Myspr Daftar Cara Daftar Spr Online Untuk Pengundi Baru


CARA DAFTAR SPR ONLINE (MYSPR DAFTAR)
Mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, salah satu fungsi SPR adalah untuk mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih supaya mereka dapat menyertai proses memilih wakil untuk menyuarakan pendapat mereka dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.
Urusan pendaftaran ini telah dilaksanakan oleh SPR semenjak ia ditubuhkan tanpa gagal. Urusan yang dahulunya dilakukan secara bermusim iaitu setahun sekali selama antara 21 hingga 42 hari, kini dibuka setiap hari untuk sepanjang tahun sejak 16 Julai 2002.
Adalah menjadi hak setiap warga negara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri. Sebelum anda dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda perlulah mendaftarkan nama anda sebagai pemilih. Anda tidak boleh mengundi sekiranya nama anda tidak disenaraikan dalam daftar pemilih.
2 Jenis Pendaftaran Pemilih SPR menjalankan dua (2) jenis daftar pemilih :
Pendaftaran Baru: SPR menerima permohonan warganegara yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih buat pertama kali.Pendaftaran Tukar Alamat dan Pusat Mengundi: SPR juga menerima permohonan pemilih berdaftar yang memohon untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. Ia dikaitkan dengan pertukaran alamat Pusat Mengundi kerana secara lazimnya, sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru, maka, Pusat Mengundinya akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat tempat barunya itu. Mengikut undang-undang pilihan raya, SPR boleh mendaftarkan dua (2) jenis pemilih iaitu:
Pemilih Biasa: Pemilih biasa adalah pemilih berdaftar yang perlu hadir untuk mengundi di pusat-pusat mengundi semasa pilihan raya.Pengundi Tidak Hadir: Pengundi Tidak Hadir atau PTH adalah golongan pemilih yang dinyatakan dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, iaitu, anggota tentera dan pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya. PTH ini dibenarkan mengundi secara pos. Syarat-syarat SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UNTUK DAFTAR SPR SEBAGAI PEMILIH ADALAH SEPERTI BERIKUT
Seorang warganegara Malaysia;Telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas;Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; danTidak dihalang/hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa; MAKLUMAT TAMBAHAN SEMASA PENDAFTARAN SPR (MySPR DAFTAR)
No. Perkhidmatan Polis / Tentera (Jika Berkenaan);Nombor Telefon Bimbit yang sah;E-mel yang sah;Alamat Seperti Dalam Kad Pengenalan / Tempat BertugasGambar depan Kad Pengenalan* (MyKad / MyTentera / Kad Kuasa Polis) Gambar swafoto (selfie) bersama MyKad / MyTentera / Kad Kuasa Polis; *Nota: (Format dibenarkan : JPG, JFIF, PNG)
Cara Daftar SPR Online Untuk daftar SPR online bagi permohonan akaun baharu, sila ikuti langkah berikut:
PERMOHONAN AKAUN BAHARU
Layari https://myspr.spr.gov.my.Skrin Log Masuk Akaun MySPR Daftar akan dipaparkan.Klik pada butang [PERMOHONAN AKAUN BAHARU].. Skrin Permohonan Akaun Pengguna akan dipaparkan.Masukkan Nama seperti dalam kad pengenalan.Masukkan No. Kad Pengenalan 12 digit.Bagi pemohon berstatus Polis atau Tentera, masukkan No. Perkhidmatan pada medan yang disediakan.Masukkan No. Telefon Bimbit.Masukkan E-mel.Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan.Masukkan Soalan Keselamatan dan Jawapan Keselamatan.Masukkan alamat lengkap seperti dalam kad pengenalan.Sila muat naik [GAMBAR DEPAN MYKAD / KAD KUASA POLIS / MyTENTERA] dan [GAMBAR SWAFOTO (SELFIE) BERSAMA MYKAD / KAD KUASA POLIS / MyTENTERA] Masukkan CAPTCHA.Tandakan di bahagian deklarasi ‘Saya telah membaca syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih.’ sebagai tanda persetujuan dengan syarat-syarat kelayakan pendaftaran sebagai pemilih.Klik pada butang [DAFTAR] untuk menghantar borang pemohonan akaun pengguna.Sistem akan membuat verifikasi dan memaparkan mesej permohonan diterima.Klik pada butang [KEMBALI] dan skrin Log Masuk MySPR Daftar akan dipaparkan semula.Satu notifikasi e-mel Permohonan Akaun Pengguna akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan. Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam spam.Pegawai SPR akan membuat pengesahan dan satu e-mel pengaktifan akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan mengikut waktu yang telah ditetapkan.Permohonan yang dihantar pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari yang sama sebelum jam 5.30 petang.Permohonan yang dihantar selepas jam 12.00 tengah hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari bekerja berikutnya sebelum jam 5.30 petang.Permohonan yang dihantar pada Sabtu, Ahad atau Hari Kelepasan Am, permohonan akan diproses pada hari bekerja berikutnya sebelum jam 5.30 petang. PENGAKTIFAN AKAUN PENGGUNA MySPR
Pegawai SPR akan membuat pengesahan sekiranya maklumat yang telah dihantar tiada masalah.Setelah Pegawai SPR membuat pengesahan, pemohon akan menerima e-mel pengaktifan ATAU pemohon menerima e-mel peringatan pengaktifan.Klik pada pautan pengaktifan berwarna biru di dalam e-mel pengaktifan akaun pengguna. Skrin Pengaktifan Akaun akan dipaparkan.Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.Klik pada butang [MOHON NO. TAC]. Sekiranya No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang dimasukkan betul, sistem akan menghantar No. TAC melalui SMS ke telefon bimbit dan e-mel pengguna.Pemohon akan menerima satu notifikasi e-mel dan SMS peringatan Permohonan No. TAC yang telah didaftarkan. Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam spam.Ruangan input No. TAC akan dipaparkan. Masukkan No. TAC dan klik pada butang [HANTAR]Sistem akan membuat verifikasi dan skrin Log Masuk MySPR Daftar akan dipaparkan. LOG MASUK & KEMASKINI PROFIL
Masukkan No. Kad Pengenalan, Kata Laluan dan CAPTCHA untuk log masuk akaun pengguna dan klik pada butang [LOG MASUK].Sistem akan membuat verifikasi dan Skrin Dashboard Pengguna akan dipaparkan.Pilih menu PROFIL SAYA dan klik pada menu Kemas Kini Profil.Pilih menu PROFIL SAYA dan klik pada menu Tukar Kata Laluan. PERMOHONAN PENDAFTARAN
Pilih menu PENDAFTARAN dan klik pada menu Status Saya.Sistem akan memaparkan skrin Dashboard – Halaman Utama dan klik pada butang [BORANG A] untuk membuat PENDAFTARAN BAHARU.Skrin Borang A (Pendaftaran Baharu) akan dipaparkan.Pilih kategori pemilih.Lengkapkan alamat seperti dalam kad pengenalan.Pilih Jantina.Pilih BangsaPilih Agama.Tandakan (/) di bahagian deklarasi ‘Saya sedar bahawa penalti kerana membuat pernyataan palsu ialah pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi ……’ sebagai tanda persetujuan.Klik pada butang [HANTAR] untuk menghantar borang A.Ruangan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan akan dipaparkan. Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan pemohon yang telah didaftarkan dan klik pada butang [MOHON NO. TAC].Satu notifikasi SMS dan e-mel Permohonan No. TAC akan dihantar ke no. telefon bimbit dan e-mel yang telah didaftarkan. Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam spam. Ruangan input No. TAC akan dipaparkan. Masukkan No. TAC dan klik pada butang [HANTAR].Sistem akan membuat verifikasi dan satu notifikasi flash menyatakan ‘Permohonan Pendaftaran Pemilih telah diterima dan sedang diproses. Sila cetak borang A untuk simpanan tuan/puan. Satu notifikasi telah dihantar …….’ akan dipaparkan.Pendaftaran Borang A yang telah berjaya dihantar akan menerima satu notifikasi e-mel Pendaftaran Borang A. Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam spam. Sila rujuk manual lengkap melalui pautan di bawah:
Panduan-Pengguna-MySPRDownload Cara Daftar SPR Secara Manual UNTUK PEMILIH BIASA
Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:
Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; danDapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti. UNTUK PENGUNDI TIDAK HADIR
Anggota Tentera
Pendaftaran PTH dari kalangan ATM dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM. Untuk mendaftar sebagai PTH, anda perlu:
Menghubungi petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP;Serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKad (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.Apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;Turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan;Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan. Nota:
Pusat Mengundi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut.Hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH. Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pemilih biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan). WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERADA DI LUAR NEGARA
Pendaftaran PTH dari kalangan penjawat awam atau pelajar di luar Negara serta pasangan mereka dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara. Untuk mendaftar sebagai PTH (luar negara), anda perlu:
Datang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara;Serahkan MyKad atau pasport anda kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;Nyatakan alamat tempat tinggal di luar Negara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran anda.Semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;Turunkan tandatangan anda setelah berpuas hati; danDapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan. Nota:
Hanya penjawat awam dan pasangannya dan pelajar dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH (Luar Negara). Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pengundi biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon di Malaysia (sebagaimana dalam kad pengenalan).Warganegara Malaysia yang menetap/bekerja di luar negara (bukan penjawat awam/pelajar/pasangan penjawat awam/pasangan pelajar) boleh memohon untuk berdaftar sebagai pengundi biasa di mana-mana pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara.Status sebagai PTH (Luar Negara) adalah kekal sehingga pemilih memohon pendaftaran semula sebagai pengundi biasa setelah pulang ke Malaysia. Semakan Pendaftaran Undi 18 Secara Automatik Tahukah anda?
Malaysia telah melakar sejarah apabila RUU Undi 18 telah diluluskan. Pada tahun 2019, Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah meluluskan pindaan Perkara 47 perenggan (b), penurunan umur ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negeri daripada 21 tahun kepada 18 tahun serta Perkara 119 perenggan (a) fasal 1 Perlembagaan Persekutuan iaitu penurunan had umur mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun dengan pendaftaran pemilih adalah secara automatik. Rang Undang-Undang Perlembagaan ini telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022.
Dengan pelaksanaan ini, golongan belia diharap lebih celik dan cakna mengenai sistem demokrasi berparlimen serta peranan sebagai pengundi muda dengan pelaksanaan Undi 18.
Pemilih Malaysia yang baharu, sila buat semakan butir peribadi melalui 4 kaedah berikut:
1. Web SPR https://mysprsemak.spr.gov.my atau https://www.spr.gov.my
2. Aplikasi: MySPR Semak
3. Web Pejabat Pilihan Raya Negeri http://ppn.spr.gov.my
4. Hotline SPR : 03-88927018
Baca juga: MySPR Semak -Semakan Daftar Pemilih / Pengundi SPR Online 2022


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/myspr-daftar-spr-online/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=myspr-daftar-spr-online

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tata Cara Bermain Sabung Ayam Online Di Situs Terpercaya

Tata Cara Bermain Sabung Ayam Online Di Situs Terpercaya

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 338 hits
Sabung ayam adalah judi yang sangat terkenal sekali Terlebih dengan mudahnya bermain judi yang satu ini sendiri pun memberikan banyak keuntungan untuk Anda The post first appeared on
Myonline Pasport Cara Mohon Permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa Secara Online 2022

Myonline Pasport Cara Mohon Permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa Secara Online 2022

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 298 hits
MyONLINE PASPORT adalah satu kaedah sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet Permohonan atas talian boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau d...
Buasir Otak Tv Roblox Cara Check Friends Yang Lama Tak Online

Buasir Otak Tv Roblox Cara Check Friends Yang Lama Tak Online

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 426 hits
Tutorial cara nak check friends yang dah lama tak online atau tak aktif dalam game Roblox Jom tonton animasi ini
Laporan Kredit Ctos Online Cara Dapatkan Myctos

Laporan Kredit Ctos Online Cara Dapatkan Myctos

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 241 hits
LAPORAN KREDIT CTOS ONLINE Cara Dapatkan MyCTOS Kepada yang berminat untuk mengetahui adakah pinjaman kewangan mereka akan diluluskan atau tidak Tahukah anda bahawa kebarangkalian untuk pinjaman diluluskan dapat diketahui dengan memeriksa l...
Cara Daftar Semak Harga Langganan Viu Malaysia Terkini

Cara Daftar Semak Harga Langganan Viu Malaysia Terkini

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 435 hits
CARA DAFTAR SEMAK HARGA LANGGANAN VIU MALAYSIA TERKINI Sekiranya anda penggemar drama Korea anda boleh melanggan VIU Sebelum anda ingin melanggan VIU semestinya anda seharusnya daftar dahulu dengan VIU Bagaimana cara langgan daftar VIU Mala...
Hiburan Cara Baru Nak Scam Ke Enggan Beri Nombor Mykad Gadis Dipanggil B Doh Oleh Abang Kurier

Hiburan Cara Baru Nak Scam Ke Enggan Beri Nombor Mykad Gadis Dipanggil B Doh Oleh Abang Kurier

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 198 hits
Baru baru ini tular di laman ciapan oleh seorang pengguna dikenali sebagai Phoebe Shafinaz yang mendedahkan taktik baru scammer telah mendapat perhatian ramai Menerusi ciapan tersebut Phoebe telah menerima panggilan dari scammer tersebut ya...
Apa Itu Wise Dan Kelebihan Ketika Travel Cara Daftar Dan Mohon Kad Visa

Apa Itu Wise Dan Kelebihan Ketika Travel Cara Daftar Dan Mohon Kad Visa

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 330 hits
Antara keluhan bagi mereka yang suka atau bercuti keluar negara adalah caj yang dikenakan padan nilai tukaran wang asing kadang terlalu tinggi Lagi pula kalau cash tak cukup dan terpaksa keluarkan duit di mesin ATM di luar negara Caj ini me...
Cara Daftar Marrybrown App Percuma Ayam Goreng Dan Diskaun 40 Untuk Pengguna

Cara Daftar Marrybrown App Percuma Ayam Goreng Dan Diskaun 40 Untuk Pengguna

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 270 hits
Cara Daftar Marrybrown App Percuma Ayam Goreng dan Diskaun 40 Untuk Pengguna Untuk dapatkan penjimatan berganda bila nikmati Marrybrown anda bolehlah muat turun aplikasi terbaru iaitu Marrybrown App Antara tawaran menarik yang menanti pengg...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba