Pengalaman Hiking Di Blue Lake Cheras


Buat anda yang gemar mendaki untuk menikmati pemandangan indah diatas Bukit mahupun Gunung pasti anda suka pergi tempat yang cantik yang pernah dimuat naik gambarnya dilaman sosial. Sama juga seperti Cik iena dan kawan-kawan. Cik iena dan kawan-kawan gemar mendaki untuk menikmati pemandangan indah diatas bukit dan merakam foto mahupun vlog untuk kenang kenangan

Gambar dari kawan kepada kawan yang diambil pada Jun 2020


Baru-baru ini pada 18 July 2020 Cik iena dan rakan-rakan pergi mendaki Blue Lake Cheras yang terletak di Bandar mahkota cheras. Seperti biasa Cik iena kesana kerana Cik iena lihat d instagram ramai yang memuat naik gambar mereka di Blue Lake tersebut


Tak banyak gambar disini sebab kami ingat nak ambil gambar diatas, tak tau pula tak boleh naik. Tapi sempat juga lah selfie semasa menunggu deqnor, norma dan kawan-kawan



Jadi kami pergi kesana untuk menikmati permandangan indah tersebut. Setibanya kami disana jam 8 pagi kelihatan ramai juga pendaki yang melalui jalan tersebut. Cik iena masih lagi menunggu rakan yang belum hadir. Lebih kurang jam 8:50 am selepas semua nya tiba , kami memulakan pendakian

Hanya ada satu gambar masa nak memulakan pendakian, selebihnya video. Nanti Cik iena upload vlog.
Blue Lake Cheras Kawasan Larangan
Selepas lebih kurang 20 minit mendaki menelusuri hutan hutan tiba-tiba kami sampai di satu kawasan yang terdapat papan tanda kawasan larangan serta pagar dawai yang telah diputuskan. Disebabkan kami lihat pagar telah diputus dan ada ruangan masuk yang besar jadi kami sangkakan kawasan ini telah dibuka untuk aktiviti riadah mendaki kerana terlalu banyak gambar yang kami lihat di sosial media

Jadi kami bertekad meneruskan perjalanan. Lagipun rasa dah 20 minit mendaki, dah nak sampai terukan sahaja. Beberapa minit berjalan kemudian kawan kami dibahagian hadapan didapati bersama kumpulan lain dan seorang lelaki yang mengharahkan kami untuk ke satu kawasan berkumpul dan manyatakan bahawa kami salah jalan dan ingin menunjuk jalan yang betul

Rupa-rupanya lelaki tersebut adalah person incharge yang menjaga kawasan kuari tersebut. Beliau menerangkan kepada kami mengapa tidak dibenarkan masuk. Memang beliau akui ramai yang masuk ke tempat tersebut dan ada yang beranggapan kawasan ini telah di buka untuk aktiviti rekriasi.

Kami diarahkan untuk pulang dan beritahu pada rakan-rakan bahawa Blue Lake adalah kawasan larangan, sekiranya tertangkap anda akan didenda. Terima kasih sebab tak denda kami dan hanya beri nasihat. Kami akan sampaikan nasihat ini pada kawan-kawan yang ingin mendaki kesini.

Mungkin cadangan Cik iena boleh letak signboard kawasan Larangan di bawah dimana tempat mula-mula pendakian. Jadi orang akan berhenti disitu jika nampak signboard tersebut. Jika dah separuh jalan naik jumpa signboard tambahan pula laluan masuk terbuka luas memang orang akan masuk. Alang-alang dah nak sampai ke destinasi

Itu cadangan Cik iena dan kawan-kawan jelah. Sedih bila dah sampai atas baru nampak signboard tu

Kepada yang berkeras nak ke Blue Lake ini anda perlu tahu kenapa mereka melarang anda masuk ke kawasan tersebut. Pertama sekali ianya kawasan persendirian tentulah mereka ada hak untuk melarang orang luar masuk

Tapi apa yang paling penting mereka larang kita masuk kerana aktivti aktiviti pengeboman yang dijalankan. Sebelum itu Cik iena terangkan apa itu Kuari

Apa itu Kuari ?Kuari ialah kegiatan atau lokasi perlombongan lubang terbuka bagi mendapatkan batu atau galian, biasanya di kawasan berbukit. 

Asal Tasik Kuari
Hasil perlombongan dan letupan bukit, mengakibatkan jurang dan lubang yang dalam. Ini menyebabkan air bertakung. Kesan warna biru kehijauan adalah pantulan warna langit dan bayangan pokok. Air tasik kuari sangat jernih sebab tindak balas kimia batuan dan tanah kuari serta tiada lagi aktiviti manusia di kawasan berhampiran kerana biasanya kuari ini telah pun ditinggalkan.

Tasik kuari mungkin berkedalaman +-2m ke 20m dari permukaan dalam bergantung pada hujan dan jenis lombong. Air di kuari juga terbentuk dari air mata air atau akuifer. Tebing bukit tinggi dah cukup bahaya sebab takut tergelincir jatuh. Kalau dah jatuh, berdepan pula dengan air dalam. Banyak kes lemas di tasik kuari direkodkan.


Menurut Penjaga kawasan yang kami temui kebiasaannya mereka akan melakukan aktiviti meletupkan kuari. Jadi dikuatiri akan ada yang terletup sekali  dan juga dikuatiri gegarannya membuatkan pendaki yang sedang mendaki tergelincir jatuh. Itu lah sebabnya mereka melarang daripada orang luar masuk ke dalam kawasan kuari


Sekarang anda dah tau Blue Lake Cheras adalah kawasan larangan dan mengapa dilarang masuk. Jadi pada yang berhajat untuk ke sana boleh lah padamkan hasrat untuk mendaki ke Blue Lake Cheras. Jangan cakap tak pernah ada orang bagi tau ianya kawasan larangan. Cik iena dah kongsi kan dah

Jika kita lihat gambar yang dimuatnaik di instagram memang mereka tak bagi tau itu kawasan larangan. Pasti ramai tertarik dan teruja ingin ke sana.  Apa-apa pun keputusan ditangan anda. Cik iena cuma nasihatkan agar batalkan hajat untuk kesana kerana faktor keselamatan. Jika mereka membuat aktiviti peletupan/pengeboman tanpa jadual dan mereka terlupa menjaga access masuk orang luar yang selalu menceroboh mungkin akan beri bahaya pada anda
 Dan jika anda tertangkap anda akan didenda RM1000 seorang bukan satu kumpulan tau. Anda akan didenda setiap seorang RM1000 untuk kesalahan menceroboh. Jangan Cakap Cik iena tak bagi tau ya :)



Alkisah tak dapat Mendaki Blue Lake Cheras
Sebenarnya bukan team kami sahaja yang disuruh turun ada beberapa team lagi dan ada juga yang dah sampai diatas. Mereka sempat berkongsi gambar pada kami. Memang cantik tempatnya. Tapi kami agak musykil juga masa Cik iena mengunggu rakan-rakan yang lain kelihatan ramai juga orang yang naik namun tak kelihatan kelibat mereka turun


Ini gambar selepas turun, selepas kecewa tak dapat naik blue lake lah cerita nya. Selfie dengan sport shawl. Okay yang ni boleh rujuk instagram iena di bawah



View this post on Instagram Happy weekend guyz😁 Kepada girls kt luar sana yg gemar bersukan atau buat aktiviti riadah yg berpeluh2 tu iena nk kongsi sport shawl yg menarik. Semalam iena pakai EZdry sport shawl dari @mysportshijab. Memang selesa buat aktiviti outdoor guna EZdry Shawl dari @mysportshijab Selain design yang cantik serta trendy ianya juga sangat selesa serta cepat kering. Lepas hiking kene halau tu iena pergi mandi sungai. Shawl ni memang cepat kering tau😍😍 . Almaklumlah founder dia sendiri mmg sport person so mmg dia mmg tau tudung mcm mana utk aktiviti sukan and masuk hutan mcm ni😁😁 Selain tampil cantik, kita juga selesa buat aktiviti bersukan. Haaa siapa cakap sport hijab takde yang cantik.. Iena sendiri terkejut design ni mmg iena suka sangat.. Gegurl sangat kan.. Ade banyak lagi design menarik.. Bukan shawl je.. Bawal and tudung instant pun ada tau. . Ehh terpanjang pulak cerita. Kan minggu lepas iena cakap nk sport shawl kan. Yeayy happy dah jumpa. . So hari ni peegi hiking, iena pakai.. Tapi kan kisah sedih tmpt kmi nk hike tu rupanya kawasan larangan. Dah halfway kene patah balik. Makanya kami pergi sungai tekala😁😁😁 #blogger #malaysianblogger #lifestyleblogger #beautyblogger #fashionblogger #fashion #muslimahsporty #sportshawl
A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on Jul 18, 2020 at 9:09pm PDT





Mungkin mereka dah melepas border dan telah ditangkap dan dikenakan denda. Sebab semasa kami tiba di bawah ada kereta peronda polis masuk. Apa-apapun alhamdulillah kami diberi peluang untuk balik sebab baru half way kan :)


Selfie selepas turun, masa tengah bincang nak pergi mana

Selepas kecewa tak dapat meneruskan pendakian. Kami pergi ke tempat lain pula yang boleh mendaki.Kami ke Sungai tekala. Disini cuma mendaki tangga ke air terjun . Cukuplah dapat melepaskan rasa ingin mendaki. Nak ke Broga Hill dah jam 10 agak tidak sesuai. Di Sungai Tekala juga kami jumpa geng-geng yang sama di Blue Lake . Masing-masing masih belum puas mendaki. Perjalanan ke Sungai Tekala dari Blue Lake Cheras memakan masa lebih kurang 30 minit



Sungai Tekala Recreational Park

Sungai Tekala Recreational Park

Sungai Tekala terletak di Semenyih. Bayaran masuk ke Sungai Tekala Recreational Park adalah RM2 dewasa dan RM1 Kanak-kanak. Di sini kemi mendaki anak-anak tangga untuk ke air terjun bahagian atas. Kemudian kami masak dan makan di tepi sungai. Kadang-kadang bila kami hiking memang akan bawa dapur gas kecik dan maggie untuk makan jika ada permintaan


Sungai Tekala Recreational Park

Sungai Tekala Recreational Park

Sungai Tekala Recreational Park

Sungai Tekala Recreational Park

Selfie dengan adik

Sungai Tekala Recreational Park

Selfie dengan adik ipar

Zai yang rajin memasak. Untung bawa dia hiking atau masuk hutan. then sorang lagi takde dalam gambar.Shah suka bawa makanan banyak2.Memang kenyang dengan adanya Shah :)

Sungai Tekala Recreational Park

Geng adik ipar dan kawan-kawan



Okay mungkin ada yang pelik kenapa adik ipar ikut. Cik iena tau ada yang berkata "takkan tinggalkan anak untuk keluar semata nak berjalan". Adik ipar dah ada baby nak masuk setahun usianya. Memandangkan kami punyai minat yang sama jadi Cik iena rasa tidak salah untuk dia ikut. Apa salahnya  nak ME TIME dengan kakak ipar. Jangan risau kakak Ipar dia pandailah nak jaga adik ipar. Dan anak dia pun memang ada pengasuh yang jaga sebab dia bukan suri rumah. Bekerja sepenuh masa. Mungkin yang suri rumah tu beranggapan tak boleh keluar tinggal anak bla bla.  As long kita pandai jaga diri dan anak kita ada orang jaga dan apa paling penting dapat izin suami itu sudah memadai.Berhentilah membanding banding kehidupan orang. Tak perlu nak membandingkan hidup awak dan hidup orang lan.

OKay done luahan hati sekejap. Khas buat anda yang berfikiran sebegitu  rupa. Siapa makan cili dia terasa pedasnya.





Selfir dengan ex officemate



Aktiviti kali ni ramai gadis gadis, 7 orang . Manakala lelaki 6 orang


BErgambar bersama adik dan adik ipar


 Sekali lagi coretan hati. Baru-baru ni ada yang tidak puas hati antara dalam keluarga kenapa iena rapat dengan norma. Memang susah ya nak jaga hati semua orang. Rapat dengan keluarga sendiri pun salah. Untuk pengetahuan mengapa kami rapat adalah kerana kami duduk berjauhan dari keluarga dan berdekatan sesama sendiri. Jadi tentulah iena selalu berkunjung ke rumah normah bila iena bosan seorang dirumah bujang


CUba fikir secara logik takkan lah Cik iena nak pergi rumah keluarga lain yang jauh sedangkan ada yang dekat. Mana lebih baik tidak ziarah semua keluarga atau ziarah yang dekat.BAgi iena tiada salah dan dosanya iena kerap kerumah adik lelaki di Bangi. Kita hidup bekeluarga perlu saling mengunjung jika duduk berdekatan. Bukannya duduk berdekatan tapi jarang nak ziarah keluarga sendiri tunggu di panggil di tanya baru datang.

Itu adalah perbezaan kita mengapa ada sikap cemburu. Kerana anda sendiri bukan jenis nak ziarah keluarga yang dekat jadi bila iena kerap ke rumah keluarga yang dekat wujud rasa cemburu dalam hati dan kata iena berat sebelah. Takkan la iena setiap minggu nak ulang alik pergi kerja jauh dari kampung.
Sekarang kan iena 1 week work from home dan 1 week from office. Jika work from home Cik iena akan ke rumah normah. Awak duduk bekeluarga tak bosan la duduk dirumah tak perlu ziarah keluarga terdekat pun. Cik iena ni duduk bujang seorang jadi faham tak perasaan bosan duduk sorang-sorang.

Iena pun tak faham kenapa perlu rasa cemburu sbegini rupa. Hentikanlah sikap membanding banding tu. Bila awak buat macam ni dan fitnah saya tak layan awak saya sangat sakit hati. Fikir lah dengan akal bukan dengan emosi.Hanya kerana cemburu iena selalu pergi rumah adik  ipar di Bangi dia seolah-olah nak melaga-lagakan iena dengan keluarga yang lain dengan mengatakan iena hanya layan adik ipar dan tidak layan dia. Sedangkan diwaktu yang beliau katakan iena tidak layan dia memang ada bukti kukuh lagi benar yang memang iena tengah whatsapp dengan dia.Mungkin dia jenis suka delete message dan lupa yang dia ada msg dengan iena. Walaubagaimanapun harap maaf sebab iena telah screenshoot bukti dan tunjuk pada keluarga supaya tidak salah faham pada iena. Hanya kerana mulut dia, keluarga lain salah anggap. Mujur iena jenis tak delete message whatsapp.Henti hentikan Fitnah keluarga sendiri okay .


Okay done luahan janji takde lagi dalam artikel ni :). Iena luah dekat blog je tau takde meroyan dekat facebook atau status whatsapp (^_~)





Geng Hiking tak jadi kali ni




Selesai mandi dan makan kami makan tengah hari pula di Itik Salai Masthar, Sungai Merab Luar, Kajang. Selepas makan tengah hari dan solat di Surau restoran tersebut kami meneruskan perjalanan pulang :)
Baiklah selesai perkongsian Cik iena mengenai pengalaman mendaki Blue Lake Cheras. Insya Allah kami akan mendaki ke tempat lain pula dan semoga Cik iena rajin berkongsi pengalaman di Blog. Sebelum ni selalu Hiking tapi cuma sekali je tulis, yang lain-lain tak pernah tulis . Penting juga kongsi pengalaman ni supaya orang lain dapat tau keadaan trek macam mana. jadi sebelum mendaki boleh lah mereka prepare mental anad fizikal



Itik Salai Masthar, Sungai Merab Luar
Itik Salai Masthar, Sungai Merab Luar

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ienaeliena.com/2020/07/pengalaman-hiking-di-blue-lake-cheras.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yay Dah Merdeka Cukup 44 Hari Ardell Aryana Kongsi Gambar Anak Pengalaman Berpantang Comelnya Arwa Malaikha Urwa

Yay Dah Merdeka Cukup 44 Hari Ardell Aryana Kongsi Gambar Anak Pengalaman Berpantang Comelnya Arwa Malaikha Urwa

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 640 hits
Pejam celik tak sedar masa berlalu Ardell Aryana yang baru lepas bersalin cahaya mata pertamanya tak lama dulu pun sudah menamatkan tempoh 44 hari berpantang Pelakon dan usahawan itu gembira kerana telah berjaya menghabiskan pantang selama ...
Pengalaman Sembelit Selepas Bersalin

Pengalaman Sembelit Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 406 hits
Bismillah AssalamualaikumPengalaman Sembelit Selepas Bersalin Jika ditanya para ibu selepas bersalin rata rata mengalami pengalaman yang agak perit iaitu sembelit sampaikan ada ibu yang mengambil masa sejam berada di tandas untuk mengeluark...
Pengalaman Melahirkan Anak Kedua Secara Induce

Pengalaman Melahirkan Anak Kedua Secara Induce

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 466 hits
Bismillah AssalamualaikumPengalaman Melahirkan Anak Kedua Secara Induce Alhamdulilah sha selamat melahirkan anak kedua pada hari isnin 6 7 2020 jam 9 30 malam di hospital dutchess of kent sandakan secara induce setelah menyerahkan diri pada...
Hiking Bukit Dinding With Fifie And Miera

Hiking Bukit Dinding With Fifie And Miera

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 734 hits
Assalamualaikum Mira kan dia eksyen giler sebab tak habes bulan July lagi dia dah dapat 100 KM run Kalau weekend kan kita bedal jogging pagi petang Balik kerja pulak almost setiap hari Mira jogging paling busuk pon dapat 4 5km Itu yang ada ...
Misteri Blue Whale Challenge Oleh Jonathan Galindo

Misteri Blue Whale Challenge Oleh Jonathan Galindo

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 1072 hits
JONATHAN GALINDO Mungkin ada di antara korang yang lebih tahu berkaitan dengan Jonatham Galindo ni Di mana Jonathan Galindo Dilihat secara fizikal Jonathan Galindo seperti memakai topeng yang menyerupai anjing dari filem Mickey Mouse Tetapi...
Pertama Kali Naik Hiking Bukit Senorang Kemayan Pahang

Pertama Kali Naik Hiking Bukit Senorang Kemayan Pahang

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 690 hits
Pertama Kali Hiking Bukit Senorang Kemayan Pahang Assalamualaikum dan selamat pagi Sempena Hari Wanita baru baru ni iaitu 8 Mac 2020 Cik Renex dan kawan kawan CR telah mencabar diri untuk mendaki bukit di Kemayan Pahang iaitu Bukit Senorang...
Vivo Melancarkan Siri X50 Di Malaysia Membawa Pengalaman Fotografi Mudah Alih Profesional Kepada Pengguna

Vivo Melancarkan Siri X50 Di Malaysia Membawa Pengalaman Fotografi Mudah Alih Profesional Kepada Pengguna

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 403 hits
Hi Korang vivo Malaysia memperkenalkan siri X tebaharu mereka X50 dan X50 Pro di Malaysia pada Pelancaran Media Eksklusif hari ini Dengan komitmen vivo terhadap reka bentuk dan inovasi yang mementingkan pengguna X50 dan X50 Pro menampilkan ...
Pengalaman Menaiki Brt Sunway Dari Sunway Pyramid Ke Setia Jaya

Pengalaman Menaiki Brt Sunway Dari Sunway Pyramid Ke Setia Jaya

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 629 hits
Pengalaman Menaiki BRT Sunway Dari Sunway Pyramid Ke Setia Jaya Assalammualaikum semua Ini adalah kali kedua Ruby menaiki BRT Sunway dan kali ini berpeluang nak berkongsi pengalaman Sebelum ni nak ambil gambar pun tak sempat sebab masa samp...
Sukan Olimpik 2020 Ditunda Airbnb Tawar Lebih 100 Pengalaman Online Bersama Atlet Terbaik Dunia

Sukan Olimpik 2020 Ditunda Airbnb Tawar Lebih 100 Pengalaman Online Bersama Atlet Terbaik Dunia

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 333 hits
Airbnb Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa telah lancarkan Pesta Musim Panas yang menawarkan lebih 100 pengalaman dalam talian bersama atlet Olimpik dan Paralimpik yang dianjurkan secara maya oleh atle
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Book Haul 2024

Umpan Mercedes

Menderma Tu Tak Salah

Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan