Bk Mini Fest 2022 Meriah Banyak Aktiviti Menarik Serlah Bakat Kanak Kanak


Bintang Kecil Mini Fest diinspirasikan oleh Simpan SSPN telah diadakan pada 27 dan 28 0gos 2022 yang lalu berjaya mencetuskan impak positif kepada kelompok ibu bapa dan kanak-kanak terutamanya yang berusia 7 hingga 13 tahun.
Majlis tersebut diadakan sempena pelancaran saluran Youtube Bintang Kecil yang sudah pun aktif dengan pelbagai kandungan yang berkonsepkan pendidikan serta menghiburkan. Bintang Kecil Mini Fest telah berlangsung di Petrosains, KLCC dengan mengumpulkan lebih 300 kanak-kanak dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan mengujakan.

Program Menarik Di Saluran Youtube Bintang Kecil
Sejak platform digital menjadi penting pada abad ke-21 beserta wabak Pandemik Covid-19, BINTANG KECIL terpaksa bergerak mengikut trend dengan menggunakan platform digital. Ia kini telah beralih sepenuhnya ke saluran Youtube dan Platform Media Sosial yang lain. Kini Bintang Kecil bukan lagi untuk anak gadis tetapi untuk semua.
Objektif utama saluran ini adalah untuk mewujudkan keyakinan dan menunjukkan bintang kanak-kanak melalui program pendidikan melalui rancangan yang menghiburkan. Rancangan ini merangkumi banyak program menarik untuk kanak-kanak seperti Eksplorasi, Sukan dan E-Sukan, Pendidikan dan sebagainya.
Oleh itu, bersempena dengan Bintang Kecil Mini Fest ini, Bintang Kecil telah pun melancarkan penjenamaan semula Bintang Kecil dengan konsep yang terbaharu dan lebih interaktif pada sesi “Launching of Bintang Kecil”.

Pelancaran Penjenamaan Bintang Kecil Penuh Gimik
Selain itu, turut berlangsung majlis pelancaran penjenamaan Bintang Kecil. Majlis ini diserikan dengan kehadiran En. Syamil Fahim, Ketua Pegawai Operasi NU Ideaktiv Sdn. Bhd. Persembahan silat penuh bertenaga dari murid-murid SK Bukit Kemuning 2, Shah Alam berjaya memukau para tetamu yang hadir.
Pada awalnya mereka membuat seni silat diikuti dengan gimik seolah-olah bertempur berebutkan tanjak. Tanjak tersebut kemudiannya disampaikan oleh pesilat yang menang dan diserahkan kepada En. Syamil. Ia kemudiannya dipakaikan kepada salah seorang BK Squad iaitu Zayan yang kacak berpakaian seperti pahlawan.

Pertandingan Mewarna Meriah, Banyak Bakat Terserlah!
Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan seperti “Mari Mewarna Bersama Simpan SSPN”, dimana kanak-kanak seramai 100 orang telah mendaftar diri dan mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna anjuran khas Simpan SSPN ini.
Yang menariknya pelbagai hadiah ditawarkan seperti pembukaan akaun Simpan SSPN sebanyak RM250 bagi pemenang pertama manakala hadiah bagi pemenang kedua dan ketiga masing-masing menerima pembukaan akaun Simpan SSPN sebanyak RM150 dan RM100.
Juga terdapat 2 hadiah sagu hati diberikan iaitu pembukaan akaun Simpan SSPN bernilai RM50 setiap satu. Setiap pemenang juga menerima hamper sumbangan KUEH dan cenderahati sumbangan Bugbuzz serta tiket masuk ke Petrosains.

Slot Simpan SSPN Dapat Sambutan
Selain dari itu, terdapat pelbagai lagi aktiviti menarik sepanjang berlangsungnya Bintang Kecil Mini Fest selama dua hari ini seperti slot “Istimewa Bersama Simpan SSPN” di mana sesi interaksi di antara pengunjung dan wakil Simpan SSPN dengan mengajukan 30 soalan selama 30 minit beserta hadiah menarik kepada yang berjaya memberikan jawapan dengan tepat.
Syoknya Main Dengan Aafiya!
“Fun Day with Aafiya” adalah antara aktiviti yang dilihat begitu memberi keterujaan kepada setiap kanak-kanak yang terlibat dimana Dato’ Siti Nurhaliza bersama anaknya Siti Aafiyah selaku “founder” Beaukids menjalankan aktiviti khas sempena majlis tertutup itu. Acara yang dikendalikan oleh team Beaukids itu sangat meriah.
Kanak-kanak yang hadir dapat beramah-mesra dengan Aafiyah dan bermain permainan membuat mumia dengan tisu. Setiap kumpulan diketuai oleh wakil dari Beaukids untuk menjayakan tugasan yang diberikan.

Kesemua kumpulan memberikan yang terbaik dan hasilnya sangat cantik! Dato’ Siti juga sukar membuat pilihan kerana semua kumpulan menampilkan mumia terbaik. Selain itu pada acara tersebut juga diadakan pelancaran bagi perisa baharu Beaukids iaitu buah anggur. Rasanya sedap dan pembungkusannya diubah supaya lebih menarik.

BK Squad bersama Haziq & Hawa Rizwana
BK Squad juga ada sesi istimewa bersama penyampai TV Haziq serta pembaca berita, Hawa Rizwana. Ketika sesi bersama kedua-dua selebriti ini, mereka bertanyakan pelbagai soalan berkaitan cita-cita. Menariknya, perkongsian dari mereka berdua banyak memberi input kepada BK Squad dan kanak-kanak lain yang hadir.

Himpunan ‘When I Grow Up’ Hebat!
Salah satu acara terbesar yang diadakan ketika BK Mini Fest ini adalah ‘When I Grow Up’. Seramai 75 orang kanak-kanak berkumpul dengan berpakaian mengikut cita-cita pilihan memenuhi dewan di Petrosains. Setiap mereka dipanggil ke pentas untuk memperagakan pakaian masing-masing. 21 kanak-kanak dengan penampilan paling menarik dinilai oleh juri untuk memilih juara, naib juara, pemenang tempat ketiga serta penerima saguhati.
Antara cita-cita yang banyak menjadi pilihan adalah seperti doktor, guru, juruterbang, pakar bedah, hakim mahkamah dan banyak lagi. Anjuran aktiviti ini ternyata memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk meningkatkan keyakinan mereka.

Sesungguhnya penganjuran BK Mini Fest ini sangat bagus kerana dapat mengetengahkan bakat luar biasa kanak-kanak. Semoga akan lebih banyak acara seperti ini dapat dianjurkan kelak. Kepada semua yang memberi sokongan kepada Bintang Kecil sepanjang dua hari BK Mini Fest diadakan, terima kasih diucapkan!
 
The post BK Mini Fest 2022 Meriah! Banyak Aktiviti Menarik, Serlah Bakat Kanak-Kanak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bk-mini-fest-meriah-banyak-aktiviti-menarik-serlah-bakat-kanak-kanak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Hiking Ke Kebun Che Mah Dusun Tok Lee Bukit Pau Banyak Aktiviti Menarik Boleh Explore

Pengalaman Hiking Ke Kebun Che Mah Dusun Tok Lee Bukit Pau Banyak Aktiviti Menarik Boleh Explore

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 337 hits
Salam to all readers Pengalaman Hiking ke Kebun Che Mah Dusun Tok Lee Bukit Pau Banyak Aktiviti Menarik Boleh Explore Pengalaman sesat di Bukit Sawa Negeri Sembilan bukanlah halangan bagi kami untuk serik hiking lagi malah membuat rasa hati...
Tempat Menarik Di Selangor 2022 Edu Pelancongan Muzium Warisan Melayu Edupark Upm Serdang Selangor

Tempat Menarik Di Selangor 2022 Edu Pelancongan Muzium Warisan Melayu Edupark Upm Serdang Selangor

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 289 hits
UPM Serdang bersempadan bandar bandar metropolitan Putrajaya dan Kuala Lumpur UPM menawarkan anda untuk meneroka kehidupan kampus yang harmoni yang diduduki oleh lebih daripada 27 000 pelajar dari pelbagai negara dan latar belakang budaya D...
Pelbagai Aktiviti Menarik Sempena 10th Year Anniversary Legoland Malaysia

Pelbagai Aktiviti Menarik Sempena 10th Year Anniversary Legoland Malaysia

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 148 hits
PELBAGAI AKTIVITI MENARIK SEMPENA 10TH YEAR ANNIVERSARY LEGOLAND MALAYSIA Lama betul tak pergi ke Legoland ni tau Semakin banyak aktiviti yang ada kat sini yang perlu korang join especially sempena LEGOLAND Malaysia Resort Kicks OFf Awesome...
Aktiviti Menarik Di Taman Eco Rimba Komanwel Kl

Aktiviti Menarik Di Taman Eco Rimba Komanwel Kl

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 233 hits
Aktiviti Menarik Di Taman Eco Rimba Komanwel KL Baru baru ni umi dapat meluangkan masa untuk menyertai program FAM atau Open Day ke Resort Taman Eko Rimba Komanwel KL yang dianjurkan oleh Tourism Selangor Program ini adalah bagi mengiktiraf...
Senarai Filem Melayu Menarik Dan Best Di Pawagam Sepanjang Tahun 2022

Senarai Filem Melayu Menarik Dan Best Di Pawagam Sepanjang Tahun 2022

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 207 hits
Masih berbaki beberapa bulan sahaja lagi sebelum kita menamatkan tahun 2022 tetapi aku masih ingin berkongsi tentang filem melayu yang menarik dan best di pawagam pada tahun 2022 Terdapat beberapa filem melayu yang best di pawagam pada tahu...
Snowdrop Duduki Tempat Pertama Ini 10 K Drama 2022 Paling Banyak Jadi Sebutan Di Twitter

Snowdrop Duduki Tempat Pertama Ini 10 K Drama 2022 Paling Banyak Jadi Sebutan Di Twitter

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 142 hits
Pelbagai drama Korea telah ditayangkan pada 2022 agak agaknya K Drama manakah yang paling banyak menjadi bualan penonton ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 29 Ogos Twitter Korea telah mengeluarkan maklumat baharu tentang penglibatan pengguna Tw...
Aktiviti Lawatan Toqqi Ke Warehouse Ihsan Group Ppim 22 08 2022

Aktiviti Lawatan Toqqi Ke Warehouse Ihsan Group Ppim 22 08 2022

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 252 hits
Sekitar lawatan Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi ke Warehouse Ihsan Group di Shah Alam
Aktiviti Perjumpaan Ketua Aktivis Ppim Bersama Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Ppim 16 08 2022

Aktiviti Perjumpaan Ketua Aktivis Ppim Bersama Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Ppim 16 08 2022

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 132 hits
Perjumpaan Ketua Aktivis PPIM nadzim johan toqqi bersama Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan YB Datuk Seri Jalaluddin Alias di Menara DBKL Kuala Lumpur
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Utilizing Crowdfunding For Business

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Kemeriahan Aidilfitri Bila Anak Anak Pulang Beraya Bersama Keluarga

Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024