Pengalaman Bersalin


Pada 24 September, pukul 8 pagi kami dah sampai kat KPJ Perda.

Kaklong kene induce pada minggu ke 37 kerana kencing manis. Sob sob.

Tak lama tu kaklong terus dibawa ke labour room dan salin pakaian. Masa masuk tu, kaklong ingatkan tu bilik kaklong, rupanya wad bersalin. Lokasi dia betul² depan meja nurse. Best, ada tv dan bilik air sendiri.

Inilah katil baby.
Teruja sangat kaklong tengok katil kosong ni.
Tak lama lagi ia akan ada penghuninya.

Permandangan dari atas katil labour room.
Takde apa buat selain tengok tv

Dalam pukul 11pagi doktor datang nak check bukaan dan induce. Katanya kalo 2 kali induce tak buka juga kena bedah.

Alaaa.. Taknak.
Taknak bedah.

Lepas induce, kaklong jalan² nak bagai cepat buka.

Pastu pukul 1 tengahari datang misi bawa makanan.
Sedap sangat tau!
Macam nak duduk sini hari² je

Tapi kaklong dah mula bosan duk kat wad ni. Nurse kata kene duk wad sampai bersalin. Nak kata boring, memang boring.

Pukul 6 petang doktor datang check bukaan lagi. Baru 1cm.
Kene induce kali kedua.
Kaklong dah berdebar dah ni.
Kalo bole taknak la bedah. Nak bersalin normal.

Doktor terkejut bila tau kaklong duk wad tu dari pagi tak masuk² bilik.
Pastu dengar dia bebel nak nurse kenapa biar duduk dalam wad dari pagi?

Tak lama tu kaklong dapat masuk bilik dalam pukul 8 camtu.
Nurse bagitau kalo sakit setiap 5 minit, panggil dia.

Pukul 9.30 malam, kaklong rasa macam air jatuh. Ketuban pecah kot, tapi tak pasti. Air tu pun sikit je.

Pastu mula rasa sakit. Pukul 10 malam confirmed sakit setiap 5 minit. Panggil nurse dan masuk wad untuk check bukaan. Baru 4cm. Rehat je kat wad. Katanya kira² dalam pukul 8 pagi baru bersalin.
Ui, lamanya... T__T

Tak lama tu kaklong rasa sakit sangat contraction tu. Lepas pergi toilet, kaklong nampak darah kat katil.

Kaklong bertinggung kat sebelah katil tahan sakit. Nurse masuk tanya kenapa? Maybe dia dengar kaklong tak naik katil kot. Kaklong cakap sakit sangat, dia pun bagi suntikan tahan sakit. Rasa lega dan Kaklong terus tidur.

Dalam pukul 1.30 pagi, kaklong terbangun. Rasa penat dan tak bertenaga. Call abang minta bawa biskut dan kurma. Masa abang datang tu, nurse tak bagi kacau, katanya Kaklong kena rehat cukup². Tapi kaklong rasa lembik, nak makan sikit nak kumpul tenaga.

Lepas hantar makanan dan borak kejap, abang pun kembali ke bilik, tinggal la kaklong sorang² lagi.

Tak lama tu sakit kembali lagi. Nurse check katanya dah 6cm. Kaklong minta nurse inject lagi tapi tak bole dah.

Tak tau la pukul berapa, sakit tu makin kuat. Tak pernah rasa sakit macam ni. Kaklong mampu berzikir je time sakit tu menyerang.

Tak lama tu doktor sampai.
Dia check dan suruh nurse panggil Cik Abang temankan.
Abang datang dalam mamai².
Kaklong tak bercakap pun dengan dia sebab duk layan sakit.

Tiba² rasa macam nak meneran. Nurse tak bagi sebab belom masa. Tapi rasa macam nak meneran dah ni. Dia pun check.

Tak seberapa lama nurse set up lampu dan suruh kaklong bersedia untuk meneran. Kaklong tak ready pun sebab tadi cakap belom masa.

Bila rasa je contraction, kaklong pun meneran. Tapi doktor suruh jangan meneran muka. Rasa macam dah betul dan meneran ni, rupa²nya salah juga.

Banyak kali kaklong meneran. Mungkin tak cukup tenaga atau tak cukup nafas, kaklong kene tarik nafas sekali lagi masa duk meneran. Doktor suruh habiskan nafas dengan sekali teran, jangan tarik nafas. Kaklong cuba tapi tak cukup tenaga T__T

Baby tak keluar².
Sampai kaklong cakap "kenapa susah sangat ni?"
Doktor cakap "ni first time, takde jalan lagi. Takpe, saya bagi sejam untuk awak meneran."

Bila doktor cakap gitu kaklong rasa lega. Ingatkan kene meneran cepat². Orang lain meneran 2 3 kali dah keluar baby.
Kaklong ni dah 10 kali kot tak keluar² lagi.

Katanya dah nampak rambut. Doktor suruh abang tengok kepala baby. Abang pun excited dan bagi support untuk kaklong meneran kuat².

Tak lama tu sorang lagi nurse sampai. Dia dari bahagian nurseri. Dia pun sama bagi galakan untuk kaklong meneran.

Tiba² 'plop' ada benda melompat keluar dari bawah. Pastu ada suara baby berbunyi kecil.

Kaklong cam tak percaya, tu baby kaklong. Dia dah keluar!

Takde kening, takde bulu mata, kepala panjang, hidung kembang.
Oh baby ku..

Baby tu diletakkan atas dada kaklong kejap sebelum dibawa untuk azan dan hantar ke nurseri.

Babyku. 5 tahun mama tunggu ni sayang.

Kaklong kene beberapa jahitan.
Naseb baek bius. Kalo tak, sengsara la kaklong sekali lagi.

Pastu ada nurse lain datang bantu kaklong bersihkan diri, tukar pakaian dan dihantar ke bilik.

Kaklong duduk kat bilik single bedded. Bilik ni suami bole temankan tido sekali. Ada 1 kerusi panjang, tv dan bilik air sendiri.

Kos bersalin ni dalam 4k.
Kalo amik 4 bedded tu murah sikit.
Dan lebih meriah sebab ada ibu² lain kat sana, bole borak² dan berkongsi ilmu.

Kaklong memang taknak borak.
Kaklong dah rasa dah kesan borak ke atas psikologi masa tunggu nak masuk wad untuk insulin haritu.

Sakit ke bersalin?
Ya memang sakit.
Tapi sakit tu kita mampu tanggung.
Lepas bersalin, sakit tu terus hilang macam magik.

Jangan bimbang tau.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.kaklongchan.com/2019/01/pengalaman-bersalin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mimpi Ngeri Menangis Setiap Hari Nora Danish Kongsi Pengalaman Hamil Bersalin Tanpa Suami

Mimpi Ngeri Menangis Setiap Hari Nora Danish Kongsi Pengalaman Hamil Bersalin Tanpa Suami

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 768 hits
Nora Danish pernah mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram pada 20 Jun 2006 dan telah berakhir pada tahun 2008 ketika usia kandungannya mencecah tiga bulan dengan talak dua Nora telah melahirkan anak sulungnya pada January 2009 Hari in...
Lagi Banyak Hamil Bersalin Lagi Tinggi Peluang Peranakan Jatuh Pakar O G Dedahkan 6 Lagi Punca Rawatan

Lagi Banyak Hamil Bersalin Lagi Tinggi Peluang Peranakan Jatuh Pakar O G Dedahkan 6 Lagi Punca Rawatan

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 870 hits
Peranakan jatuh atau urogenital prolapse adalah keadaan di mana rahim dan organ terdekat dengan rahim seperti pundi kencing usus dan rektum turun ataupun tersasar dari tempat asalnya atau biasa orang panggil peranakan jatuh Kedudukan rahim ...
Siapa Ayahnya Wanita Kom4 10 Tahun Tiba Tiba H4mil Dan Bersalin

Siapa Ayahnya Wanita Kom4 10 Tahun Tiba Tiba H4mil Dan Bersalin

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 254 hits
Siapa ayahnya Wanita Kom4 10 tahun Tiba Tiba H4mil dan Bersalin Reuters melaporkan pesakit yang melahirkan seorang bayi lelaki pada hujung Disember lalu itu koma sejak 10 tahun lalu Semuanya bermula selepas polis menerima laporan pada hujun...
Beli Set Bersalin

Beli Set Bersalin

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 580 hits
Kaklong dah beli dah set berpantang Jenama Afiat Harganya RM90 Beli kat kedai jamu Dah lama dah Kaklong survey jenis set berpantang ni Banyak sangat sampai Kaklong tak reti nak pilih yang mana Akhirnya Kaklong decide nak beli yang basic je ...
Ibu Kembar 4 Kongsi Momen Kehamilan Minggu Ke 23 Dah Mula Kontraksi Bersalin Pada Minggu Ke 35

Ibu Kembar 4 Kongsi Momen Kehamilan Minggu Ke 23 Dah Mula Kontraksi Bersalin Pada Minggu Ke 35

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 681 hits
Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru baru ini tel...
Kisah Kenapa Ibu Ini Terpaksa Memandu Sendiri Untuk Bersalin Di Hospital Pada Tahun Baru 2019

Kisah Kenapa Ibu Ini Terpaksa Memandu Sendiri Untuk Bersalin Di Hospital Pada Tahun Baru 2019

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 588 hits
Kisah Kenapa Ibu Ini Terpaksa Memandu Sendiri Untuk Bersalin Di Hospital Pada Tahun Baru 2019Kisah Kenapa Ibu Ini Terpaksa Memandu Sendiri Untuk Bersalin Di Hospital Pada Tahun Baru 2019
Darah Beku Pada Paru Paru Salah Satu Punca Kematian Ibu Lepas Bersalin Hati Hati 12 Kategori Ini Berisiko

Darah Beku Pada Paru Paru Salah Satu Punca Kematian Ibu Lepas Bersalin Hati Hati 12 Kategori Ini Berisiko

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 519 hits
Darah beku pada paru paru atau pulmonary embolism ialah salah satu punca kematian wanita selepas bersalin di Malaysia Ia boleh dicegah awal 12 kategori ini perlu sentiasa waspada Kita kerap kali mendengar kematian wanita selepas bersalin ak...
Doktor Sibuk Sambut Tahun Baru Ibu Mengandung Dibiar Pengsan Ketika Bersalin

Doktor Sibuk Sambut Tahun Baru Ibu Mengandung Dibiar Pengsan Ketika Bersalin

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 522 hits
Memang kita pernah mendengar kisah kecuaian doktor atau jururawat di luar negara sehingga menyebabkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini kepada pesakit yang sedang dirawatmya Namun apa yang berlaku di sebuah hospital di Guatemala ini me...
Ibu Selepas Bersalin Perlu Kenali Jenis Jenis Tungku Tip Menggunakannya

Ibu Selepas Bersalin Perlu Kenali Jenis Jenis Tungku Tip Menggunakannya

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 859 hits
Bertungku memang sinonim dengan rawatan berpantang selepas ibu melahirkan bayinya Usai tempoh itu anda sangat digalakkan untuk terus mengamalkan rutin bertungku Sebenarnya mana mana wanita yang tidak berpantang boleh mengamalkan rutin bertu...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Lirik Lagu 123 Iman Troye Ft Mal Hamka

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien