Pengalaman Hiking Ke Kebun Che Mah Dusun Tok Lee Bukit Pau Banyak Aktiviti Menarik Boleh Explore


 Salam to all readers,


| Pengalaman Hiking ke Kebun Che Mah, Dusun Tok Lee, Bukit Pau  | Banyak Aktiviti Menarik Boleh Explore | Pengalaman sesat di Bukit Sawa, Negeri Sembilan bukanlah halangan bagi kami untuk serik hiking lagi, malah membuat rasa hati berkobar-kobar nak pergi lagi. Cewahh.. ayat mukadimah ayat entertainment sangat. Ikutkan ini pun plan last minute, sebab waktu tu aku scroll TikTok ada orang share pergi hiking Kebun Che Mah, then aku google la informasinya terlebih dahulu. Disebabkan Sabtu jadual aku pack, aku terus text Sue, if dia ONN tak nak hiking Ahad, kebetulan dia tak buat apa minggu ini, sekali dia onn, aku pun kasi jalan jerlah.




Kalini, aku masih berdua pergi hiking disebabkan Elly prefer Sabtu je, Ahad dia nak rehat. Sabtu pula si Sue ini kerja jadi tak bolehlah nak plan sebarangan pergi hiking atau apa-apa aktiviti, kalau nak after dia habis kerja je boleh. So, macam biasalah akulah atur tentatif nak gerak pukul berapa, stop mana, masuk mana, estimated perjalanan ambil masa berapa lama. Sue memang tukang drive je. Lepas dah dipertimbangkan, kami gerak dari rumah Sue, sebab kalau gerak dari rumah aku perjalanan ambil masa lagi lama. Kalau gerak dari rumah Sue, ambil masa 40min je.


Nak dijadikan cerita, malam tu, aku pergi temankan si Sue ini pergi tengok gig dekat Tasik Titiwangsa, dengan hujan pula waktu tu. Aku onn jerlah, walaupun tak berapa minat pergi tengok aktiviti begini. If dia lagu slow2 aku sikit, kalau terjerit-jerit, aku pening kepala. Sebaik orang tak ramai, enjoy jugalah malam tu dengar muzik. Hampir pukul 1.00am baru sampai rumah Sue. Masuk-masuk mana boleh terus tidur, bersihkan diri, solatthen tidur. Konon nak bangun awal pagi, beria-ia masing-masing kunci jam. Jam berbunyi bangun padamkan, tidur balik. Jam 5.20am jugalah baru bangun. Bersihkan diri, solat, siap terus gerak. Muka masing-masing pagi tu tak cukup tidur okay. 


Bila sedar nak masuk ke Kebun Che Mah ini perlu bayar entrance fee, kami carilah Petrol station nak cucuk duit, banyak juga petrol station kiteorang singgah tak boleh nak masuk, sebab dorang belum beroperasi lagi. Masing-masing pula cashless, aku lagilah duit dah lama tak cucuk, lepas tu lupa password. Hurmm...Lepas hampir 3 stesen petrol station kiteorang pergi masih tak beroperasi, mujur singgah petrol yang keempat iaitu Shell open. Alang-alang, cucuk duit terus beli breakfast. Aku macam biasalah beli air mineral + roti. Aku menyempat jugalah buat air panas dekat Shell ini.


Selesai breakfast dalam kereta, barulah kami bergerak ke Kebun Che Mah. Rupanya, lorong nak ke Kebun Che Mah ini sama lorong dengan ATV Adventure Park kiteorang pergi dulu, lalu sebelah Zoo Negara tu rupanya. Kemensah ini banyak kawasan cantik-cantik. Cuma lorong nak ke Kebun Che Mah ini akan lalu taman perumahan orang-orang kaya. Pagi-pagi dah cuci mata tengok rumah besar, nak ada sendiri entah bila, tengok rumah orang pun dah seronok. 


Aku gigihkan juga up artikel malam ini, disebabkan phone aku memory dah full. Nak ganti baru takde duit, so pakai jerlah apa yang ada. Ikutkan banyak story aku nak kongsi. Aku perasan artikel hiking yang aku coretkan dalam blog ini dah dapat banyak good feedback, ramai yang minta share lagi kalau pergi hiking. So here u go, aku coretkan untuk rujukan buat semua.



Untuk ke sini, korang boleh Waze sahaja Kebun Che Mah. Nanti korang akan lalui kawasan perumahan orang ada-ada (Tiara Kemensah 3). Kalau korang nampak satu lorong tu banyak orang parking tepi-tepi tu tanda destinasi korang nak tuju tu dah sampailah maknanya. Parking tak kena bayar, so boleh park tepi ini. Nanti korang akan jumpa official papan tanda Kebun Che Mah, maka bermulalah pendakian anda semua. 
Aku bukan hiker tegar ya, aku hiking sekadar mengisi masa lapang, nak release tention je sambil melihat keindahan alam. Tapi masih ada yang komen ada open slot trip hiking ke, saya tak mampu ya. Pancit jawabnya



Ini kawasan parking kereta. 



Kami mulakan pendakian sekitar jam 7.45am macam tu. Aku tahu permulaan pendakian pun agak mencabar. Korang kena melalui jalan 4x4 ini, ikutkan pendakian lorong sebegini lagi memenatkan berbanding lalu lorong hutan. Kejap dia kena mendaki, kejap mendatar, nak mendaki tu yang rasa azab sikit. Tapi boleh jalan slow-slow Insyallah sampai dengan selamat. Ini belum sampai ke official kebun Che Mah ya. 
Korang perlu meneruskan perjalanan lagi dengan berjalan slow-slow untuk menuju ke Kebun Che Mah. Perjalanan dari bawah nak ke Kebun Che Mah ini mengambil masa hampir 60min jugalah (mengikut pace aku). Sesuai jugalah kalau nak bawa anak-anak ke sini, jalan tak berliku sangat. 

Entrance Fee Kebun Che Mah
Untuk pengetahuan semua, untuk masuk ke Kebun Che Mah kena bayar entrance fee, setiap seorang akan di charge RM3 (weekdays/weekends) same price. Kebun Che Mah ini kira besar, dekat sini macam-macam aktiviti sebenarnya ada, ada aktiviti berbasikal, main atv, kem, paling aku suka mereka turut menyediakan kemudahan tandas untuk orang awam dan juga surau. So kalau korang takut terlepas solat Zohor atau Asar ke bolehlah singgah sembahyang. Kebun Che Mah ini pun bersih dan mendamaikan. 


Muka excited sampai kebun Che Mah, ini kira check point pertamalah, sebelum pendakian seterusnya untuk jelajah kawasan Tok Lee kena naik ke atas lagi. 

Tak sempat breakfast dekat rumah? Jangan risau, dekat atas ini korang boleh dapatkan breakfast juga. Ini hiking jenis santai-santai, siap boleh makan-makan lagi dekat atas okay. Untuk ke Dusun Tok Lee, anda kena menyusuri lorong yang ada bendera tu. Jangan panik kalau nampak anjing berkeliaran dekat area sini. Sini memang banyak anjing tapi dorang tak kacau, malah manja minta makan lagi.




Ini laluan masuk nak ke Dusun Tok Lee, perjalanan nak ke Dusun Tok Lee tu boleh tahan jauh jugalah kalau ikutkan. Tapi dia punya jalan santai-santai sahaja, menyusuri half jalan hutan, half lagi laluan 4wd.  Kalau tak tahu jalan, tanya sahaja orang yang anda berselisih masa nak hiking. Dorang mesti tahu, sebab kalau sesat jenuh tau nak patah balik



Cantikkan pemandangan dekat sini? Setelah jauh perjalanan nanti korang akan menemui satu kawasan agak lapang, dan akan nampak papan tanda seperti di bawah "Dusun Tok Lee Kelapa Muda" belok ke kanan. Kalau anda terus anda ke Bukit Pau, kalau anda ke kanan anda ke Klang Gates Dam. Sementara nak ke Dusun Tok Lee ini pula ada anak & mak anjing duk follow aku juga, dia hidu makanan dalam beg aku. Bagilah roti pada dorang, si anak cuba nak meloncat pula pada aku, scary tak pasal-pasal kena samak pula nanti. Mujur dorang behave, tahu tak boleh sentuh muslim


Melawat Dusun Tok Lee Kelapa Muda

Aku sebenarnya waktu ini dah mengantuk gila, ini gara-gara tidur lewat kot, teruskan juga perjalanan ke Dusun Tok Lee nak pekena Air Kelapa Muda & durian kononnya. Sekali sampai ada air kelapa muda je, stock durian dah habis, seller cakap datang tahun depan pula, musim durian dah habis katanya tahun ini. hahaha.. Pun boleh. Kebetulan aku memang lapar, so kami decide ambil sebungkus nasi lemak kongsi bersama + 2 air kelapa


Maigad!! Sedap juga makan yang disediakan dekat sini. Dekat sini, korang ambil je dulu nak makan apa, dah selesai makan baru bayar. Memang konsep dia datang bersantai sambil melihat pemandangan. Tiba-tiba aku rindu suasana Padang, Indonesia dekat sana lebih kurang dekat atas Dusun Tok  Lee ini banyak kehidupan hijau lagi. 

Total Harga Hidangan Kami Makan:
Nasi lemak + telur mata = RM4Air kelapa 2 = RM12Total= RM16



Sini tempat duduk limited sedikit, pandai-pandailah korang pilih tempat. Dalam setengah jam lebih jugalah kami lepak sambil menikmati keindahan alam sini. Dekat stesen Dusun Tok Lee ini pun ada kemudahan tandas awam, surau juga tau. Aku suka konsep yang dorang bawa, sangat convenience untuk orang muslim




Air kelapa dekat sini memang padu weyhhh!! Sedap ya amat, tapi aku tak boleh minum banyak nanti mulalah ulang alik ke toilet. 


Port  menjadi perhatian umum setiap kali orang datang ke sini. Jadi, sesekali merakan gambar kenangan di sini. 


Sebaik sahaja makan-makan dekat Dun Tok Lee, kami sempat singgah ke Bukit Pau sebelum bergerak pulang.Waktu ini memang matahari dah pacak atas kepala rasanya, dengan mata aku pun semakin mengantuk. Sebaik sahaja puas bergambar setiap sudut yang cantik barulah kami menyusul pulang dengan berjalan dengan hati riang perut kenyang. Balik dia jadi laju sikit pace nya, disebabkan mata dah terpandang-pandang bantal dekat rumah


Aku juga akan kongsikan vlog aku Youtube, nanti aku kongsikan dekat bawah untuk korang lebih faham dia punya petunjuk arah, karang aku humban semua gambar masuk dalam blog, jenuh pula korang nak tengok satu persatu gambar aku


Apa-apa pun trip hiking kalu ini best dan santai, dan aku rasa pace aku mendaki pun kategori cepat jika nak dibandingkan sebelum ini


Jadi, kalau korang tak tahu nak buat apa hujung minggu, bolehlah ajak kengkawan ke, jiran tetangga, keluarga naik ke Kebun Che Mah ini. Kadang-kadang kita kena keluar dari kesibukan orang ramai, kerja dengan menikmati ciptaan Tuhan. Indahnyaa tak tergambar gitu


See u next story



Thank you for reading guys









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.missazwarsyuhada.com/2022/08/pengalaman-hiking-ke-kebun-che-mah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bk Mini Fest 2022 Meriah Banyak Aktiviti Menarik Serlah Bakat Kanak Kanak

Bk Mini Fest 2022 Meriah Banyak Aktiviti Menarik Serlah Bakat Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 183 hits
Bintang Kecil Mini Fest diinspirasikan oleh Simpan SSPN telah diadakan pada 27 dan 28 0gos 2022 yang lalu berjaya mencetuskan impak positif kepada kelompok ibu bapa dan kanak kanak terutamanya yang berusia 7 hingga 13 tahun Majlis tersebut ...
Aktiviti Menarik Di Taman Eco Rimba Komanwel Kl

Aktiviti Menarik Di Taman Eco Rimba Komanwel Kl

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 277 hits
Aktiviti Menarik Di Taman Eco Rimba Komanwel KL Baru baru ni umi dapat meluangkan masa untuk menyertai program FAM atau Open Day ke Resort Taman Eko Rimba Komanwel KL yang dianjurkan oleh Tourism Selangor Program ini adalah bagi mengiktiraf...
Jangan Duduk Rumah Saja Hujung Minggu Ini Senarai 20 Bukit Sekitar Lembah Klang Boleh Pendaki Pemula Cuba

Jangan Duduk Rumah Saja Hujung Minggu Ini Senarai 20 Bukit Sekitar Lembah Klang Boleh Pendaki Pemula Cuba

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 206 hits
Memanglah bosan duduk di rumah saja pada hujung minggu Apa kata ajak ahli keluarga atau sahabat handai untuk buang peluh dengan mendaki bukit sekitar Lembah Klang Tanpa perlu permit kebenaran masuk bukit bukit ini sesuai untuk pendaki pemul...
Pelbagai Aktiviti Menarik Sempena 10th Year Anniversary Legoland Malaysia

Pelbagai Aktiviti Menarik Sempena 10th Year Anniversary Legoland Malaysia

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 203 hits
PELBAGAI AKTIVITI MENARIK SEMPENA 10TH YEAR ANNIVERSARY LEGOLAND MALAYSIA Lama betul tak pergi ke Legoland ni tau Semakin banyak aktiviti yang ada kat sini yang perlu korang join especially sempena LEGOLAND Malaysia Resort Kicks OFf Awesome...
Punca Orang Boleh Hilang Banyak Duit Dalam Bank

Punca Orang Boleh Hilang Banyak Duit Dalam Bank

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 245 hits
1 Banyak isu orang hilang duit kat bank Terbaru ada orang lesap RM12K dari akaun bank akibat transaksi dari negara Eropah Macam mana benda ni boleh berlaku sedangkan limit transaksi dia hanya RM5K dia berada di Malaysia dan tak terima sebar...
Cma Hiking Gunung Yong Belar 3d 2n Via Kebun

Cma Hiking Gunung Yong Belar 3d 2n Via Kebun

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 349 hits
Assalammualaikum Haiii Alhamdulillah dengan izin Allah dan Doa dari orang2 tersayamm Summited My 3rd G7 Mountain Gunung Ke 3 Tertinggi di Semenanjung Boleh dikatakan Dalam byk2 trip Trip kali ni Stamina sangattttttttt perfom Mendaki ke Yong...
Tak Boleh Pakai Jarum Kiri Kanan Mira Filzah Banyak Belajar Pasal Anak Waktu Travel

Tak Boleh Pakai Jarum Kiri Kanan Mira Filzah Banyak Belajar Pasal Anak Waktu Travel

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 207 hits
Travel buat pertama kali dengan anak sememangnya banyak yang kita pelajari Pelakon cantik Mira Filzah juga tidak ketinggalan untuk merasai pengalaman travel dalam perjalanan yang jauh buat pertama kali dengan anak Menerusi Insta Storynya Mi...
Dulu Enggan Jawab Bila Wartawan Tanya La Ni Dia Cerita Kah Kah Tak Boleh Gelak Banyak Nanti Ostajah Marah

Dulu Enggan Jawab Bila Wartawan Tanya La Ni Dia Cerita Kah Kah Tak Boleh Gelak Banyak Nanti Ostajah Marah

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 201 hits
MOHD SHAH RIMTiada angin dan ribut RUU 355 kembali didendangkan jika dulu Tuan Ibrahim enggan jawab soalan wartawan mengenai RUU 355 sekarang wartawan tak tanya Tuan Ibrahim cerita
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner