Pengalaman Buat Root Canal Treatment Part I


Assalamualaikum

Dah hampir dua minggu berlalu. Baru perasan, eh tak bercerita lagi pengalaman Cik Rose buat rawatan akar atau root canal treatment.

Dengar sahaja rawatan akar gigi, dah bikin hati Cik Rose gundah gelana. Pelbagai cerita didengar, pelbagai pengalaman telah di baca. aduhai, nak buat ke tak nak buat ni. Memang Cik Rose berkira-kira pada awalnya. Nak ke tak nak, nak ke tak nak.. Bukan lepak mamak. Tapi, lepak klinik ni. hihi. 

Dalam entry gigi depan sakit , Cik Rose dah cerita serba sedikit mengenai gigi ni. Kenapa dia sakit, bila sakitnya dan sejarahlah kiranya. hahaha. 

Doktor dah bagi tarikh 29 Januari 2020 untuk buat rawatan akar gigi. ada tempoh lebih kurang 3 minggu juga. Menanti dengan penuh debaran. Tapi, tak rasa sangat. Sebab Cik Rose amat sibuk pada bulan Januari. Sukan jabatan, aktiviti di perumahan, aktiviti di kem dan kena ke KL untuk berbengkel. 

Malam sebelumnya iaitu 28 Januari 2020, Cik Rose buat keputusan tak nak buat. Cakap dekat suami. Tak nak buat. Sebab dah takut tengok alatan yang akan digunakan. Cik Rose tengok dalam website kesihatan. Huhu. Takut!


Apakah rawatan akar gigi?

Rawatan akar gigi atau root canal treatment merupakan rawatan khusus yang dilakukan oleh doktor gigi anda untuk membaik pulih keadaan status gigi agar boleh berfungsi secara normal semula.
Rawatan ini dilakukan di bahagian tisu pulpa gigi dikebuk dan juga dibahagian akar gigi. Ia merupakan rawatan yang spesifik dan khusus agar gigi tersebut dapat digunakan semula atau dengan kata lain tidak dicabut. Biasanya ia dilakukan apabila gigi anda mengalami masalah kesakitan disebabkan oleh keradangan dan infeksi pulpa yang tidak dapat dirawat dengan cara tampalan atau ubat-ubatan.


29 Januari 2020.

Tibalah masa yang di nanti. Temujanji pukul 3 petang. Pagi tu datang kerja macam biasa. Oleh kerana suami tak dapat hantar ke klinik (kekangan waktu berkerja). Jadi, Cik Rose ambil keputusan naik grab untuk ke klinik. Boleh buat relax. Pukul 2.15 baru on grab. Alamak, takde pula grab. Cari dan terus cari. dalam 10 minit jugak. 

Lebih kurang pukul 2.25 petang, grab sampai. Jalan jammed la pulak. Sampai klinik pukul 2.50 petang. Tak masuk klinik. Terus call suami, cakap tak nak buat. Nak tahu apa kata beliau? Ikutlah, nanti sakit, sendiri yang rasa. Hahaha.Beliau malas nak layan sebenarnya, sebab setiap hari asyik tanya soalan yang sama. Nak ke tak nak buat ni. Pukul 2.55 petang, terima whatsapp dari mak. Mak doakan semuanya berjalan lancar. Baca je whatsapp mak, terus dapat kekuatan. 

Masuk klinik dan naik atas. Letak kad temujanji di kaunter. Dalam pukul 3.05 petang, doktor panggil nama Cik Rose sambil memegang kad rawatan. Cik Rose pun ikut masuk dalam bilik. Doktor tegur, lain kali kena datang awal. Temujanji pukul 3 petang, datang pukul 2.30 petang. Sebab pukul 3 petang tu patutnya dah mula rawatan. 


Cik Rose pun minta maaf. Cik Rose kan dok berkira-kira nak buat ke tak pada awalnya. Tu yang datang on time tu. Ingat ya, next time datang awal. Mudahkan kerja masing-masing. Bukan apa, bila kita lambat, pesakit seterusnya nanti lambat pula. Kesian pula kan. 





Rawatan Akar

Cik Rose baring dulu, doktor check dulu gigi. Nak pastikan gigi kita yang memerlukan rawatan tersebut. Doktor tanya ada sakit tak sepanjang menunggu tarikh rawatan ni. Lepas tu. Cik Rose di bawa untuk xray gigi. Comel je bila dengar nak xray. Satu kad kecil diletakkan di bahagian dalam mulut. Untuk makluman, gigi yang bermasalah adalah gigi depan sebelah atas(gigi arnab tu) hihi.

Selesai sahaja xray, kembali semula ke bilik rawatan. Best dapat doktor ni. Lembut jer cakap, doktor perempuan. 

Doktor akan bius dulu sebelum mulakan rawatan. Katanya akan rasa rasa sakit sedikit. Ternyata tidak benar ya tuan-tuan. Hahaha. Bius dicucuk sebanyak dua kali. Satu di bahagian gusi atas gigi bermasalah. Masa ni rasa mak ai, sakitnya. Haha. Lagi satu di bahagian dalam gigi. Lagi sakit! hahaha, sampai mengalir air mata, tapi tak de bunyilah. Still boleh handle gitu. 

*Sakit bius untuk kita juga. Supaya masa rawatan dijalankan, tak sakit :)

Lepas tu Cik Rose bangun untuk kumur sekejap, rasa pahit. 

Jeng jeng jeng.. bermulalah sesi rawatan. Doktor tanya, dah jalan ke ubat bius? Cik Rose tak tahu. hihi. Doktor kata tak apa, nanti kalau rasa sakit, cakap ya. Dia akan stop untuk tambah bius. Emm gerun pula rasa. 

Pertama sekali, mulut kita akan di pakaikan 'baju hujan'. Macam sarung tangan getah tu, doktor selit di bahagian gigi. Mungkin untuk memudahkan doktor fokus ke bahagian gigi yang sakit sahaja.

Cik Rose memang pejam mata jer sambil berzikir. Tak sanggup nak buka mata. Sebab Cik Rose nampak banyak pula alatannya. dan Cik Rose google berkenaan rawatan akar gigi, keluar gambar macam di bawah : 




Sepanjang rawatan dijalankan, alhamdulillah tak rasa sakit. Rasa ada sentuhan pada gigi kita, rasa gegaran ggrrrrr pada gigi, tapi tak sakit. Lama juga tempih rawatannya. Lenguh mulut nganga. hihi. Air liur pun asyik meleleh jer. Tapi ada penyedut air tu, kita pegang. So senang an, takdelah basah tudung. 

Mula lebih kurang pukul 3.10 petang dan berakhir pada pukul 4. 40 petang macam tu. Cik Rose ingat dah habis. Rupanya ini hanya proses sementara. Akan ada lagi sesi rawatan seterusnya pada 19.02.2020. Moga semuanya berjalan lancar. 

Selepas rawatan, doktor pesan kalau dala tempoh nak tunggu rawatan seterusnya ni, ada rasa sakit sikit-sikit, tu normal. Alhamdulillah, Cik Rose tak rasa sakit, cuma rasa tak selesa. 

Cik Rose memang elak makan dan minum yang panas dan sejuk direct ke mulut. Kalau air, memang guna straw. Kurangkan makan makanan yang keras dan manis. 


Serba sedikit tentang proses rawatan akar gigi : 


Prosedur Rawatan Salur Akar Gigi

Rawatan ini mungkin memerlukan satu hingga dua atau lebih temu janji bergantung kepada tahap kerumitannya.
 Radiograf periapikal (X-ray) gigi akan diambil sebelum rawatan bermula. Ini adalah untuk melihat bilangan dan keadaan akar gigi yang bermasalah tersebut.
 Bahagian enamel dan dentin gigi akan dibersihkan dahulu di mana karies dibuang, seterusnya tisu pulpa yang reput akan dibuang dari kanal akar dan kanal dibentuk dan dibersihkan dengan bahan disinfeksi. Apabila selesai proses pembersihan, ubat dimasukkan ke dalam kanal akar dan kaviti pada bahagian korona gigi ditutup dengan tampalan sementara.
 Pada lawatan seterusnya, kanal akan dibersihkan semula dan ditampal dengan bahan tampalan akar (Gutta Percha) jika tiada sebarang tanda dan gejala
 Gigi akan ditampal tetap selepas rawatan kanal akar selesai.

Selesai sesi pertama. Sesi seterusnya pada 19.02.2020 ni. Moga semuanya berjalan lancar dan gigi Cik Rose tak sakit dah. 
Moral of the story : Jangan dengar cakap orang. Buat je. Insyaallah tak de ape-ape. Buat rawatan di klinik berhampiran ya. Jangan takut dengan doktor gigi. hihi. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2020/02/pengalaman-buat-root-canal-treatment.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Bersalin Di Rampai Puteri Medical Centre

Pengalaman Bersalin Di Rampai Puteri Medical Centre

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 507 hits
Assalammualaikum Sabtu 10 November 2018 3 10 pm Hari ke 58 Kelahiran Rayyan Mikhael Sudah baca entry sebelum ini iaitu dan tibalah masanya untuk mama coretkan pengalaman bersalin selepas 10 tahun tak masuk labour room Disebalik kesakitan be...
Pengalaman Join Program Nak Ubah Hidup 2020

Pengalaman Join Program Nak Ubah Hidup 2020

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 449 hits
Pengalaman Join Program Nak Ubah Hidup 2020 Tahun lepas Fadzi pernah tulis pasal program Nak Ubah Hidup 2019 dekat blog Korang boleh baca dekat Waktu tu tengok ada kawan dalam Facebook share dieorang pergi apa yang diaorang dapat betapa sem...
Pengalaman Menginap Di Hotel Indra Boutique Suites Ipoh

Pengalaman Menginap Di Hotel Indra Boutique Suites Ipoh

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 1341 hits
Macam biasalah aku memang suka bercuti time weekend Kali ini nak pergi Ipoh pula Apa yang best kat Ipoh Ak pun sendiri tak tahu apa yang best kat Ipoh ini dan kebanyakkan orang kata tempat penuh dengan makanan yang sedap serta banyak kedai ...
Coronavirus Thailand Has Apparent Treatment Success With Antiviral Drug Cocktail

Coronavirus Thailand Has Apparent Treatment Success With Antiviral Drug Cocktail

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 345 hits
A 71 year old patient tested negative for the virus 48 hours after doctors administered a combination of antivirals used to treat flu and HIV Thailand has detected 19 confirmed cases of the virus so far the second highest number of cases ou...
Pengalaman Berpuasa Penuh Ketika Mengandung

Pengalaman Berpuasa Penuh Ketika Mengandung

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 391 hits
Assalammualaikum 8 November 2018Khamis hari ke 56 kelahiran Rayyan Mikhael Seperti mengandungkan Alya alhamdulilah kandungan ke 2 ni juga tiada alahan langsung Tiada morning sickness atau apa apa sickness segala puji bagi ALLAH yang memperm...
Pengalaman Luas Darren Tarik Minat Nafuzi

Pengalaman Luas Darren Tarik Minat Nafuzi

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 225 hits
KUALA TERENGGANU 31 Jan Pengalaman luas serta corak permainan pantas yang dipamerkan bekas pemain Johor Darul Ta azim ll Darren Lok menarik minat ketua jurulatih Terengganu FC Nafuzi Zain untuk mengikat pemain berdarah kacukan Malaysia Engl...
Air Mata Mengalir Kali Pertama Jejak Tanah Suci Louisa Chong Kongsi Pengalaman Sebagai Saudara Baru

Air Mata Mengalir Kali Pertama Jejak Tanah Suci Louisa Chong Kongsi Pengalaman Sebagai Saudara Baru

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 1152 hits
Lama kita tidak melihat pelakon dan pelawak Louisa Chong di kaca televisyen atau di layar perak Ramai yang tidak tahu sebenarnya dia sudah memeluk agama Islam dan kini dikenali sebagai Louisa Alissa Chong Abdullah Baru baru ini dia turut be...
Pengalaman Di Nuh2020 Bersama 13 000 Peserta

Pengalaman Di Nuh2020 Bersama 13 000 Peserta

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 441 hits
Pengalaman di NUH2020 Bersama 13 000 Peserta Pertama kali menjejakkan kaki ke Kelas Dr Azizan Osman aku sangat teruja dengan aura dan energy yang sangat luar biasa Alhamdulillah January tahun 2020 merupakan pembukaan lembaran baru terbaik u...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Sixth Sense Kembali Dengan Spin Off Yoo Jaesuk Disertai Ahli Baru Seperti Go Kyungpyo Mimi

Tak Cerdik Jangan Sokong La Parti Ni

Cerdik Pusing

Rakyat Cerdik Harus Berfikir

Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu