Pengalaman Ke Pesta Buku Pbakl 2023


Alhamdulillah rezeki yang tidak disangka-sangka tahun ni dapat pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (PBAKL). 
Seperti tahun-tahun sebelumnya, PBAKL diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Nama lama dia World Trade Centre Kuala Lumpur, yang dulu juga dikenali sebagai Putra World Trade Centre (PWTC). 
PBAKL berlangsung bermula 26 Mei hingga dan berakhir 4 Jun 2023. Tahun ni meriah dengan pelbagai aktiviti diadakan. 

Pengalaman Ke Pesta Buku PBAKL 2023 Pertama sekali rasa bangga sangat sebab ramai anak muda turun ke pesta buku tahun ni. Syukur tabiat membaca dan cintakan buku masih tebal di jiwa anak muda.  
Tahun ni berkesempatan bawa anak-anak merasai sendiri kemeriahan pesta buku. Pendedahan awal juga untuk anak-anak supaya nanti kalau ada kerja sekolah melibatkan pengalaman senang lah dia nak mengarang. 




Pengalaman manis dapat beli buku yang di idamkan, jumpa penulis Hilal Asyraf, Inche Lebah, Iddin Ramli, Alif suami kepada influencer Aisyah Hijanah dan ramai lagi. 
Kami pergi hari kedua PBAKL diadakan iaitu pada hari Sabtu. Dah ingatkan suami memang kena sampai awal untuk elak kesesakan walaupun kami naik pengangkutan awam. 




LRT, MRT, KTM ni tidak boleh dijangka ya prestasinya. Baiklah kita ambil langkah awal supaya anak-anak selesa. 
Awalnya suami nak pandu kereta tapi Diah berat hati sangat nak sokong dan ternyata ianya pilihan yang tepat sebab jalan sekitar PWTC sesak teruk. 
Tapi yang hatinya kental silakan bawa kereta sebab boleh parking di basement dan ada parking terbuka berhadapan dengan PWTC. Kena lintas jalan lah kiranya. 







Cara Ke PBAKL Ikut Laluan MRT Ada beberapa cara untuk pergi ke PBAKL. Oleh sebab laluan penukaran LRT Putra ke LRT Star Masjid Jamek masih lagi tidak boleh digunakan jadi kami terpaksa tukar laluan menggunakan MRT pula. 
Kami naik LRT Putra heights di stesen Wangsa Maju kemudian berhenti di stesen Ampang Park kemudian tukar dan naik MRT laluan Putrajaya Ampang dan berhenti di MRT Titiwangsa. 
Sekali lagi buat penukaran MRT kepada LRT. Dari stesen LRT Titiwangsa dan berhenti di stesen LRT PWTC. 
Dah sampai stesen boleh ikut laluan jambatan merah sehingga ke PWTC. Memang berbondong-bondong manusia berjalan menuju arah yang sama. 
Ikutkan tak jauh mana tapi kena buat penukaran LRT kepada MRT mengambil masa sebab kena banyak berjalan.  





Oh ya pengalaman kali ini Diah ceritakan dari sudut pandang ibu bapa yang membawa tiga orang anak kecil yang masih bersekolah (bawah 12 tahun). 
Jadi keseronokkan, kemudahan perjalanan, sesuai atau tidak adalah mengikut situasi sebab anak-anak memang tidak boleh dijangka. 
Pengalaman kami ke PBAKL kali ini amat menyeronokkan. Selain dapat tambah koleksi buku, kami dapat bertentang mata dengan penulis kesukaan. 
Maaf tak banyak gambar reruai sebab ramai orang dan kami lebih enjoy pengalaman depan mata. rugi pula asyik pegang telefon. 


Persiapan Perlu Buat Sebelum Ke PBAKLUntuk yang bercadang nak ke PBAKL mari Diah kongsikan persiapan perlu awak buat supaya perjalanan ke sana lebih lancar dan pengalaman menjadi lebih indah. 

Sediakan senarai buku perlu beli dan awasi anak-anak. Berhati-hati dengan penyeluk saku dan sediakan wang secukupnya. 
Ada ketika kami mahu buat pembayaran menggunakan QR code tetapi internet tak begitu stabil dekat sana. 
Pakai pakaian yang serap peluh, lembut dan longgar. Pakai juga kasut yang sesuai supaya selesa nak berjalan. Diah pakai Sports shoe ringan kaki nak melangkah. 
Cuaca sekarang memang panas jadi jangan lupa minum banyak air. Bawa botol air dan boleh juga beli air, banyak je orang jual. Dekat dalam PWTC pun ada dijual tapi harga semestinya mahal sedikit dari biasa. 
Selain botol air bawa juga kipas angin. 
Paling penting bawa beg bagasi atau beg galas. Sangat-sangat membantu sebab memang lenguh kalau nak jinjit beg plastik yang berat dengan buku. Dekat sana memang ramai yang tolak beg bagasi. Walaupun penuh dengan manusia tapi masih boleh bergerak. 
Penting sangat kalau datang dengan anak-anak pastikan datang awal pagi dan bawa bekal makanan ringkas tapi mengenyangkan. 
Bawa coklat atau energy bar supaya anak tak merengek lapar. Penting sebab dekat kaunter bayaran memang akan sesak dan waktu berbaris dapatkan tandatangan penulis pon agak panjang. 
Tempat makan boleh cari di Level 4. Ada disediakan juga kerusi dan meja. Harga nasi ayam RM16, Nasi Goreng RM6, air RM4, burger RM4 dan ada macam-macam lagi. 
Nak beli dan makan di luar, ada banyak gerai yang menjual makanan dibuka di depan pintu masuk PWTC. 



Jadi untuk awak yang nak merasai kemeriahan Pesta Buku jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini. Masih ada masa lagi dan paling penting banyak tawaran berbaloi. 
Pastinya pengalaman ke PBAKL 2023 antara kenangan yang kami tak akan lupa. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2023/05/pengalaman-ke-pesta-buku-pbakl-2023.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pbakl 2023 Peta Lokasi Senarai Reruai Acara Waktu Tarikh

Pbakl 2023 Peta Lokasi Senarai Reruai Acara Waktu Tarikh

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 367 hits
PBAKL 2023 KALI KE 40 INI DIJANGKA MENJADI PESTA BUKU PALING MERIAH DIMANA IA MENGUMPUL RAMAI PENULIS TEMPATAN DAN JUGA DARIPADA LUAR NEGARA Pengerusi Pengelola PBAKL Encik Mohd Khair Ngadiron Jangan lupa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpu...
Ramainya Orang Di Pesta Buku Antarabangsa Pwtc Crowded Wehhh

Ramainya Orang Di Pesta Buku Antarabangsa Pwtc Crowded Wehhh

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 310 hits
Korang semalam cikla sekeluarga berpeluang pergi ke pesta buku antarabangsa kat PWTC nun Sebenarnya lebih kepada menunaikan janji pada anak anak terutama kakak Batrisyia sebab ayah dorang dah janji nak bawak pi situ So semalam si ayah merel...
Tiket Speedboat Koh Lipe May 2023

Tiket Speedboat Koh Lipe May 2023

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 180 hits
Melawat Satun Melawat Pak Bara jika hendak ke Koh Lipe anda boleh menempah dengan Karlisa Travel TIKET SPEEDBOAT KOHLIPE Tarikh Update May 2023Dewasa THB 1200 RETURNKanak kanak THB 1100 RETURN Harga tidak belum termasuk Cukai taman negara T...
Pesan Sri Mulyani Untuk Perry Warjiyo Gubernur Bi Periode 2023 2028

Pesan Sri Mulyani Untuk Perry Warjiyo Gubernur Bi Periode 2023 2028

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 133 hits
Perry Warjiyo resmi diangkat kembali menjadi Gubernur Bank Indonesia untuk periode 2023 2028 Pengesahan ini dilakukan pasca menjalankan proses pengucapan sumpah jabatan sebagai Gubernur Bank Indonesia di hadapan Ketua Mahkamah Agung
Additional Decoration Trends For 2023 Ideas Full Of Personality

Additional Decoration Trends For 2023 Ideas Full Of Personality

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 336 hits
Trends are like this they come and go So why care about them There is a reason for this Decoration trends are an indication of the changes that are happening in the world That is they signal important transformations The post appeared first...
Tiga Projektor Lcd Tanpa Wayar Pilihan Tahun 2023

Tiga Projektor Lcd Tanpa Wayar Pilihan Tahun 2023

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 330 hits
Dalam dunia projektor pintar yang semakin maju ini terdapat beberapa jenama yang menonjol seperti Smart Atom Smart Nano dan Smart Premium Setiap jenama ini mempunyai ciri ciri yang unik dan menawarkan pengalaman hiburan yang berkualiti ting...
Ppim Gesa Kerajaan Tolak Pindaan Ihr2005 Sinar Harian 24 05 2023

Ppim Gesa Kerajaan Tolak Pindaan Ihr2005 Sinar Harian 24 05 2023

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 392 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan tidak menandatangani pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 yang akan dibentangkan pada Perhimpunan Kesihatan Dunia Ke 76 di Geneva Switzerland minggu depan Aktivis PPIM D...
Detail 3 Perhiasan Mewah Raline Shah Di Festival Film Cannes 2023

Detail 3 Perhiasan Mewah Raline Shah Di Festival Film Cannes 2023

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 179 hits
Pada tiga penampilannya di Festival Film Cannes 2023 Raline Shah mengenakan tiga set perhiasan mewah dari dua brand ternama
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Skill Up Steam Curator


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation