Kereta Mewah Tunggal Bugatti La Voiture Noire Yang Berharga Rm77 Juta Dilancarkan Sebagai Kereta Termahal Di Dunia




Apabila memperkatakan tentang jenama kereta mewah Bugatti dari Perancis, maka peminat kereta mewah dan bidang automobil sudah pasti mengenali kereta mewah dan terpantas, Bugatti Veyron yang telah berjaya memegang rekod paling lama sebagai kereta terpantas di dunia.

Baru-baru ini bersempena ulang tahunnya yang ke 110, Bugatti telah melancarkan model keluaran terbaru yang mana satu-satunya model keluaran terbaru yang dikenali Bugatti La Voiture Noire yang berharga RM 77 juta (USD18.9 juta) tidak termasuk cukai dan dengan ini ia telah direkodkan sebagai kereta termahal di dunia.



Kereta mewah termahal di dunia ini buat pertama kali telah didedahkan dalam Pameran 2019 Geneva International Motor Show pada 5 Mac 2019 yang telah membuka tirai pameran tersebut kepada umum bermula 7 Mac sehingga 17 Mac 2019.



Kereta Bugatti La Voiture Noire atau ‘The Black Car’, atau kereta hitam telah diinspirasikan dari model terawal Bugatti iaitu Type 57SC Atlantic yang dikeluarkan pada pertengahan tahun 1930-an hingga 1940 iaitu hasil karya klasik Jean Buggati iaitu anak lelaki sulung pengasas Bugatti, Ettore Buggati.



Kini, sudah tentu kereta mewah ini diperkemaskan dengan rekaan yang nampak lebih moden dan ‘sporty’ canggih. Dari segi prestasi, Buggati La Voiture Noire berkongsi enjin yang sama seperti yang terdapat dalam Bugatti Chiron yang pantas iaitu 1,479 kuasa kuda dengan 1,180 tork. Sungguh pantas!


Apa yang menarik kereta ini menyasarkan kepada pengguna yang bukan sahaja mementingkan kelajuan tetapi juga melihat aspek reka bentuk yang elegan serta penuh keselesaan yang sepatutnya berada dalam kereta ‘sport’ dan mewah.




Kenderaan dengan 16 silinder dan dilengkapi dengan 6 sistem ekzos menunjukkan dengan jelas kereta ini bukan kereta ‘sport’ biasa atau buatan kereta elektrik.



Mana tidaknya, setiap komponen kereta ini dihasilkan dengan kepakaran hasil kerja tangan bersama kejuruteraan moden. Keseluruhan badan Bugatti La Voiture Noire diperbuat daripada karbon fiber. Khabarnya kereta ini telah dibina untuk seorang pembeli setia kereta Bugatti yang namanya belum diumumkan.



Sudah tentu dengan tanda harganya yang mampu menyara sebuah negara miskin, kereta mewah ini disasarkan buat golongan kaya atau bangsawan yang ingin menampilkan status diri mereka dengan memiliki Bugatti La Voiture Noire. Untuk rekod, bekas CEO dan Pengerusi Volkswagen, Ferdinand Piech adalah peminat setia kereta Bugatti dan pernah memiliki model Bugatti sebelum ini. Tidak diketahui sama ada Piech adalah pemilik baru kereta ini.

Sumber : The Verge, BBC News, Sinchew Daily via erabaru.com.my © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/03/7-gambar-merecik-hawau-kereta-mewah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bugatti Hasilkan Kereta Termahal Di Dunia Pada Harga Rm77 Juta

Bugatti Hasilkan Kereta Termahal Di Dunia Pada Harga Rm77 Juta

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 286 hits
Sebuah jenama kereta mewah terkenal Bugatti kini telah memiliki sebuah lagi kereta termahal di dunia apabila berjaya menlancarkan model keluaran terbaru mereka yang dikenali sebagai Bugatti La Voiture Noire yang bernilai RM77 juta Model yan...
Aston Martin Memperkenalkan Kereta Hyper Am Rb 003 Yang Menggunakan Peranti Pintar Sebagai Papan Pemuka

Aston Martin Memperkenalkan Kereta Hyper Am Rb 003 Yang Menggunakan Peranti Pintar Sebagai Papan Pemuka

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 324 hits
Kereta hyper boleh dikatakan kenderaan konsep yang bukan sahaja sangat laju tetapi juga sangat mahal Aston Martin syarikat pembuat kenderaan yang terkenal bakal memperkenalkan kereta hyper mereka yang terbaru iaitu AM RB 003 AM RB 003 ini h...
Ini Rupanya Rahsia Usain Bolt Sebagai Lelaki Terpantas Dunia

Ini Rupanya Rahsia Usain Bolt Sebagai Lelaki Terpantas Dunia

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 413 hits
Siapa tidak kenal dengan lelaki terlaju di dunia Usain Bolt yang memegang rekod larian 100m dunia pada kepantasan 9 58 saat pada tahun 2009 sehingga kini Usain Bolt atau gelarannya The Lighining Bolt juga telah memegang banyak kejuaraan ant...
Demi Kapal Pesiaran Mewah Equanimity Dan Siti Aisyah Integriti Malaysia Semakin Memalukan Dan Diaibkan Ke Seluruh Dunia

Demi Kapal Pesiaran Mewah Equanimity Dan Siti Aisyah Integriti Malaysia Semakin Memalukan Dan Diaibkan Ke Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 441 hits
Pembebasan suspek bunuh abang tiri Presiden Korea Utara Kim Jong Nam dari Indonesia Siti Aisyah oleh Mahkamah Kuala Lumpur langsung tidak mengejutkan Lebih lebih lagi apabila wujudnya campurtangan dan kehendak pihak pemerintah tertinggi Mal...
10 Negara Dengan Harga Minyak Termahal Di Dunia Malaysia Di Tangga Keberapa

10 Negara Dengan Harga Minyak Termahal Di Dunia Malaysia Di Tangga Keberapa

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 433 hits
Harga minyak mentah di pasaran dunia adalah berubah ubah setiap hari mengikut pasaran dunia Antara faktor naik turun harga minyak adalah kerana permintaan pengeluaran keadaan ekonomi dan persekitaran dunia Pengeluar minyak mentah terbesar d...
Taiping Dinobat Sebagai Bandar Ketiga Terbaik Dunia

Taiping Dinobat Sebagai Bandar Ketiga Terbaik Dunia

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 276 hits
BANDAR Taiping dinobatkan sebagai bandar ketiga terbaik dunia bagi kategori Anugerah 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia pada Anugerah Peringkat Antarabangsa Bagi Pelancongan Lestari Dunia 2018 yang berlangsung di Berlin Jerman kelmarin Yan...
Hiburan Bertuah Anzalna Nasir Suami Hadiahkan Kereta Mewah Maserati

Hiburan Bertuah Anzalna Nasir Suami Hadiahkan Kereta Mewah Maserati

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 386 hits
Pelakon Anzalna Nasir menerima kejutan istimewa daripada suaminya Hanif Zaki yang menghadiahkannya sebuah kereta mewah jenis Maserati bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 3 Foto kejutan itu dimuat naik di akaun Instagram...
Siasatan Rm90 Juta Pas Sprm Rampas Kereta Beku Akaun Bank

Siasatan Rm90 Juta Pas Sprm Rampas Kereta Beku Akaun Bank

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 348 hits
Diterbitkan Hari ini 3 31 petangSPRM hari ini merampas beberapa kenderaan mewah sebuah rumah kedai dan wang tunai serta membekukan beberapa akaun bank berhubung siasatannya berhubung dakwaan bahawa PAS menerima RM90 juta daripada Umno Menur...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih

Tinggi Protein Dan Mikronutrien Ini Manfaat Ikan Susu Untuk Kesihatan

Upiak Hari Raya Duit Tak Ada Chord