Vivo Melancarkan Siri X50 Di Malaysia Membawa Pengalaman Fotografi Mudah Alih Profesional Kepada Pengguna


Hi Korang,
vivo Malaysia memperkenalkan siri X tebaharu mereka - X50 dan X50 Pro di Malaysia pada Pelancaran Media Eksklusif hari ini. Dengan komitmen vivo terhadap reka bentuk dan inovasi yang mementingkan pengguna, X50 dan X50 Pro menampilkan teknologi kamera kelas profesional yang merevolusikan pengalaman fotografi mudah alih. 

Dengan penstablian canggih, mod malam, ciri zoom, dan teknologi potret, siri X50 membolehkan pengguna menangkap gambar dan video secara stabil dan berkualiti tinggi dalam pelbagai senario, menghasilkan karya yang luar biasa. Reka bentuk siri vivo X50 menggabungkan elemen semula jadi dan estetik futuristik bertujuan untuk melengkapkan gaya hidup aktif pengguna. Dengan keupayaan fotografi profesional, reka bentuk yang anggun dan prestasi yang lancar, siri X50 merupakan peranti pintar yang terunggul di pasaran. 
"Siri X50 adalah peranti pintar fotografi profesional yang pertama yang membolehkan pengguna merakam dan berkongsi detik-detik manis hidup mereka secara mudah," kata Encik Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia. "Dengan keupayaan pengimejan yang stabil, lensa dan sensor yang luar biasa, dan sistem keseluruhan kamera yang canggih, peranti siri X50 membolehkan pengguna mengabadikan kisah hidup dengan kualiti penggambaran yang profesional." 
Dengan perkembangan 5G dan ketersediaannya yang akan tiba di Malaysia, lebih ramai pengguna akan dapat menikmati faedah 5G iaitu kelajuan, kependaman yang rendah, dan keupayaan interkoneksi yang lebih pantas. Melalui siri X50, vivo berharap untuk memastikan pengalaman mudah alih generasi seterusnya mudah diakses oleh pengguna supaya mereka boleh menikmati kelebihan teknologi terkini lalu memberi peluang untuk kreativiti dan produktiviti yang berlipat ganda. 

Fotografi Mudah Alih, Diberi Definisi Terbaharu 
Siri X50 mengintegrasikan teknologi fotografi profesional. Untuk mengurangkan gegaran, kamera utama X50 Pro dilengkapi dengan Sistem Kamera Gimbal yang terkemuka di industri, yang membolehkan pengguna mengambil gambar dan video yang jelas semasa bergerak, bahkan pada waktu malam. Dengan model gimbal profesional bersaiz penuh, modul gimbal miniatur bawaan X50 Pro bergerak ke arah yang berlawanan dengan gerakan goyang, memberikan kestabilan yang meningkat untuk kamera utama. Sistem ini juga memperluaskan sudut putaran dan kawasan anti-goncangan dibandingkan dengan kaedah penstabilan yang popular, menghasilkan gambar yang sangat jelas. Gimbal Radar, bola animasi pada skrin yang mencerminkan pergerakan gimbal, membolehkan pengguna mengetahui apabila bingkai stabil. Algoritma motion-deblur vivo, sensor khas, dan penjejakan fokus berterusan meningkatkan lagi kejelasan imej dan video. 
Siri X50 terdiri daripada peranti pintar yang berpusatkan keunggulan fotografi. X50 Pro mempunyai penyediaan kamera serbaguna dengan satu kamera depan 32MP dan empat kamera di belakang (48MP Utama, 8MP Super Wide-Angle, 13MP Professional Portrait, dan 8MP 5x Telescopic). Lensa Teleskopik 5x X50 Pro juga menyokong 60x Hyper Zoom, yang menghasilkan gambar yang menakjubkan. 

X50 dan X50 Pro memaparkan Extreme Night Vision (Super Night Mode) dan Starry Sky Mode yang membolehkan pengguna merakam gambar menakjubkan dari pemandangan bandar dan desa pada waktu malam, sementara fungsi 120° Super Wide-Angle (108° setelah pembetulan distorsi) dan Super Macro membantu menghasilkan foto berkualiti profesional dalam pelbagai senario. Mod Potret vivo, yang dikuasakan oleh algoritma penyembunyian 4 lapisan, membolehkan pengguna memisahkan subjek dari latar belakang dan menerapkan kesan berasingan untuk hasil yang lebih halus. 
Prestasi dan Reka Bentuk Anggun 
Sebagai tambahan kepada kemampuan fotografi profesionalnya, siri X50 juga memberikan prestasi keseluruhan yang unggul. Siri ini menyokong penyambungan 5G, yang membolehkan pengguna tetap dalam talian dengan kelajuan pantas dan latensi rendah. Dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 765G, X50 Pro memberikan kelajuan pengkomputeran pantas dan keupayaan berbilang tugas yang lancar. Siri ini mempunyai kadar penyegaran skrin tinggi 90Hz, menampilkan gambar, filem, dan permainan yang jelas tanpa kabur. 
Mencerminkan inovasi yang didorong reka bentuk, peranti pintar siri X50 dibina dengan skrin fleksibel yang lebih langsing, lebih ringan, dan lebih tahan lama berbanding skrin tradisional. X50 adalah salah satu telefon 5G paling tipis yang pernah ada. Teknologi HDR 10+ memberikan paparan yang terang, dan AG Matte Glass menawarkan sentuhan lembut dan halus. Sistem Kamera Gimbal yang direka dalam bentuk mata berfungsi sebagai elemen reka bentuk yang unik di bahagian belakang X50 Pro. 
Siri vivo X50 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 21 Julai 2020 melalui Live Streaming di Facebook Rasmi vivo Malaysia, dan harga akan dinyatakan pada masa itu. vivo X50 tersedia dalam pilihan warna Frost Blue dan Glaze Black, vivo X50 Pro dalam Alpha Grey. 
vivo TWS Earphone Neo Melengkapkan Siri X50 dengan Audio yang Memukau 
vivo juga melancarkan TWS Earphone Neo. Disediakan untuk memberikan pengalaman audio berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan pencinta muzik seharian, TWS Earphone Neo tanpa wayar mempunyai ciri khas iaitu Moving-Coil Unit 14.2mm untuk menghasilkan bunyi lebih kuat dan penuh, serta bio-fiber composite diaphragm untuk meningkatkan perincian audio. 

Direka dengan mengkaji kepentingan keperluan pengguna, TWS Earphone Neo juga menampilkan AI Noise Cancelling untuk panggilan telefon yang lebih jelas dan beberapa kawalan pintar yang diaktifkan suara. Fon telinga ini disokong oleh platform TWS-Generasi ke-4 Qualcomm, QCC3046, yang menawarkan latensi rendah, ketepatan tinggi, dan pengalaman mendengar yang stabil, serta teknologi Bluetooth 5.2 terkini dengan jarak maksimum 10m. Ciri-ciri canggih TWS Neo bersama dengan reka bentuk klasiknya merupakan suatu realisasi pelaburan vivo dalam peranti Internet of Things. Seperti siri X50, TWS Earphone Neo memperlihatkan komitmen vivo untuk membina peranti yang berpusatkan reka bentuk yang meningkatkan kualiti kehidupan pengguna. 
vivo TWS Earphone Neo kini boleh didapati di Malaysia dengan harga RM359. Pelanggan dapat membeli vivo TWS Neo Earphone di semua kedai konsep vivo, peniaga sah, rakan kerjasama, dan platform e-dagang seperti Lazada, Shopee, dan vivo Store (http://www.vivostore.com.my). Fon telinga ini tersedia dalam dua pilihan warna - Starry Blue dan Moonlight White - untuk pengguna memilih mengikut gaya peribadi masing-masing. 
Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati laman Facebook atau laman web rasmi vivo




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2020/07/vivo-melancarkan-siri-x50-di-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vivo Malaysia Perkenalkan Siri X50 Dan X50 Pro Yang Cukup Menarik Dengan Teknologi Kamera Gimbal

Vivo Malaysia Perkenalkan Siri X50 Dan X50 Pro Yang Cukup Menarik Dengan Teknologi Kamera Gimbal

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 343 hits
Vivo Malaysia Lancar Siri X50 Dan X50 Pro Bestnya bila Vivo Malaysia memperkenalkan siri X terbaharu mereka iaitu X50 dan X50 Pro yang telah dilancarkan pada 16hb Julai 2020 baru baru ini di Hotel Sheraton Petaling Jaya Saya berkesempatan m...
Siri Vivo X50 Dengan Kamera Gimbal Akan Dilancarkan Di Malaysia 21 Julai Ini

Siri Vivo X50 Dengan Kamera Gimbal Akan Dilancarkan Di Malaysia 21 Julai Ini

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 359 hits
Peranti terakhir yang dilancarkan oleh vivo Malaysia sebelum ini adalah vivo V19 Untuk peranti seterusnya pihak vivo akan memperkenalkan siri X50 terbaharu yang memfokuskan kamera bertarikh 21 Julai ini Siri ini telah pun dilancarkan di Chi...
Vivo Bakal Memperkenalkan Siri X50 Di Malaysia Pada 21 Julai 2020

Vivo Bakal Memperkenalkan Siri X50 Di Malaysia Pada 21 Julai 2020

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 286 hits
Vivo Malaysia kini telah mengesahkan mereka akan melancarkan telefon pintar dibawah siri Vivo X50 untuk pasaran tempatan secara rasminya pada 21 Julai 2020 kelak Dibawah siri ini terdapat tiga telefon pintar ditawarkan iaitu Vivo X50 Vivo X...
Asus Malaysia Melancarkan Siri Komputer Riba Gaming Zephyrus S17 S15 Dan M15 Untuk Pasaran Tempatan

Asus Malaysia Melancarkan Siri Komputer Riba Gaming Zephyrus S17 S15 Dan M15 Untuk Pasaran Tempatan

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 307 hits
Pada pertengahan tahun ini ASUS telah memperkenalkan beberapa siri komputer riba gaming ASUS ROG yang dikuasakan oleh pilihan CPU Intel generasi kesepuluh dan juga cip pemprosesan grafik NVIDIA yang terbaru Bermula dengan siri ROG Zephyrus ...
Vivo Bakal Bawa Masuk Siri X50 Tawarkan Ciri Gimbal Untuk Rakaman Yang Lebih Baik

Vivo Bakal Bawa Masuk Siri X50 Tawarkan Ciri Gimbal Untuk Rakaman Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 328 hits
Vivo Malaysia baru jer mengesahkan yang tak lama lagi mereka akan lancarkan smartphone terbaru mereka dibawah siri X50 di Malaysia guys Seperti yang Ohmedia share sebelum ni siri X50 ni didatangkan dengan tiga varian tapi masih belum pasti ...
Pnb Lancar Aplikasi Mudah Alih Pelaburan Mikro Pertama Malaysia

Pnb Lancar Aplikasi Mudah Alih Pelaburan Mikro Pertama Malaysia

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 420 hits
KUALA LUMPUR 23 JULAI Permodalan Nasional Bhd melancarkan Raiz aplikasi mudah alih pelaburan mikro pertama Malaysia yang membolehkan rakyat negara ini melabur dengan nilai bermula serendah RM5 Semasa pelancaran Raiz secara maya hari ini Pre...
Vivo Malaysia Perkenalkan Peranti X Series Terbaru X50 X50 Pro

Vivo Malaysia Perkenalkan Peranti X Series Terbaru X50 X50 Pro

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 383 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraVIVO MALAYSIA PERKENALKAN PERANTI X SERIES TERBARU X50 X50 PRO Baru baru ini aku berpeluang untuk turut serta dalam majlis pelancaran peranti pintar terbaru keluaran jenama Vivo iaitu Vivo X50 dan X50 Pro ...
Experience Vivo X50 Series Exclusively With Vivo Malaysia

Experience Vivo X50 Series Exclusively With Vivo Malaysia

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 357 hits
Hi Everyone Malaysians looking to purchase vivo s latest smartphone X50 series should look no further than X50 series Superday roadshow event at Queensbay Mall Penang as vivo Malaysia will be giving out some great promotions and freebies wh...
Vivo X50 Pro Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Rm3 199 Menawarkan Sistem Kamera Gimbal Terbina

Vivo X50 Pro Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Rm3 199 Menawarkan Sistem Kamera Gimbal Terbina

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 425 hits
Siri Vivo X50 telah pun diperkenalkan di Malaysia Mereka hanya membawa masuk Vivo X50 dan Vivo X50 Pro yang dijana Snapdragon 765G sahaja dan tidak akan membawa model Vivo X50 Pro Plus yang dijana Snapdragon 865 ke pasaran Malaysia Vivo X50...
Finland Says It Can Teach Tourists To Be Happy Challenge Accepted

Cik Pon Bakal Talak Satu

Nahas Karak Pemandu Lori Direman Empat Hari

Berbuka 29 Puasa Soto Lembu Angah

Raya Gaya Kita

Anda Saksikan Sendiri Sikap Peniaga Di Jalan Tar

Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First

Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

Konsert Energy Ryan B Dan Banyak Lagi Aktiviti Menarik Dalam Lembah Klang Minggu Ini

Tip Char Kue Tiau Sedap Masukkan Satu Bahan Ni Masa Menumis Bahan Bahan 2 Ge

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan

Bumiputera Company Ousted Chinese Company Installed The Story Behind Kl Tower