Pengalaman Luar Biasa Hebatnya Kuasa Doa Hampir Dibedah Yatt Hamzah Bersalin Anak Lelaki Secara Normal


Akhirnya selepas beberapa hari berada di wad untuk melahirkan bayi keenamnya, Yatt Hamzah selamat melahirkan bayi lelaki pertamanya pada Sabtu lalu.
Berkongsi cerita mengenai kelahiran anak keenamnya, Yatt terpaksa dikejar ke hospital dan di induce bagi memudahkan kelahirannya gara-gara air ketubannya yang semakin berkurang.

Hampir tiga hari berada di wad, akhirnya pada Sabtu lalu, Yatt selamat melahirkan bayi lelaki pertamanya. Menariknya kata Yatt, dia hampir-hampir terpaksa di bedah namun doanya tak pernah putus pada Allah dan dia bersyukur dapat bersalin secara normal.

“Jam 11 malam semalam hampir-hampir masuk ke OT untuk dibedah (caesarean), dengan kuasa YG MAHA BESAR, pada saat-saat akhir, dapat juga melahirkan secara normal genap jam 11.16 malam, 3 July 2021 (Sabtu), setelah hampir 3 hari di wad. Pengalaman yang luar biasa, hebatnya kuasa doa. Allahuakhbar,” kongsi Yatt menerusi Instagramnya.
Malah kata Yatt lagi, dia amat bersyukur kerana akhirnya Allah mengurniakannya rezeki untuk punya anak lelaki.

“Alhamdulillah Bonda ini telah selamat melahirkan anak ke 6 (1 di Syurga), inilah anak lelaki pertama Bonda.
“Satu-satunya anak lelaki. Terima kasih semua keluarga, sahabat-sahabat dan followers Bonda yang baik hati telah mendoakan keselamatan baby dan Bonda. Allah sahaja yang tahu betapa bersyukur dan leganya hati ini.
Paling utama doa suami @zulfadhli_khiruddin.

Genap 1 hari usia Baby Boy Bonda ni pada jam 11.16 malam ini. Alhamdulillah.. Syukur Alhamdulillah. Doakan juga Baby terus sihat dan jadi anak yang Soleh, Pejuang Agama.
In shaa Allah nanti Bonda akan share perjalanan di Labour Room dan betapa besarnya KUASA DOA. Tapi sekarang Bonda dan baby nak rehat dulu ya.
SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR,” tulis Yatt.

Satu perjalanan kelahiran yang cukup indah. Dan tahniah juga kepada Yatt dan suami atas kelahiran bayi keenam yang cukup bermakna.
 
View this post on Instagram  
A post shared by BONDA of 6, 5 here 1 in HEAVEN (@yatthamzah_suci)

Terdahulu, Yatt mendirikan rumah tangga bersama juruvideo, Mohammad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016. Pasangan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata, Suci Humaira Iqima, Suci Hayfa Medina, Suci Hawa Zulaikha serta seorang bayi lelaki.
Melalui perkahwinan terdahulunya, Yatt turut mempunyai seorang anak perempuan, Suci Hanania Malika.
Menarik: Konon Nak Kumpul Duit Raya Anak Jadi Banyak, Sudahnya Tak Perasan Letak Dimana, Lebih Baik Simpan Cara Bijak

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @yatthamzah_suci
The post “Pengalaman Luar Biasa, Hebatnya Kuasa Doa” Hampir Dibedah, Yatt Hamzah Bersalin Anak Lelaki Secara Normal! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pengalaman-luar-biasa-hebatnya-kuasa-doa-hampir-dibedah-yatt-hamzah-bersalin-anak-lelaki-secara-normal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Air Ketuban Makin Berkurang Terpaksa Bersalin Lebih Awal Yatt Hamzah Mohon Doa

Air Ketuban Makin Berkurang Terpaksa Bersalin Lebih Awal Yatt Hamzah Mohon Doa

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 426 hits
Kelahiran setiap anak sememangnya berbeza beza Biarpun sudah melalui beberapa kali proses melahirkan anak namun debaran pastinya masih terasa Lebih lebih lagi kala berdepan masalah ketika melahirkan Bagi Yatt Hamzah yang bakal melahirkan an...
Teran Kuat Sampai Pembuluh Darah Pecah Indahnya Nikmat Bersalinkan Anak Lelaki Yatt Hamzah

Teran Kuat Sampai Pembuluh Darah Pecah Indahnya Nikmat Bersalinkan Anak Lelaki Yatt Hamzah

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 266 hits
Pengorbanan ibu melahirkan anak bukan sedikit Ibarat bertarung dengan nyawa Bagi Yatt Hamzah nikmatnya bersalin anak lelaki kali ini begitu luar biasa Satu pengalaman berbeza yang pastinya tidak dapat dilupakan Kata Yatt menerusi Instagramn...
Fuh Tedia Nampak Kecil Kuasa Luar Biasa Jejaka Ini Main Euc Hingga Ke Puncak Bukit Fraser

Fuh Tedia Nampak Kecil Kuasa Luar Biasa Jejaka Ini Main Euc Hingga Ke Puncak Bukit Fraser

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 403 hits
Nampak kecil kuasa luar biasa Jejaka ini main EUC hingga ke puncak Bukit Fraser tak melenting ada yang banding harga dengan motosikalFarhan sudah meneroka banyak tempat menggunakan EUC sehingga mampu menawan puncak Bukit Fraser di Pahang RA...
Kesusahan Rakyat Sekarang Amat Luar Biasa Syarat Moratorium Perlu Dikaji Balik

Kesusahan Rakyat Sekarang Amat Luar Biasa Syarat Moratorium Perlu Dikaji Balik

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 262 hits
Kesusahan rakyat sekarang amat luar biasa syarat moratorium perlu dikaji balik Sebelum ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tujuh pakej rangsangan ekonomi dan bantuan bernilai RM380 bilion Baru baru ini Pakej Perlindunga...
Suami Dan 6 Anak Positif Covid 19 Datin Rebecca Akui Tak Kuat Mohon Doa Semua

Suami Dan 6 Anak Positif Covid 19 Datin Rebecca Akui Tak Kuat Mohon Doa Semua

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 339 hits
Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul Pelakon Rebecca Nur Islam berdepan detik memilukan bila mana suami dan enam orang anaknya disahkan positif Covid 19 serentak Menerusi Instagramnya Rebecca berkongsi kepayahan dan kegusa...
Jam 3 Pagi Tengah Bersihkan Bayi Ibu Terkejut Anak Baru 13 Tahun Bersalin

Jam 3 Pagi Tengah Bersihkan Bayi Ibu Terkejut Anak Baru 13 Tahun Bersalin

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 488 hits
Seorang ibu seperti hilang kata kata apabila anak perempuannya yang berusia 13 tahun melahirkan bayi di rumah mereka di sebuah kampung di Kota Belud kelmarin Dalam kejadian pukul 3 pagi itu wanita berkenaan tersedar daripada tidur sebelum m...
Perangai Umno Masih Berebut Kuasa Walau Hampir Musnahkan Parti Mereka

Perangai Umno Masih Berebut Kuasa Walau Hampir Musnahkan Parti Mereka

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 238 hits
July 5 2021 Saya bersimpati dengan Mahiaddin Yasin yang masih mendapat rawatan di HKL tetapi Menteri dia sedang berebut kuasa 2 Sukar untuk di terima akan berlaku perubahan Perdana Menteri dari UMNO Kerana UMNO sudah membuat keputusan hubun...
Cara Mudah Isi Petrol Budi Madani Ron95 Guna Aplikasi Setel

Govt Takes Easy Way Out With Petrol Subsidy For All M Sians

After Jalur Gemilang It S Kuih Nyonya S Turn To Be Weaponised As Object Of Immigrant Hegemony

Kerajaan Tidak Hadkan Pembelian Ron95 Kepada Sekali Sehari

Pelakon Sathiya Selamat Jalani Pembedahan Potong Kaki

Apabila Kena Tipu Con Sultan

Talentcorp Perkukuh Tenaga Kerja Masa Depan Sarawak Dengan Geran Padanan Rm1 Juta

Kuih Muih Keripik Nangka Dan Keripik Apel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anugerah Makanan Minuman Tidak Pernah Habis Mia Boat Noodle Di Aeropod

Hari Gaji Datang Sekejap Pergi Pun Sekejap

Tl19 Travelog Kelantan

Confessions Of A Drained Mom When Your Cup Is Empty

Gubahan Bunga Istimewa Dari Chenille Stem

A Legend Reimagined Seven Honda Cb750s That Redefined An Icon