Pengalaman Berpuasa Ramadan Di Perantauan


Assalamualaikum. Hai semua! Pengalaman berpuasa Ramadan di perantauan. Sepanjang aku hidup selama 20+ tahun, pada bulan Ramadan tahun 2015 merupakan kali pertama aku merasai pengalaman berpuasa di perantauan. Berbuka puasa dan bersahur tanpa ahli keluarga di sisi, hanya ditemani oleh kawan-kawan sahaja. Sangkaan aku pada mulanya, mesti tak best berpuasa di tempat orang. Tetapi setelah merasainya sendiri dari 24 hingga 27 Jun 2015, rupa-rupanya seronok jugak berpuasa di perantauan bersama kawan-kawan. Walaupun tak sama seronoknya berpuasa di rumah bersama keluarga. Takpelah, dapat jugak pengalaman baru.




Dalam entri nie aku nak cerita pengalaman kali pertama aku berpuasa Ramadan di Pennsylvania, Amerika Syarikat. Puas aku kena ingat semula apa yang berlaku sebab aku dah ingat-ingat lupa! Sebelum tue, boleh baca entri nie dulu kalau nak tahu sebab aku kena berpuasa di perantauan

Okay, bukan di Pennsylvania sebenarnya. Itu pengalaman dalam mimpi aku. Keliru pulak.

Entri ini sekadar perkongsian mengenai salah satu kenangan manis dalam hidup penulis blog iaitu Arol Mubin yang diabadikan dalam blog kesayangannya. Itu sahaja. 


Pengalaman berpuasa Ramadan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Kawan-kawan lain sudah seminggu berpuasa kat USM tetapi aku baru nak merasa hari pertama. Dorang tak balik rumah sebab gap setiap paper cuma sehari dua jek (tak sama kos dengan aku). Aku ada gap dua minggu memang wajiblah balik. Takkan nak mereput kat USM pulak.

Sepanjang berpuasa kat USM, makan memang ala kadar jek untuk buka puasa dan sahur. Bagi aku yang penting ada nasi putih, lauk dan air dah cukup. Kalau kat rumah pun memang makan nasi jugak untuk buka puasa dan sahur. Bezanya lauk kat rumah berlipat kali ganda lebih sedap. Lagi satu, aku memang tak suka pergi bazar Ramadan. Jadi, aku beli makanan kat kafe-kafe desasiswa (asrama) USM jelah. Tak banyak pilihan lagi senang nak pilih.


24 Jun 2015 (7 Ramadan 1436H), Rabu
Aku selamat sampai di Terminal Bas Sungai Nibong pada pukul 4.30 pagi. Memang aku terkejut sebab awal gila sampai. Selalunya sampai dalam pukul 5.30 hingga 6.00 pagi. Sebelum balik Penang aku risau kalau tak terjaga dalam bas untuk sahur. Angah siap bekalkan aku roti sosej dan nugget untuk sahur. Tak sangka sampai awal. Aku pulak dah tempah student cab untuk jemput aku dan hantar ke asrama pada pukul 6.00 pagi. So, aku cuba call student cab dan tanya boleh tak dia ambil aku awal. Dia cakap boleh tetapi kena tunggu 20 minit sebab dia nak mandi dan bersiap. Rasa bersalah pulak kacau orang tidur dan tukar waktu pada saat-saat akhir

Lebih kurang pukul 5.00 pagi, student cab pun sampai. Sepatutnya student cab akan jemput aku selepas dia sahur tetapi sebab aku sampai awal so dia tak sahur lagi. Dia pun ajaklah aku sahur sekali di Restoran Subaidah. Aku pun ikut jelah sebab kesian pulak nanti dia kena ulang alik. Maka, itulah kali pertama aku bersahur di perantauan. Kali pertama dan bersama orang yang tidak dijangka. Terima kasih, abang Madir! Sanggup (atau terpaksa) jemput saya pada awal pagi. Semoga abang Madir dapat menamatkan PhD dengan cemerlang! Nasib baik sebelum tue aku pernah naik student cab dia, so dah kenal sikit-sikit. Takdelah rasa awkward sangat.

Dipendekkan cerita, inilah juadah buka puasa aku pada hari pertama berpuasa di perantauan. Yeay, kali pertama aku buka puasa di perantauan! Hahahahaha. Gila excitednya!



Nasi putih, ayam goreng, gulai daging dan air mangga. Air mangga tue aku bancuh sendiri. Dalam bilik aku memang sentiasa ada stok kordial sebab aku pergi kelas bawa bekal air manis


25 Jun 2015 (8 Ramadan 1436H), Khamis

Sahur makan pecal ayam Restu. Pecal ayam Restu nie memang popular jugak kat USM. Boleh tahan sedap! Tetapi bila makan pecal ayam nie ketika sahur, terus aku takde selera nak makan. Beli pecal ayam pukul 1.00 pagi sebab kafe tutup pukul 3.00 pagi, lepas tue makannya waktu sahur pukul 5.00 pagi. Nasi dah sejuk jadi keras dan ayam pun dah sejuk rasa lain sikit. Dua kali pulak tue sahur makan pecal ayam. Kali pertama nie aku telan jugak sampai habis. Kali kedua aku tak boleh telan lagi dah. Habiskan ayam jek. Nasib baik tak lapar masa puasa.


Buka puasa di Plaza Ivory! Plaza Ivory nie sebelah asrama aku jek. Itulah tempat makan aku dan kawan-kawan pada setiap malam (kalau bukan bulan puasa). Aku makan nasi putih, 'ayam masak minyak', telur dadar dan air apa entah aku tak ingat. Ayam masak minyak tue sebenarnya paprik ayam. Aku panggil ayam masak minyak sebab kuahnya minyak. Redha jelah dah nasib perantau. Nak makan sedap sila balik rumah! Kena belajar #syukurselalu. Hehehe.

26 Jun 2015 (9 Ramadan 1436H), Jumaat
Hari ketiga berpuasa di USM, sahur makan pecal ayam Restu jugak. Tak ambil gambar sebab aku tengah nervous hari tue. 26 Jun kan aku ada exam last paper. Kesian aku kena study seorang diri sebab kawan-kawan lain sudah habis exam. Tengah gigih study dalam bilik, kawan bilik sebelah buka lagu raya kuat-kuat. Takpe, aku dah maafkan kau.


Buka puasa makan KFC! Aku yang beri cadangan untuk makan KFC sebagai tanda meraikan semua orang sudah tamat final exam semester empat. Lagi pun, itu hari terakhir kami buka puasa bersama untuk bulan Ramadan tahun 2015. Makanlah sedap sikit kan! Seronok dapat buka puasa ramai-ramai dalam bilik Nizam (baju hijau) dan Asyraf (baju putih). Terasa macam kat perantauan sangat waktu nie! Hahaha. Ada lagi kawan-kawan kat tepi tue sebenarnya tetapi tak muat nak masuk dalam gambar. Selepas buka puasa, ada beberapa orang kawan telah berangkat pulang ke kampung. Tinggallah kami yang balik hari Sabtu. Suasana asrama pun menjadi semakin sunyi.

27 Jun 2015 (10 Ramadan 1436H), Sabtu
Hari terakhir berpuasa Ramadan pada tahun 2015 di perantauan. Sahur makan ayam KFC. Ada seketul lagi tak makan masa buka puasa. Ayam dah sejuk (rasa kurang sedap) tapi aku paksa jugak telan setengah ketul dan lepas tue minum air mangga. Tekak dan perut rasa lain macam jek. Kebetulan kawan ada beli durian dan baunya sangat kuat. Apa lagi, aku muntah teruk pagi tue! Hahaha. Habis kosong perut. Nasib baik selepas tue sempat makan roti dan minum air suam.
Maka dengan itu, berakhirlah pengalaman aku berpuasa pada bulan Ramadan untuk tahun 2015 di perantauan (USM Penang). Seronok dapat pengalaman baru! Kalau dipanjangkan umur, tahun depan mungkin aku dapat merasai pengalaman berpuasa Ramadan di USM lagi. Insyallah.
Pada pukul 9.30 pagi, bas bergerak dari Terminal Bas Sungai Nibong dan aku selamat sampai di Melaka Sentral pada pukul 6.30 petang. Kemudian, bermulalah detik yang paling aku nantikan. 
Bukan bahagia yang menjadikan kita bersyukur tetapi dengan bersyukur akan menjadikan hidup kita bahagia. :) #SyukurSelalu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://arolpunyeblog.blogspot.com/2015/08/pengalaman-berpuasa-ramadan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ditawari Jadi Anggota Dpr Cinta Laura Menolak Aku Tak Ingin Jadi Pemimpin Yang Kurang Pengalaman

Ditawari Jadi Anggota Dpr Cinta Laura Menolak Aku Tak Ingin Jadi Pemimpin Yang Kurang Pengalaman

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 229 hits
Banyak tawaran untuk terjun ke dunia politik Cinta sadar pengalaman hidupnya saat ini belum bisa membawa perubahan yang signifikan
Pengalaman Menginap Di Swiss Belhotel Kuantan

Pengalaman Menginap Di Swiss Belhotel Kuantan

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 1310 hits
Pengalaman menginap di Swiss Belhotel KuantanKami sekeluarga berpeluang menginap di Swiss Belhotel Kuantan pada tahun lepas iaitu semasa pergerakan rentas negeri dibenarkan sekitar September 2020 Saja nak merasa hotel baru ni yang pada wakt...
Pengalaman Urus Pengambilan Vaksin Tiga Anak Daraku Fully Vaccinated

Pengalaman Urus Pengambilan Vaksin Tiga Anak Daraku Fully Vaccinated

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 560 hits
Assalamulaikum Syukur Seawal November pada hari ini ketiga tiga anak pompuan kami telah selamat dan selesai menjalani Vaksin Tiga anak dara dapat appoinment tarikh dan tempat yang berbeza Gigihlah mak dan apak pi mari pi mari uruskan pengam...
Pengalaman Terbang Bersama Firefly Penang Langkawi

Pengalaman Terbang Bersama Firefly Penang Langkawi

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 407 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraWahh sudah lama tak menulis artikel travel Rindu betul nak menulis cerita travel dan yang paling dirindukan adalah travel ke tempat tempat menarik Baiklah kalau anda antara pengikut aku di Instagram atau k...
Prn Melaka Bn Bawa Kemakmuran Pemimpin Berkaliber Dan Pengalaman

Prn Melaka Bn Bawa Kemakmuran Pemimpin Berkaliber Dan Pengalaman

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 247 hits
PRN Melaka BN Bawa Kemakmuran Pemimpin Berkaliber Dan Pengalaman Pilihan Raya Negeri Melaka memberi signifikannya tersendiri buat rakyat di negeri ini dalam memilih kerajaan baharu bagi memimpin ke arah pembangunan kelestarian bandar bersej...
Hiburan Pengalaman Mencabar Hazman Al Idrus Terbit Sendiri Karya Sulung

Hiburan Pengalaman Mencabar Hazman Al Idrus Terbit Sendiri Karya Sulung

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 276 hits
Penyanyi dan pelakon Hazman Al Idrus kini tampil dengan lagu terbaharu berjudul Aura selepas hampir enam tahun menyepi daripada dunia nyanyian ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementHazman sendiri mengakui yang ia merupakan satu pengalaman yang men...
Usahawan Kongsi Pengalaman Nyaris Terkena Hidangan Ikan Siakap

Usahawan Kongsi Pengalaman Nyaris Terkena Hidangan Ikan Siakap

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 276 hits
Oleh JAMLIAH ABDULLAH MAZLINA KAMARUDINLANGKAWI Seorang usahawan terkenal di negeri ini berkongsi pengalaman ke restoran hidangan ikan siakap bertaraf kayangan bagi mengelak terkena dengan harga ribuan ringgit setelah menjamu selera Individ...
Pengalaman Bermalam Di Camp Out Sunway Lagoon Confirm Anak Anak Seronok

Pengalaman Bermalam Di Camp Out Sunway Lagoon Confirm Anak Anak Seronok

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 346 hits
Sunway Lagoon Taman Tema Air yang tidak asing lagi di Malaysia Merupakan tarikan utama pengunjung ke ibu negara selain mandi manda dan bermain pelbagai permainan yang menyeronokkan pengunjung berpeluang menikmati tarikan baru yang cukup men...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation