Lagi Banyak Hamil Bersalin Lagi Tinggi Peluang Peranakan Jatuh Pakar O G Dedahkan 6 Lagi Punca Rawatan


Peranakan jatuh atau urogenital prolapse adalah keadaan di mana rahim dan organ terdekat dengan rahim seperti pundi kencing, usus dan rektum (tempat simpanan najis sebelum dikeluarkan) turun ataupun tersasar dari tempat asalnya, atau biasa orang panggil ‘peranakan jatuh’.

Kedudukan rahim ni berdekatan dengan pundi kencing, rektum dan usus dan bersambung antara satu sama lain. Maka jika rahim tu ‘jatuh’ atau turun ke bawah, rahim ini akan menarik turun organ-organ yang telah dinyatakan. Peranakan tu orang ingat rahim sahaja, tapi saya lebih suka anggap peranakan tu rahim dan apa-apa organ yang berdekatan dengan rahim ( pelvic organs )

9% wanita akan mengalami simptom-simptom peranakan jatuh ni. Dan secara kesuluruhan, wanita yang akan melalui pembedahan untuk membetulkan peranakan yang jatuh dalam 11-19% dalam hidupnya
Apa yang sebabkan peranakan jatuh?
UMUR
Peluang untuk dapat peranakkan jatuh berganda dengan bertambahnya 10 tahun umur. Contoh – Mak esah punya peluang untuk dapat peranakan jatuh pada umur 50 tahun lebih kurang 2%. Bila umur beliau dah jadi 60 tahun , peluang meningkat menjadi 4%. Kalau umur beliau lanjut menjadi 70 tahun peluang menjadi 8%. Begitulah seterusnya. Ini contoh sahaja, bukan bermakna umur 50 tahun risiko dapat peranakan jatuh adalah 2%. Saya bagi analogi je supaya mudah faham. Kenapa ada kaitan dgn umur? Otot bernama Levator ani mengalami pengerasan dan seterusnya kurang anjal. Walaupun mak esah tak pernah beranak sekalipun, peluang nye tetap berganda bila umurnya meningkat. Kalau beranak banyak lagi lah kan?
MENGANDUNG dan BERSALIN
Mengandung seterusnya bersalin meningkatkan peluang untuk mendapat peranakan jatuh. Lagi banyak beranak, lagi senang kena. Orang tak pernah beranak pun tak terlepas ye. Kebanyakkan wanita yang sudah beranak lebih kurang 50% akan mendapat peranakan jatuh. Yang tak pernah beranak dalam 2% ( sikit tapi tak bermakna takda dapat langsung ). Sekali lagi proses melahirkan tu menyebabkan otot levator ani mengeras dan menjadi kurang anjal. Ada kajian yg cakap ada kaitan kerosakkan saraf pudendal masa bersalin – masa faraj kembang di saat kepala bayi nak keluar.
Jangan lupa koyakkan masa bersalin tak kisah la sikit ke banyak ke ataupun guntingan episiotomi turut menyumbang kepada kejadian peranakan jatuh.
Bila dah cerita mcm ni, ramai plak takut nak beranak normal sebab risiko di kemudian harinya dapat peranakan jatuh. Berpusu-pusu pula orang mintak beranak secara C-section pula kan? Ni nak bagitahu, utk mengelakkan 1 masalah peranakan jatuh, 7 orang wanita perlu menjalani C-section dan perkadaran ini adalah tak berbaloi dan tak signifikan.
Yelah operation C-section bukan macam picit jerawat kat muka, pelbagai komplikasi yang tak diingini boleh berlaku. Maka sebab tu saya cakap tak berbaloi untuk mintak c-section dengan pemikiran untuk mengelakkan peranakan jatuh pada masa hadapan. Pikir betul betul. Kalau ada sebab utk C-section yang mana doktor fikirkan perlu, tu dah lain cerita.
OBESITI
Lagi obes seseorang wanita tu, lagi tinggi peluang untuk dapat peranakan jatuh. Ada kaitan dengan tekanan yg tinggi di dalam perut sekaligus menekan organ-organ peranakan ni turun. Ha ape lagi? Kuruskan badan !
MEROKOK
Baguihla gomen dah kuatkuasakan larangan merokok kat premis awam. Tu pun masih ada yang degil merokok sana sini. Merokok akan sebabkan wanita tu batuk-batuk lama seterusnya tekanan dalam abdomen naik lama kelamaan akan menekan organ peranakan supaya turun. Dahla merokok, pastu berat badan pula berlebihan, lagi lah senang peranakan jatuh.
PEKERJAAN
Pekerjaan yang melibatkan sesorang tu kena angkat benda-benda berat teramat untuk suatu jangka masa yang lama akan menyebabkan peranakan jatuh. Kalau sehari dua angkat berat takda isu.
SEMBELIT
Untuk mereka yang ada masalah sembelit untuk suatu jangka masa yang panjang, kena meneran teruk semasa berak berpotensi dapat peranakan jatuh.
KELUARGA DENGAN PERANAKAN JATUH
Risiko untuk menjalani pembedahan untuk membetulkan peranakan jatuh meningkat jika mak, kakak atau adik beradik ada juga masalah peranakan jatuh
JENIS RAWATAN
Rawatan untuk masalah peranakan jatuh bergantung betapa teruknya keadaan, kesesuaian pembedahan dan ape yg pesakit mahu. Ada yang sesuai pakai gelang ( Ring pessary ). Ada yang perlu operation untuk betulkan kedudukan pernakakan, ada yg perlukan rahim dibuang ada yang tak perlu apa-apa. Again, bergantung kepada permasalahan pesakit.
Dah baca kan? Ada saya cakap bersenam pegi workout atau gym atau pergi marathon, jalan terkengkang kengkang atau tak makan jamu atau tak berurut tak bersengkak tak makan produk suplemen menyebabkan peranakan jatuh ? ?
JANGAN MENGARUT la
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan
The post Lagi Banyak Hamil & Bersalin, Lagi Tinggi Peluang Peranakan Jatuh! Pakar O&G Dedahkan 6 Lagi Punca & Rawatan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/lagi-banyak-hamil-bersalin-lagi-tinggi-peluang-peranakan-jatuh-pakar-og-dedahkan-6-lagi-punca-rawatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Perubahan Besar Pada Tubuh Ibu Semasa Hamil Jangan Risau Lepas Bersalin Semua Ok Balik

4 Perubahan Besar Pada Tubuh Ibu Semasa Hamil Jangan Risau Lepas Bersalin Semua Ok Balik

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 603 hits
Mama perlu memahami perubahan pada tubuh Perubahan hormon yang terjadi tatkala hamil menimbulkan pelbagai kelainan Bukan anda tidak bertukar menjadi hodoh Anda masih cantik Perjalanan menjadi seorang ibu membuatkan diri anda kelihatan unik ...
Lencun50 Harga Buah Sawit Jatuh Merudum Harga Minyak Masak Masih Tinggi

Lencun50 Harga Buah Sawit Jatuh Merudum Harga Minyak Masak Masih Tinggi

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 896 hits
Najib Razak berkongsi sekali lagi artikel Mohamad Hj Hasan kerana menteri PH masih bisu HARGA MINYAK MASAK Pada bulan Oktober 2016 di dalam Bajet 2017 kerajaan BN terpaksa mengehadkan subsidi minyak masak kepada pek 1kg berharga RM2 50 saha...
Racun Perosak Pada Sayur Sayuran Buah Buahan Punca Gangguan Sistem Saraf Pakar

Racun Perosak Pada Sayur Sayuran Buah Buahan Punca Gangguan Sistem Saraf Pakar

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 952 hits
KUALA LUMPUR Kadar racun perosak yang berlebihan dalam sayur sayuran dan buah buahan boleh memberi kesan bahaya terhadap kesihatan khususnya sistem saraf manusia Menurut Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malay...
Darah Beku Pada Paru Paru Salah Satu Punca Kematian Ibu Lepas Bersalin Hati Hati 12 Kategori Ini Berisiko

Darah Beku Pada Paru Paru Salah Satu Punca Kematian Ibu Lepas Bersalin Hati Hati 12 Kategori Ini Berisiko

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 527 hits
Darah beku pada paru paru atau pulmonary embolism ialah salah satu punca kematian wanita selepas bersalin di Malaysia Ia boleh dicegah awal 12 kategori ini perlu sentiasa waspada Kita kerap kali mendengar kematian wanita selepas bersalin ak...
Ngerinya Rengat Lepas Bersalin Sakit Tak Terkata Doktor Ini Kongsi Punca Rengat Tip Mengurangkan Kesakitan

Ngerinya Rengat Lepas Bersalin Sakit Tak Terkata Doktor Ini Kongsi Punca Rengat Tip Mengurangkan Kesakitan

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 434 hits
Bagi ibu yang baru bersalin rengat akan menjadi mimpi ngeri Kesakitan pada bahagian ari ari selepas bersalin ini tidak dapat digambarkan hanya yang pernah menghadapinya akan tahu Rengat akan berlaku kepada ibu selepas melahirkan tidak kira ...
Demam Suhu Tinggi Menggigil Sawan Tanda Anak Influenza Tak Kuarantin Punca Ia Merebak

Demam Suhu Tinggi Menggigil Sawan Tanda Anak Influenza Tak Kuarantin Punca Ia Merebak

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 428 hits
Influenza selesema dan demam denggi ramai ibu bapa yang keliru untuk membezakannya Demam bersuhu tinggi menggigil dan sawan panas adalah antara tanda tandanya Tidak patuh kepada arahan kuarantin punca ia merebak Menurut Dr Mohammad Iqbal Mo...
Mimpi Ngeri Menangis Setiap Hari Nora Danish Kongsi Pengalaman Hamil Bersalin Tanpa Suami

Mimpi Ngeri Menangis Setiap Hari Nora Danish Kongsi Pengalaman Hamil Bersalin Tanpa Suami

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 780 hits
Nora Danish pernah mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram pada 20 Jun 2006 dan telah berakhir pada tahun 2008 ketika usia kandungannya mencecah tiga bulan dengan talak dua Nora telah melahirkan anak sulungnya pada January 2009 Hari in...
Brasil Buka Peluang Jadi Pangkalan Militer As

Brasil Buka Peluang Jadi Pangkalan Militer As

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 214 hits
Presiden Brasil membuka peluang wilayahnya dijadikan pangkalan militer Amerika Serikat
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities