Trip Ke Delhi Kashmir Agra Part 1 Perjalanan Menerokai Bumi Kashmir
Assalamualaikum. Keep calm cause I'm on vacation. OK TIPU. Seminggu dua ini masih jelas tanda-tanda terkena post vacation syndrome. Macam mana nak move on jika tempat musafir viewnya cantik dan gorgeous umpama paradise on earth. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk Kashmir.
Alhamdulillah minda terasa lapang dapat lihat betapa Hebat dan Maha Agungnya Allah mencipta alam kediaman manusia di inci muka bumi berbeza. Paling penting, dapat faedah ilmu tentang adab dan budaya Kashmiri. Aritu pergi Jepun terkesan sangat dengan budaya Jepun. Kali ini terkesan betul dengan perjalanan ke Kashmir. Kashmir tidak pernah terlintas di fikiran. Tiada dalam travel wishlist. Nadaaa~
Segalanya bermula bila terima whatsapp group dari Abah. 'Abah nak bawa ibu pergi Delhi-Kashmir'. Kehidupan #gengpencen masa kini😅 Baru sahaja ke Istanbul, ni nak ke India pula. Doakan abah & ibu terus afiyah untuk meneroka dunia. Lantas intinerary dikongsi bersama.
Alamak, ada Taj Mahal! Terus cair. Tidur malam teringat Taj Mahal. Sebelum ni duk tengok dalam National Geographic. Ini ruang dan peluang untuk tengok dan sentuh Taj Mahal dengan mata dan jari jemari sendiri! Over. Taj Mahal is one of the seven wonders of the world. Memang wujud dalam travel wishlist. MESTI PERGI. MESTI PERGI.
Dipendekkan, semua urusan Allah permudahkan. Dr Aifaa Liah pun dapat cuti. Kita pun dapat approval pakwe untuk bermusafir. Jadi, ayuh kita ke Kashmir bersama geng acikmakcik pencen!😂 Seronok pulak travel dengan mereka. Haih!
Teaser
Sedikit penceritaan tentang bumi Kashmir
Kini Kashmir ditadbir oleh tiga negara
India, Pakistan dan Republik Rakyat China.
India mentadbir Jammu dan Kashmir(Lembah Kashmir, Jammu dan Ladakh)
Pakistan mentadbir Gilgit-Baltistan dan wilayah Azad Kashmir
China mentadbir Aksai Chin dan kawasan Trans-Karakoram.
Kita zoom in wilayah yang ditadbir oleh India tadi.
Di KashmirMajoriti penduduk Kashmir adalah beragama Islam. Survey 2011; 97.16% Muslim dan 2.84% Hindu, Sikh, Buddha
Di JammuMajoriti penduduk Jammu adalah (>50%) adalah beragama Hindu
Di LadakhTerbahagi 2 bahagian Leh and Kargil. 76.87% populasi Kargil ialah Muslim (mostly Shia)Manakala Leh 66.40% Buddhist
Sumber: wikipedia
Tempat-tempat menarik di Kashmir kesukaan orang Malaysia... Srinagar yang masyhur dengan Dal Lake. Kemudian Pahalgam, Sonamarg dan Gulmarg. Majoriti Muslim. Senang nak solat. Paling penting makanan di sana 100% halalan toyyiban!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azyyatiliah.com/2019/04/trip-ke-delhi-kashmir-agra-part-1.html