Pengalaman Bercuti 8d7n Di Kashmir New Delhi Agra Di India


Assaalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita dan semoga kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab Insya Allah

Pengalaman Bercuti Di Kashmir, New Delhi, Agra Di India
Jika anda bertanya saya, "Mengapa Kashmir? Mengapa India?"  
Sejujurnya, sukar untuk saya jawab

India bukanlah negara pilihan saya untuk dilawati. Tapi, selepas Maria 'terdengar' cerita dari kawan kawan yang mengatakan Kashmir sangat cantik, jadi Maria cuba buat fact finding mengenai Kashmir

Sekali Maria bagi tahu saya, "Abang, Kashmir best la. Jom pi Kashmir. Ada kawasan pergunungan salji macam di Switzerland."
Saya terkejut sebenarnya. Maria bukan senang nak travel ke negara negara yang 'kurang bersih' macam India. Kalau Indonesia pun tak lepas spec Maria, macam mana dia nak ngadap karenah di India nanti

But since Maria dah buat research dan dia sendiri nak pergi ke India ni, saya pun mula suruh dia cari agen mana kami nak ikut

Setelah mendengar pandangan dan cari agen di Facebook serta internet, Maria buat keputusan untuk pilih agen yang menawarkan pakej RM4,280 untuk percutian 8 hari 7 malam di Kashmir, New Delhi dan Agra. Pakej termasuk kapak terbang, transportation, makan serta penginapan. Itu harga bersih yang kami bayar kepada pihak agen. No hidden charge.
Tarikh Yang Dipilih
Maria memang seorang yang agak teliti. Jadi dia baca di banyak blog dan tanya kenkawan yang dah ke Kashmir, rata rata memberi pandangan untuk melawat Kashmir pada bulan April

Sebabnya, kata mereka bulan April masih ada salji, jadi masih boleh main salji, cuaca tidak terlalu sejuk dan pada masa sama boleh tengok bunga tulips yang mula berbunga pada bulan April

Jadi, sebab itulah kami pilih untuk pergi pada bulan April

Katanya, bulan November - Januari, cuaca di Kashmir boleh mencecah -5 sehingga -11 Degree Celcius

Bulan 4 pula, cuaca di Kashmir sekitar 4 ke 6 Degree Celcius sahaja. Masih sejuk, tapi tidak terlalu sejuk

Day 1 - Kuala Lumpur - New Delhi

Kami berkumpul di KLIA 1 sekitar jam 2 petang. Pihak agen sudah berada di aras berlepas menunggu ketibaan kami untuk Check In


Saya dan Maria pakai baju tema biru hari ni. Adoi, berjalan ngan bini ku ni susah sket. Kalau pakai baju, nak kena sama warna. Huhu... Sementara bini masih sorang ni, ku layan jer la kemahuan isteri tersayang ni


Selepas check in, kami diberi taklimat oleh pihak agen. Diikuti dengan bacaan doa selamat oleh pihak agen. Semua dah faham tentang perjalanan yang bakal ditempuhi nanti

Ada dua team dari pihak syarikat, Team A seramai 30 orang. Mereka menaiki kapal terbang Malaysian Airlines. Kami pula dari Team B seramai 18 orang. Menaiki kapal terbang Malindo Air

  Harga sama ja, cuma tiket kapal terbang dah penuh. Sebab tu kena ambil dua kapal terbang


Cabaran pertama kami, tiket kami tidak di susun sebelah menyebelah dengan pasangan masing masing. Masalah macam ni selalu saya hadapi masa travel dengan agen lain pun. Cumanya, agen lain ambil langkah produktif. Mereka dapatkan semua nombor seat peserta, mereka listkan dan kemudian, mereka akan susun balik supaya suami isteri dapat duduk sebelah menyebelah

Tapi, agen kami kata.... "Naik ajer dulu atas kapal terbang. nanti tukar suka sama suka...."
Saya pula jenis yang produktif, tak nak ada masalah atas kapal terbang. Jadi, saya jumpa ahli rombongan. Tanya nombor seat mereka. Then saya bandingkan dengan nombor seat saya dan Maria

Tiba tiba.... "Taraaa.... Yeeyyyy... Dah jumpa seat yang kami boleh duduk sebelah menyebelah."
Tapi, kalau saya yang ambil seat tu, nanti masalah abang dan akak tu tak selesai. Memandangkan saya muda lagi, saya beralah. Saya bagi seat saya kepada akak tu, jadi dia boleh duduk sebelah suami dia

Masalah beliau selesai. Masalah saya dan Maria belum selesai. Jadi saya cari lagi orang lain, tanya nombor seat mereka. Akhirnya dapat juga saya tukar dan dapat duduk dalam flight sebelah Maria

Dalam hati terasa, "It's good kalau pihak agen re-arrange siap siap semasa check in tadi. Maklumlah, kami ni masih baru. Belum kenal antara satu sama lain. Kalau agen buatkan, lagi bagus rasanya...." 

Saya dan Maria dapat duduk sekali. Tapi, ada juga suami isteri lain yang duduk terpisah dalam flight. Nak buat macam mana. Redha ajer lah yer


Perjalanan dari KLIA ke Indra Gandhi Airport, New Delhi mengambil masa 5 jam 30 minit. 
Dalam kapal terbang, berlaku air turbulance yang sangat hebat. Masya Allah, seumur hidup saya, tak pernah lagi saya melalui pengalaman sebegini

Kapal terbang bergoyang, bergegar dan sekali sekali jadi macam roller coaster. Fuh... Terus saya mengucap, "Lailahillalah......" kemudian berdoa dalam hati minta Allah permudahkan. Dalam hati, kalau nak mati pun, biarlah itu kalimah terakhir saya ucapkan

Maria pula mula buka phone, terus baca Al Mathurat. 
Suasana dalam kapal terbang sunyi. Semua orang diam. Sesekali bila 'roller coaster' tu terjatuh ke bawah, semua orang menjerit serentak. Kemudian, suasana jadi diam semula

Keadaan sebegini berlarutan selama 5 minit. Selepas itu, keadaan tenang kembali dan semua orang menghela nafas lega. 

Jam 9 malam waktu India, kapal terbang mendarat dengan selamat. Alhamdulillah, kami berjaya menjejak kaki di bumi India. 
Masing masing berkongsi pengalaman mengerikan sebentar tadi. Memandangkan semua sudah selamat, kami berasa teruja untuk memulakan percutian di bumi India ini

Memandangkan tagline untuk negara India adalah, "The Incredible India...." Jadi, sama samalah kita saksikan apa yang 'Incredible' tu di India

Di kaunter bagasi, semua orang mengambil beg mereka. Dan mula beredar keluar dari lapangan terbang

Tinggal 3 orang lagi di situ pada waktu itu. 
Alhamdulillah, saya selalu juga travel dalam group berkumpulan sebegini. Macam macam masalah boleh berlaku. Jadi saya keluar lambat sikit

Sebelum saya bergerak, saya perhati keadaan sekeliling. Takut takut ada peserta kami yang tertinggal beg di sini

Tiba tiba, saya ternampak satu beg group kami ada tertinggal di situ. Saya tanya kepada seorang lagi yang nak berangkat dah, beliau mengatakan masih ada orang lain yang belum datang ke tempat bagasi

Saya rasa musykil. Sebab rasanya semua dah datang tadi. Lagi pun, semua orang nampak macam ada partner. Kalau ada yang belum datang pun mesti ada dua beg. Bukan satu beg

Saya tengok tag nama di beg ini, saya kenal tuan beg ini. Saya rasa dia dah keluar tadi. Maksudnya, dia tertinggal beg dia di sini
Waktu itu, hanya tinggal 3 orang sahaja lagi di situ. Saya, Maria dan seorang peserta lagi

Saya beritahu dia, tolong keluar dan beritahu pemilik beg ini, dia tertinggal beg di sini

Saya dan Maria berbincang, nak buat apa dengan beg ni

Saya ni pula jenis agak berhati hati dengan keadaan sebegini. Saya memang tak nak bawa beg orang lain di airport. Sebab saya tak tahu apa yang ada di dalam beg ni. 
Seriously, saya jadi jammmm...

5 minit saya dan Maria tunggu. Saya bawa juga beg itu. Di depan mesin scan kastam India, saya berhenti. Abang pemilik beg ini tak datang datang

Waktu itu, saya terfikir. Mesti orang yang dah keluar dari pintu Exit tu tak boleh masuk balik dah. Kalau tak, mesti dia dah datang ambil beg dia

Saya dan Maria dalam dilema. 
Nak bawa beg orang 'melalui' scanner tu adalah satu benda yang agak 'stupid'. Dah la saya selalu tonton video National Geographic pasal masalah masalah di airport. 
Anything can happen. In case dalam tu ada 'benda terlarang'. Saya yang bawa beg ni akan jadi mangsa keadaan

Memang orang akan rasa, "Ala... beg ahli kumpulan kita kot..... Kawan kawan kita.... Orang Malaysia. Takkan nak ada benda terlarang"
Saya membuat tafsiran sendiri. Brother yang tinggal beg ni nampak baik wajahnya. Hati saya mengatakan beliau orang baik baik. 
Then saya fikir lagi, dekat beg ni ada nama dia. Dekat beg ni pun ada tag check in kapal terbang nama dia. 
Jadi, in case anything. Saya masih lagi boleh defend diri saya

Memandangkan saya memikirkan, risiko saya terpaksa tanggung versus kesusahan yang bakal ditanggng oleh abang ni dan semua ahli group kalau saya tinggalkan beg ini di dalam

Dengan lafaz Bismillah, saya dan Maria ambil juga beg ni dan bawa keluar melalui scanner ini

Lega semuanya selamat. 

Di luar pulak, suasana tenang aja. Mereka pula tertunggu tunggu saya. Bila diberitahu abang tu yang beg dia tertinggal, dia menafikan. Dia kata beg dia dah cukup. Tak ada yang tertinggal




Bila saya tunjukkan beg yang tertinggal tu, pada waktu tu abang tu mula tersedar. Dia dah terambil beg orang lain yang sama warna, sama saiz dan sama bentuk. Sekarang baru dia tersedar yang saya bawa itulah beg dia

Jadi, kami serahkan beg yang tersalah ambil itu kepada pihak keselamatan untuk urusan mereka mencari pemilik beg ini. Sebab dekat beg ini juga tiada nama di tulis

Pengajarannya, bila nak travel. Cuba lekatkan something di beg kita seperti riben, kain perca atau sebarang tanda untuk membezakan beg kita dengan beg orang lain. Kita mungkin rasa takkan beg kita sama dengan orang lain. But, sometimes, things happen

Alhamdulillah, semuanya selamat dipihak kami. So, kami bergerak ke hotel untuk tidur malam sebelum berangkat ke Kashmir keesokan harinya. 
Day 2 - New Delhi - Srinagar, Kashmir

Di sini, kami menginap di hotel ini. Saya bersyukur sebab di hotel ini, bilik saya di bawah. Jadi tak perlulah saya bersusah payah ke tingkat atas. Ini namanya rezeki. Tapi, saya kesian juga kat akak akak yang agak berumur yang dapat tingkat atas. Terpaksa la menapak ke atas


Semua dah teruja. Nak memulakan hari kedua kami di India untuk ke Srinagar, Kashmir


Kalau dah namanya 'traveller'. Pantang ada tempat nak bergambar, mesti ambil. 

Saya dan Maria bergambar di hadapan hotel sebelum check out untuk ke lapangan terbang. Nampak tak, saya pakai baju 2 lapis. Yang di dalam tu baju 'thermal'. Kami dijadualkan untuk main ski pada petang ini. 
Baju Hard Rock ni saya beli semasa di Jepun. Jemput Baca Percutian Percuma Kami Di Jepun. Klik Untuk Baca

Semua orang dah happy. Naik bas untuk ke lapangan terbang


Bas di India macam ada pembahagi antara penumpang dan pemandu. Agak unik. Tak pernah jumpa lagi macam ni ditempat lain


Ni pula 'Tut-Tut' di India. Sangat banyak. Kecik ajer, tapi boleh naik sampai 7 ke 8 orang. This is India


Orang minta sedekah di India ni memang sangat ramai. Gambar atas ni orang minta sedekah dari satu kereta ke satu kereta lain di lampu isyarat.  They are professional begger. Income mereka lagi tinggi daripada mereka yang bekerja biasa biasa. Huhu.. Jangan ingat mereka ni miskin yer


Sekitar jam 9 pagi, kami tiba di lapangan terbang.  

Muka ada senyum..... Seronoklah tu. Cuaca di New Delhi pada waktu ini sekitar 30 Degree. Ini pada waktu pagi yer. Bila dah tengah hari, suhu meningkat kepada 36-40 Degree Celcius. 

Suasana dalam airport di India

Perjalanan dari New Delhi ke Srinagar, Kashmir menaiki kapal terbang adalah 1 jam 30 minit. 

Cantiknyer..... Ni gambar diambil di depan pintu tandas yer. Gambar pompuan maksudnya Tandas Pompuan. 

Jangan pandang rendah dengan India yer. Siap dapat Ranking No 1 lagi. No 1 Airport In The World untuk kategori > 40 juta penumpang setahun


Tengok ni, saya dah 'terpaksa' buka baju dan seluar thermal dan bubuh dalam beg. Hati sudah sentap. Pihak agen beritahu perubahan jadual. Petang ni tak jadi pergi main ski. Tapi akan ke tempat lain. Ski akan main pada hari kedua. 
Hadoi la. Semua peserta dah ready dengan pakaian main ski. Tapi di bawa ke tempat lain pula. Saya terpaksa buka baju dan seluar thermal sebab sangat panas. 
Yang lebih menyentap keadaan, pihak agen sudah pun merancang perubahan ini dari awal. Cuma di airport kami baru dimaklumkan. 
Kesannya, semua peserta ke airport dalam keadaan bersedia dengan pakaian snow bagai dalam beg. Maka terdengarlah bunyi bunyi yang kurang sedap dikalangan peserta

Saya boleh ajer terima perubahan dari pihak agen. Memang kenkadang kita rancang A tapi jadi B

Cumanya, kalau dari awal dah tahu nak buat B, beritahulah awal awal kepada kami. Jadi kami tak da lah bersedia untuk A dan tetiba kena hadapi B di saat saat akhir. 
But, everybody try to remain calm. Cuma cakap cakap belakang ajer sesama peserta. "Kenapa tak beritahu awal awal sedangkan mereka memang dan plan awal untuk ubah plan tu.... Huhu..."
In fact, ada peserta yang terdengar perbualan sesama agen nak ubah plan ni sejak berada di lapangan terbang KLIA lagi. Ini sedikit sebanyak menimbulkan kemarahan di pihak kami

Saya cuba cool down. Mereka beritahu nak bawa kami pergi tengok bunga tulips dahulu hari ni. Esok baru main ski

Tak pe tak per.... Lets continue the journey. Enjoy your trip. Don't stress...


Kami naik kapal terbang murah jer di sana. Spice Jet. Ala ala Air Asia la.
  Gambar dalam kapal terbang


Dari udara, kami mula nampak salji dikawasan pergunungan kawasan Kashmir. Kashmir terletak di kawasan utara India. Ia bersempadanan dengan Pakistan

Sedikit Info Anda Perlu Tahu Mengenai Kashmir
90% penduduk di Kashmir adalah ummat Islam. Selebihnya adalah penganut agama lain

Kebanyakkan penduduk di Kashmir ini orang miskin. Pendapatan utama mereka adalah daripada pelancongan

Jika ada pelancong, adalah income buat kebanyakan mereka. Jika berkurang pelancong, makin susahlah mereka

Asalnya, India, Bangladesh, Pakistan, Afghanistan adalah sebuah negara. Namun, pada satu masa berlaku pertelingkahan antara kawasan

Pakistan dan Afghanistan lebih didominasi oleh orang Islam manakala India pulak didominasi oleh orang Hindu

Disebabkan itu, Pakistan, Afghanistan dan India berpecah dari awal lagi

Pada waktu itu, Bangladesh masih lagi berada di bawah takluk India. 
Namun, ramai penduduk Bangladesh beragama Islam dan mereka tidak suka berada di bawah jajahan India. Jadi, mereka minta bantuan Pakistan untuk mendesak India bagi membebaskan Bangladesh menjadi negara mereka sendiri

Akhirnya, atas desakan penduduk Bangladesh sendiri, Bangladesh keluar dari India hasil pertolongan Pakistan

Perkara sama berlaku di Kashmir

Penduduk Kashmir ramai yang beragama Islam. Mereka tidak minat berada di bawah negara India. Mereka lebih suka menuntut kebebasan negara mereka atau berada di bawah naungan Pakistan

Namun, sekitar 1970 an, pembesar di Kashmir telah berpakat dengan kerajaan India untuk kekal bersama dengan India

Mengikut perjanjian dengan penduduk Kashmir, selepas 5 tahun, mereka semua akan membuat pungutan suara dari penduduk situ sama ada mereka mahu berada di bawah India, bebas di bawah negara mereka sendiri atau berada di bawah Pakistan

Rupa rupanya, mereka tertipu. Sehingga hari ini, tidak ada pengutan suara yang dikatakan akan dibuat itu

Disebabkan itu, penduduk Kashmir rasa tertipu dan tidak suka berada di bawah negara India

Itulah sedikit sebanyak cerita Kashmir yang saya dengar dari Tour Guide di sana

Jadi, jom kita beramai ramai ke Kashmir. Kita saport sket industri penduduk Islam di sana


Welcome To Kashmir

Cuaca di Kashmir sedikit sejuk berbanding di New Delhi kerana Kashmir terletak di tanah tinggi


Di Srinagar Kashmir, kami di bawa untuk makan tengah hari di sebuah restoran tempatan. Makanan di India jangan risau, memang sangat sangat sedap


Di tengah jalan, ada kawasan tanaman pokok Canola. Bunga pokok ini digunakan untuk buat minyak wangi


Dah macam model bunga Canola pulak ku tengok bini ku ni.


Shah Rukh Khan bertemu Kajol dalam filem Dilwale..


Kelas gitu.. Ala ala Kajol dah ku tengok bini ku ni


Shah Rukh Khan buat lompatan lak..

Dalam perjalanan, plan di ubah sekali lagi. Tour guide beritahu jalan nak ke tempat bunga tulips tu  jammm... Jadi bas kena patah balik


Dalam perjalanan, kami berhenti di satu kedai menjual sari dan jaket kulit asli. Di situ juga kami menunaikan solat Zuhur dan Asar. 

Keadaan di dalam kedai, kami semua mula beli barangan yang diperlukan. Ada yang beli sari, ada yang beli jaket kulit. 

Saya beli jaket kulit asli ini. Warna coklat. Harga jaket ini hanyalah RM240 sahaja. Ada kawan di Malaysia minta tolong belikan. So, saya beli lah. Mana ko nak cari jaket asli semurah ni di Malaysia


Memang smart. Di kedai ini saja saya beli 3 helai jaket kulit. Tak boleh tahan, harga tersangat murah. Jaket untuk saya dan Maria harga RM300 sehelai

Sementara itu, diluar kedai ini pula. Ada beberapa peserta yang tak minat shopping dah tunggu di luar. Bila saya keluar berjumpa mereka, mereka kata kena cepat cepat. Tak leh lama lama kat sini

Kita nak pergi tengok tulips lagi ni. Nanti lambat

Then saya pun masuk balik ke dalam kedai untuk hello Maria yang sakan bershopping. Saya bagi tahu suruh cepat sikit sebab tak nak bagi orang lain tertunggu tunggu

Sekali Maria bagi tahu. Dia baru dapat tahu yang trip ke Tulips petang ini juga dibatalkan. 
Dalam hati saya, "What..........!!!!!" 

Kenapa tak beritahu semua orang kalau nak ubah plan. Saya pun pergi lah ke luar untuk maklumkan kepada abang akak yang duduk di luar tentang perubahan plan.

Pada waktu tu, sekali lagi yang di luar tu marah. Mereka cakap, kenapa tak beritahu yang plan dah berubah.

Mereka ni lepas solat cepat cepat keluar kedai sebab tak nak buang masa di kedai. Nak pergi tengok tulips. Sekali mereka pula yang dok buang masa tunggu di luar kedai.

Saya boleh tengok wajah mereka yang tak puas hati.

Kalau beritahu awal awal, mereka pun boleh join shopping juga. Ini mereka keluar awal sebab tak nak buang masa nak pergi tengok tulips.

Sekali, masa mereka yang terbuang dok tunggu kat luar tak shopping sedangkan orang yang tahu di dalam dok sakan bershopping.

Sekali lagi saya nampak kelemahan pengurusan. Kami semua boleh ajer menerima perubahan di luar jangka, cumanya bila tak dimaklumkan.

Para peserta jadi marah.. Cumanya, saya tengok mereka merungut sesama sendiri. Main ski dah ditunda. Sekarang tulips pun ditunda juga.  What to do.. Bersabarlah lah yer abang hakak.

Saya pun baru jer tahu.

Selepas semua shopping, kami semua terus naik bas dan menuju ke Gulmarg. Tempat kami akan bermalam.


Sebelum mula pendakian menaiki Gunung Gulmarg, kami singgah di sebuah kedai. Kedai ini memberi servis menyewa baju sejuk tebal, sewa kasut boot dan lain lain untuk para pelancong

Jadi, ingat yer. Kalau anda ke Gulmarg, tak perlu kalut kalut nak beli baju tebal tebal. Boleh ajer sewa baju di sini. Boleh ajer sewa kasut di sini. Kasut boot di sini pun kata mereka yang sewa bagi tahu, "Sedap di pakai.... Dan yang penting tak masuk air."

Disini juga ada orang jual sarung tangan, jual cermin mata gelap, jual stokin tebal dan macam macam lagi. Pendek kata, semua kelengkapan adalah di sini. Harga pula, Allahuakbar. Tersangat sangat murah. Sampai saya tertanya tanya, apa yang mereka ni untung dengan jual harga murah ni


Bas meneruskan perjalanan ke Gulmarg. 

Pemandangan di kawasan ini, Subhanallah. Sangat cantik

Merenung masa depan..


Dari segi view, memang cantik Subhanallah. Sampai Maria kata, "Kalau dunia macam ni cantik, kat syurga nanti macam manalah agaknya yer..."


Menjelang petang, kami tiba di kawasan perumahan kami. 

Tak pernah sangka akan dapat peluang tidur di kawasan macam ni. Selama ni dok tengok dalam TV sahaja. Kali ni dapat merasai sendiri. Alhamdulillah


Bilik pun cantik. Cumanya, super duper sejuk. Tersangat sangat sejuk


Ini pula tempat makan malam kami. Anda tengok lah di luar tingkap tu, penuh dengan salji. Mereka beritahu, pada waktu winter. Salji lagilah tebal berbanding sekarang


Bukan senang nak dapat peluang makan dikelilingi kawasan bersalji. Di belakang saya tu adalah salji


Semua peserta makan malam... Alhamdulillah. Sedap. Selesai hari kedua kami. 
Malam tu, sekitar jam 12 malam. Semua lampu dan bekalan elektrik di matikan. 
Huhu. Maka kami semua kesejukan yang teramat sangat masa tidur. Asalnya kami diberitahu, waktu malam heater akan ditutup. Kami akan tidur menggunakan blanket heater. 
Tapi sebenarnya, semua bekalan elektrik dimatikan terus. 
Jam 5.30 pagi saya bangun pagi, bekalan elektrik masih belum ada

Saya terpaksa keluar dan cari mereka yang bertugas untuk menghidupkan generator

Cari di Lobby tak ada, dah la gelap gulita. Jam dah pukul 5:30 pagi. Jam 6 pagi dah habis waktu subuh. Nak tak nak, saya pusing pusing la guna lampu torchlight dari phone. Terjumpa pekerja mereka yang sedang tidur, saya kejutkan mereka untuk hidupkan generator

Huhu.. Kalau tak, terpaksalah ku mandi kesejukan pagi tu. 
Day 3 - Gulmarg - Srinagar 
Hari yang dinantikan telah pun tiba. Kami beramai ramai breakfast bersama

Apa yang saya perhatikan, mereka yang melayan kami akan cuba buat yang terbaik untuk kami

Antara ayat yang selalu keluar dari mulut mereka adalah, "Are you happy sir? If you happy. Then I'm happy...."
Ayat ni dah jadi mainan di mulut mereka. Selalu tanya kami nak make sure kami berpuas hati dengan setiap servis yang mereka berikan

Seperti yang saya katakan, pendapatan mereka adalah dari sumber pelancongan. Jadi mereka sehabis mungkin akan cuba buat kita semua happy

Satu lagi budaya yang saya nak kita semua faham adalah mengenai budaya memberi TIPS. 
Penduduk Kashmir ni sangat susah. Jadi, sekiranya kita memberi tips, mereka sangat sangat gembira

Biasanya kalau nak bagi tips, berilah sekitar 100 Rupees = RM6. Bagi mereka 100 Rupees ni sangat besar ertinya. 
Jadi, bagi yang melancong dan dah pergi ke kawasan sekitar macam ni, bawalah duit extra sket. Sambil melancong tu boleh kita menderma

Berbalik kepada perancangan hari ni, this is the plan for us

Jam 9.30 pagi, check out hotel. Terus menaiki Cable Car untuk ke Fasa 1 Pergunungan Gulmarg. Di sini, kami akan main Ski  (Tambahan RM60 untuk 45 minit - 1 jam), main Sledge (Tambahan RM60 untuk 1 rid) dan Snow Motor Bike (Tambahan RM90 untuk 15 minit)
Bagi yang tak nak main, tak perlu bayar apa apa. Boleh ajer duduk di tepi tu sambil ambil gambar orang lain main


Antara geng kami, dari kiri. Abang Nasir serta Isteri, Abang Zamri dan Abg Azmin. Di sebelah kanan pula Abang Sham, Kak Nora, Kak Razimah serta Kak Yati


Selesai breakfast, kami keluar dan ambil gambar sekitar kawasan tempat hotel kami ini


Gulmarg juga merupakan kawasan lakonan filem Bobby, A Gale Lagja dan Sanggam. Peminat filem Hindustan lama tahu lah filem filem ni.


Bab gaya ni atas cadangan kenkawan yang lain. Huhu. Boleh tahan gaya dia orang suruh kami buat

"Tere mete gangga, tere mete jamnata... Bole Radha boleh Sanggam go kabinahi...."
Faham ke tak ni? Haha..


Pemandangan sangat cantik. Subhanallah


Selfie kejap dengan abam abam yang dok angkat beg kami dari hotel ke bas...


"Doooossss sedoss sena raha...... Peira peira kenar raha... Zendegie sena raha..." 
Tahu tak lagu apa ni? Boleh jadi hero dan heroin filem hindustan dah ni


Di sini, memang sangat ramai orang yang berniaga. Mereka cari makan. Awal pagi lagi, mereka datang ke hotel kami, ada yang jual coklat, ada yang jual kerepek, ada yang jual meruku, ada yang jual sarung tangan, ada yang jual cermin mata hitam. Pendek kata, mereka cuba jual sehingga kita beli


Anda kene datang Kashmir sekali ni... Dan pastikan datang kena timing yang betul yer. Sebab sekarang bulan April, salji dah start mencair. Jangan salah timing yer


Ok, dah sampai ke tempat nak naik kereta kabel


Ketinggian kereta kabel ini adalah 14,000 kaki tinggi. Ia adalah kereta kabel tertinggi di dunia. Amcam? Rasa teruja tak..


Semua dapat sorang satu tiket. Ready untuk naik


Dah tak zabar lah tu... Semua orang pakai baju tebal


Siap ada Boarding Pass lagi tau.... Harga dalam RM45 seorang untuk naik dan turun


Ni lah ghupanya kereta kabel tu. Satu kereta naik 4 orang


Dengan lafaz Bismillah kami naik kereta kabel tertinggi di dunia ni


View jangan cakap lah. Memang sangat cantik. Terasa besarnya keagungan dan kehebatan Allah yang mencipta muka bumi ini dengan tersangat indah

Perjalanan ke Fasa 1 mengambil masa sekitar 15 minit


Tara... Dah sampai ke Fasa 1. Ready to play. Kami tak digalakkan naik sehingga ke Puncak Gulmarg ini sebab udaranya tersangat nipis. Oksigen kurang. So, duduk di Fasa 1 ni pun dah ok


Shah Rukh Khan in the making


It's time to play


Kami bawa kasut dari Malaysia jer. Make sure kasut jenis kalis air yer. Kalau susah susah, sewa ajer kat kedai di sini. Dah tentu tentu kasut tak masuk air


Nak guling guling sket boleh...? Jangan marah yer.... Pose pose macam ni atas cadangan kenkawan yang gi sekali.  

Geng gegirl main snow...


Dah jadi kanak kanak riang semuanya..


Next kita main ski pulak. RM60 untuk 45 minit ke 1 jam. 

Seumur hidup, ni first time saya berpeluang main ski. Nak main di Europe masa belajar dulu mana mampu. Dah la mahal... Ni di Kashmir, RM60 untuk 45 minit ke sejam bagi saya tersangat sangat murah. Nak murah macam mana lagi...


In total 13 orang main ski dari 18 orang group kami. 

Sekarang main sledge pulak. Di Europe ni Sledge ditarik oleh anjing.. Tapi di Kashmir India ni, mereka guna orang untuk tarik penumpang


Buat wayang kejap, tarik Maria... Ni bukan tarik jalan mendatar yer, tapi tarik naik bukit. Sila nangis..


Cak... Wayang jer ni. Nak tarik tu memang ler boleh


Orang ni dia tarik saya. So, ambil gambar kejap. Buat wayang macam saya yang tarik dia. Even dia tarik saya naik bukit tu, tapi banyak tempat yang saya jalan kaki sendiri naik. Kesian kat dia nak tarik. 
Nanti dah sampai atas, kami akan turun guna sledge ni ke bawah

Saya dan Maria naik sekali masa turun dan meluncur bersama. 
Biasanya, kita akan duduk di belakang mereka. Siap kaki orang belakang tu nak kene duduk atas paha orang di depan. So, takkan lah pompuan nak berkepit sampai macam tu. So, kami naik dengan pasangan masing masing la masa nak turun tu


Yang terakhir, main Snow Motor Bike. Dalam banyak banyak, ini yang paling best.... Ride sekitar 15 minit sahaja. Bayaran RM90 setiap seorang. Tapi sangat sangat best... Dan yang paling berbaloi berbanding yang lain


Kami 4 orang jer yang naik..


Meluncur laju atas snow..

Ini saja yang kami sempat main kat atas tu. Total masa kami di atas lebih kurang 2 jam setengah. Habis aja main, kami semua turun ke bawah untuk lawatan ke tempat yang seterusnya



Sekitar tengah hari, kami tiba di Srinagar kembali. Tour Guide menunjukkan kepada kami Houseboat. Ia akan menjadi tempat tidur kami selama 2 malam di Srinagar


But, before kami dibawa ke Houseboat itu, kami semua ke Tulips Garden dahulu


Welcome To Tulip Garden  

Ada puluhan ribu pokok bunga tulips yang ditanam di sini dari pelbagai warna

Sejujurnya, saya bukan seorang penggemar bunga. So, bila datang ke tempat ni, tak der lah terasa 'berahi' sangat. Layankan Maria ajer sambil ambil gambar


Dalam sebulan lagi, bunga tulips ni akan lebih kembang mekar...


Ni burung merak. Actually mereka tanam pokok menjalar bawah tu. Tapi pokok belum membesar lagi. Nanti dah menjalar panjang, akan tutup semua besi ni dan membentuk burung merak yang sangat cantik


Bunga warna macam macam ada di sini


Kami sampai sini sekitar jam 6 petang. Dah nak gelap pun... Matahari pun dah nak melabuhkan tirainya..



Kalau Encik Husband datang sekali, ko layankan jer la isteri kau tu bergambar. Senyumlah depan kamera walaupun tak ikhlas. Haha... Tak larat nak bergambar dah ni sebenarnya..


Siap ada air pancut lagi. Habis pusing taman ni, kami bergerak ke Kilang Membuat Karpet pulak. Kiranya tempat Home Made Carpet


Uncle ini menunjukkan cara mereka membuat permaidani atau karpet menggunakan tangan secara manual. Kalau tengok kertas oren tu, ia adalah 'formula' untuk memasukkan benang menjadi bentuk permaidani yang cantik


Frankly speaking, it's not easy. Kerja renyah macam ni akan dibuat oleh pekerja wanita sahaja. Orang lelaki tak leh kerja macam ni sebab tak ada passion yang cukup tinggi


Then, kami ditunjukkan hasil karpet yang dah siap untuk dijual. Sesambil tu, mereka cuba pengaruhi kami untuk beli. Yang saiz sejadah tu harga dia RM350. Ia tak murah sebab ia adalah Handmade sepenuhnya

Malangnya, tak ada siapa pun diantara kami yang minat untuk beli. So, kami semua keluar dan mereka pun sangat kecewa. Huhu...


Sebelah malam, kami dibawa ke Houseboat. Ini bilik kami untuk 2 malam


Dalam bilik ni pun sangat sejuk. Syukur kami diberikan blanket heater. Tapi waktu malam jam 12, elektrik akan dimatikan. Huhu..



Dah sampai, kita dinner dulu



Makan di sini memang sangat sedap.


Ingatkan lepas makan dah habis aktiviti dan boleh rehat. Rupa rupanya ada orang pulak yang datang ke boat kami untuk menjual. Macam macam yang mereka jual sampai kami semua rambang mata. Tengok itu rasa nak beli, tengok ni rasa nak beli. Macam macam nak kena beli lah kalau macam ni


Nampak dah smart untuk Maria. Dah berkenan. Tapi ada akak tu nak beli untuk anak dia... So, beri laluan dulu. Kami cari yang lain. 

Kak Nora dah jadi model lah pulak. Rega asal dia buka RM500. Tapi last last boleh dapat RM300 jer. Kena berani tekan rega sket. Tapi jangan rapat sangat tekan, kesian kat mereka. Nak cari makan juga. Ingat ni jer, mereka yang datang menjual tu orang Islam. Mereka susah. Mereka nak cari rezeki untuk anak isteri mereka. Jadi sambil membeli tu, niat nak menderma sama. 

Abang Nasir pun dah boleh jadi model ni. Sebenarnya, jaket yang mereka jual ni sangat berkualiti. Harga pulak murah. Nak banding dengan yang dijual di Europe, tersangatlah murah di sini

Hampir jam 12 malam, barulah kami boleh masuk tidur. Kalau tak, rasa sayang lah pulak


Suasana awal pagi di Houseboat


Kami mula dengan bersarapan dahulu. Alhamdulillah, memasing bergaya dengan jaket baru

Habis makan, ada orang jual sari pulak. Pashmina pun ada. Cincin pun ada. Pendek kata, memacam adalah. Sedia duit ajer. Yang canggihnya, dengan dia orang ni nak berniaga cukup senang. Nak guna kredit kad pun boleh, nak guna cash duit Malaysia pun boleh, nak guna duit rupee pun boleh. Janji kita beli jer.  

Kami bergambar dulu sebelum keluar berjalan lagi hari ini


Atas boat pun leh ada taman cantik macam ni... Haha

Taman atas boat


Ok. Kami nak ke bas dulu. Untuk ke bas, kami nak kena naik sampan ni dulu. Mereka kayuh secara manual untuk mengekalkan tradisi. Yang best, masa kita atas boat ni pun akan ada orang lain yang datang guna boat lain untuk menjual barang kepada kita. Memacam barang lah yang mereka cuba jual untuk kita

Ingat yer, mereka yang datang menjual ni bukan orang senang. Jadi, jika kita ni Allah beri rezeki lebih. Belilah apa yang patut


Maria ambil gambar dulu. Nampak tak, sebelah tu ada jer boat. Boat tu datang nak menjual lah...  Bila nampak ajer boat kita bergerak, mereka datang dengan sangat laju. Kayuh laju laju nak sampai dekat kita dengan penuh harapan agar kita beli. 

Nampak tak belakang tu, ada houseboat. Sini rasanya ada beribu ribu houseboat. Memang Srinagar ni terkenal dengan Houseboat atas tasik


Sangat penting yer untuk pakai cermin mata hitam di sana. Jangan lupa bawa Sun Block sekali. Disebabkan di sini Humidity Low. Udara sangat kering. Bibir sangat mudah kering dan merekah. So, sila bawa apa yang patut untuk lembabkan bibir


Dah sampai ke jeti... 

Selfie dulu dengan boat

Suasana di jeti juga haru biru. Terlalu ramai orang datang menyerbu kita sebab mereka nak berniaga. Nak suruh kita beli barang macam macam. Key Chain ada. Fridge Magnet ada. Pendek kata, macam macam ada

Topi ni ada member beli. Harga dalam RM9 jer


Di awal pagi ni, kami ke Mughal Garden. Ada tempat ambil gambar dengan pakaian tradisi orang Kashmir lelaki dan wanita


Memula tu, kami ambil gambar sendiri jer


Sekali orang offer ambil gambar sekali dengan sewa pakaian rasmi. 10 gambar print saiz 8R harga RM60 seorang. Harga ni dah termasuk dengan kos sewa baju tu


Dah bini nak.. Ku layankan ajer. Semua gaya ni mereka yang aturkan. Kita just pose saja. 

Photographer ni ada idea macam macam...


Seperti Shah Rukh Khan dan Juhi Chowla dah ku tengok


" Ooooooo Mere Zendia....."

Bergambar dengan Hanim, Faroq Tour Guide kami dan juga Kak Laily


Layankan jer la...


Selepas itu, bas meneruskan perjalanan ke Sonamarg. Satu lagi kawasan pergunungan salji. Ia mengambil masa 2 jam untuk ke sana dari Srinagar. Di pertengahan jalan, kami singgah di satu kedai. Shopping lagi nampak gayanya


Ha sudah.... Nak beli ler tu.. Beli lah sayangku... Ini India. Barang murah. Kalau kene kat Europe, mau nangis. 

Hand bag ada.... Macam macam ada

Sari ada.. Jaket pun ada. Murah murah pulak tu. Apa lagi.. Membelilah dengan bahagianya yer..


Hamik kau.. Semua orang keluar dengan satu dua beg


Gambar di luar kedai on the way to Sonamarg


Cantikkan.. This is India.. The Incredible India


Selepas 2 jam. Kami tiba di Sonamarg. Kami singgah kedai ini dulu untuk makan tengah hari



Makan buffet jer har ini


Alhamdulillah, bab makan tak pernah mengecewakan di India ni. 

Selepas tu, bagi yang berminat boleh naik kuda. Sewanya hanya RM60 seorang untuk 1.5 - 2 jam perjalanan pergi dan balik. Memang murah dan sangat puas hati aih rasanya


Kesian kuda, dahaga agaknya, Berhenti minum air dulu

Kami menaiki kuda melalui jalan raya ini menelusuri kawasan pergunungan ini yang bersebelahan dengan sungai. Pemandangan jangan cakap la. Memang Subhanallah, Maha Suci Allah.... Sangat cantik. 

Kuda saya dapat ni agak tinggi..


Kuda Maria kecik sket

Nanti ada orang yang akan ambil gambar. Kalau nak gambar ni, nanti boleh beli jer dari mereka soft copy. Satu gambar 50 rupees lebih kurang RM3 sahaja. Beli la 10 keping dalam RM30. Kesian mereka ni. Nak cari makan


Kita dah duduk atas kuda. So angle angle macam ni memang kita tak ada lah. So, beli lah dari photographer yang dok jalan ikut kita ni


Jauh tau naik kuda ni. Rasanya dalam 2km


But, just enjoy the view. Sekali lagi, bila melihat keindahan alam ni. Terasa dalam hati, "Sini pun dah cantik. Macam manalah dalam syurga nanti...."

Dah sampai ke penghujung. So, kami berhenti sekejap untuk bergambar dengan salji


Dengan air sungai yang cantik. Memang perfect lah kalau nak bergambar. Topi saya beli tu harganya RM6 sahaja. 

Background snow pulak

Boleh jadi model dah ni..


Sebelum pergi, habis dok study gaya gaya yang boleh digayakan depan kamera. Maka ini lah sebahagian daripada hasilnya


Saya pulak tak ada gaya lain dah. Gaya nak terbang jer...


Lompat pulak

Sehati sejiwa. Semoga Allah beri kebahagiaan sehingga ke syurga Insya Allah


Ok, masa dah time. Jom balik


Adik ni umur 10 tahun. Tak belajar dah. Terus bekerja cari duit untuk menampung keluarga dia. Uhukss... Sian adik ni. Kecik kecik dah pandai cari duit 


Sampai ajer di house boat, dah malam. Kami naik balik Shikara ( Sampan ) ni untuk pusing tasik dan shopping lagi


Shikara dah sampai tempah shopping.... So, kami shopping kejap sementara Shikara tunggu kami membeli belah


Unik betul kawasan ni, nak shopping nak kena guna boat


Kedai jual sari, jaket, cenderamata dan macam macam lagi..


Lepas habis shopping, kami balik house boat kami. Sekali dah ada orang jual jaket dok tunggu. Hmmm.. Ku beli lagi sepasang untuk kami berdua. Cantik sangat ni. Kain sedap, kualiti bagus, harga murah. Nak apa lagi.

Day 5 - Srinagar - New Delhi - Agra
Harini adalah hari travel. Dari Srinagar, kami akan naik flight menuju ke New Delhi. Lepas tu, naik bas 5 jam menuju ke Agra

Dijangka tiba di Agra sekitar jam 8 malam


Ambil gambar kenangan atas boat. Jangan berbulu yer, banyak sangat orang yang dok cadang macam macam gaya termasuk posing maut ni.. Huhu...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdaus.com.my/2019/04/pengalaman-bercuti-8d7n-di-kashmir-india.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trip Ke Delhi Kashmir Agra 2019 Teaser

Trip Ke Delhi Kashmir Agra 2019 Teaser

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 411 hits
Assalamualaikum Keep calm cause I m on vacation OK TIPU Seminggu dua ini masih jelas tanda tanda terkena post vacation syndrome Macam mana nak move on jika tempat musafir viewnya cantik dan gorgeous umpama paradise on earth Itulah perumpama...
Trip Ke Delhi Kashmir Agra Part 1 Perjalanan Menerokai Bumi Kashmir

Trip Ke Delhi Kashmir Agra Part 1 Perjalanan Menerokai Bumi Kashmir

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 393 hits
Assalamualaikum Keep calm cause I m on vacation OK TIPU Seminggu dua ini masih jelas tanda tanda terkena post vacation syndrome Macam mana nak move on jika tempat musafir viewnya cantik dan gorgeous umpama paradise on earth Itulah perumpama...
Pengalaman Bercuti Ke Kuala Terengganu

Pengalaman Bercuti Ke Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 788 hits
PENGALAMAN BERCUTI KE KUALA TERENGGANU Assalamualaikum Baru berkesempatan nak menulis tentang percutian ke Kuala Terengganu Dalam kamus Cik Rose dan suami tak ada nama percutian yang dirancang Semuanya mengejut Suprise je sokmo Jadi memang ...
New Visit Malaysia 2020 Logo To Be Unveiled In May

New Visit Malaysia 2020 Logo To Be Unveiled In May

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 308 hits
The new official logo for Visit Malaysia 2020 campaign will be announced in May says Tourism Arts and Culture Minister Mohamaddin Ketapi Mohamaddin said today that the logo would be announced as soon as the winners of the Visit Malaysia 202...
Teladan Dari New Zealand Wayang Yang Membawa Keamanan

Teladan Dari New Zealand Wayang Yang Membawa Keamanan

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 290 hits
Apabila melihat perdana menteri New Zealand bertudung litup semasa datang melawat kelurga mangsa serangan pengganas tempoh hari hati kita menjadi sedikit aman Simpati yang ditunjukkan beliau pada saat kita semua amat memerlukannya membuatka...
11 Tempat Menarik Lokasi Percutian Di New Zealand

11 Tempat Menarik Lokasi Percutian Di New Zealand

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 581 hits
Ramai orang kata New Zealand adalah negara paling best di dunia Semuanya alam semula jadi Nature nature and more nature dan kata mereka betul Tambah satu lagi sebab kenapa New Zealand terbaik ia adalah antara negara yang memiliki udara pali...
Wordpress Com S Parent Company Announces Happy Tools A New Suite Of Products For The Future Of Work

Wordpress Com S Parent Company Announces Happy Tools A New Suite Of Products For The Future Of Work

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 413 hits
Distributed teams different geographies and complex dynamics are redefining the modern workday Soon job perks like flexible hours and work from anywhere will become table stakes benefits that every company needs to offer to stay competitive...
5 Decorating Tips To Make Your New Place Feel Like Home

5 Decorating Tips To Make Your New Place Feel Like Home

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 333 hits
Moving into a new place is no easy task It can be extremely stressful if you re not prepared and finding a new home can be a daunting task that takes up a lot of time The post appeared first on
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan