Pengalaman Cabut Gigi Geraham


Assalamualaikum..



 Berpisah juga akhirnya setelah 32 tahun,selamat tinggal Geraham  | Akhirnya penderitaan menyimpan gigi geraham yang senget itu berakhir semalam.Ahaks! Walaupun gigi itu tak menyebabkan kesakitan berdenyut-denyut tetapi terpaksa dibuang jua.


 Mana tidaknya,gigi geraham tu senget tumbuhnya.Walaupun ia berlubang tetapi tidak menyebabkan kesakitan.Cuma korang bayangkan lah,bila sisa makanan terselit di celah gigi macam mana azabnya.Adeiii, beraduh juga tuuu.




gigi geraham
Periksa gigi

Jika tak silap Ina,pada tahun 2017 kot pergi klinik UTC Kuantan.Kononnya nak pergi cabut gigi pada hari weekend. Keadaan di klinik Utc tika itu tersangat ramai.Musim hujan kan,jadinya memang ramai lah orang sakit gigi.


 Giliran pun panjang tika ini tau. Nak tak nak,memang kena tunggu giliran.Dengan anak bongsu tika itu yang masih baby lagi,huhh.Jenuh meragam.. 


Apabila sampai giliran Ina sendiri,nama dipanggil oleh doktor India. Doktor Ina lakukan pemeriksaan keatas gigi Ina.Macam biasa dia akan baca gigi yang rosak sambil pembantu doktor gigi ( pelatih ) mencatit di report kad gigi. 


Dan doktor gigi tersebut memberitahu kemungkinan gigi Ina ni kena lakukan pembedahan gigi kerana dikhuatiri terkena saraf. Serta doktor India tersebut mengarahkan Ina supaya pergi ke hospital terlebih dahulu untuk X-Tray untuk mengesahkan. 


 Ina apa lagi,menggigil segala apabila diberitahu gigi perlu di operate.Haihhh~ banyak dah cerita sedih yang Ina dengar kesan selepas operate gigi.Ermm,, mula lah pelbagai bermain di fikiran.Satu jer fikir,mungkin aku akan mati selepas lakukan operate ini.Disebabkan ini,sehingga tahun 2019 gigi tak bercabut.Sedih kan?





Redha ketentuan Allah


  Okay, pada hari semalam iaitu 15 April 2019,Ina nekad ( tak kisah nak jadi apa,janji gigi geraham dicabut ) ke klinik kesihatan Beserah.2 hari yang lepas sudah bagitahu suami bahawa nak cabut gigi dan suami tak ingat.Jadinya,petang semalam pergi ke klinik bawa anak-anak untuk temankan Ina ni yang penakut sebenarnya.Hihihihi...



 Sambil menunggu giliran tiba,anak-anak semua meragam.Telefon suami supaya mengambil anak-anak pulang ke rumah.Fuhhh! Lega sedikit, anak-anak dah takde kat klinik.Lega lah sedikit,jika tidak.. ada yang berlari dan menyakat menangis.Pening..





Giliran tiba...

 Nombor dipanggil 081,berdegup kencang jantung.Hahaha.. sebenarnya Ina memang penakut! Ehehehe,teringat pengalaman ketika zaman kanak-kanak dahulu.



 Hari Sabtu adalah hari kami adik beradik untuk ke klinik bagi memeriksa gigi.Huhhh! Klinik dekat jer,kami 3 beradik berjalan kaki untuk ke klinik tersebut.Bila giliran Ina nak kena cabut gigi,Ina menangis sekuat hati tau.Menjerit sekuatnya,hahaha. Memang doktor gigi dan pembantu nya sudah kenal Ina ni tau.Sehinggakan kena usik dek pembantu doktor tu,katanya "budak suka nangis dah datang". Adeii, sehingga Ina ni sudah besar pun,pembantu tu masih kenal Ina.Tetapi sekarang Ina dah pakai cermin mata,mungkin dah tak kenal kot.Ahaks! Selamat.. 


  Berbalik kepada giliran dipanggil itu.Apabila masuk ke bilik rawatan,jantung tu terasa seolah berhenti sekejap.Hihihihi..


PROSEDUR Mencabut Gigi

   Doktor memanggil masuk kedalam bilik untuk dibius terlebih dahulu sebelum proses mencabut gigi dilakukan. Sebelum itu,nurse menyerahkan kad gigi supaya pesakit menulis nama dan tandatangan sebelum proses mencabut gigi dilakukan. Incase ada sebarang kemungkinan berlaku,jika dah tandatangan maknanya korang dah setuju dalam syarat yang tertulis didalam report kad tersebut.Jika dahulu takde lagi prosedur sebegini,sekarang ni jer.

   Mungkin disebabkan ada kematian berlaku kot selepas mencabut gigi. Korang pernah dengar tak yea? Jadinya, keluarga pesakit tak boleh menuntut apa-apa ataupun kes saman menyaman ni.Sebab si pesakit sudah bersetuju untuk mencabut gigi.


Ubat Bius ( Kebas )

  Kali ini,doktor gigi di Klinik  Beserah kecil orangnya.Lembut jer dia inject bius.Dan memang tak sakit langsung.2 bius diberikan,setelah itu Ina diminta untuk menunggu dikerusi luar bagi ubat bius tersebut berkesan ( kebas ). Alhamdulillah, lama juga menunggu diluar itu tau.Tapi baguslah,ubat bius itu dah buat bibir dan bahagian gusi kebas.Dan ketika itu juga lah tangan Ina menggigil ketakutan ni.Pucat kuku Ina,hahaha. Kelakar kan? Dasar penakut.Jika nak dibandingkan dengan bersalin.Takut lagi nak cabut gigi.Hahahah.


  Proses Mencabut Gigi Geraham

 Nama Ina dipanggil untuk masuk ke bilik rawatan.Kencang betul jantung ni berdegup.Huh! Sempatlah dalam hati tu,baca macam-macam ayat lazim serta zikir untuk hilangkan gemuruh.


 Duduk je di kerusi khas ( cabut gigi) tersebut, doktor menghampiri dengan memegang alatan mencabut gigi. Ngeri jee, dan doktor tersebut meminta Ina membuka mulut sebesar mungkin.

  Proses cabut tu,agak sukar sedikit sebab Ina keraskan badan.Hahaha.Kelakar pula! Dalam kepala teringat kisah zaman kanak-kanak dulu.Adoii~ boleh lah pula time ni nak flashback memory Ina. 

 Sudahnya,pembantu doktor gigi ( pelatih ) meminta supaya lembutkan badan.Buat rileks sahaja.Hee.. dan akhirnya sambil memejamkan mata. Gigi geraham berjaya dicabut.Doktor tunjukkan gigi geraham yang dicabut itu,berakar panjang.Eeeeiii..Fuhhh! Lega.. pening sekejap kot. Sebab dah lama tak cabut.Tekanan darah masa ambil pun tadi 100/56 ( yang atas tak pernah dapat bacaan 110 ). Ina ni darah rendah,memang begitulah selalu bacaan tekanan. 


  Setibanya dirumah,azan asar berkumandang.Dan solat asar sudah semestinya seperti biasa.Alhamdulillah, selepas maghrib barulah darah nampak tanda-tanda darah nak mula stop.Ina minum ais,ehehe.



  Kesimpulannya, kalau korang nak cabut gigi.Jangan dengar kisah orang yea.Nanti jadi macam Ina barulah korang tau.Huhuhuhu.. penakut nak mamposss! Pelbagai mitos bermain diminda.Hahaha~ Siap pesan pada anak-anak lagi tu,kalau mama mati jangan sedih-sedih.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ehbelogaku.com/2019/04/pengalaman-cabut-gigi-geraham.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasa Nak Gigit Ketap Ketap Gigi Geram Bila Tengok Bayi Rupanya Itu Cuteness Syndrome

Rasa Nak Gigit Ketap Ketap Gigi Geram Bila Tengok Bayi Rupanya Itu Cuteness Syndrome

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 330 hits
Comelnya dia gigit kang Ramai yang ketap bibir geram bila melihat bayi Kadang kala tertanya tanya normalkah sekiranya mempunyai perasaan geram begitu Perkongsian daripada Puan Noor Afidah Abu Bakar Certified Positive Parenting Educator Pare...
Terungkap Alasan Akp Sulman Cabut Pernyataan Dan Tindakan Bawaslu

Terungkap Alasan Akp Sulman Cabut Pernyataan Dan Tindakan Bawaslu

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 269 hits
AKBP Budi angkat suara dia dengan tegas membantah soal pengakuan bawahannya untuk memenangkan paslon 01
Tidur Sambil Hisap Susu Gigi Cepat Rosak Kesianlah Anak Nak Mengunyah Pun Susah

Tidur Sambil Hisap Susu Gigi Cepat Rosak Kesianlah Anak Nak Mengunyah Pun Susah

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 849 hits
Nampak Gigi Anak Rosak Kena Serius Jika Perlu Paksa Berus Buatlah Kasihanlah Anak Bab jaga gigi anak ramai ibu bapa tak sedar ia berlaku atas kesilapan kita sendiri Disebabkan terlalu ikut apa yang anak nak makan dan membiarkan anak hisap s...
Bakteria Yang Menyerang Gigi Akan Merebak Pada Janin Anda Jaga Kebersihan Gigi Ketika Hamil

Bakteria Yang Menyerang Gigi Akan Merebak Pada Janin Anda Jaga Kebersihan Gigi Ketika Hamil

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 392 hits
Semasa hamil setiap tubuh anda memerlukan penjagaan yang rapi kerana hormon kehamilan akan membuatkan anda melalui banyak perubahan Tidak terkecuali gigi Ibu hamil sering terlepas pandang akan penjagaan mulut mereka terutamanya gigi dan gus...
Elakkan Tabiat Anak Telan Ubat Gigi Masa Berus Gigi Jika Perlu Mama Gosok Lagi Baik

Elakkan Tabiat Anak Telan Ubat Gigi Masa Berus Gigi Jika Perlu Mama Gosok Lagi Baik

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 315 hits
Bagi kanak kanak di bawah umur 2 tahun ubat gigi mungkin tidak perlu digunakan Bagaimanapun jika nak guna pun hanya meletak satu lapisan yang sangat nipis pada permukaan berus gigi atau sebesar saiz sebutir beras Berikut 5 tip menggunakan u...
Mengoleskan Pasta Gigi Dan Mentega Pada Luka Bakar Justru Bisa Buat Luka Tambah Parah

Mengoleskan Pasta Gigi Dan Mentega Pada Luka Bakar Justru Bisa Buat Luka Tambah Parah

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 281 hits
Walau banyak digunakan rupanya cara yang jamak dipraktikkan ini sesungguhnya keliru dan membahayakan Dokter umum dan Kepala Unit Emergency RS Pondok Indah Felix Samuel menekankan cara tersebut justru makin memperparah luka bakar
Pemerintah Jerman Bakal Cabut Kewarganegaraan Ganda Militan Isis

Pemerintah Jerman Bakal Cabut Kewarganegaraan Ganda Militan Isis

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 237 hits
Perubahan undang undang kewarganegaraan tersebut hanya akan berlaku bagi orang dewasa yang memiliki kewarganegaraan ganda Adapun anak di bawah umur tidak akan terpengaruh
Bei Cabut Suspensi Saham Bumi Resources Mineral Sebab Sudah Cetak Laba

Bei Cabut Suspensi Saham Bumi Resources Mineral Sebab Sudah Cetak Laba

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 199 hits
Nyoman menambahkan memang ada beberapa alasan mengapa BEI melakukan suspensi pada emiten tertentu Itu seperti ketika perusahaan tercatat stagnan dalam mencetak laba dan pendapatan
6 Profesi Baru Yang Fleksibel Dan Menjanjikan Cocok Juga Untuk Fresh Graduate Yang Mencari Pengalaman

6 Profesi Baru Yang Fleksibel Dan Menjanjikan Cocok Juga Untuk Fresh Graduate Yang Mencari Pengalaman

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 221 hits
Enak nggak sih kalau bisa kerja dari kamar Nggak perlu keluar biaya transport dan nggak harus pakai baju kerja
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya

What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri