Pengalaman Melahirkan Anak Kedua Secara Induce


Bismillah,
Assalamualaikum



Pengalaman Melahirkan Anak Kedua Secara Induce | Alhamdulilah sha selamat melahirkan anak kedua pada hari isnin 6.7.2020 jam 9.30 malam di hospital dutchess of kent sandakan secara induce setelah menyerahkan diri pada 5.7.2020 disebabkan gdm on metformin. Hari ni genap seminggu kelahiran nya, Setiap anak tidak sama kelahiran nya, walaupun anak pertama sha pun lahir normal tanpa induce tapi saat melahirkan juga sakit, bersalin adalah sakit kedua selepas kematian. Hanya wanita mampu menghadapinya, maka dengan itu, suami tolonglah hargai isteri kamu.

Pengalaman melahirkan anak kedua secara induce, sha cakap terus terang sakit sangat bila melahirkan secara paksa ni, baby belum mahu keluar tapi doktor dah suruh bersalin, buatlah macam mana pun, tetap tidak mau keluar kalau belum masanya, jadi hanya pada Allah saja tempat kita meminta dipermudahkan proses kelahiran..pujuk baby keluar cepat alhamdulilah baby dengar cakap umienya keluar juga dia walaupun sakit tu bagai nak mati ja rasanya.

Baca : Tarikh Serah Diri ke Hospital sebab ada GDM on Metformin

Ahad lalu (5.7.2020) sha serah diri pada jam 4 petang, lepas check up jantung baby, check bukaan alhamdulilah dah 2cm, terus masukkan dalam wad, sha tak sangka tiada rasa sakit pun time tu, tiba-tiba dah buka 2cm, bersyukur sangat sebab time tu terfikir juga boleh ni kalau baby nak keluar tanpa induce tapi Allah nak bagi sha rasa bersalin secara induce sebabnya bukaan tetap sama 2cm sampai pagi isnin (6.7.2020) sha akur doktor masukkan 1 biji ubat untuk membantu bukaan jalan.

Dari jam 6 pagi sampai jam 12 tengah hari, sha dah start rasa kontraksi tapi tidak kerap, sha sempat berjalan keliling katil wad, mandi 3x, squat, gelek dan bernafas ala jamumall, dan makan untuk bagi tenaga masa meneran nanti. Jam 12 tengah hari Doktor datang cek bukaan alhamdulilah dah 4 cm, happy sebab tak perlu masukkan ubat kedua, jadi doktor suruh rehat dulu di katil jam 1.30petang baru masuk labour room, masa ni sha dah mandi air selusuh dan makan bubur sikit, sha dah ready untuk masuk labour room nak jumpa baby.

1.30 petang doktor pecahkan ketuban dan sedut air kencing, dan bermula lah kontraksi sekejap kejap, tapi masih boleh handle, doktor estimate bukaan 10 cm pada 6 petang, tapi jam 4 petang sha dah tak tentu arah, sakit nya bukan boleh main-main, sakit yang terlampau sakit, doktor sarankan sha injek tahan sakit dekat pinghul sha dah balik -balik sedut gas untuk mengurangkan sakit, terpaksa walaupun sha tahu efeknya lepas ni sha mungkin akan tertidur semasa meneran baby.

Baca : Sudah Masuk 3rd Trimester, apa ibu mengandung perlu buat?

6 petang bukaan masih 4cm sha dah menangis kesakitan, sudah begitu sakit bukaan masih 4cm, sha rasa macam mau mati, betullah kata orang bersalin induce memang sakit, dia hentam pinggang sha. Terfikir nak operate ja masa ni, tapi fikir 2x nanti operate susah nak jaga baby, jaga jahitan lagi. So sha pilih untuk tahan ja sakit tu. Jantung baby stabil, kontraksi makin kerap, sha tanya doktor, boleh kah sha bersalin biasa, doktor cakap boleh ni, cuma perlu masa, sebab ini anak kedua, pintu servik dah lembut, tinggal tunggu bukaan ja lagi, sha iktihar dengan miring ke kiri, sakit datang kerap, cuma kalau miring ke kiri jantung baby jadi tak stabil, itu yang doktor tak bagi sha miring ke kiri

8 malam, bukaan jadi 8cm alhamdulilah mungkin hikmah miring ke kiri jadi bukaan makin cepat, sha dah tak keruan, tinggal 2 cm lagi nak bersalin, sakitnya dah tahap 10/10 sha terus meneran baby, dengan harapan cepatlah bukaan 10cm, dalam pada tu bukan baby yang keluar, najis sha keluar, memang syak akan buang najis sebelum bersalin, anak pertama pun macam tu, better dari keluar najis bersama baby kan, sha dah tiada rasa malu, lepas settle ja doktor bersihkan, dia keluarkan pula air kencing sha, dan sha dah ready untuk teran tapi bukaan baru 9cm, dengan tenaga yang ada, sha teran kuat-kuat. Doktor dah mula bagi semangat dekat sha, kepala baby dah nampak, sha dah teran sekuat hati, dengar cakap bidan dan doktor, syukur sha dapat elak dari angkat punggung.

Baca : Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin

9.21 malam akhirnya baby keluar setelah melihat umienya berjuang sehabis tenaga, Ya Allah dugaan bersalin kali ni sakit sangat, hilang selepas dengar suara baby menangis, doktor cakap baby girl, iya sha memang tahu sha dapat baby girl..syukur sepasang dah anak umie. Seberat 2.97kg dengan panjang nya 47cm,  sha lega, penat dan lapar, sha dah lapar tak makan dari tadi. Minta doktor bagi sha air minum ja. Sha mesej husband sha dah selamat melahirkan anak perempuan. Dia pun rasa lega.

Baca : Tembuni Putus Bersalinkan anak pertama

Tak lepas lagi azab sha di labour room, sesi mengeluarkan tembuni pula sha terpaksa harungi, memang tali pusat baby sha jenis yang halus, dari anak pertama lagi susah betul nak keluarkan, doktor terpaksa masukkan tangan untuk ambil tembuni, sha alami pendarahan sebanyak 500ml darah keluar, bidan dah risau muka sha dah pucat, dia cepat cepat jahit, syukur juga jahitan kali ni kecil ja. 1st tear. Lepas dari tu sha dah tak sedarkan diri, BP low, HB turun ke 7, labour room dah jadi red alert, bidan panggil doktor pakar datang, ramai sangat orang di labour room, nama sha dipanggil, selepas beberapa minit sha dah mamai, mungkin sebab gas yang sha sedut buat sha mengantuk, doktor pasang oksigen, tambah 2 pek air dan 2 pek darah, doktor ambil darah dekat nadi, dalam setengah jam juga baru redah labour room..penat tak habis lagi mengantuk sangat-sangat baby dah menangis nak susu, sha kuatkan diri untuk terus bangun, banyak sangat soalan doktor tanya, sha hanya angguk saja, lepas dah ok sikit doktor suruh sha rehat dilabour room, pasangkan saluran air kencing, dan di bagi minum air milo, rasa segar sikit

7.7.2020 Jam 3 pagi sha kembali ke wad biasa, oksigen masih pakai, baby dan sha keluar bersama, pagi tu sha tidur dengan menyusukan baby.

8.30 pagi sha pengsan kali kedua, waktu tu ada doktor shift pagi datang review dikatil sha, lepas tu sha kata boleh balik tak hari ni?sebab sha dah rindu dengan edan, dia kata mama kalau nak balik kena tunjukkan dekat doktor yang mama boleh berjalan, dah boleh duduk, jangan asyik baring ja mama, jadi sha pun letak baby di tepi katil, sha kuatkan diri untuk bangun pergi tandas cuci tangan, tapi bila sha bangun darah keluar dengan banyak, penglihatan sha kabur, akhirnya sha rebah kebelakang, kesian baby kena hempap oleh sha, nasib ada orang sebelah katil melompat dia tahan badan sha, terus ambil baby, sha bangun ja dah ramai orang depan sha, Allah, dugaan betul bersalin kali ni, dengan sakitnya kontraksi, sakitnya dicheck bukaan, sakitnya kena cucuk tangan, dengan baby meragam sebelah petang sampai malam, tak dapat sha tidur, penat tak habis lagi, akhirnya 8.7.2020 sha balik rumah

Siapa cakap bersalin anak kedua tak sakit? Lagi lagi kena induce, taubat banyak banyak, lepas ni kalau boleh nak stop dah, rehat kan diri fokus nak besarkan anak anak ja dulu, pengalaman bersalin anak kedua ni memang sangat mencabar bagi sha, walaupun begitu syukur baby kuat dan dengar cakap umienya keluar juga dia akhirnya, semua itu dari Allah.

Maaflah entry kali ni ada panjang sikit

Baca : Kelahiran Putera Sulung ku

Sha namakan baby kedua ini dengan nama Nur Eshal Khadijah Binti Mohd Azrin, eshal maksudnya bunga syurga, moga baby ecal membesar dengan sihat dan solehah, terima kasih husband yang tak henti risaukan sha sepanjang masuk wad, sehinggalah baby lahir, terima kasih adik beradik sha mertua dan ipar, terima kasih warga hosp dutchess of kent sandakan, terima kasih kawan kawan yang mendoakan sha. Alhamdulilah sha selamat melahirkan anak kedua secara induce



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.opzzpinky.my/2020/07/pengalaman-melahirkan-anak-kedua-secara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Berpantang Selepas Melahirkan Anak Kedua Yang Mengubah Diri Saya

Kisah Berpantang Selepas Melahirkan Anak Kedua Yang Mengubah Diri Saya

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 390 hits
Tajuk post ni boleh bikin orang terkejut je Baru lepas bersalin ke Oh Tak la Ni cuma teringat kisah masa bersalinkan si adik masa tahun 2012 Saya ni bersalin kat Hospital Manjung Perak bersalin dekat sana sebab biasalah orang perempuan bila...
Sempat Kontraksi Palsu Minggu Lalu Vanessa Angel Akhirnya Melahirkan Anak Pertama Selamat

Sempat Kontraksi Palsu Minggu Lalu Vanessa Angel Akhirnya Melahirkan Anak Pertama Selamat

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 238 hits
Sempat menikah siri pada pertengahan Desember tahun lalu kini keduanya resmi menyandang status sebagai orang tua
Hamil Anak Kedua Faye Kusairi Al4mi Alah4n Tervk

Hamil Anak Kedua Faye Kusairi Al4mi Alah4n Tervk

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 320 hits
Meskipun sedang hamil empat bulan pelakon Faye Kusairi berkata dia tetap aktif berlakon apatah lagi aktiviti penggambaran dibenarkan semula sejak 10 Jun lalu Menurut Faye tiada sebab untuknya menolak tawaran berlakon meskipun sedang berbada...
Teruskan Usaha Dapatkan Anak Kedua Ini Siti Lakukan Yang Ramai Tak Tahu Siti Nurhaliza

Teruskan Usaha Dapatkan Anak Kedua Ini Siti Lakukan Yang Ramai Tak Tahu Siti Nurhaliza

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 387 hits
Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza meneruskan usaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua yang diidamkan tahun ini Kata Siti biarpun baru melancarkan album terbaharunya dan bakal sibuk dengan promosi impiannya untuk meniman...
Hiburan Hamil Anak Kedua Faye Kusairi Alami Alahan Teruk

Hiburan Hamil Anak Kedua Faye Kusairi Alami Alahan Teruk

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 384 hits
Meskipun sedang berbadan dua pelakon Faye Kusairi akui dirinya tetap aktif berlakon apatah lagi aktiviti penggambaran dibenarkan semula sejak 10 Jun lalu Menurutnya tiada sebab untuknya menolak tawaran berkenaan biarpun kandungannya kini te...
Ibu Meninggal Dunia Hidap Kanser Ketika Hamil Anak Kedua Permintaan Terakhir Arwah Sentuh Hati Netizen

Ibu Meninggal Dunia Hidap Kanser Ketika Hamil Anak Kedua Permintaan Terakhir Arwah Sentuh Hati Netizen

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 333 hits
Kehilangan orang tersayang diibarat seperti hilang separuh jiwa dan raga Paling terkesan pada pasangan sehidup dan semati Tidak kurang juga perasaan kehilangan itu turut dirasai oleh rakan dan sahabat yang rapat Siapa yang tidak sedih denga...
Marah Anak Tak Pandai Baca Wanita Tampar Kedua Dua Pipi Anak Sehingga Lebam Didenda Rm10 Ribu

Marah Anak Tak Pandai Baca Wanita Tampar Kedua Dua Pipi Anak Sehingga Lebam Didenda Rm10 Ribu

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 311 hits
Kuala Lumpur Seorang wanita yang menampar kedua dua belah pipi anak perempuannya yang mengalami disleksia sehingga lebam kerana marah mangsa mendiamkan diri ketika disuruh membaca didenda RM10 000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesy...
Siti Nurhaliza Tak Rela Tangguh Impian Untuk Dapat Anak Kedua

Siti Nurhaliza Tak Rela Tangguh Impian Untuk Dapat Anak Kedua

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 319 hits
IMPIAN penyanyi ternama Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk menimang cahaya mata kedua tetap diteruskan walaupun kerjaya seninya kembali aktif dengan pelancaran album solo studio ke 18 berjudul ManifestaSITI2020 Siti berkata dia tidak berhasrat...
Direstui Istrinya Pria Di Mamasa Hamili Anak Tiri Hingga Melahirkan

Direstui Istrinya Pria Di Mamasa Hamili Anak Tiri Hingga Melahirkan

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 237 hits
Seorang pria di Mamasa Sulawesi Barat inisial SP harus berurusan dengan polisi karena diduga telah menghamili anak tirinya yang masih di bawah umur Bunga nama samaran yang masih berusia 16 tahun itu telah melahirkan seorang bayi yang diduga...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024