Pengalaman Hari Pertama Persekolahan Darjah 1 Abang Zaryth Yang Dipermudahkan
Pengalaman Hari Pertama Persekolahan Darjah 1 Abang Zaryth Yang Dipermudahkan | Assalamualaikum Selamat Sejahtera semua. Alhamdulillah semalam dan hari ini mungkin ramai ibu-bapa masih sibuk menguruskan persekolahan anak-anak terutamanya bagi anak-anak yang baru melangkah ke Darjah 1 seperti Sha dan suami cuma bezanya hari kedua ini hanya suami Sha yang bercuti dan masih memantau Abang Zaryth sehingga Abang Zaryth naik van sekolah. Alhamdulillah sesi persekolahan hari pertama Abang Zaryth berjalan lancar seperti biasa Abang Zaryth tak ada drama air mata dari dia masuk tadika, pra sekolah dan sekarang
Abang Zaryth dalam perhimpunan pagi sebelum masuk kelas. Tidak pelik bila datang sekolah ini sebabnya Abang Zaryth pra sekolah di sekolah yang sama, cuma Abang Zaryth sempat tanya ibu buat apa ramai-ramai kat sini... huhuhu.. kenalah Sha terangkan. Biasanya masa prasekolah cikgu kumpulkan di kantin sekolah dan berjalan ramai-ramai ke perhimpunan kali ini kena pandai-pandailah faham arahan cikgu-cikgu
Selepas perhimpunan Abang Zaryth masuk ke kelas yang sudah ditentukan pada akhir bulan november lalu selepas menjalani ujian selama 1 jam. Hari pertama masuk sekolah pun dah selesema, kalau dah selesema memang beri kesan pada mata dia. Kawan-kawan kelas dia ada yang dah kenal dari zaman tadika tapi ramai kawan barulah. Ibu ayah harap Abang Zaryth dapatlah sesuaikan diri dengan kawan-kawan baru, cikgu-cikgu baru juga suasana baru ini
Sementara Abang Zaryth dalam kelas Sha dan suami sempatlah selesaikan kerja-kerja rumah apa yang patut sementara pukul 9.45 pagi iaitu waktu rehat tahap 1. Untuk hari pertama ini ajar Abang Zaryth beratur beli makanan dan minuman, tunjukkan cara beli dan bayar juga kedudukan sudu di mana. Belakang Abang Zaryth tu kawan kelas baru tapi diaorang pernah 1 tadika dulu
Sebelah dia tu namanya Altamis kawan pra sekolah dia, makan sama-sama walaupun kelas lain-lain. Setakat ini Abang Zaryth akan bersarapan di rumah dan beli makanan di kantin harap nanti ibu dapatlah sekali sekala Sha buatkan bekal untuk Abang Zaryth
Untuk minggu pertama ini Abang Zaryth pergi dengan ibu dan ayah, balik dengan van sekolah sama macam pra sekolah dulu. Minggu depan urusan pergi balik sekolah sepenuhnya naik van sekolah sendiri. Nasib jugalah van sekolah hanya depan rumah senang sikit urusan. balik rumah Abang Zaryth cakap dia dapat ramai cikgu, iyalah biasa pra sekolah cikgu sorang je setiap hari kan. Belajarlah abang dengan kehidupan dan suasana baru
Ibu sayang Abang
Ya Allah,Peliharakanlah dia sebaik-baiknya
Lindungilah dia selalu
Permudahkan segala urusannya
Terangilah hatinya menuntut ilmu dunia & akhirat-Mu
Berkatilah perjalanan hidupnya
Jadikanlah dia anak yang Soleh
Jadikanlah dia anak yang berguna untuk keluarga, bangsa & agama-Mu
Jauhkanlah dia dari anasir tidak sihat diluar sana
Temukanlah dia rakan-rakan dan orang sekeliling yang baik-baik supaya dia juga baik-baik hendaknya
Anugerahkanlah dia kesihatan yang baik
Semoga Abang dapat membanggakan ibu dan ayah juga menjadi contoh kepada Adik Nur.
Sekian coretan ibu anak sulung masuk darjah 1. Hari pertama sekolah bukan sahaja sekolah meriah kembali tetapi di media sosial facebook juga ramai kawan-kawan berkongsi kisah anak-anak kembali ke sekolah, seronok sebenarnya sempat jugalah ambil sesuatu dari yang dah berpengalaman. Alhamdulillah tak ada nampak anak-anak lain buat drama pagi itu, semuanya ceria
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shalimaryusof.com/2019/01/pengalaman-hari-pertama-persekolahan-darjah-1-Abang-Zaryth.html