iklim ekonomi dan perniagaan yang masih tidak memihak kepada mereka.


Jika minggu ini Najib berkampung beberapa hari di Cameron Highlands, berdasarkan sambutan hangat yang diterimanya, tidak mustahil beliau akan datang lagi berkempen menjelang hari-hari terakhir sebelum pengundian diadakan.


Dengan itu, kiranya keputusan di Cameron Highlands nanti memihak kepada BN, tidak dinafikan orang yang akan disanjung sebagai menyumbang kepada kemenangan BN ialah Najib, Mohamad Hassan, Wan Rosdy dan Hishammuddin.


Gandingan mereka, tanpa kelibat Zahid Hamidi, dianggap sudah memadai sebagai ramuan untuk mencipta kemenangan buat BN.


Kesannya, di mana Zahid Hamidi dalam dua pilihanraya kecil selepas ini iaitu Semenyih dan Rantau?


Mahu tidak mahu, dengan tenggelamnya nama Zahid Hamidi di Cameron Highlands serta melonjaknya nama Najib, Mohamad Hassan dan Hishammuddin, Presiden UMNO itu dengan sendirinya akan terasing dalam pilihanraya kecil berikutinya.


Lebih-lebih lagi kalau dalam semua pilihanraya kecil itu nanti mampu menghasilkan kemenangan buat UMNO dan BN.


Dalam waktu yang sama, berikutan kemenangan di Cameron Highlands nanti akan merangsang Najib lebih rajin turun berkempen di Semenyih dan juga Rantau.


Apatah lagi sejak bergelar Raja Troll, Najib seolah-olah mendapat suntikan semangat baru dalam karier politiknya.


Maka, Zahid Hamidi kenalah pandai-pandai membawa dirinya yang semakin tidak diperlukan lagi dalam UMNO selepas ini. (ShahbudinHusin 19/01/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/01/cameron-highlands-yang-menenggelamkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kejutan Buat Bn Di Prk Cameron Highlands

Kejutan Buat Bn Di Prk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 546 hits
Kejutan Buat BN Di PRK Cameron Highlands Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dijadual turun berkempen untuk PRK Cameron Highlands pada hari terakhir kempen 25 Jan ini Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata kehadiran pengerusi Pakatan Har...
Peringatan Spr Kepada Pengundi Cameron Highlands

Peringatan Spr Kepada Pengundi Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 463 hits
SPR LAPOR POLIS DAN SKMM ISU TULAR GAMBAR KERTAS UNDI PRK CAMERON HIGHLANDBerikutan penularan gambar kertas undi Pilihan Raya Kecil P 078 Cameron Highlands di media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya Mala...
Cameron Highlands By Election No Money No Hope For Bn

Cameron Highlands By Election No Money No Hope For Bn

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 352 hits
A friend and I made a quickie trip to Cameron Highlands yesterday To suss out the place before the By Elections on the 6th of January It was also a foodie excursion Began with pau at Tanjong Malim tea at Bharat s Tea Shop lunch at Kumar s i...
Prk Cameron Highlands Bn Umum Calon Khamis Ini

Prk Cameron Highlands Bn Umum Calon Khamis Ini

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 444 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Barisan Nasional akan mengumumkan calon bagi bertanding di Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands pada Khamis Menurut laporan UMNO Online pengumuman tersebut akan dibuat dalam satu majlis pada Khamis ...
Psm Tak Tanding Cameron Highlands Sebab Tiada Calon Sesuai

Psm Tak Tanding Cameron Highlands Sebab Tiada Calon Sesuai

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 318 hits
PETALING JAYA Seorang pemimpin Parti Sosialis Malaysia mengesahkan parti itu tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands pada 26 Januari ini Ahli Jawatankuasa Pusat Dr Michael Jeyakumar Devaraj memberitahu FMT bahawa ke...
Mb Pahang Tersenarai Jadi Calon Bn Prk Cameron Highlands

Mb Pahang Tersenarai Jadi Calon Bn Prk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 369 hits
KUALA LUMPUR Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail disenarai pendek sebagai calon Barisan Nasional yang akan mempertahankan Parlimen Cameron Highlands pada pilihan raya kecil 26 Januari ini Pengarah Koordinator Pemuda UMNO Sh...
Cameron Highlands Lebih Membangun Jika Ph Menang

Cameron Highlands Lebih Membangun Jika Ph Menang

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 455 hits
LIPIS Lebih banyak projek pembangunan yang sudah dan akan dilaksanakan jika Pakatan Harapan diberi kepercayaan memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Kecil 26 Januari ini Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata jika...
Best Dinner Recipe Using Ground Turkey

Jangan Tiru Flexing Qarun Dampak Pamer Harta Di Media Sosial

Mahkamah Perintah Kda Fc Bayar Lebih Rm300 Ribu Kepada Sony Norde

Tiktok Top Guns Called To Bukit Aman On Sept 4 Meta Next Fahmi

Putrajaya Urged To Abolish Mp S Fixed Allowances To Avoid Similar Fall Out To Indonesia

Asyraf Wajdi Dedah Rekod Lampau Punca Kebanyakan Kes Buli Di Mrsm

Polis Siasat Skuter Elektrik Diguna Di Jalan Raya

Polis Tahan Lelaki Lepas Tembakan Di Kuil


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Warna Warni Kemerdekaan Kita

Buasir Otak Tv Bila Budak Tanya Apa Maksud Merdeka

Podcast Zoom Kejadian Buli Semakin Hari Semakin Parah Ppim 03 09 2025

The Bmw Vision Ce Electric Concept Is A Two Wheeled Dune Buggy

Cara Nak Guna Mysara 100

Teman Encik Suami Main Badminton