Pengalaman Laparoskopi Buang Cyst Ovari Dari Tanda Sampai Sembuh


Salam semua, sebelum ni sis ada kongsikan tentang tanda - tanda cyst ovari yang sis sendiri alami
 Kali ni, nak sambung cerita dari entri lepas pengalaman sebenar dari mula tahu ada cyst, sampai ke hari operation dan proses pemulihan. 

Semoga perkongsian ni dapat bantu sesiapa yang sedang lalui perkara sama, atau yang masih ragu-ragu nak buat pemeriksaan. 
Pengalaman sis ni di antara bulan 7 hingga bulan 11 tahun lepas 2024. Sebab awal bulan 11 tu dah kena buat operation
Isi Kandungan Bila Mula Rasa "Tak Kena": Kenapa Ambil Keputusan Untuk Jumpa DoktorKeputusan Gynae Scan Selepas Jumpa DoktorKenapa Kena Tahan Ward Sampai Tiga Kali? Ini Ceritanya Kali Pertama: Masuk Wad Tapi Tak Jadi Operate Kali Kedua: Harapan Tinggi, Tapi Tertangguh Lagi Kali Ketiga: Akhirnya Tiba Hari Yang Dinanti Soalan-Soalan Yang Doktor Tanya Sebelum Operation Hari Operation: Perasaan Sebelum Masuk Bilik Bedah Pengalaman Laparoskopi: Bila Sedar, Tiga Titik Di Perut Proses Pemulihan: Untuk Cepat Sembuh, Apa Yang Saya Buat Tips Jaga Luka Supaya Cepat Baik Cabaran Waktu Tidur Apa Saya Pegang Sepanjang Pemulihan Apa Yang Dapat Belajar & Pesan Untuk Orang Lain Kesimpulan: Terima Kasih Doktor Dan Nurse
Bila Mula Rasa "Tak Kena": Kenapa Ambil Keputusan Untuk Jumpa Doktor Bermula simptom ini semua, sis pun macam tak pasti, sebab sakit tu datang ketika tengah period. Jadi Dalam fikiran ni dah ingat "ala normal la sakit senggugut datang period". 
Jadi setiap kali period, mesti rasa macam sakit dekat bahagian bawah pinggang. Macam tak selesa pun ada. 
Tanda - tanda sebelum nak datang period pun rasa macam tak selesa juga di bahagian perut kan. 
Terutamanya semasa hari kedua ketiga tengah darah keluar banyak. Jadi, ceritanya sis ambil keputusan nak jumpa doktor bila mula rasa sakit cucuk cucuk dekat bahagian bawah pinggang. 
Masa tu dah boleh solat dah hari ke 10 ke 12 tak silap ikutkan baru lepas habis period. Kejap datang rasa mencucuk tu, kejap ok. 
Terfikir juga takut nak datang period lagi sebab dah boleh solat tu pun tak cukup lagi dalam tempoh 15 hari. Sebab period kan dikira dalam 15 hari. 
Bila dah dalam 4 hari asyik rasa kejap sakit kejap tak. Jadi, sis ambil keputusan nak pergi ke Hospital Universiti Sains Malaysia, jumpa terus walk in dekat Klinik KRK ( Klinik Rawatan Keluarga )

Nasib baik dapat bila dah bagi tahu misi terus dekat kaunter. Sebab pergi sana bukan ada temujanji pun. 
Kalau tak buat temujanji payah sikit. Untuk bukan slot temujanji ni, buka jugak tapi kena bagi tahu misi simptom apa yang tak kena dengan badan kita. 
Keputusan Gynae Scan Selepas Jumpa DoktorSemasa datang sakit on off macam tu pun sis terfikir jugak takut ada tak kena dengan rahim. Ya lah sakit dalam perut mana la kita nampak. Itu yang beranikan diri nak jumpa doktor. 
Bila sis bagi tahu simptom macam mana dekat doktor dan sis bagi tahu risau jugak ni sebab takut ada tak kena dengan rahim. Doktor dengar sis cakap macam tu kot. 
Dia cakap "emm tak pe jom kita buat scan perut dulu nak tengok". Dalam hati nak tunggu turn nak scan  tu berdebar la juga harap harap tak ada benda pelik dekat rahim. 
Nak tahu tak banyak kali jugak nak kena buat scan tu sebab doktor tak nampak sangat. Mula - mula dah tak nampak tu dia tanya " baru lepas kencing ke". 
Sis pun pelik ada kaitan ke tapi sis jawab " tak ada rasa nak kencing sebab baru je lepas kencing"
Doktor suruh pergi minum air banyak - banyak sebab nak bagi nampak dekat bahagian rahim tu. 
Sis ni sejenis tak suka minum air banyak tapi terpaksa minum banyak sampai rasa nak terkencing dah

Masuk bilik scan balik, tunggu doktor scan. Tahan je rasa nak kencing sebab doktor dia guna alat scan tu dia tekan sikit bahagian bawah. 
Dah berapa orang doktor dah sebab macam tak nampak, tiba - tiba .... bunyi doktor cakap " ada - ada"
Sis pulak mata kejap tengok dekat screen tv tu. Tak pandai nak tafsir sebab macam tak berapa nampak . 
Doktor pun dah berapa orang masuk berbincang sama - sama dorang. Cuma sis ada tanya doktor "ada ke ?". Doktor cakap "ada.. besar jugak" 
Kenapa Kena Tahan Ward Sampai Tiga Kali? Ini CeritanyaBila dah doktor sahkan nampak 2 ketul cyst bahagian kiri dan kanan. Dia bagi tahu juga anggaran berapa saiz cyst tu. Sis pulak masih blur nak kata terkejut tak, takut tak jugak. Nangis tak jugak

Entah lah, perasaan tu dah macam redha dah kot ini ujian Allah. 
Masuk bilik doktor balik, doktor satu lagi cakap " Masuk ward boleh tak". Sis ingat nak kena masuk ward hari lain. Rupanya dia terus masuk ward hari tu je. 
Dah la datang sana sehelai sepinggang bukan bawa apa pun. Doktor cakap bukan apa sebab bila cyst ada kiri kanan tu, dia takut ada risiko "Cyst Torsion". Takut cyst tu berbelit lagi bahaya. 
Disebabkan sis pun dah ada simptom macam selalu sakit - sakit bahagian bawah pinggang itu yang doktor nak tahan wad terus. 
Sebab ada juga kes yang cyst dah makin teruk, pesakit pergi hospital dalam keadaan dah sakit sangat buat emergency terus untuk operation. Itu cerita pesakit lain lah. 
Kali Pertama: Masuk Wad Tapi Tak Jadi OperateTahun lepas bulan 7 masih ingat dalam fikiran kena tahan masuk ward buat kali pertama. Petang pukul 3 lebih. 
Sis follow je doktor cakap apa sebab minta izin dengan doktor nak balik dulu sebab ya lah kena bawa la barang apa yang perlu. 
Tapi dia cakap tak boleh dia takut ada pesakit lari keluar hospital. Sis rasa macam tak munasabah alasan doktor pun. Tapi sis ikut je huu. 
Masa ni dekat hospital baru first time nak jumpa doktor. Kena pasang branula sebab doktor cakap nampak pucat. Lepas pasang, tak jadi, cabut balik hari sama.
Sampai dekat kaunter misi nak daftar nama masuk ward terus tanya misi tak boleh ke nak balik dulu sebab nak bawa barang apa yang patut. Dia cakap "Boleh nak balik kenapa tak balik terus tadi". 
Haih sis pun cakap dah doktor bagi tahu kena tanya kat misi dalam ward ni. Misi tu sambung, bila dah masuk ward ni tak boleh nak balik dah. 
Terkedu sis sekejap. Sebab naik masuk ward pun kena escort dengan misi terus. Terpaksa lah call suruh orang lain tolong menyimpan barang kita kat rumah. 
Sis stay dalam 3 hari sebab hari tu hari Khamis tak silap. Hari Sabtu keluar ward. Tapi sepanjang duduk dalam ward ni macam biasalah prosedur perubatan. Doktor ambil darah dulu. 
Malam tu, kena buat scan ultrasound balik sebab nak tahu betul - betul kedudukan cyst tu kat mana. Berapa saiz cyst tersebut. 
Kena soal dengan doktor pelbagai soalan. Sis pun bagi kerjasama baik lah sebab dia pun nak diagnose jugak sejarah penyakit kita ni macam mana

Tapi dalam 3 hari tu masalahnya sis tak berasa sakit, lagipun dah bukan time period. Doktor ni dia macam nak tunggu sakit ke tak. 
Setiap kali doktor round mesti tanya berapa skala sakit tu 1 - 10. Nak jawab pun macam tak tahu skala berapa kesakitan. Sebab dah terbiasa sakit huu. 
Hari Sabtu, doktor dah lepas keluar wad tapi ada temujanji balik kat klinik sebelum set date untuk hari operation. Sebab sis dah setuju untuk buat operation laparoskopi

Kali Kedua: Harapan Tinggi, Tapi Tertangguh LagiUntuk kali kedua kena masuk wad, doktor tiba tiba call tanya sama ada setuju atau tak untuk operate bulan 9

Ikutkan kena ada temujanji dengan doktor dulu dekat klinik baru buat keputusan bila nak buat operation

Sis pun dilema sebenarnya dalam keadaan terkejut call tiba - tiba tanya nak tak operate bulan 9. Setelah berbincang, sis setuju, jadi 31/ 8 / 2024 kena bersiap sedia admit masuk ward. 
Tahan wad kali kedua kena pasang branula . Menu dari hospital
Jadi kena masuk wad balik tu 31 hari bulan semasa orang tengah cuti sambut Hari Kemerdekaan. Ikutkan dalam perancangan 2 / 9 / 2024 dah nak kena operate. 
Hari ke 2 kat wad, doktor bius dah datang dah nak tahu keadaan sis macam mana. Tanya soalan macam - macam lah sebelum nak operate esok hari tu. 
Jadi malam tu ramai dah doktor datang nak check balik, tiba - tiba tengah bercakap tu doktor dapat call so dia tengah jawab. 
Selepas selesai doktor cakap kat sis, esok tak boleh buat operation sambil tunjuk screen whatsapp. Doktor cakap chiller kat dewan bedah rosak. 
Dugaan lagi menanti sis. Sis senyum je kat doktor. Dari hari pertama masuk wad ni dah macam perasaan ada. Tiba - tiba kena tangguh balik untuk operation

Esok tu dah boleh keluar wad dan ada appoinment balik untuk jumpa doktor untuk follow-up
Kali Ketiga: Akhirnya Tiba Hari Yang DinantiAda appoinment lagi sekali di klinik Gynae HUSM untuk follow up pada 6 /10 /24 . Jadi, doktor scan balik nak tengok cyst tu ada membesar lagi ke tak. Ada tanya juga takut sakit sepanjang tempoh ni. 
Untuk pengetahuan semua, doktor dah sahkan sis ada ovarian cyst. Cuma tak pasti dermoid cyst ke atau chocolate cyst ( cyst darah )

Suasana selepas operation laparoskopi. Tak larat langsung nak bangun. Branula kena pasang kedua belah lengan
Sis tanya doktor dia cakap dermoid cyst. Cyst ni boleh membesar tau ada yang pesakit boleh sampai 12 cm. 
Kalau sebelum ni semasa kena tahan masuk ward untuk kali pertama, saiz cyst dalam 4x4 macam tu lah kedua belah ovari. 
Semasa appoinment ni doktor check balik, saiz cyst masih sama. Statik macam tu saiz cyst. Tak membesar drastik sangat. 
Lepas tu doktor balik jadi ke untuk operation pada tarikh yang dah ditetapkan tu. Sis cakap jadi. Dan dia tanya lagi tahu kan nak kena buat operation tu laparoskopi

Doktor pun dah bagi tahu penerangan balik macam mana pembedahan laparoskopi tu. Pada 9 /11/24 masuk wad untuk kali ketiga. Sis pergi petang lepas Zohor. 
Pembedahan hari Isnin 11 /11 /2024. Kali pertama doktor ambil darah tak kena urat. Biru lengan sis lepas dia tarik keluar jarum cucuk tu. 
Malam tu, kena scan balik. Pagi esok pun kena scan balik sebab doktor pakar ada nak tengok. Pagi tu macam biasa la riuh satu wad sebab doktor datang round satu wad. 
Hari Ahad sehari sebelum operation, doktor bius pulak datang. Nak tengok keadaan sis. Disebabkan lengan belum dicucuk dengan branula. 
Jadi dia tanya, sebab sis ada bagi tahu cucuk malam ni sebab susah nak mandi nanti ada branula ni

Malam doktor ada datang bagi tahu kena puasa ya sebab operation start pukul 8:30 pagi. Pukul 3 pagi dah kena puasa. Sis terjaga dalam 2:30 pagi bangun makan biskut kering je dan minum air kosong

Malam tu juga nak pukul 10 lebih baru doktor datang nak cucuk branula. Lepas tu dia cakap jarum nak cucuk tu besar. Allah lagi nervous sis. 
Sis ingat satu lengan je, rupanya kedua - dua lengan kiri kanan. Nak nangis sis semasa tengah nak cucuk tu sakit. 
Perlahan - lahan doktor masukkan jarum sambil tanya, sakit sikit dia berhenti. 
Soalan-Soalan Yang Doktor Tanya Sebelum OperationSemasa stay kat dalam wad, biasalah doktor dia banyak tanya soalan yang ada kaitan dengan penyakit. Soalan doktor tanya ni kadang - kadang macam sensitif sikit. 
Doktor pun nak tahu juga latar belakang kesihatan kita. Senggugut biasanya macam mana? Setiap bulan ke atau sesekali?Ada rasa sakit masa bersama suami tak?Period teratur ke tak ?Berapa skala skor kesakitan tu 1 - 10?Ada masalah kencing atau buang air besar?Ada sejarah keluarga yang pernah ada cyst atau kanser ovari?Pernah hamil atau merancang untuk hamil?Mula-mula agak kekok, tapi sebenarnya penting untuk jawab dengan jujur supaya doktor boleh buat keputusan terbaik. 
Kalau belum kahwin pun, doktor akan sesuaikan soalan ikut keadaan. Jadi tak perlu risau.
Doktor bius yang datang pun ada tanya soalan jugak. Doktor bius cakap sis akan kena bius penuh, maksudnya memang tak akan sedarkan diri langsung selepas diberi ubat bius.
Allergik ubat apa-apa tak?Ada pernah kena bius sebelum ni?Ada masalah jantung atau paru-paru?Berat badan & tinggi terkini?Ada pakai gigi palsu ke ? Ini pun penting sebab tiub akan dimasukkan ke dalam mulut dan ke salur pernafasan (trakea) untuk bantu kita bernafas semasa dalam keadaan tak sedarkan diri. Kalau ada gigi palsu tu kena buang sebelum operation.Bila doktor bius tanya ada soalan tak. Sis tanya kalau lepas ubat bius tu hilang sakit akan datang jugak ke. Maksud sis lepas dah sedar. 
Dengar perut akan ditebuk ni rasa macam menggigil jugak. Takut lepas operation habis je ubat bius terus sakit huu. 
Doktor cakap bergantung ada orang lepas habis je ubat bius tu datang rasa sakit tu, tapi jangan risau ada ubat. 
Hari Operation: Perasaan Sebelum Masuk Bilik BedahHari yang dinantikan sudah tiba, seawal dalam pukul 7:30 tu misi dah suruh bersiap pakai baju OT. Pagi hari operation tu, jujur sis cakap, memang nervous. 
Walaupun dah redha dan tahu ini untuk kebaikan, tetap ada rasa takut. Sepanjang atas katil misi tolak sampai ke bilik dewan bedah tu tak putus berzikir dan selawat. 
Tengok kanan dan kiri ramainya nak buat operation hari tu. Masuk je dewan bedah, ya Allah sejuknya. masih sedar lagi staf dalam tu mintak bangun sebab nak pindah katil

Staf kat dalam dah mula nak pasang wayar kat badan, belakang kepala sis ni pun, doktor bius dah nak get ready nak bagi ubat bius. Lengan sis ni dah dua - dua kena cucuk branula. 
Doktor bius sambil tu cakap suruh mengucap dan mulut doktor tak henti - henti berselawat. Sis pun ikut sama berselawat. Kemudian dia bagi tahu nak masukkan ubat bius ni kat lengan. Sis angguk

Rasanya macam tak sempat 15 saat kot. Bila dah masukkan ubat bius tu, mata dah kejap tutup buka. Lama - lama  ......... Zzzzzz

Sis tersedar bila ada misi panggil nama, masih dalam keadaan separa mamai, kejap buka kejap tutup mata, mungkin kesan ubat bius tu macam tak hilang lagi. 
Ada bunyi mesin berdetik perlahan. Tiba - tiba badan terasa sejuk sangat. Panggil misi tapi suara tak berapa nak keluar. Bagi isyarat dengan jari je nak suruh misi tu terpandang. 
Bagi tahu misi sejuk sangat, dia terus ambil pemanas la kot macam corong gitu letak dalam selimut, terus rasa haba panas. 
Terus sambung tidur balik. Tak tahu berapa lama dalam bilik pemulihan selepas keluar dewan bedah. Last tengok jam masuk dalam pukul 8: 30 pagi. Sebab jam tu di dinding. 
Yang sis ingat ada misi dekat wad datang, sebab tengok muka familiar je, nak tolak katil masuk wad balik. Sampai dekat wad, tengok sekeliling tak ada siapa. Sis sambung tidur balik. 
Makcik yang tengah jaga anak dia dekat katil depan, ada la datang sebab tengok sis dari pagi lagi tak makan sebab pukul 3 pagi tu dah start puasa. 
Sis pun hairan dengan pandangan yang lemah mana family sis seorang pun tak ada. Sedih rasa hati. Tapi sis tak tahu ada cerita tak kena di sebalik operation. 
Sedar - sedar tengok kat luar macam dah gelap. Rupanya dah maghrib. Kadang-kadang bila bangun, rasa:Tekak perit atau keringSuara serak sikitRasa sakit tekak ringan (normal dan akan hilang dalam 1–2 hari)Ini kesan dari masukkan tiub pernafasan melalui mulut tu. Doktor bius ada dah cakap awal - awal sebelum operation. 
Dah maghrib baru misi bagi air sebab nak makan ubat. Sis tahap terketar - ketar dah sebab sehari dah tak makan

Lepas maghrib, baru nampak kelibat mak dan adik datang. Mak pun tak berapa sihat sangat harap dia dah boleh berjalan tu pun ok nak pergi tengok anak dia

Pengalaman Laparoskopi: Bila Sedar, Tiga Titik Di Perut Lepas operation sampai masuk wad, sis tak tengok apa pun dekat perut. Semasa kat bilik pemulihan tu bila buka mata, pandangan masih kabur sebab dengar misi panggil je. 
Waktu tu barulah sis betul-betul sedar, "Ya Allah, operation dah selesai."
Kepala rasa ringan, macam baru lepas tidur yang sangat dalam. Semasa di dalam wad tu lah tangan  perlahan-lahan sentuh kawasan perut macam ada tampalan plaster.
Malam dalam pukul 11 malam doktor ada datang pantau, bila doktor buka baru nampak tampalan plaster besar tutup perut. 
Doktor tanya "Ada rasa pening ke nak muntah ke ?" Sis geleng kepala sebab dalam keadaan baring kot jadi tak rasa pening. 
Doktor bagi tahu semasa operation baru tahu disangkakan cyst dermoid tapi rupanya cyst endometriosis. 
Sebenarnya kepala masih terasa pening kalau nak bangun nasib baik ada bantuan misi bila dia bantu sis semasa nak makan ubat nak bangun tu ya Allah sakit satu, kepala terus pening. 
Keesokan pagi, baru doktor datang buang plaster baru lah sis nampak ada 3 titik kena tebuk. 
Tak ada potongan besar, tak ada kesan luka panjang macam yang sis bayangkan sebelum ni. 
Ramai orang mungkin tak pernah dengar pun perkataan laparoskopi ni, termasuklah sis sendiri masa mula-mula doktor cakap kena buat prosedur ni. 
Bila dengar “operation buang cyst”, dalam kepala terus bayang luka besar kat perut, macam pembedahan bersalin caesarean tu.
Tapi sebenarnya, laparoskopi ni ialah sejenis pembedahan ‘lubang kecil’, yang doktor buat guna kamera halus dan alat khas. 
Doktor cuma tebuk tiga lubang kecil kat bahagian perut satu untuk masuk kamera, dua lagi untuk alat pembedahan. Semua dikawal dari luar, tengok guna skrin.

Yang bestnya, sebab saiz luka sangat kecil, proses pemulihan pun lebih cepat, kurang sakit, dan parut pun tak ketara sangat. 
Tapi, walaupun nampak “ringan”, ia tetap pembedahan jadi badan tetap perlukan masa untuk pulih.
Proses Pemulihan: Untuk Cepat Sembuh, Apa Yang Saya BuatIkutkan keesokannya selepas hari operation boleh discaj keluar. Tapi kena tunggu doktor pakar datang dulu nak tengok keadaan sis macam mana. 
Pagi tu jugak doktor buang plaster dekat perut. Doktor cakap boleh mandi macam biasa guna sabun pun boleh. Tapi jangan lah terlalu menyental sangat. Sebab luka di perut tu masih baru. 
Sis terfikir takut susah nak mandi dah sebab luka tu kan. 
Sis sebenarnya kan hari tu baru nak turun katil, bangun nak jalan pun masih rasa pening - pening lagi. Datang doktor pakar tanya "Nak discaj hari ni ke ?" Sis cakap masih rasa pening kepala. 
"Pucat muka tu, tak pe lah stay sehari lagi ya". Dalam 5 hari stay dalam wad sebelum boleh discaj. Keesokan tu baru doktor bagi keluar dan nak kena tunggu surat discaj dulu. 
Petang lepas asar baru sis boleh keluar wad. Selepas keluar wad dalam tempoh nak bagi cepat sembuh, apa yang sis buat : 
Tips Jaga Luka Supaya Cepat Baik Salah satu benda paling nak kena jaga adalah kebersihan luka. Doktor tak bagi apa - apa krim pun, buat bekal ubat makan je lepas keluar hospital. 
Cuma kena pastikan lepas mandi kena lap dengan tisu bagi kering kawasan luka tu jangan lembap. 
Kalau batuk atau bersin, sis peluk bantal kecil ke perut kurangkan rasa tarik di kawasan luka. Ikutkan dalam tempoh seminggu pertama nak tunduk pun rasa sakit. 
Cabaran Waktu Tidur Bahagian ni pun ramai orang tak sedar tidur pun kena jaga posisi. Memang tak tidur mengiring. CUma masa tidur letak bantal peluk kat bahagian perut bagi rasa lebih selesa dan tak terkejut kalau tiba-tiba tergerak.
Risau tengah tidur kalau batuk atau bersin masa tidur. 
Apa Saya Pegang Sepanjang Pemulihan Yang penting, tak paksa diri buat kerja berat, walaupun rasa badan dah okay sikit. Perlahan-lahan bangun, perlahan-lahan berjalan. 
Fokus betul-betul pada makan makanan berkhasiat, minum air cukup, dan rehat secukupnya.
Menu dari hospital ni sedap - sedap jugak Alhamdulillah, masuk minggu kedua, badan dah mula rasa lebih kuat. Luka pun makin kering dalam minggu ke 3. Ambil masa la jugak untuk luka tu betul - betul kering. 
Apa Yang Dapat Belajar & Pesan Untuk Orang LainPengalaman buang cyst ni memang betul-betul ajar untuk hargai kesihatan diri. Dulu, kalau datang senggugut teruk, period tak teratur, anggap benda tu biasa je. 
Padahal semua tu cara badan bagi hint ada sesuatu yang tak kena. 
Satu lagi belajar untuk redha dan sabar tu memang senjata kuat. Kena tahan ward sampai 3 kali memang bukan benda mudah. 
Tapi bila belajar redha, hati jadi lebih tenang. Allah susun semuanya cantik pada masa yang Dia tahu paling sesuai.
Bila sakit macam ni, sokongan orang sekeliling memang tak ternilai. Keluarga yang sudi bagi kata-kata semangat semuanya bagi kekuatan untuk cepat sembuh. 
Sis doakan kalau ada yang lalui situasi macam ni, semoga Allah datangkan orang yang baik-baik di sisi.
Kalau ada satu benda yang nak pesan untuk orang lain jangan tunggu sampai teruk baru nak check kesihatan. Badan ni amanah, kena jaga betul-betul. 
Kalau ada tanda-tanda pelik, cepat-cepat buat pemeriksaan. Jangan takut jumpa doktor, jangan percaya mitos-mitos pelik yang tak ada bukti. 
Suasana di klinik gynae sebab nak jumpa doktor setelah 6 bulan operation buang cyst. Berdebar jugak nak tahu sama ada result cyst yang ada dalam badan ni kanser atau tidak.  Kalau cyst dibiarkan lama-lama, dia boleh makin membesar sampai menempel rapat dengan ovari. Waktu tu, kadang-kadang doktor tak ada pilihan lain terpaksa buang ovari sekali. 
Memang menakutkan kalau fikir, tapi itulah pentingnya kita kena ambil tahu & periksa dari awal.
 Paling penting, doa dan jaga mental supaya kita tak cepat stres.
Akhir sekali harap pengalaman ni boleh buka mata orang lain. Kalau rasa ada masalah sama, jangan pendam. Cari jalan, cari rawatan, dan jangan lupa jaga hati. 
Sakit ni salah satu cara Allah nak kita lebih dekat dengan Dia. Sis doakan siapa pun yang baca perkongsian ni, semoga Allah mudahkan urusan, kuatkan hati dan bagi kesembuhan sebaik-baiknya.
Kesimpulan: Terima Kasih Doktor Dan NurseAkhir kata, sis nak ucapkan jutaan terima kasih kepada doktor yang bertugas dan semua nurse yang jaga dari mula masuk wad sampai lah balik rumah. 
Bukan mudah nak jaga pesakit yang kadang-kadang takut, risau dan emosi tak stabil. Terutama hari pertama selepas pembedahan tu sis tak larat langsung. Misi la yang urus dari A to Z. 
Sis doakan semua yang bekerja dalam bidang perubatan ni sentiasa dirahmati dan dipermudahkan urusan.

Sekali lagi, semoga perkongsian ini dapat buka mata orang lain untuk lebih peka dengan kesihatan sendiri. 
Kalau ada tanda-tanda pelik, jangan tunggu lambat,cepat jumpa doktor. Badan ni amanah. Jaga diri baik-baik, ya






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2025/07/pengalaman-buang-cyst-ovari%20.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Asyik Nak Dukung Mungkin Ini Tanda Fasa Baby Velcro Bermula

Anak Asyik Nak Dukung Mungkin Ini Tanda Fasa Baby Velcro Bermula

papar berkaitan - pada 30/6/2025 - jumlah : 115 hits
Pernahkah anda mengalami situasi di mana si kecil asyik mahu berada di sisi anda sepanjang masa Setiap kali anda cuba beredar walau sekejap tangisan dan rengekan mula kedengaran Jika ya besar kemungkinan anda sedang membesarkan seorang baby...
Susah Tidur Rasa Berat Hati Murung Ini Tanda Tanda Penyakit Ain Yang Ramai Terlepas Pandang

Susah Tidur Rasa Berat Hati Murung Ini Tanda Tanda Penyakit Ain Yang Ramai Terlepas Pandang

papar berkaitan - pada 30/6/2025 - jumlah : 115 hits
Ramai menganggap perubahan mendadak dalam diri atau anak anak sebagai perkara biasa namun hakikatnya ia mungkin petunjuk kepada gangguan yang lebih halus iaitu penyakit ain Susah untuk tidur malas berat hati malah emosi jadi tak stabil dan ...
Hiburan Tanda Tanda Kemurungan Hantaran Instagram Lee Zi Jia Cetus Tanda Tanya Peminat

Hiburan Tanda Tanda Kemurungan Hantaran Instagram Lee Zi Jia Cetus Tanda Tanya Peminat

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 183 hits
Pemain perseorangan lelaki negara sekali lagi mencuri perhatian selepas memuat naik satu hantaran tanpa sebarang kapsyen di akaun Instagram miliknya Perkongsian tersebut pantas mencetuskan pelbagai reaksi dan andaian daripada peminat serta ...
Mengidam Makan Manis Tanda Hamil Anak Perempuan Betul Ke

Mengidam Makan Manis Tanda Hamil Anak Perempuan Betul Ke

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 133 hits
Kata orang mengidam makanan manis ketika hamil mengandung anak perempuan Sementara mengidam makanan masam ini bermakna bakal dapat bayi lelaki Betul ke Mengidam adalah salah satu tanda tanda awal kehamilan Ada ibu hamil yang mengidam semasa...
55 Murid Tahun 1 Alami Masalah Mata Ibu Ayah Wajib Tahu Tanda Tanda Awal

55 Murid Tahun 1 Alami Masalah Mata Ibu Ayah Wajib Tahu Tanda Tanda Awal

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 174 hits
Bayangkan anak masuk darjah satu semangat nak belajar tapi tak nampak pun apa cikgu tulis di papan putih Itu bukan sebab dia tak fokus tapi sebab dia RABUN Masalah penglihatan di kalangan murid sekolah rendah kini semakin membimbangkan Terb...
10 Tanda Kanser Usus Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Terlambat

10 Tanda Kanser Usus Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 29/6/2025 - jumlah : 153 hits
Tanda kanser usus sering kali muncul secara senyap dan tidak disedari menyebabkan ramai pesakit hanya mendapatkan rawatan apabila penyakit sudah berada di tahap yang serius dan pengesanan awal memainkan peranan penting dalam meningkatkan pe...
Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 253 hits
Bacaan gula dalam darah merujuk kepada tahap glukosa yang terdapat dalam aliran darah seseorang Glukosa ini penting sebagai sumber tenaga utama tubuh namun apabila tahapnya tidak terkawal ia boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan terut...
5 Tanda Anda Seorang Lawnmower Parents Dan Kenapa Gaya Ini Patut Dielakkan

5 Tanda Anda Seorang Lawnmower Parents Dan Kenapa Gaya Ini Patut Dielakkan

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 146 hits
Seorang ibu berlari ke sekolah membawa baju sukan yang anaknya tertinggal Seorang ayah menulis semula karangan anak kerana katanya cikgu takkan faham bahasa budak budak Seorang ibu menghubungi guru untuk minta anaknya dikecualikan dari pemb...
Kenali Kanser Tiroid Simptom Rawatan Dan Harapan Sembuh Yang Ramai Tak Tahu

Kenali Kanser Tiroid Simptom Rawatan Dan Harapan Sembuh Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 215 hits
Ramai orang mengabaikan benjolan kecil di leher kerana menyangka ia cuma biasa biasa Namun tahukah korang di sebalik perubahan kecil itu boleh jadi tersimpan sesuatu yang lebih serius iaitu kanser tiroid Tiroid ialah kelenjar kecil berbentu...
Time For Malaysians To Get Used To Gov T Loans Come Down Can Also Mean National Debt Goes Up

Kotak Packaging Mesra Alam Pilihan Bisnes Bertanggungjawab

No Plans For Sez Along M Sia Thai Border Says Ministry

Double Meaning Names Work

Kfc Malaysia Perkenal Hidangan Perkongsian Terhebat Bucket Berbaloi Koleksi Kepcibara Blind Box

Drone Swarm Rescue The New Frontier In Wilderness Survival Support

Apa Itu Tsunami Fakta Bagaimana Gempa Bumi Boleh Hasilkan Bencana Ini

The Benefits Of Consuming Garlic Regularly


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Monolog Jiwa 4 Aku Belajar Melepaskan

Resepi Burger Malaysia

Nieyl Kena Menari

Orang Yang Beramal Soleh Tidak Akan Bersedih

Endo Terharu Kembali Ke Yokohama Sebagai Bintang Liverpool

Gunung Berapi Russia Meletus Selepas Gempa Bumi Dahsyat