Pengalaman Bersalin Di Rampai Puteri Medical Centre


 Assalammualaikum..

Sabtu,10 November 2018./3.10 pm.Hari ke -58 Kelahiran Rayyan Mikhael.

Sudah baca entry sebelum ini iaitu :[TTC JOURNEY ]  dan [check up ],tibalah masanya untuk mama coretkan pengalaman bersalin selepas 10 tahun tak masuk labour room.Disebalik kesakitan bersalin,kegembiraan melahirkan dan juga ada cerita sedih selepas kelahiran.


Perasaan yang tidak dapat diungkap dengan kata.Antara suka dan ingin melindungi yang tinggi walaupun habuk yang singgah terasa susah hati.Baby yang halus..nak pegang pun rasa takut sebab tidak mahu anak terasa sakit.

Minggu ke 38 

Mama check up seperti biasa bila minggu sebelum tu mama tak pergi check up dengan Dr Kamariah sebab dah check dan scan di hospital Selayang.Bila mama tahu anak mama ok mama takde lah pergi check di minggu ke 37.

Masa datang minggu ke 38 doktor K tanya "Awak tak datang ye minggu lepas.Minggu ni nak saya check bawah dah ke"?


Doctor check dah buka 3 cm! dan jalan terasa lembut dah.Doktor tanya

"awak nak bersalin hari ni atau besok tak?sebabnya dah buka 3cm dan terasa lembut dah."

"Tapi saya belum sakit doktor.."

"Ada juga patient saya tadi pagi datang dah buka,saya pecahkan air ketuban,petang dah beranak,katanya nak beranak 1 muharam,so saya kata ok je!awak pun boleh juga saya pecahkan air ketuban juga "

Mama  fikir,pecah air ketuban tu induce ke?bukankah orang kata induce tu sakit ya amat!doctor K kata bukan induce,nurse pun kata bukan,ke nak sedapkan hati..hehe

"Saya fikir dulu lah doctor,lagipun saya belum sakit,kan pecah air ketuban sakit pula."

"Then ok..up to u.See u next week ya for next followup check up."



Minggu ke 39

Khamis malam tu,mama asyik terfikir bilalah nak beranak ni.Memanglah due date mama 20.9.2018,tetapi awal satu minggu pun ok je.Perut mama dah makin berat dan kaki makin membengkak.Dulu kakak awal sehari,tetapi hati mama kuat menyatakan awak mesti awal seminggu.Lagi satu malas nak pergi check up monday next week mesti doktor tanya"awak belum sakit beranak lagi?"

Lepas baca yasin malam tu dan zikir astafirullahalzim 100x,mama tengok jam dah pukul 9 malam.Mama pun google cara-cara mempercepatkan bersalin.Gigih mama baca-baca setiap perkongsian.Mama ni suka sangat baca Mr Google kan.Ada satu tips tu buat senaman duduk bangun duduk bangun mencangkung tu.Terus mama cuba buat,duduk bangun duduk bangun bersebelahan rak-rak buku mama.sampai sakit perut juga..adoi betul ke tidak tips ni tapi dapat rasa perut rasa senak.Kalau papa tahu mama buat habislah mama.Doa juga dalam hati,anak mama keluar cepat ya..mama tak sabar nak jumpa awak.

Terfikir juga,bagus juga ikut cakap doktor minggu lepas,pecah air ketuban..at least takdelah kelam kabut pergi hospital tengah pagi buta ke ,kan dibuatnya doktor jauh dari hospital ke atau doktor takde ke,kan susah,kalau dah plan awal-awal boleh susun jadual elok-elok.Hemmm..mulalah nak bermonolog sendiri

12.00am(14.9.2018) malam tu,mama pergi toilet terasa seperti cecair coklat dah keluar dan seperti ingin period,sah!ini tanda-tanda nak bersalin ni.Antara suka dan takut,maybe aku buat tips google tadi buat anak aku nak keluar atau memang sudah masanya,arghh mama dah risau.


Terus bergerak ke hospital pukul 12.30am,haa kan betul-betul tengah orang nak tidur lah  nak beranak,terus terfikir doktor ada ke,macam mana ni,call hospital cakap dah otw nak beranak.Even  ada no Hp Doktor K,dia ada bagi,tetap mama tak nak call doktor direct,biarlah hospital call dia.Sebab serba salah pula rasanya nak kejut doktor tengah-tengah malam.

Sampai hospital,berbeza sungguh suasana dari beranak di Hospital Selayang masa Alya dulu.Sunyi sepi,yang ada seorang staff di kaunter dan seorang security guard di pintu.Habislah...doktor mana doktor.?Tetiba teringat pengalaman kawan mama tak sempat sambut baby doktor masa tu ..huuu..adakah berlaku pada diriku juga...

Masa sampai di Rampai Puteri Medical Centre,belum lagi ada sakit contraction walaupun dah buka 3cm,yang ada cuma ada tanda-tanda nak bersalin sahaja iaitu keluar darah sikit.So boleh senyum dan baring bahagian kecemasan dengan rileks lagi.

Alhamdulilah kalau Allah permudahkan kali ni untuk beranak..walaupun tak minum air selusuh macam alya dulu,mama cuma berpuasa penuh dan amalkan buah kurma setiap pagi.mama berbicara sendiri lagi.

Single room masa fliers harga RM2700 without komplikasi lain  untuk 2H1M .Masa nak warded ni jadi RM2900 mungkin baru naik harga.Ada juga suite room dan juga 6 bedded.Tapi mama rasa single room cukuplah bezanya takde peti ais dan microwave sahaja.Mama tak perlu semua tu,kalau boleh lepas beranak jam tu juga nak keluar wad rasanya..

Pembayaran bilik dijelaskan hanya ketika nak warded,tiada deposit awal.In case, kalau plan nak beranak di rampai tetapi masa tu di Kedah,so takkan nak ke Rampai Puteri juga kan.Takdelah burn deposit sebab hanya perlu bayar deposit bila nak check in masuk wad sahaja.

Lepas pembayaran,nurse nak tolak mama ke bilik dah dengan kerusi roda.Mama cakap"Nurse saya belum sakit,saya boleh jalan ,tak perlu lah pakai kerusi roda ni".

"Ehh tak boleh puan,memang saya kena tolak keatas gunakan kerusi roda ni walaupun puan tak sakit apa-apa lagi"

Then oklah..sebenarnya tak nak susahkan dia.

Masa tu bahagian emergency ada sorang staff lelaki jaga kaunter dan sorang nurse je.Nurse tu jugalah yang tolak ke bilik.

Single room di Rampai takdelah besar sangat.Ruang agak sempit,tetapi selesa lah untuk golongan marhaen macam aku ni.. ,kalau datang keluarga dan kawan-kawan,confirm rasa sesak dalam bilik kecik ni.Tapi bilik air besar dan selesa.
Gambar masa kawan-kwan ASB team TTDI mama sampai
Rampai puteri ni kan boleh dikatakan sebagai hospital baru sebelum ni namanya Tunku Azizah,kedudukannya ditengah-tengah shop lot ,di depan jalan raya,kiri kanan ada kedai.Jadi dengan pelbagai kemudahan tu buat rampai puteri jadi pilihan.Masa mama datang ni musim durian,banyaklah orang jual durian tepi-tepi jalan berhadapan dengan Rampai Puteri Medical Centre.Setiap kali datang,setiap kali itu rasa nak jamah durian..tapi mama batalkan niat.

Pilih Rampai Puteri Medical Centre bukanlah sebab bilik cantik ke,hospital dia best ke,pilih Rampai sebab dekat dengan rumah dan sebab doktor K.Doktor Kamariah yang dulu berkhidmat di Naluri menjadi sebutan kawan-kawan.Lagipun ada orang cari doktor K sampai 10 tahun dalam paper.Selain yang selalu dapat review terbaik Dr Zana di Rampai Puteri ni,Dr K juga tidak kurang hebatnyaJadi hati ni tertanya juga"best sangat ke?,oklah nak jugalah cuba doktor ni"/

Sebelum ni pun mama pernah hantar mak buat treatment dengan doktor K.Walaupun dah banyak umurnya tetap up to date fashion doktor ni dan lembut tutur katanya.First appointment je doctor ni macam straight sikit,mungkin sebab doktor pakar jenis tak sembang banyak kan,cakap yang penting dan bila ditanya soalan jawab pun kena yang penting-penting.jadi nampak macam tak peramah sangat.

Tetapi check up ke dua dan seterusnya,mama rasa doktor K memang keibuan dan lembut sahaja.

**********************
 Sampai di bilik,papa on TV dan pasang bacaan AL-Quran.Mama tahu papa mesti nak tidur tu.

ala janganlah tidur..temanlah mama tengah nervous ni..

Me:"Pa,anything happen dalam labour room nanti,baik papa minta maaf kat mama siap-siap,papa minta maaf tau,bukan mama,sebab mama dah minta maaf raya hari tu.hehe"

Hubby:"hihihi..,orang sakit nak beranak boleh buat lawak lagi ye.papa tak tidur,baring-baring je"

Me:"..pa,mama dah buat penama all my savings tau,EPF pun dah buat penama,incase umur tak panjang..nama papa mama letak penerima paling sikit sebab keberangkalian papa nak kahwin lain tu tinggi,huhu."

biasalah mama kan finance advisor,otak asyik fikir about money management.walaupun duit tak banyak mana punn...yerlah bersalin kan perjuangan hidup dan mati.

mama tak boleh tidur lagi,mama membebel sorang-sorang sekali pusing kiri papa dah kroh,kroh,kroh...adeh!aku cakap berseorangan rupanya..tadi kata nak baring-baring je.huhuh

Lebih kurang pukul 2-3am macam tu
sakit contraction mula terasa.Papa dah mula tidur dan berdengkur  di sofa sebelah mama.Mama dah berdehem-dehem cuba mengadu sakit,eeh papa boleh pulak lawan dengan dengkur dia.Mama pergi toilet,mama naik katil,mama dah resah sakit..kemudian nurse datang check BP.Baru papa terjaga bila dah ada 2-3 org nurse dalam bilik.Aikk Bp naik?kenapakah..

"Puan ada darah tinggi ke"?Tak de,dia bawak machine lain pula,tetap tinggi.Mama tetap rasa machine dia rosak,tak pernah-pernah bacaan tinggi selama ni.Datang nurse lain dia suruh mama tarik nafas hembus tarik nafas hembus,haa baru bacaan ok lepas beberapa kali tukar machine .Arghh sudah,blood pressure mama dah turun naik bukan salah machine.

lebih kurang pukul 3-4 am macam tu.
Sakit contraction semakin kuat..check bukaan dah 5-6cm.Doktor dah sampai?tu je soalan mama kepada nurse.Bagi mama still cepat bukaan ni.Dulu kakak alya 1hari1malam juga mama sakit.Nurse offer nak painkiller  inject kat peha,tapi bukan epidural lah.Mama cakap ok je.

Then lepas tu tiba-tiba diorang nak bawak ke labour room.Kata nak inject pain killer,kenapa ke labour room pula.Check bukaan dah 7cm!

Sampai labour room nurse yang mula-mula check bukaaan mama masa di emergency tadi datang balik untuk pecahkan air ketuban.Mama tanya doktor mana?doktor mana?takkan mama beranak dengan nurse je.Tetap mama khuatir..Walaupun sakit tetap teringat cerita kawan mama 2 x beranak doktor tak sempat sambut,anak ke 3 baru sempat.adoii...

Ehh jap,selingan,mama tak ingat diorang pecahkan air ketuban dulu ke atau bagi ubat untuk poop! dulu.Seingat mama,masa sampai tu dia masukkan ubat kat bon*** tak sampai beberapa saat mama nak buang air besar...Tapi papa dia punya gemuruh dan cuak juga mamai agaknya bangun tidur lebih lagi dari mama nak beranak ni.

Mama pergi toilet papa ikut je.Dia dok pangku takut nye lah hai mama terberanak dalam toilet agaknya.haa bila mama membuang dengan banyaknya ,ye lah dah lah malam tu makan mcam-macam ulaman,busuk ya amat rasanya poop!hahhaha..adohai,rasa mcam poop ditemankan seorang bapa!dan maybe masa ni papa tutup mata je siram belakang mama.dan tolong flush!.alaa,tak boleh share sakit beranak,kita share bau je lah ye,siapa suruh ikut pergi masuk toilet kan?.redha lah ..

Doktor masuk ke labour room,mama rasa dunia ni lapang je.Rasa macam anak nampak mak gitu,rasa nak mengongoi peluk doktor dan mengadu sakit..doktor nampak rileks je,selendang ala-ala datin tu tetap maintain kat kepala.Ala memang dia datin pun kan.Doktor tanya dengan nurse samada mama dah buang air besar ke belum.Masa ni hanya ada dua nurse je dalam labour room,sorang tu nampak muda sangat macam baya-baya adikku je,dan seorang lagi baya-baya mama.

Nurse dah mula busy buat itu ini dan ikat kaki mama kiri kanan dengan satu besi pemegang kaki tu.Mama rasa macam ibarat daging korban yang nak dilapah kulit dan isinya bila kaki tergantung macam tu...wuaa...



"Bila contraction datang,u push ya!"doktor said



eh dah buka 10 cm ke?mama tak tanya pula sebab nurse tak update dan doktor pun tak update berapa bukaan dah,cuma mereka dah stanby untuk menyambut baby dan minta mama push.Maknanya bukaan dah penuh lah tu,mama agak macam tu.

sakit contraction sudah semakin kuat.Mama pegang bucu katil,nafas pun huru hara.Tetapi mama masih bole baca doa apa yang patut dengan baik.Mungkin masih boleh kawal.

Bila sakit datang try push,tapi yang mama push badan mama naik keatas bukan tolak baby ke bawah.

"try push"

"Saya tak tahu doktor,saya tak tahu macam mana nak push"

drama belajar meneran bermula.totally im zero knowledge how to push walaupun sebelum ni pernah belajar di youtube,mama lupa.Sebelum ni beranak 10 tahun lalu,mama pun tak tahu macam mana nak push.

Nurse cuba ajar dalam keadaan kritikal macam tu.dia cakap tarik nafas,buka mata jangan tutup,then push macam nak buang air besar.

doktor pun berkata"yer lah lama tak beranak ye.."nasib kata-kata doktor tu kedengaran bunyi lembut.

Mama cuba lagi sekali,tetap fail,kudrat mama dah lemah.Sebab mama angkat badan ,tangan pegang tepi katil,kaki diikat keatas,bila push mama macam buat exercise angkat badan keatas,sepatutnya push tekan dibawah,bila angkat badan keatas habis tangan kiri kanan lemah,dan berbisa sakit tangan..

"Doktor tolong doktor,saya dah takde tenaga..tolong doktor."mama perasan seorang nurse ni macam tersenyum bila mama merintih mohon kasihan dari semua orang.adakah dia gelakkan mama,?apapun mama fikir positif..je sebab dia juga yang ajar mama teknik push tadi.

"Ok saya tolong awak.."doktor mula amik gunting..wuaa...mcm ada bende dipusing-pusing rupanya itu adalah vacuum.

Mama push lagi sekali dengan bantuan alat tu,separuh dah keluar,doktor mula gelisah dan keadaan kritikal tu doktor seakan marah kepada dua nurse yang berdiri tepi mama.

"yang lain dont just stand,tekan perut dia,tekan.."masa ni papa dah mula macam nak menangis bila dua nurse tekan perut mama,doktor terus cuba menarik baby keluar,dan mama tadi terbehenti ketika push,eeh jangan macam tu,cepat cepat,push lagi sekali,,baru mama perasaan dada baby ada lebam masa keluar tu mungkin tersekat masa mama push terstop half tu.Masa tu doktor yang nampak steady tadi pun mendengus gelisah.."eeh jangan macm tu,tekan lagi..terus

Masa azan subuh mama masih berjuang untuk baby.Dan tepat 6.38am baby pun lahir ,Alhamdulilah.

Jujur mama cakap,masa baby nak keluar tu tidaklah seteruk masa kakaknya dulu,mama masih boleh berfikir waras dan masih boleh pandang kiri kanan,masih boleh tengok reaksi papa untuk dijadikan bahan gelak nanti..masa kakak dulu perut mama rasa digoncang-goncang jangankan pandang kiri kanan sakitnya sampai  tak kisah dah nak mati masa tu.

Masa awak dah keluar mikhael,baru nampak beberapa orang nurse datang dan buat apa yang patut,yang bersihkan baby yang bungkus uri,yang basuh-basuh,mama hanya mampu pandang sahaja.....masa awak keluar tadi mama tak sempat nak pegang lama,mama hanya dapat pegang kaki dan kalimah ALLAH huakbar,Allah huakbar tak henti-henti keluar dari mulut mama bila sekujur tubuh awak kelihatan.Begitu juga mama masih boleh baca doa nabi yunus dengan baik masa sakit contraction.Syukur pada ALLAH.Lepas sahaja awak dibedung,papa ambil awak untuk diazankan dan mama cuba susukan.Alhamdulilah,begitu bahagia rasanya melihat awak dalam dakapan mama...

Keseluruhan suasana di labour room Rampai masih santai.
Nurse masa mama bersalin ni masih perlukan doktor arah itu ini semasa proses deliver,contohnya masa keadaan kritikal tadi.nurse juga masih belum pandai kawal riak wajah ketika patient sakit bersalin,kita yang sakit macam boleh baca apa terlintas di fikirannya.tapi keseluruhannya nurse bahagian labour room semua ok dan baik,mereka juga lakukan yang terbaik.Ada seorang nurse  juga ajar mama teknik pernafasan dan bila patut push.Mama masih boleh terima kelebihan dan kekurangan mereka.Terima kasih diucapkan.

Di government dulu pun ramai nurse pelatih menebeng tepi-tepi tu masa mama sakit siap mama marah sebab ramai sangat kan.Tetapi nurse di goverment masa nak bersalin tu semua expert dan pantas melakukan apa yang sepatutnya.Tak perlu tunggu-tunggu what next to do..

Ada juga nurse gomen yang garang sebab mama ingat lagi masa mama tak tahan nak push,nurse suruh sedut gas tu dulu,maybe doktor belum sampai"jangan push lagi bila doktor sampai"haa nak push sangat,push lah"yang tu mama ingat ayat seorang nurse ni di labour room masa tu.Ingat juga ada nurse tunjuk alat untuk forcep kalau mama gagal teran kakak alya,itulah alat yang akan digunakan.Mama sakit masa tu,memang redha je walaupun semua nampak macam besi yang menyakitkan.Tetapi hanya sorang dua yang nampak garang,selebihnya nurse goverment ok dan baik juga.Manusia kan...mana ada yang sepenuhnya sempurna.

Bila lepas bersalinkan alya,mama siap manja-manja dengan seorang nurse ni suruh ikatkan rambut mama.nurse bahagian ward tu layan je..mama ingat sampai sekarang. Masa di hospital kerajaan,rasa beranak masa tu meriah bila kiri kanan nurse beri sokongan dan bagi kita semangat untuk push dan push lagi.Beranak di goverment dulu mama amik ward second class,jadi ada 4 bedded,tak lah ramai sangat sebab tak semua katil penuh pun.Sebenarnya ikutkan mama plan nak bersalinkan awak mikhael awal-awal untuk FPP di gomen,tetapi full pula..

Boleh baca tentang FPP di entry mama yang lama ni
[layanan VIP di hospital kerajaan:FPP]

 Back to Rampai Puteri,Dalam labour room tu memang dipasang laungan azan,even belum waktunya sentiasa ada laungan azan ikut time diorang setting.Mungkin stanby mana-mana yang bersalin masa tu jadi keluar-keluar je,ALLAHuakbar bergema.

Masa mama bersalin tu hari jumaat,lepas bersalin untuk proses keluarkan darah beku mama masih di labour room walaupun awak dah dibawa ke nursery.Mama terdengar diluar labour room nurse-nurse di situ berkumpul untuk bacaan surah yasin.Mungkin itu lazim mereka di hari Jumaat.Syukur mama dengar tu sebagai manusia yang masih hidup bukan jenazah..heheh

Keseluruhan cost di Rampai Puteri Medical centre

Normal delivery ,vaccum and medication:RM 4027
Anak warded                                             :RM 2122
Check up and follow up check up             :RM 1000++
(anggaran kos check up scan&consultation only plus after deliver)


Total cost lebih kurang dekat-dekat RM7K plus kalau ditambah tolak dengan check up sekali,which melebihi budjet .Actually tak mahal mana kalau tak  vacuum and anak tak warded which less than 4k .Cost vaccuum sahaja around 1k ..

Jika letak dalam ASB or FD dah earn dividen dah tu..hehehe..again..im financial advisor u!tak habis-habis sifat money management tu ada dimana-mana.

Kalau bersalin di Rampai puteri,tak perlu susah-susah bawa towel ke atau barang mandian,semua disediakan buat ibu dan anak.
 





Masa discharge juga kita akan diberi car seat untuk baby.Diorang memang ada policy ni.Cuma mama tak dapat bawa balik masa mama discharge sebab anak warded .Next entry mama story kenapa baby warded ya.


To be honest,jika ALLAH beri peluang dan rezeki untuk bersalin selepas ini,tetap mama akan pilih hospital government.Mungkin ambil  FPP,masa ni pun beberapa kali tanya FPP di Selayang cuma full.Bulan 9 ada yang dah booking bulan 3.Pengalaman bersalin di hospital kerajaan dan swasta,walaupun swasta lebih privacy,tetap rasanya di government terbaik.Itu pendapat peribadi mama,sebab nasib setiap ibu-ibu mengandung tak sama.


Bukan kerana cost sahaja tetapi mungkin cerita sedih lepas bersalin anak warded buat mama trauma bersalin di situ lagi.Apapun bukan menyalahkan,tetap berterima kasih kepada doktor dan nurse yang juga manusia biasa cuba lakukan terbaik..tetapi mama juga manusia biasa yang wajar berasa pahitnya dan terkenang-kenang peristiwa discharge anak tak dapat dibawa pulang bersama.


Apapun berlaku,ya positifnya ada hikmahnya dan kehendak ALLAH swt.Tetap berterima kasih kepada doktor K kerana sempat sambut baby mama,nurse dan doktor paedatrician.moga ikhlas nya hanya ALLAH yang tahu dan mampu membalasnya.

bila mama nampak Rampai Puteri Medical Centre,pasti kenangan SEDIH masih berlegar-legar di kepala.Pengalaman yang cukup buat mama tidak mahu kesana lagi.

Next entry:[Baby warded di Rampai Puteri suspect hypoglycemia]

Entry ini siap ditaip:
14.11.2018,sebab banyak hari tertangguh mama dah mula busy dan ditambah busy jaga awak kesayangan mama,rayyan mikhael.



Appreciate your time reading this entry.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://irdagarmin.blogspot.com/2018/11/pengalaman-bersalin-di-rampai-puteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Bersalin Anak Ke 4 Sakitnya Bagai Peranakan Nak Pecah Yatt Hamzah Tak Henti Berzikir

Pengalaman Bersalin Anak Ke 4 Sakitnya Bagai Peranakan Nak Pecah Yatt Hamzah Tak Henti Berzikir

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 659 hits
Seorang wanita sanggup mengorbankan apa sahaja demi cintanya Demi suami tersayang biar sakit bagaimana tetap sanggup melahirkan zuriat buatnya Untuk anak anak biar lautan api sanggup direnangi Begitulah hebatnya keazaman seorang wanita demi...
Dikecam Kerana Mahu Main Forex Puteri Balqis Tutup Ig

Dikecam Kerana Mahu Main Forex Puteri Balqis Tutup Ig

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 490 hits
Puteri Balqis ibunya Norashikin Mohd Aziz dan Datuk Alif Syukri ketika dijemput ke kediaman ahli perniagaan tersebut baru baru ini KUALA LUMPUR Kehilangan akaun Instagram pelakon Puteri Balqis yang mempunyai kira kira 500 000 pengikut telah...
Ibu Puteri Balqis Terkilan Terus Jadi M Ngsa F1tnah

Ibu Puteri Balqis Terkilan Terus Jadi M Ngsa F1tnah

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 380 hits
IBU pelakon cilik Puteri Balqis Azizi iaitu Norashikin Mohd Aziz menafikan d kwaan segelintir pihak dia mendapat sumbangan RM100 000 daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Ibu Puteri Balqis terkilan terus jadi m ngsa f1tnah
Bapa Saudara Dakwa Puteri Balqis Didera Dipergunakan Untuk Duit

Bapa Saudara Dakwa Puteri Balqis Didera Dipergunakan Untuk Duit

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 377 hits
Dugaan yang menimpa pelakon cilik berbakat besar Puteri Balqis menjadi perhatian ramai apabila kini berdepan kesempitan hidup sehingga terpaksa menjual buku puisinya The post appeared first on
Puteri Balqis Tutup Ig Selepas Mengaku Mahu Main Forex

Puteri Balqis Tutup Ig Selepas Mengaku Mahu Main Forex

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 546 hits
Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular satu rakaman di Twitter apabila pelakon cilik Puteri Balqis menyuarakan perancangannya untuk melabur dalam pasaran Forex The post appeared first on
Kalau Betul Nak Sedekah Tak Payah Soal Caprice Sindir Aliff Syukri Beri Derma Pada Puteri Balqis

Kalau Betul Nak Sedekah Tak Payah Soal Caprice Sindir Aliff Syukri Beri Derma Pada Puteri Balqis

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 521 hits
Kisah pelakon cilik berbakat besar Puteri Balqis mendapat perhatian ramai termasuklah Datuk Seri Aliff Syukri yang tampil menghulurkan bantuan dan turut menjemput Balqis untuk berkongsikan keperitan perjalanan hidupnya Namun disebalik itu t...
Video Duit Bantuan Rm100ribu Nak Main Forex Puteri Balqis Buat Netizen Tercengang

Video Duit Bantuan Rm100ribu Nak Main Forex Puteri Balqis Buat Netizen Tercengang

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 638 hits
Beberapa hari kebelakangan ini kisah pelakon cilik berbakat besar Puteri Balqis telah menjadi bualan ramai dan perhatian netizen Ini disebabkan Balqis sedang berdepan dengan kesempitan hidup sehingga terpaksa menjual buku puisinya di jalana...
Puteri Balqis Nak Laburkan Untuk Forex Lepas Dapat Bantuan Rm100 000 Seriuslah

Puteri Balqis Nak Laburkan Untuk Forex Lepas Dapat Bantuan Rm100 000 Seriuslah

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 396 hits
Baru baru ni Puteri Balqis menjadi perhatian ramai kerana berdepan dengan kehidupannya yang serba kekurangan dan tak disangka sangka akan jadi sampai macam ni Dikatakan selepas tersebar hal ni ramai yang memberi bantuan kepada Aqish untuk b...
Sepupu Bapa Nafi Puteri Balqis Didera Ada Pihak Sengaja Tabur Fitnah

Sepupu Bapa Nafi Puteri Balqis Didera Ada Pihak Sengaja Tabur Fitnah

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 718 hits
Pagi tadi kami ada menyiarkan artikel dimana seorang individu di Twitter mendakwa bahawa Puteri Balqis adalah anak saudaranya dan mendedahkan pelakon cilik itu sebenarnya hidup menderita Lelaki itu mendakwa Balqis sering didera oleh ibu bap...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization