Darah Beku Pada Paru Paru Salah Satu Punca Kematian Ibu Lepas Bersalin Hati Hati 12 Kategori Ini Berisiko


Darah beku pada paru-paru atau pulmonary embolism ialah salah satu punca kematian wanita selepas bersalin di Malaysia. Ia boleh dicegah awal, 12 kategori ini perlu sentiasa waspada.
Kita kerap kali mendengar kematian wanita selepas bersalin akibat sesak nafas. Sesak nafas, mungkin asbab kematian yang kelihatan umum tetapi ia berkemungkinan besar disebabkan oleh Pulmonary Embolism atau ringkasnya disebut PE. Ia sepatutnya diberikan perhatian serius di kalangan ibu selepas bersalin!

12 KEADAAN IBU BOLEH MENINGKATKAN RISIKO PULMONARY EMBOLISM Hampir semua ibu yang hamil dan bersalin mempunyai risiko untuk mengalami pulmonary embolism kerana darah ketika ini lebih pekat daripada kebiasaannya.
Namun begitu, risiko anda untuk mendapat pulmonary embolism semasa dan selepas bersalin menjadi lebih tinggi sekiranya anda mempunyai keadaan ini;
Ibu mempunyai berat badan melebihi 80kg atau BMI lebih 30kg/m2. Bersalin menerusi pembedahan. Ibu berumur lebih daripada 35 tahun. Ibu yang melahirkan kandungan kembar. Mengalami masalah air ketuban banyak atau polihidramnios. Ibu yang mengalami dehidrasi atau kurang air dalam badan. Ibu yang pernah mendapat penyakit darah beku sebelum dan semasa mengandung atau pada kandungan terdahulu. Tumpah darah semasa bersalin (melebihi satu liter). Mendapat transfusi darah semasa mengandung atau selepas bersalin. Penyakit yang menyebabkan darah menjadi likat seperti thrombophilia, protein S deficiency, anti phospholipid syndrome. Ibu melalui pembedahan semasa mengandung atau selepas bersalin seperti pembedahan appendisitis, pembedahan untuk patah tulang atau apa-apa pembedahan yang dilakukan semasa bersalin atau selepas bersalin. Ibu hidap penyakit pra eklampsia (darah tinggi yang menyebabkan air kencing mengeluarkan protein) semasa hamil dan berterusan selepas bersalin.
SALAH SATU PUNCA KEMATIAN WANITA SELEPAS BERSALIN Menurut Dr Dharmini Veerakumaran, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pantai Hospital Ipoh, pulmonary embolism ialah keadaan di mana kehadiran darah beku secara tiba-tiba di dalam saluran darah ke paru-paru.
Ia merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan kematian wanita hamil dan selepas bersalin iaitu dalam masa kira-kira enam minggu selepas bersalin. Selain darah tinggi dan tumpah darah, Pulmonary Embolism ialah antara penyumbang tertinggi kematian wanita selepas bersalin di Malaysia.
Darah wanita hamil adalah lebih pekat daripada biasa. Pembesaran bayi dalam akan menekan saluran darah utama yang terdapat pada badan ibu menyebabkan aliran darah menjadi kurang lancar. Ini akan menyebabkan darah beku akan terbentuk di saluran darah pada betis (deep vein thrombosis).
Selain itu, terdapat juga beberapa sebab lain seperti melahirkan melalui pembedahan juga boleh menyebabkan darah beku terbentuk kerana kurangnya pergerakan selepas bersalin.
IBU LEPAS BERSALIN JANGAN TAKUT BERGERAK Menurut Dr Dharmini, kurangnya pergerakan selepas bersalin sebenarnya meningkatkan risiko terjadinya pulmonary embolism.
“Apabila darah beku berkumpul pada bahagian betis, si ibu akan mengalami bengkak kaki secara tiba-tiba dan berasa sakit pada betis ketika berjalan. Gejala ini perlu diberi rawatan awal. Jika tidak, darah beku pada dalam saluran darah dibahagian kaki si ibu boleh ‘dislodge’ dan bergerak bila-bila masa dan menyangkut di saluran darah yang halus di paru-paru.
“Ini boleh menyebabkan saluran darah di dalam paru-paru tersumbat akibat darah beku ini yang dipanggil pulmonary embolism dan boleh menyebabkan kematian secara tiba- tiba,” kata Dr Dharmini.

5  TANDA AWAL PULMONARY EMBOLISM Menyedari bahaya pulmonary embolism dan keupayaannya meragut nyawa, para ibu yang dalam tempoh   minggu pertama selepas bersalin terutamanya sekali yang berisiko tinggi perlu berwaspada dan peka tanda-tanda awal pulmonary embolism. Antara simptom awal adalah seperti berikut;
Kembang atau bengkak kaki dan sakit pada betis (kebiasaannya sebelah kaki kiri) Sukar untuk bernafas. Sakit dada. Batuk berdarah. Denyutan nadi yang sangat laju. Sekiranya anda mempunyai simptom ini, segera dapatkan pemeriksaan di hospital atau klinik berdekatan. Doktor yang merawat biasanya akan menjalankan pemeriksaan kepada anda untuk melihat sama-ada anda berisiko tinggi atau tidak untuk mendapat pulmonary embolism.
Pemeriksaan lanjut seperti ECG (alat untuk memeriksa ritma jantung), X-ray, pemeriksaan darah atau pun CTPA (CT scan untuk melihat saluran darah ke paru-paru) mungkin perlu dilakukan segera.

BOLEHKAH PULMONARY EMBOLISM DIELAKKAN? Kebanyakan mangsa yang mengalami pulmonary embolism maut sebelum sempat sampai ke hospital. Oleh itu, rujuklah kepada doktor dengan segera terutamanya jika ada mengalami simptom awal. Sekiranya  anda tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi, anda boleh berusaha untuk mengelakkan pulmonary embolism melalui beberapa langkah.
Minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi. Aktif bergerak dan berjalan. Jangan hanya berbaring di katil dan jauhi sifat ‘ibu manja’ yang takut atau malas untuk bergerak! Menggunakan thrombo embolic deterrent-TED stokin (stokin khas untuk mengelakkan pembentukan darah beku pada kaki) pada waktu malam atau semasa menaiki penerbangan jauh. Suntikan ubat suntikan pencair darah sekiranya dirasakan perlu.
Menurut Dr Dharmini, amalan pantang tradisional yang dilakukan secara sederhana seperti bertungku, bertuam, berdiang, berurut dan mandi air suam semasa dalam pantang amat membantu untuk mengelakkan terjadinya darah beku pada ibu. Walau pun ia baik, ibu perlu mengelakkan ia dilakukan pada bahagian luka caesarean bagi mengelakkan jangkitan kuman dan luka lambat sembuh.
The post Darah Beku Pada Paru-Paru Salah Satu Punca Kematian Ibu Lepas Bersalin. Hati-Hati, 12 Kategori Ini Berisiko! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/darah-beku-pada-paru-paru-salah-satu-punca-kematian-ibu-lepas-bersalin-hati-hati-12-kategori-ini-berisiko/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Perubahan Besar Pada Tubuh Ibu Semasa Hamil Jangan Risau Lepas Bersalin Semua Ok Balik

4 Perubahan Besar Pada Tubuh Ibu Semasa Hamil Jangan Risau Lepas Bersalin Semua Ok Balik

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 555 hits
Mama perlu memahami perubahan pada tubuh Perubahan hormon yang terjadi tatkala hamil menimbulkan pelbagai kelainan Bukan anda tidak bertukar menjadi hodoh Anda masih cantik Perjalanan menjadi seorang ibu membuatkan diri anda kelihatan unik ...
Ngerinya Rengat Lepas Bersalin Sakit Tak Terkata Doktor Ini Kongsi Punca Rengat Tip Mengurangkan Kesakitan

Ngerinya Rengat Lepas Bersalin Sakit Tak Terkata Doktor Ini Kongsi Punca Rengat Tip Mengurangkan Kesakitan

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 398 hits
Bagi ibu yang baru bersalin rengat akan menjadi mimpi ngeri Kesakitan pada bahagian ari ari selepas bersalin ini tidak dapat digambarkan hanya yang pernah menghadapinya akan tahu Rengat akan berlaku kepada ibu selepas melahirkan tidak kira ...
Punca Kematian Muhammad Adib Hanya Boleh Didedahkan Di Mahkamah

Punca Kematian Muhammad Adib Hanya Boleh Didedahkan Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 321 hits
KENYATAAN MEDIA MENTERI DALAM NEGERI Saya telah dimaklumkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia mengenai perkembangan siasatan kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib bin Kassim yang kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseks...
Buat Kejutan Pada Ibu Bapanya Pelajar Ketenteraan Ini Buat Netizen Tersentuh Hati

Buat Kejutan Pada Ibu Bapanya Pelajar Ketenteraan Ini Buat Netizen Tersentuh Hati

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 304 hits
Buat Kejutan Pada Ibu Bapanya Pelajar Ketenteraan Ini Buat Netizen Tersentuh Hati Fahmi merupakan seorang pelajar ketenteraan di Royal Military College Saint Jean Kanada yang mengambil jurusan Seni dan Strategi Ketenteraan Membuat kejutan k...
Lagi Banyak Hamil Bersalin Lagi Tinggi Peluang Peranakan Jatuh Pakar O G Dedahkan 6 Lagi Punca Rawatan

Lagi Banyak Hamil Bersalin Lagi Tinggi Peluang Peranakan Jatuh Pakar O G Dedahkan 6 Lagi Punca Rawatan

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 818 hits
Peranakan jatuh atau urogenital prolapse adalah keadaan di mana rahim dan organ terdekat dengan rahim seperti pundi kencing usus dan rektum turun ataupun tersasar dari tempat asalnya atau biasa orang panggil peranakan jatuh Kedudukan rahim ...
Ibu Selepas Bersalin Perlu Kenali Jenis Jenis Tungku Tip Menggunakannya

Ibu Selepas Bersalin Perlu Kenali Jenis Jenis Tungku Tip Menggunakannya

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 797 hits
Bertungku memang sinonim dengan rawatan berpantang selepas ibu melahirkan bayinya Usai tempoh itu anda sangat digalakkan untuk terus mengamalkan rutin bertungku Sebenarnya mana mana wanita yang tidak berpantang boleh mengamalkan rutin bertu...
Padah Urut Tolak Rahim Ibu Hamil Kembar 30 Minggu Alami Pendarahan Dalaman Janin Berisiko Gugur

Padah Urut Tolak Rahim Ibu Hamil Kembar 30 Minggu Alami Pendarahan Dalaman Janin Berisiko Gugur

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 1457 hits
Pengalaman merawat pesakit yang di urut ketika hamil sehingga berlaku pendarahan yang diceritakan jururawat ini boleh dijadikan pengajaran Mungkin ramai yang mengambil keputusan untuk berurut apabila ada rasa sakit tetatpi berwaspadalah jik...
Persekolahan 2019 Anak Anak Permata Hati Ibu

Persekolahan 2019 Anak Anak Permata Hati Ibu

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 397 hits
assalamualaikum Salam Tahun Baru 2019 hari ketiga dah pun tapi anak anak skola baru je hari kedua cuaca pun elok elok saje 2 hari ni alhamdulillah anak anak saya tahun ni ketiga tiga nyer naik skola dah pun no more babies in the house hu hu...
Sakit Hati Ibu Di Aceh Tengah Ajak Anak Membunuh Suami

Sakit Hati Ibu Di Aceh Tengah Ajak Anak Membunuh Suami

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 249 hits
Hasil pemeriksaan sementara sebutnya keempat tersangka ini membunuh karena sakit hati pada korban karena selama ini korban sering kasar pada istri
Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Effective Market Research On A Budget

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Kerana Rasuah Rm100 Pekebun Kena Denda Rm10 000

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Buasir Otak Tv Buang 4 Huruf Belakang Jadi Jenama Telefon Be Like

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Menangkan Jackpot Di Game Jekpot88 Di Berbagai Permainan

Tukar Lesen Memandu Malaysia Ke Lesen Nsw Australia