Kampung Di Cameron Highlands Masih Tiada Lektrik Air Bersih



CAMERON HIGHLANDS: Walaupun berada di pinggir jalan utama menuju ke destinasi pelancongan popular, Cameron Highlands, penduduk Kampung Mawar Tepian Desa di Kampung Raja hidup seakan zaman dahulu, tanpa elektrik dan air bersih sejak 1999.

Lebih kurang 165 keluarga di perkampungan tersusun itu hidup hampir 20 tahun tanpa elektrik dan air bersih walaupun hanya 3km dari Kampung Raja, sebuah perkampungan utama di daerah Cameron Highlands dan 30km dari Tanah Rata.

Penduduk yang ditemui berkata permohonan tanah tidak diluluskan mahupun lesen pendudukan sementara (TOL), menyebabkan mereka rasa dilayan seperti pendatang haram.

Wakil penduduk, Saleh Mat Saman, 63, yang menetap di Cameron Highlands sejak 1974, berkata permohonan demi permohonan kepada pihak berkuasa tidak dilayan.

“Banyak wakil rakyat datang sejak 1999 janji sama kami akan usaha tapi sampai sekarang tidak ada apa. Bila kita mohon, mereka kata nak bantu tapi senyap tanpa sebarang berita,” katanya.

Saleh berkata penduduk berusaha mendapatkan status tanah yang sah supaya bekalan elektrik dan air bersih boleh dibawa masuk, tetapi tidak dilayan kerajaan negeri.

“Kali terakhir mohon tahun lepas, juga tak lulus,” katanya.

Oleh kerana permohonan tanah dan TOL tidak diluluskan, 165 keluarga terbabit menetap disitu secara “haram”. Menurut Saleh, pihak berkuasa pernah datang untuk merobohkan rumah tetapi berjaya dihalang penduduk.

“Mereka suruh kita kosongkan tempat ini,” katanya.

Saleh berkata penduduk mengeluarkan wang yang banyak untuk memastikan kediaman masing-masing bercahaya di waktu malam. Beliau berkata kebanyakan penduduk adalah pekerja ladang.

“Kami guna generator setiap rumah. Harga generator RM4,000 keatas, minyak satu hari RM20, sebulan RM600. Kalau ada elektrik tidak sampai jumlah itu, paling mahal RM100,” katanya.

Saleh berkata penduduk tidak diberi kemudahan asas walaupun alamat kad pengenalan menunjukkan mereka penduduk Cameron Highlands, oleh itu layak memilih wakil rakyat pada pilihan raya kecil kali ini.

“Alamat kini disini, tempat kami mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Raja. Undi kami mahu tapi elektrik tak bagi,” katanya.

Beliau berkata ahli Parlimen sebelum ini, Datuk Seri G Palanivel pernah beberapa kali datang melawat tapi gagal menyelesaikan masalah.

Cabut tiang selepas menang

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Ramlah Ali membidas kerajaan negeri berat sebelah kerana penempatan Orang Asli di kawasan pedalaman diberi kemudahan.

“Orang Asli boleh bagi, takkan Orang Melayu tak boleh?” katanya, dan menggesa kerajaan negeri berlaku adil kepada semua kaum.

Ramlah berkata kerajaan BN pernah berjanji akan membawa masuk elektrik ke Kampung Mawar Tepian Desa tapi “janji tinggal janji” menyebabkan dia “sakit hati”.

“Masa nak mengundi, bubuh tiang. Bila menang, cabut tiang. Apa guna wakil rakyat semua?” katanya.

“Kalau PH menang tapi tak dapat juga, tak apa, lagi 5 tahun, ‘sayonara’.”

Sementara itu, pemimpin MyPPP, Tan Sri M Kayveas yang membawa media di kampung itu menggesa kerajaan negeri dan persekutuan mengambil serius tuntutan penduduk walaupun ada dalam kalangan warga Cameron Highlands bukan penduduk asal.

“Setiap keluarga ada anak-anak dan warga emas,” katanya. “Daripada 32,000 pengundi, kita ada 10,000 penduduk asal dari luar,” katanya.

Ditanya mengapa dia tidak menimbulkan isu ini semasa dalam BN, Kayveas mendakwa masalah ini ada dibangkitkan beberapa kali tetapi “dihalang” pihak tertentu, yang menganggap dia cuba mencampuri urusan pihak sepatutnya.

“Saya cuba bawa melalui saluran tertentu tetapi saya diminta supaya tidak sentuh isu kampung ini,” katanya. “Mereka kata akan buat tapi sampai sekarang tidak ada apa-apa.”

Beliau mahu kerajaan mengagihkan tanah kosong kepada penduduk dan memberi peluang kepada mereka untuk memilikinya.

“Tanah disini kosong, bukan untuk pembangunan lain. Tak salah kalau kerajaan beri tanah kepada keluarga di sini,” katanya. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/01/kampung-di-cameron-highlands-masih.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Principally Wrong For Ministers To Hold Events In Cameron Highlands Says Bersih

Principally Wrong For Ministers To Hold Events In Cameron Highlands Says Bersih

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 352 hits
Bersih s Alexzander Johnson holds up a copy of a pledge they want by election candidates to sign promising to stay away from corrupt practices On his left is the watchdog s executive director Yap Swee Seng PETALING JAYA Electoral watchdog B...
Melayu Cameron Highland Masih Suam Dengan Pakatan

Melayu Cameron Highland Masih Suam Dengan Pakatan

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 306 hits
Melayu Cameron Highland masih lsquo suam rsquo dengan Pakatan
Ph Sibuk Janji Nak Bela Untung Nasib Penduduk Cameron Highlands Anggota Bomba Adib Diabaikan Saja

Ph Sibuk Janji Nak Bela Untung Nasib Penduduk Cameron Highlands Anggota Bomba Adib Diabaikan Saja

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 565 hits
KENYATAAN AKHBAR PEMUDA UMNO CAMERON HIGHLANDNasib Anggota Bomba Adib Tak Terbela PH Tawarkan Diri Nak Jaga Masa Depan Penduduk Cameron Highlands PulaHari ini ahli keluarga Allahyarham Muhammad Adib beserta keluarga besar Jabatan Bomba Dan ...
Sebar Gambar Undi Pos Prk Cameron Highlands Spr Lapor Polis Skmm

Sebar Gambar Undi Pos Prk Cameron Highlands Spr Lapor Polis Skmm

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 341 hits
Hari pengundian awal PRK Cameron Highlands ialah 22 Januari dan hari mengundi ditetapkan pada 26 Januari ini PETALING JAYA Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini membuat laporan kepada polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia b...
Najib Didakwa Cari Publisiti Murahan Di Prk Cameron Highlands

Najib Didakwa Cari Publisiti Murahan Di Prk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 289 hits
Naib Presiden KEADILAN Tian Chua mendakwa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak cuba menggunakan Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands untuk menarik perhatian murahan terhadap dirinya sendiri Beliau berkata demikian sewaktu mengulas l...
Offer Projek Kepada Pengundi Cameron Highlands Guan Eng Anggap Media Salah Lapor

Offer Projek Kepada Pengundi Cameron Highlands Guan Eng Anggap Media Salah Lapor

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 326 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng menafikan dakwaan bahawa Pakatan Harapan menawarkan janji dan projek pembangunan serta infrastruktur semata mata mahu menarik sokongan pengundi pada Pilihan Raya Kecil di Cameron Highlands Memetik laporan dari ...
Cameron Highlands By Election No Money No Hope For Bn

Cameron Highlands By Election No Money No Hope For Bn

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 293 hits
A friend and I made a quickie trip to Cameron Highlands yesterday To suss out the place before the By Elections on the 6th of January It was also a foodie excursion Began with pau at Tanjong Malim tea at Bharat s Tea Shop lunch at Kumar s i...
Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Apa Ada Kat Air Papan Johor

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Responsible Gaming At Its Best Dive Into The World Of Gacor Slots

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Hari Ke 29 Rezeki Datang

Fast Paced Roulette Action Spin Win At 389sports Login

See The Chances Of Winning In Every Gacor123 Online Slot Bet

Bahan Kimia Pengganggu Endokrin Dan Kesuburan Anda

Pn Belum Habis Mengigau

Don Did Chinese Emperor Reveal Pas Hypocrisy Or Newfound Tolerance