Cara Bermula Jual Beli Saham Bursa Malaysia Pemula Dari Pengalaman


 "Main Saham Bursa Malaysia"
Setiap orang bermula sebagai pemula. Sejerung, sedinasaur dan sepaus mana otai dalam saham pasti bermula sebagai pemula.

Cara Bermula Dalam Saham Bursa Malaysia

Penulis sendiri seorang pemula.



Ini adalah pengalaman pemula dalam bidang saham stok. Saham ada pelbagai jenis namun kali ini penulis akan fokus kepada saham stok.
Saham yang didagangkan di Bursa Malaysia dimana terdapat aliran jual beli saham.
Beberapa perkara perlu pemula tahu dan bersedia sebelum menjinakkan diri dalam dunia saham stok di Malaysia.
1. Broker/Platform Jual Beli Saham
Dimanakah tempat kita boleh membeli dan menjual saham ? Ini adalah soalan pertama seorang pemula.
Pasti kita akan tertanya-tanya pada awalnya, dimana kita boleh lakukan transaksi untuk jual beli saham.
Memang terdapat platform oleh broker secara aplikasi untuk jual beli saham.
Broker (yang  akan menguruskan jual beli anda) adalah orang tengah dalam transaksi saham. Sekarang interaksi broker dan pelanggan (anda) menggunakan aplikasi dan platform jual beli saham.
Banyak sebenarnya platform broker saham yang anda. Secara terus dengan broker (bersemuka) atau menggunakan aplikasi.
Kebanyakan bank ada 'platform' atau 'aplikasi' jual beli saham bursa.
Antara Contoh Broker/Platform saham yang ada di Malaysia adalah:
1. Affin Hwang Investment Bank Berhad
2. Alliance Investment Bank Berhad
3. BIMB Securities Sdn Bhd
4. Hong Leong Investment Bank
5. Kenanga Investment Bank Berhad
6. Malacca Securities Sdn Bhd
7. Maybank Investment Bank Berhad
8. Public Investment Bank Berhad
9. RHB Investment Bank Berhad
Ini adalah sebahagian broker (platform jual beli saham) yang ada. Masing masing ada kelebihan dan kekurangan.Buat kajian sendiri dan pilihlah mengikut kesesuaian anda.
Bagi penulis, pilih broker yang murah fi atau yurannya dan senang digunakan aplikasinya. Penulis menggunakan Malacca Securities Sdn Bhd, sebagai contoh.
2. Pemilihan Remisier
Sebagai pemula, mencari seseorang untuk berpaut adalah menjadi keperluan. Jika anda seorang yang berdikari dan boleh uruskan sendiri bahagian ini boleh diabaikan.
Remisier berperanan menjadi pembekal (dealer) antara broker dan anda.Seumpama mentor dan jika anda memilih remisier yang terbaik nasib anda akan baik,
Anda akan disediakan dengan;
1. Panduan asas jual beli
2. Cara Buka Akaun CDS
3. Dimasukan ke dalam kumpulan sokongan media sosial seperti Telegram
4. Perjumpaan (biasanya maya atau atas talian) setiap minggu.
Mujurlah penulis menemui remiser yang lengkap seperti diatas sebagai rujukan.
3. Buka Akaun CDS
Perkara pertama dalam bermain saham, dengan adanya akaun CDS. Diumpamakan sebagai kunci untuk membuka pintu bermain saham.
Ia lebih kepada pendaftaran seseorang dengan Bursa Malaysia untuk butiran diri disimpan sebagai data.
Ketika penulis mula membuka akaun CDS ini dengan remisier penulis hanya fi (yuran) RM10 diperlukan.
Akaun CDS dibuka melalui atas talian (online). Jika anda ada remisier boleh rujuk remisier anda.
4. Fi dan Caj Dalam Saham
Bab ini agak penting bagi pemain saham yang secara runcit iaitu mereka yang bermain jual beli saham dalam harga yang kecil.
Kecil yang penulis maksudkan apabila modal sekitar RM2000 dan ke bawah.
Caj akan dikenakan dalam jual beli saham di Malaysia adalah caj dan fi 'brokerage' iaitu orang tengah yang uruskan jual beli.
Setiap broker atau platform memiliki fi dan caj tertentu, caj yang dikenakan tidak sama, berbeza di antara broker saham.
Contohnya, MPlus dan RHB mungkin berlainan harga caj brokerage mereka.Boleh buat kajian sendiri dengan caj brokerage setiap broker yang ada.
Buat pilihan terbaik.
5. Saringan Kajian Stok Saham (Screener)
Bagi pemula dan yang masih belum mahir dalam saham. Screener cukup penting.
Screener adalah satu media di antara pemain saham dan kajian mengenai stok atau saham tersebut.
Screener berfungsi untuk membantu pelabur melihat dari sudut Technical Analysis dan Fundamental Analysis sesuatu saham atau stok yang sedang dalam rancangan untuk di masukkan dalam portfolio anda.
Beberapa screener yang penulis gunakan adalah seperti;
1. Ringgit Lab
2. Isaham
3. KLSE Info
Terdapat banyak lagi sebenarnya media screener, namun ini sebahagian. "Screener" yang sentiasa membantu penulis adalah kumpulan Telegram.
6. Pemilihan Modal
Dalam modal penulis sekadar memberikan pengalaman sendiri. Bergantung kepada jumlah wang yang sanggup anda hilang ketika jual beli saham boleh dijadikan modal.
Secara peribadi dan bukan sebagai nasihat kewangan kepada anda penulis cadangkan mulakan dengan berdagang (trade) secara 'paper trade' dahulu.
Apabila sudah yakin dengan strategi anda, modal sekitar RM1500 dan ke atas merupakan cadangan penulis. Fi broker dan fi clearance yang agak mahal, sewajarnya gunakan nilai ini sebagai aras modal minima.
Ini adalah pengalaman penulis, penulis tidak menyuruh atau memberikan nilai di atas sebagai wajib untuk anda. Bergantung kepada diri sendiri, mahu bermula dan rasai pengalaman pertama 'trading' saham, RM500 pun sudah cukup.
7. Mulakan Jual Beli Saham
Apalagi, bolehlah bermula transaksi dan jual beli saham stok Bursa Malaysia.
Jangan terlalu tamak dan terlalu gopoh, cuba dahulu satu stok, lihat hasilnya.
"High Risk High Return" dan sebaliknya.
Jangan takut untuk mulakan berdagang saham, dari pengalaman anda akan mampu berdikari dalam saham.
Malahan lebih terbaik dari penulis yang baharu sahaja berjinak dalam saham.
Penafian Nasihat Kewangan
Ini adalah kongsian pengalaman sendiri penulis dan bukanlah nasihat kewangan. Jadikan sebagai panduan secara am, dan jangan tiru bulat bulat.
Penulis kongsikan pengalaman ini sebagai satu jalan bagi yang pertama kali ini menceburi jual beli saham di stok Bursa Malaysia.
Anda fikir anda tahu Panduan Pengalaman Bermain Saham Stok Bursa Malaysia Bagi Pemula ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.belangtarung.com/2022/05/cara-bermula-jual-beli-saham-bursa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Berurusan Dengan Cash Converter Bisnes Jual Beli Barang Terpakai

Pengalaman Berurusan Dengan Cash Converter Bisnes Jual Beli Barang Terpakai

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 539 hits
Pernah dengar nama kedai Cash Converter Saya kenal nama tu sebab sering jumpa kawan dan minum di Nasi Kandar Pelita Plaza Shah Alam Kalau duduk di meja makan restoran tu di seberang jalan sana anda boleh nampak papan iklan Cash Converter Ke...
Cara Beli Ipad Macbook Dengan Harga Student

Cara Beli Ipad Macbook Dengan Harga Student

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 210 hits
Walaupun dikatakan produk Apple menjual dengan harga tinggi tetapi tahukah anda mereka juga ada buat penawaran harga yang lebih murah iaitu menerusi Apple Education Pricing dimana anda boleh beli dengan harga Student Dengan tawaran ini anda...
Cara Daftar Semak Harga Langganan Viu Malaysia Terkini

Cara Daftar Semak Harga Langganan Viu Malaysia Terkini

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 446 hits
CARA DAFTAR SEMAK HARGA LANGGANAN VIU MALAYSIA TERKINI Sekiranya anda penggemar drama Korea anda boleh melanggan VIU Sebelum anda ingin melanggan VIU semestinya anda seharusnya daftar dahulu dengan VIU Bagaimana cara langgan daftar VIU Mala...
Suami Siap Bagi Resit Beli Barang Dapur Netizen Cerita Pengalaman Bercinta Dengan Orang Kedekut

Suami Siap Bagi Resit Beli Barang Dapur Netizen Cerita Pengalaman Bercinta Dengan Orang Kedekut

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 181 hits
Setiap orang pastinya mahukan pasangan yang tidak berkira dan saling memberi antara satu sama lain Akan tetapi ada sesetengah orang yang kurang bernasib baik kerana terpaksa bersama dengan orang yang bersikap kedekut dan berkira dengan pasa...
Kegagalan Malaysia Bermula Dari 40 Tahun Dahulu

Kegagalan Malaysia Bermula Dari 40 Tahun Dahulu

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 227 hits
Kegagalan Malaysia bermula dari 40 tahun dahulu lagi apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mengubah halatuju negara daripada agriculture commodity based economy kepada heavy industries based economy Hari ini kegagalan Mahathir telah terbukti
Matan Taqrib Akad Salam Dalam Transaksi Jual Beli

Matan Taqrib Akad Salam Dalam Transaksi Jual Beli

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 372 hits
Bagaimanakah akad salam dalam tinjauan fikih Berikut bahasannya
Ini Adalah Cara Saya Kumpul Modal Untuk Beli Sesuatu Anda

Ini Adalah Cara Saya Kumpul Modal Untuk Beli Sesuatu Anda

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 202 hits
Actually aku terfikir suatu perkara posting kali ini Berkenaan dengan cara KUMPUL MODAL apabila nak mendapatkan sesuatu So benda ini perlu kita buat sesuatu target Bagaimana caranya Kalau cara aku simpan duit untuk aku beli contohnya motor ...
Wanita Rugi Rm560 000 Ditipu Jual Beli Emas Suspek Ditahan Polis

Wanita Rugi Rm560 000 Ditipu Jual Beli Emas Suspek Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 185 hits
Wanita Rugi RM560 000 Ditipu Jual Beli Emas Suspek Ditahan Polis Seorang wanita mengalami kerugian sebanyak RM560 000 akibat ditipu menerusi urusan jual beli emas dalam kejadian di Jalan Conlay di sini semalam Ketua Polis Daerah Dang Wangi ...
Mula Mula Belilah Yang Halus Tak Perlu Bergaya Sakan Ni Tip Beli Emas Cara Mudah

Mula Mula Belilah Yang Halus Tak Perlu Bergaya Sakan Ni Tip Beli Emas Cara Mudah

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 250 hits
Lain orang lain caranya Ada yang suka bergaya dan mengumpul pelbagai koleksi beg tangan perkakasan dapur dan sebagainya untuk kepuasan diri Ada juga yang gemar melancong dan meneroka serata alam Semua ini dilakukan atas minat dan hobi mengi...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Kami Brunch Di Kolumpo Kopitiam

Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik