Pengalaman Bermalam Di Riverside Majestic Hotel
Assalamualaikum, hai..
Pengalaman Bermalam Di Riverside Majestic Hotel | Hampir dua minggu dah berlalu, baru harini berkesempatan untuk berkongsi cerita. 19 Disember 2018, encik suami booking hotel. Katanya, sesekali ajak anak lepak di hotel apa salahnya. So, encik suami booking melalui Agoda. Dapat Business Suite Living Room dengan harga RM199 untuk semalam
Selepas temujanji Ain 4 tahun di KK Spaoh, kami terus gerak ke Kuching melalui jalan pesisir. Dua buah feri kena lalui... Selepas singgah di Sebuyau hantar anak buah kami terus pecut ke Kuching. Tapi, memandangkan jam dah pun pukul 2... Encik suami call pihak hotel terlebih dahulu, bagitau kami check in dalam pukul 5. Tak sangka, lima minit lagi nak pukul 5... Kami dah sampai di hotel. Lepas parking terus check in. Penat punya pasal... Encik suami je turun tapau kfc. Oh ya, hotel senang je nak carik. Tak pun guna gps. Kan!
Tak sangka pulak bilik yang encik suami booking bes ar... Seperti sebuah rumah pulak. Dapur, meja makan, peti sejuk, ruang tamu, sejadah, iron... Semua ada. Pendek kata lengkap. Penat punya pasal... Jam 10 malam semua tertidur, lansung tak menikmati malam di bandaraya Kuching
Tapi, belah pagi... Seawal jam 4 pagi dah bangun. Masa tu lah dok tengok kat luar... Sampaila siang, Ain dan Alia dok sibuk tengok bandaraya Kuching. Actually, dari hotel boleh tengok sungai Sarawak walaupun sipi-sipi. Kemudian, kemaskan barang, mandi semua... Dah siap. Kami terus check out
Tengok toiletries hotel, semua lengkap. Sisir, cutton buds, berus gigi dan getah rambut pun disediakan. Pendek kata... Tak risau pun kalau tak bawak. Tu untuk Business suite living room yer. Untuk lain-lain bilik, tak pasti pulak. Fiza pernah jugak terbaca di beberapa buah blog pasal barang-barang hotel yang boleh dibawa balik. Contohnya seperti toiletries, 3 in 1, mineral water dan sebagainya.
Walaubagaimana pun, serius tak pernah lagi terfikir nak bawak balik. Waima 3 in 1 pun jarang nak minum. Haha. Kalau mineral water tu sah-sahla habis kat situ la kan. Korang ada tak pengalaman bawa balik barang hotel? Hehe... :-) :-) :-)
So far, pada Fiza... Hotel Riverside Majestic sangat selesa. Service pun tip top. Malah sekitarnya dikelilingi dengan kedai 24 jam 7e, kfc dan tempat makan yang lain. Tempat parking pun selamat dan banyak. Berbaloi menginap kat situ
Next hotel, ada rezeki lebih In Shaa Allah... Coming soon Fiza update ye.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.fizacrochet.com/2018/12/pengalaman-bermalam-di-riverside.html