Ibu Selepas Bersalin Perlu Kenali Jenis Jenis Tungku Tip Menggunakannya


Bertungku memang sinonim dengan rawatan berpantang selepas ibu melahirkan bayinya. Usai tempoh itu, anda sangat digalakkan untuk terus mengamalkan rutin bertungku. Sebenarnya, mana-mana wanita yang tidak berpantang boleh mengamalkan rutin bertungku sama seperti yang dijalani dalam tempoh berpantang.

Amalan ini sangat bagus untuk sesiapa sahaja terutamanya golongan yang sering mengalami masalah haid yang tidak teratur mahupun angin dalam badan.
Semasa di dalam pantang, penggunaan tungku adalah bertujuan untuk melancarkan darah, mengecutkan rahim dan menaikkan rahim. Penggunaannya di bahagian perut pula berperanan untuk mengempiskan perut di samping menyusutkan berat badan. Bertungku juga boleh digunakan untuk melancarkan darah beku yang tidak habis keluar.
Jenis-jenis tungku
Terdapat tiga jenis tungku yang biasa digunakan dalam amalan bertungku. Salah satu daripadanya ialah tungku besi. Dalam pada itu, tungku ini ada yang berbentuk bulat. Ada juga yang lonjong. Jika berbentuk bulat, ia agak sukar untuk menungku bahagian perut. Oleh sebab itulah, kebanyakan orang lebih gemar menggunakan tungku berbentuk lonjong.

Amalan bertungku melibatkan bahagian perut, ulu hati, dada (untuk lancarkan pengeluaran susu ibu), bawah lengan, belikat, pinggang, paha dan tapak kaki. Dalam pada itu, diingatkan bahawa semasa bertungku, tungku tidak boleh diletakkan di atas pusat atau perut. Cara bertungku untuk menaikkan peranakan pula perlu dibuat daripada bawah perut. Ia mesti ditolak dari bawah ke atas. Tekanan yang dibuat mesti mengikut arah jam.
Sementara itu, tungku batu pula biasanya menggunakan batu sungai. Tungku jenis ini sama cara penggunaannya dengan tungku besi. Namun, kelebihannya ialah ia kurang menyakitkan apabila digunakan dengan cara yang betul semasa bertungku.
Kaedah pemanasan tungku besi dan batu
Kaedah pemanasan tungku besi dan batu adalah sama. Ia perlu memakan masa selama 20 minit di atas api dapur gas. Diingatkan supaya hanya gunakan api yang perlahan supaya tahap kepanasan yang meliputi tungku besi dan batu adalah sama dan sekata. Jika api yang kuat digunakan, tungku akan cepat panas tetapi cepat sejuk. Kaedah pemanasan ini memang remeh tetapi jika diikuti, ia akan memberikan hasil yang memuaskan bila digunakan.
Daun-daun yang lazim digunakan adalah terdiri daripada mengkudu yang bermanfaat untuk melangsingkan badan dan melancarkan darah. Menariknya, bau wangi yang ada pada daun ini dapat menimbulkan ketenangan semasa bertungku. Antara lain, daun sirih turut digunakan kerana ia memainkan peranan membuang angin dalam badan. Daun kunyit hitam digunakan kerana baunya dipercayai boleh mengelakkan gangguan mistik. Selain daripada itu, daun lain yang digunakan ialah pandan, lengkuas dan serai wangi.
Bersalin Normal vs Caesarean, Bila Boleh Bertungku?
Bagi yang bersalin normal, anda boleh mula bertungku daripada seawal hari ke-3 lepas bersalin sehingga hari ke-44 dan boleh diteruskan selepas tempoh itu. Bagi yang bersalin menggunakan kaedah pembedahan caesarean pula, boleh bermula paling awal hari ke-7 selepas bersalin atau bergantung kepada luka pembedahan. Jika luka belum sembuh, tungku bahagian lain sahaja tanpa melibatkan bahagian perut.
Walau bagaimanapun, pada masa kini, para wanita lebih gemar menggunakan tungku herba. Ia diakui tidak mendatangkan rasa sakit apabila ditekan ke seluruh bahagian tubuh dan perut semasa bertungku. Hal ini kesan daripada tekanan tungku yang dilakukan adalah mengikut bentuk badan.
Tungku herba ini dihasilkan daripada pasir sungai atau batu kecil yang dikeringkan untuk bertahan lama. Untuk memanaskannya, anda perlu menggunakan pemanas khas. Walau bagaimanapun, jika tiada pemanas, anda boleh memanaskannya dengan menyalakan lilin semasa sesi urutan dilakukan selama setengah jam.
Jika tidak pun, anda boleh gunakan seterika. Panaskan dengan tekap tungku ke permukaan panas pada seterika dan kemudiannya tungku di bahagian yang diingini. Anda boleh juga kukus tungku. Namun selepas digunakan, anda perlu jemur tungku bagi membolehkan ia digunakan untuk tempoh jangka panjang.
Terdapat lebih daripada 40 jenis herba dimasukkan ke dalam tungku herba. Antaranya ialah jintan hitam, halba, serai wangi, lempoyang, temu kunci, pinang dan lain-lain. Kesemuanya dikeringkan terlebih dahulu sebelum disatukan di dalam kain khas dan diikat.
Boleh diguna setiap hari
Anda perlu tahu bahawa amalan bertungku boleh dilakukan setiap hari. Ia merupakan rawatan luaran yang baik. Tungku bahagian belakang, kaki, betis, paha, pinggang, belikat selama 15 hingga 20 minit setiap kali di bahagian hadapan dan belakang tubuh. Lakukan dalam keadaan tenang dan digalakkan berbaring semasa bertungku.
Jika mahu mendapatkan hasil yang memuaskan, anda perlu rajin. Namun, dalam keadaan tertentu, anda mungkin kesuntukan masa. Jika hal demikian berlaku, anda tetap digalakkan untuk bertungku. Paling minimum, digalakkan menumpukan perhatian dengan menungku bahagian tapak kaki.
The post Ibu Selepas Bersalin Perlu Kenali Jenis-Jenis Tungku & Tip Menggunakannya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/ibu-selepas-bersalin-perlu-kenali-jenis-jenis-tungku-tip-menggunakannya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Kongsi 10 Tip Naikkan Paras Hb Ibu Hamil Anemia Rupanya Ada Jenis Makanan Boleh Gagalkan Usaha

Doktor Kongsi 10 Tip Naikkan Paras Hb Ibu Hamil Anemia Rupanya Ada Jenis Makanan Boleh Gagalkan Usaha

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 415 hits
Hb rendah semasa mengandung memang bukan perkara asing Walau pun ia banyak berlaku tidak bermakna ia boleh dipandang remeh Ada kalangan ibu yang buntu selepas mencuba pelbagai cara tapi paras Hb tidak naik ulasan pakar O G ini mungkin memba...
Ibu Baru 7 Hari Bersalin Jahitan Luka Terbuka Benang Tertetas Doktor Bagi Tip Penjagaan

Ibu Baru 7 Hari Bersalin Jahitan Luka Terbuka Benang Tertetas Doktor Bagi Tip Penjagaan

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 6062 hits
Jahitan bersalin terbuka memang menakutkan Bagi yang pernah mengalaminya mesti akan panik dan trauma Ini biasa berlaku kepada yang baru pertama kali bergelar ibu Sebenarnya episiotomi dan ceasarean adalah dua jenis luka yang memerlukan penj...
Koma Selepas Bersalin Sampai Saat Ini Anak Belum Dapat Rasa Pelukan Dan Susu Ibu

Koma Selepas Bersalin Sampai Saat Ini Anak Belum Dapat Rasa Pelukan Dan Susu Ibu

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 1356 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul Akibat komplikasi semasa bersalin seorang ibu dilaporkan koma dan sehingga kini masih belum sedar Beliau yang selamat melahirkan bayi lelaki November lalu sehingga ke hari ini sudah 54 hari berad...
Nak Anak Hafal Al Quran Dari Kecil Ibu Ayah Kena Usaha Buat 5 Tip Penting Ini

Nak Anak Hafal Al Quran Dari Kecil Ibu Ayah Kena Usaha Buat 5 Tip Penting Ini

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 392 hits
Kebanyakan ibu bapa ak anak hafal al quran dari kecil ibu ayah kena gigih Cuba fahami buat 5 tip penting yang dikongsikan ibu ini Puan Lina Karim dari Islamic Parenting Network yang mempunyai pengalaman mendidik dua orang anak yang sedang m...
Kenali 5 Jenis Jerawat Mana Satu Favorite Wajah Anda

Kenali 5 Jenis Jerawat Mana Satu Favorite Wajah Anda

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 772 hits
Kenali 5 Jenis Jerawat Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Jom kenali LIMA JENIS JERAWAT yang terdapat dalam hidup kitaa Kenali 5 Jenis Jerawat Mana satu favorite wajah anda Kenali 5 Jenis Jerawat Mana satu favorite wajah anda 1 BIN...
Ngerinya Rengat Lepas Bersalin Sakit Tak Terkata Doktor Ini Kongsi Punca Rengat Tip Mengurangkan Kesakitan

Ngerinya Rengat Lepas Bersalin Sakit Tak Terkata Doktor Ini Kongsi Punca Rengat Tip Mengurangkan Kesakitan

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 398 hits
Bagi ibu yang baru bersalin rengat akan menjadi mimpi ngeri Kesakitan pada bahagian ari ari selepas bersalin ini tidak dapat digambarkan hanya yang pernah menghadapinya akan tahu Rengat akan berlaku kepada ibu selepas melahirkan tidak kira ...
Kenali Nama Dan Jenis Pisang

Kenali Nama Dan Jenis Pisang

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 677 hits
Terdapat berbagai jenis pisang yang selalu kita makan secara terus atau dibuat pisang goreng atau cekodok Buah pisang amat sinonim dengan rakyat Malaysia sebagai makanan pelengkap seharian Terdapat juga kek pisang yang enak selalu dijual di...
Doktor Sibuk Sambut Tahun Baru Ibu Mengandung Dibiar Pengsan Ketika Bersalin

Doktor Sibuk Sambut Tahun Baru Ibu Mengandung Dibiar Pengsan Ketika Bersalin

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 468 hits
Memang kita pernah mendengar kisah kecuaian doktor atau jururawat di luar negara sehingga menyebabkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini kepada pesakit yang sedang dirawatmya Namun apa yang berlaku di sebuah hospital di Guatemala ini me...
Cimb Umum Cuti Bersalin Selama Enam Bulan Bergaji Bagi Kakitangan Yang Pertama Kali Bergelar Ibu

Cimb Umum Cuti Bersalin Selama Enam Bulan Bergaji Bagi Kakitangan Yang Pertama Kali Bergelar Ibu

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 309 hits
CIMB Umum Cuti Bersalin 6 Bulan Bapa Diberi Cuti Sebulan Nampaknya selepas ini pasti ramai yang berhasrat untuk bekerja di syarikat perbankan CIMB Mana tidaknya baru baru ini CIMB Group Holdings Bhd mengumumkan faedah cuti bersalin selama e...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Effective Market Research On A Budget

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Kerana Rasuah Rm100 Pekebun Kena Denda Rm10 000

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Buasir Otak Tv Buang 4 Huruf Belakang Jadi Jenama Telefon Be Like

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Menangkan Jackpot Di Game Jekpot88 Di Berbagai Permainan

Tukar Lesen Memandu Malaysia Ke Lesen Nsw Australia