Pengalaman Kerja Sebagai Pengasuh Babysitter


AssalamualaikumBismillah
Hari tu aku ada berkongsi tentang pengalaman bekerja di sebuah Taska. Kali ini aku nak kongsi lagi pengalaman kerja sebagai pengasuh ataupun dipanggil sebagai babysitter.


Aku pernah ceritakan sebelum ini yang aku tidak boleh bekerja disebabkan oleh masalah kesihatan. Tetapi.. Aku nie sebenarnya degil juga. Once dah decided nak kerja susah nak dihalang. 
Aku kerja sebagai pengasuh selepas beberapa bulan aku berhenti kerja di Taska. Hmm, susah nak duduk diam di rumah. Apatah lagi apabila kita tidak dapat beli apa yang kita mahu. Minta topup pun segan tau dengan parents. 
Mungkin ada yang cakap rehatlah dulu, kesihatan lagi penting dan banyak dah nasihat yang diterima. Tetapi.. Susah nak buat.. Sebab harapkan parents saja tanggung 8 orang adik-beradik di rumah lagi-lagi semua pun bersekolah. Duit tidak penting, tetapi semua pun perlu duit. 
Baiklah, back to topic. Mengapa aku pilih bekerja sebagai pengasuh? Dan apa yang pengasuh selalu buat? 
Semuanya bergantung dengan majikan itu sendiri. Aku pilih kerja ini disebabkan ini sahaja kerja yang paling ringan aku boleh buat. Kerja tak banyak sangat pun, jaga budak saja berbanding di Taska kena menjaga dan mengajar sekali. Malah jaga kanak-kanak di Taska lebih ramai berbanding jadi pengasuh yang hanya perlu menjaga 1-5 orang bayi atau kanak-kanak. 
Pengalaman aku adalah aku jadi pengasuh kepada 3 orang kanak-kanak yang berumur 1 tahun, 5 tahun dan 8 tahun. Alhamdulillah, majikan aku sangat baik kerana aku tidak disuruh untuk membuat kerja rumah ataupun memasak. Memang fulltime babysitter. Makan minum dan tempat tinggal disediakan. 
Kerja sebagai pengasuh memang kena bangun awal. Kadang-kala sebelum subuh lagi dah bangun sebab majikan aku awal pergi kerja, tetapi tu bergantung dengan jenis pekerjaan majikan kita tu. 
Apa kerja yang aku buat sebagai pengasuh? Kerja aku hanya memberikan makanan dan minuman, memandikan budak, sediakan seragam sekolah, pastikan budak-budak sarapan atau makan sebelum pergi sekolah. Mostly apa yang mak kita selalu buat di rumah tu lah yang pengasuh akan buat. 
Kerja ini tidak susah bergantung dengan ragam budak. Kalau kena budak yang nakal, hyperaktif dan cerewet memang penatlah. Haha. Tetapi aku suka jadi pengasuh sebab aku akan jaga seperti aku jaga adik-adik aku. Dan aku juga boleh lihat perkembangan budak itu sendiri dan bantu untuk tingkatkan perkembangan mereka serta menilai tingkah laku. 
Walaupun gaji aku tidaklah banyak tetapi aku bersyukur at least ada juga pendapatan dan dapat bantu parents aku. Aku pilih kerja inipun sebab ini saja lah kerja aku boleh bebas untuk rehat, tidur, ataupun baring once sakit belakang aku tiba-tiba datang. Kalau kerja kat ofis, rehat 1 jam saja, baring atau tidur pun tak dapat. 
Merana tau sakit belakang then tak dapat nak baring. Malah kena tahan lagi sampai habis waktu bekerja. Itu yang membuatkan aku terpaksa memilih pekerjaan. 
Pengalaman aku kerja sebagai pengasuh hanya sebulan. Parents aku agak kurang suka dengan pekerjaan aku ini. Katanya, aku boleh dapat kerja yang lebih baik daripada itu. Aku ikut saja nasihat mereka. Tak nak lah kerja tapi tak dapat restu orang tua walaupun aku memang selesa dengan kerja tu untuk sementara. 
Itulah pekerjaan terakhir aku buat sebelum menganggur. Aku tengah sedih sekarang. Aku cuba untuk terus bersabar, mencari jalan tuk kembali sihat dan memahami hikmah terhadap apa yang berlaku dalam hidup aku. 

Mungkin sebab aku sudah terbiasa belajar berdikari dari dulu dan kurang bergantung dengan orang lain menyebabkan aku jadi kurang selesa dan berasa banyak menyusahkan orang lain apabila aku sakit.

Nasihat aku kepada sesiapa yang berminat mahu menjadi pengasuh. Please jangan pilih pekerjaan ini semata-mata kerana wang kerana yang anda jaga adalah kanak-kanak ataupun bayi. Nak jadi pengasuh kena ada sifat penyayang dan sukakan budak-budak. Apabila kerja kerana wang semata, maka tidak hairanlah ada banyak kejadian seperti dera, perbuatan jenayah dan sebagainya.

Kalau budak menangis sedikit saja nak naik angin, lebih baik pilih pekerjaan yang lain.  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ciknurul23.blogspot.com/2019/03/pengalaman-kerja-sebagai-pengasuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerja Sebagai Pengurus Akaun Media Sosial

Kerja Sebagai Pengurus Akaun Media Sosial

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 461 hits
Saya sebenarnya sedang membaca iklan kerja kosong di dan saya tertarik dengan iklan kerja sebagai pengurus akaun media sosial Ini iklan yang saya maksudkan Gaji yang ditawarkan untuk jawatan ini juga bukannya biasa biasa Bermula dari RM2 50...
Graduan India Paling Teruk Didiskriminasi Dalam Permohonan Kerja

Graduan India Paling Teruk Didiskriminasi Dalam Permohonan Kerja

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 509 hits
KEADILAN DAILY Lepasan universiti berbangsa India paling teruk didiskriminasikan dalam permohonan kerja di sektor swasta demikian dapatan firma kajian sains sosial dan tingkah laku The Centre for Governance and Political Studies Cent GPS me...
Kerja Sambilan Sebagai Guru Tuisyen Memang Lumayan

Kerja Sambilan Sebagai Guru Tuisyen Memang Lumayan

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 609 hits
Saya ada seorang kenalan seorang gadis yang mempunyai ijazah masters dan PHD dalam bidang kejuruteraan Beliau ni sejak dari ambil masters lagi sudah menjadi sebagai guru tuisyen secara sambilan Menerusi pendapatan sampingan tersebut beliau ...
Zaiton Othman Bersara Sebagai Pesuruhjaya Sukan

Zaiton Othman Bersara Sebagai Pesuruhjaya Sukan

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 394 hits
MALAYSIAKINI Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan Datuk Zaiton Othman menamatkan khidmat sebagai pesuruhjaya sukan hari ini selepas memegang jawatan itu bermula 1 Feb 2015 Syed Saddiq berkata Zaiton yang juga be...
Taiping Dinobat Sebagai Bandar Ketiga Terbaik Dunia

Taiping Dinobat Sebagai Bandar Ketiga Terbaik Dunia

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 319 hits
BANDAR Taiping dinobatkan sebagai bandar ketiga terbaik dunia bagi kategori Anugerah 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia pada Anugerah Peringkat Antarabangsa Bagi Pelancongan Lestari Dunia 2018 yang berlangsung di Berlin Jerman kelmarin Yan...
Kereta Mewah Tunggal Bugatti La Voiture Noire Yang Berharga Rm77 Juta Dilancarkan Sebagai Kereta Termahal Di Dunia

Kereta Mewah Tunggal Bugatti La Voiture Noire Yang Berharga Rm77 Juta Dilancarkan Sebagai Kereta Termahal Di Dunia

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 776 hits
Apabila memperkatakan tentang jenama kereta mewah Bugatti dari Perancis maka peminat kereta mewah dan bidang automobil sudah pasti mengenali kereta mewah dan terpantas Bugatti Veyron yang telah berjaya memegang rekod paling lama sebagai ker...
Ini Rupanya Rahsia Usain Bolt Sebagai Lelaki Terpantas Dunia

Ini Rupanya Rahsia Usain Bolt Sebagai Lelaki Terpantas Dunia

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 477 hits
Siapa tidak kenal dengan lelaki terlaju di dunia Usain Bolt yang memegang rekod larian 100m dunia pada kepantasan 9 58 saat pada tahun 2009 sehingga kini Usain Bolt atau gelarannya The Lighining Bolt juga telah memegang banyak kejuaraan ant...
Setelah Tukar Jantina Lelaki Ini Nyatakan Dirinya Sebagai Alien Dan Dia Lebih Suka Dipanggil It

Setelah Tukar Jantina Lelaki Ini Nyatakan Dirinya Sebagai Alien Dan Dia Lebih Suka Dipanggil It

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 948 hits
9 Feb 2019 Jaret Nebula WASHINGTON Jareth Nebula lahir sebagai seorang perempuan sebelum tukar kelamin menjadi seorang lelaki empat tahun lalu Namun kini lelaki berusia 33 tahun itu menyatakan dirinya tidak termasuk dalam kedua gender yang ...
Jangan Menidakkan Kaum Adam Sebagai Ketuamu Sharnaaz Ahmad

Jangan Menidakkan Kaum Adam Sebagai Ketuamu Sharnaaz Ahmad

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 289 hits
Memuat naik pelbagai status luahan hati di akaun Instagram masing masing rata rata netizen menyifatkan rumah tangga pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sedang bergolak Baru baru ini status Sharnaaz bersempena Hari Wanita Sedunia juga me...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti