Pengalaman Cara Renew Pasport Secara Online



Rasanya mungkin dah ramai tahu dimana pihak Imigresen mengumumkan bermula Mei 2022, kesemua urusan perbaharui atau renew pasport hanya boleh dilakukan secara online sahaja kecuali untuk beberapa keadaan.

Ini bermakna, jika pasport anda sudah tamat tempoh, anda hanya boleh renew secara atas talian sahaja dan tidak dibenarkan lakukan di kaunter kecuali jika anda -

Buat permohonan pertama kaliWarga emasOKUKanak-kanakKes kehilangan dan kerosakan pasport
Jadi kesemua ini, anda perlu datang ke mana-mana cawangan Imigresen atau UTC berhampiran dan perlu beratur panjang menunggu giliran di kaunter.
Berbeza dengan permohonan online, dimana segala urusan permohonan dan tangkap gambar boleh dilakukan di rumah sahaja. Jadi anda boleh skip beratur panjang ketika ingin ambil passport anda kelak jika sudah diluluskan. Jimat masa, jimat tenaga.

Akan tetapi, jika anda baca perkongsian pengalaman daripada orang ramai, banyak mengeluh dengan sistem online yang diperkenalkan oleh pihak Imigresen yang mana seolah-olah lagi menyusahkan dan antara bahagian paling kritikal adalah ketika upload gambar dan perlu juga beratur panjang untuk collect passport.
Pengalaman Sendiri Renew Pasport OnlineAlhamdulillah untuk kedua-dua permasalahan ini aku tak lalui dimana gambar aku berjaya diterima sistem dan tak perlu ambil gambar semula di kaunter serta aku tak perlu beratur panjang pun. Mungkin ianya bergantung kepada cawangan sebenarnya.
Untuk Imigresen Temerloh, jika anda sudah menerima emel yang memberitahu permohonan anda sudah diluluskan. Anda boleh terus sahaja datang ke pejabat Imigresen dan terus pergi ke kaunter pungutan pasport tanpa perlu ambil nombor pun. Jika di Temerloh, kaunter nombor 3.

Pastikan anda sudah print resit bayaran dan letak di bakul yang disediakan. Pegawai akan semak sekali lagi, sekiranya gambar anda tersebut diterima atau tidak. Alhamdulillah gambar aku diterima dan tak perlu retake pun. Selepas 10 minit, passport aku siap dengan jayanya.
Untuk gambar, aku buat sepenuhnya menggunakan smartphone aku je. Percuma! Tak pergi ke kedai gambar pun. Tapi kalau tak yakin, boleh je pergi kedai gambar ambil gambar passport. Tapi disini aku nak share juga tips dan cara aku buat macam mana untuk upload gambar pasport dengan betul mengikut kriteria yang diperlukan.
Ada yang bagi tahu, boleh juga buat menerusi Shopee. Boleh la cuba mana-mana seller yang sediakan perkhidmatan gambar untuk passport DISINI.
Tips Cara Upload Gambar Pasport Dengan BetulUntuk gambar pasport ni, aku perlukan smartphone dan guna 2 aplikasi sahaja. Untuk phone adalah lebih baik kamera cantik la sikit. Macam aku guna Pixel 4 sahaja. iPhone should be ok kot.
Kemudian tangkap gambar anda diluar rumah iaitu menggunakan cahaya semula jadi. Jangan tangkap gambar kat dalam rumah yang confirm cahaya tak cukup. Tujuanya adalah untuk dapatkan cahaya yang cukup dan sekali gus memberikan gambar yang terang dan tajam.
Ikut kriteria dan syarat gambar, anda perlu pakai baju hitam, mata pandang arah kamera, rambut tak tutup muka, tidak pakai cermin mata, telinga pastikan kiri kanan nampak dan juga tiada cahaya flash pada dahi. Background adalah sebaiknya berlatarbelakangkan dinding putih untuk memudahkan proses seterusnya.

Proses seterusnya anda install dua aplikasi iaitu Erase.bg dan Passport Photo Editor untuk Android. Untuk iPhone mungkin boleh cari aplikasi yang seangkatan dengan fungsi yang sama.
Langkah pertama, anda upload gambar yang anda tangkap tadi ke aplikasi Erase.bg untuk tujuan buangkan background anda tersebut. Pastikan tiada bahagian muka anda yang terpadam. Jika ada, boleh edit atau tangkap gambar lain lagi. Kalau dah ok, boleh teruskan dengan tekan 'edit' pada Background Removed. Tekan 'Color' dan cari warna putih.



Langkah kedua, buka aplikasi Passport Photo Editor dan pilih Malaysia: Visa, Passport (35x50mm) > 600 DPI dan klik OK. Upload gambar yang anda edit tadi. Edit ikut kesesuai. Kalau tiada apa, boleh teruskan sahaja. Bahagian penting pada Crop iaitu pastikan muka anda berada dalam bulatan yang disediakan dan klik 'Crop'. Akhi sekali 'Save'

Pastikan gambar anda tersebut dengan background berwarna putih. Jika sudah ok semua, barulah anda boleh teruskan permohonan untuk renew passport yang boleh dibuat secara online sahaja.
Sebenarnya gambar pasport perlukan warna putih plain dan bukan warna putih dinding atau sebagainya. Jadi tidak boleh tidak, anda perlu edit juga.
Pastikan ianya putih seputihnya, sebab di pasport anda nanti, dia akan remove background tersebut. Jadi kalau tak cukup putih, sukar untuk pihak imigresen remove background dan menyebabkan kena tangkap gambar di kaunter. Jadi makin lambat!

Ini contoh gambar yang aku berjaya upload. Paling penting background plain putih tiada kesan langsung.
Cara Renew Pasport Secara OnlineUntuk melayakkan anda renew pasport antarbangsa secara online, pastikan pasport sudah sampai tarikh luput dan pasport lama masih ada pada anda. Jika sudah hilang, kena renew di kaunter Imigresen.
Pastikan pasport lama ada ketika buat permohonan supaya memudahkan untuk anda rujuk ketika isi segala maklumat yang diperlukan.


Pergi laman web Imigresen untuk renew passport di https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport?passportPMALebih baik baca dan fahamkan segala terma dan syarat yang dinyatakan sebelum buat permohonan. Jika sudah faham, boleh klik butang 'SETUJU'Isi semua maklumat diperlukan; paling penting No Dokumen iaitu nombor pasport lama anda, nombor kad pengenalan dan pejabat pungutan. Macam aku pungut di Temerloh dan klik 'CARIAN'.Kemudian akan dipaparkan segala maklumat yang sedia ada dalam sistem. Anda boleh kemaskini jika anda sebarang pertukaran maklumat seperti alamat, no telefon, tinggi, status perkahwinan dan sebagainya.Disini juga anda perlu upload atau muat-naik gambar dengan klik pada "MUAT NAIK GAMBAR'Akan dipaparkan gambar 'Sebelum' dan 'Selepas'. Disini anda perlu adjust gambar 'Selepas' supaya muka anda berada dalam bulatan yang disediakan. Jika ok, klik 'Hantar'Akan dipaparkan gambar Foto Crop dan Foto Untuk Cetakan Pasport. Pastikan gambar background betul-betul clean putih. Barulah berjaya diproses selepas ini. Jika sudah ok, klik 'TERUSKAN'Tik pada bahagian 'SAYA MENGAKU GAMBAR...'. Disinilah anda boleh tik semua sekiranya gambar sudah mengikut syarat yang ditetapkan seperti yang diberitahu pada awal tadi. Jika ada sebarang masalah mungkin disinilah gambar anda akan ditolak dan permohonan tidak boleh diteruskan. Klik 'TERUSKAN'Jika semua maklumat telah dikemaskini dan gambar sudah berjaya dimuat-naik, boleh klik pada 'TERUSKAN KEPADA BAYARAN'Pastikan pejabat pengutan yang anda pilih tersebut anda boleh datang dalam waktu dan tempoh yang ditetapkan. Jika sudah ok, klik 'BAYAR'Anda boleh bayar sama ada menggunakan Perbankan Online (FPX) atau guna kad debit/kredit dengan harga RM200 untuk 5 tahun. Klik 'TERUSKAN BAYARAN' dan buat pembayaran sehingga selesai.Akhir sekali akan terpapar Pembayaran telah BERJAYA dan WAJIB print resit bayaran tersebut dengan klik pada 'CETAK RESIT'Selesai!Cara Collect Atau Pungut PasportSeperti yang diumumkan pasport anda akan siap dalam tempoh 3 hari dimana pihak Imigresen akan emel sekiranya permohonan anda tersebut diluluskan.
Alhamdulillah macam aku, mohon hari Isnin, hari Rabu dah dapat emel bagi tahu permohonan diluluskan dan boleh pungut di Imigresen Temerloh. Pastikan anda bawa resit bayaran, pasport lama dan Mykad anda ketika collection.

Datang awal sebaiknya dan terus ke Kaunter Pungutan tanpa perlu beratur dana ambil nombor pun dan bagi resit pada pegawai. Kemudian tunggu sehingga dieorang panggil semula. Untuk aku dalam 10 minit sahaja, dieorang panggil dan setel semuanya!
Tapi mungkin pengalaman ini berbeza dengan cawangan lain terutamanya di Kuala Lumpur dan Selangor yang padat dengan penduduk. Katanya kena beratur panjang dan sebagainya. Tapi untuk di Temerloh, inilah procedure yang perlu dilalui. Bagi aku sendiri ianya memudahkan!
Nak cantik lagi lepas ni, pasport merah antarabangsa anda tersebut boleh letak cover. Tengok disini.
Jadi pergilah mohon online sahaja keh! Semoga bermanfaat!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aimanabdullah.com/2022/06/cara-renew-pasport-online.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Myonline Pasport Cara Mohon Permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa Secara Online 2022

Myonline Pasport Cara Mohon Permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa Secara Online 2022

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 247 hits
MyONLINE PASPORT adalah satu kaedah sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet Permohonan atas talian boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau d...
Myspr Daftar Cara Daftar Spr Online Untuk Pengundi Baru

Myspr Daftar Cara Daftar Spr Online Untuk Pengundi Baru

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 219 hits
CARA DAFTAR SPR ONLINE Mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan salah satu fungsi SPR adalah untuk mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih supaya mereka dapat menyertai proses memilih wakil untuk menyuarakan pendapat mereka...
Polri Ungkap Cara Pendukung Isis Galang Dana Secara Online Dan Offline

Polri Ungkap Cara Pendukung Isis Galang Dana Secara Online Dan Offline

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 124 hits
Hal ini terungkap setelah penangkapan IA mahasiswa Universitas Brawijaya yang menggalang dana untuk Islamic State of Iraq and Syria
Tata Cara Bermain Sabung Ayam Online Di Situs Terpercaya

Tata Cara Bermain Sabung Ayam Online Di Situs Terpercaya

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 268 hits
Sabung ayam adalah judi yang sangat terkenal sekali Terlebih dengan mudahnya bermain judi yang satu ini sendiri pun memberikan banyak keuntungan untuk Anda The post first appeared on
Laporan Kredit Ctos Online Cara Dapatkan Myctos

Laporan Kredit Ctos Online Cara Dapatkan Myctos

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 198 hits
LAPORAN KREDIT CTOS ONLINE Cara Dapatkan MyCTOS Kepada yang berminat untuk mengetahui adakah pinjaman kewangan mereka akan diluluskan atau tidak Tahukah anda bahawa kebarangkalian untuk pinjaman diluluskan dapat diketahui dengan memeriksa l...
Hiburan Memang Kita Banyak Masa Pun Ramai Berang Berjam Beratur Nak Renew Pasport Di Jalan Duta

Hiburan Memang Kita Banyak Masa Pun Ramai Berang Berjam Beratur Nak Renew Pasport Di Jalan Duta

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 237 hits
Siapa saja yang tidak akan hilang kesabaran apabila kena beratur panjang serta berjam jam perlu menunggu hanya kerana mahu memperbaharui pasport dan hal itu terjadi baru baru ini di Pejabat Imigresen di Jalan Duta Situasi tersebut telah dik...
Buasir Otak Tv Roblox Cara Check Friends Yang Lama Tak Online

Buasir Otak Tv Roblox Cara Check Friends Yang Lama Tak Online

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 359 hits
Tutorial cara nak check friends yang dah lama tak online atau tak aktif dalam game Roblox Jom tonton animasi ini
Cara Bermula Jual Beli Saham Bursa Malaysia Pemula Dari Pengalaman

Cara Bermula Jual Beli Saham Bursa Malaysia Pemula Dari Pengalaman

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 241 hits
Main Saham Bursa Malaysia Setiap orang bermula sebagai pemula Sejerung sedinasaur dan sepaus mana otai dalam saham pasti bermula sebagai pemula Cara Bermula Dalam Saham Bursa MalaysiaPenulis sendiri seorang pemula Ini adalah pengalaman pemu...
Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Filem Sheriff

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu

Cara Claim Towing Kereta Dengan Etiqa Auto Assist Care

15 Timeless Rustic Shed Designs With Unmatched Outdoor Versatility



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Fashion Forward Styling Tips For Incorporating Shapewear Into Your Outfits

Buasir Otak Tv Bahasa Malaysia Jadi Ibu English Jadi Daddy Be Like

Cerita Aidilfitri 2024 Teamrayakedah

Resepi Ayam Masak Lemak Tak Pedas

Skeletal Remains Found At Abandoned Teachers Quarters In Membakut

Ex Judge Urges Govt To Apologise For Ops Lalang