11 Tempat Menarik Lokasi Percutian Di New Zealand


Ramai orang kata New Zealand adalah negara paling best di dunia. Semuanya alam semula jadi. “Nature, nature and more nature“, dan kata mereka betul! Tambah satu lagi sebab kenapa New Zealand terbaik, ia adalah antara negara yang memiliki udara paling bersih di dunia. Nak tahu macam mana rasanya sedut udara bersih kena pergi New Zealand.

Paling utama yang membuatkan New Zealand sangat seronok bukan setakat tempatnya yang menarik dan cantik, malah majoriti orang-orang New Zealand baik-baik belaka. Orang New Zealand memang terkenal dengan sikap humor mereka, lepak bersama mereka pun dah cukup buat anda rasa happy. Lawak mereka tahap mudah terhibur, memang sporting sungguh.

Mustahil untuk kami kongsi perasaan seronok bersama anda, tapi yang pasti kami boleh kongsi tempat-tempat menarik dan best yang anda boleh pergi bila travel ke New Zealand.

1. Hobbiton


Tak lengkap rasanya kunjungan anda ke New Zealand jika tidak melawat Hobbiton. Dunia fantansi yang wujud di alam realiti. Tapak pengambaran filem The Hobbit ini terletak di Ladang Biri-Biri Alexander di daerah Matamata.

Apa yang menariknya, di sini anda berpeluang untuk melihat kehidupan dunia The Hobbit dengan lebih dekat. Terima kasih kepada Peter Jackson kerana telah menjadikan kisah di dalam bukunya menjadi nyata.

Hobbiton menawarkan 4 pekej yang berlainan iaitu Hobbiton Movie Set Tour, Private Tour, Evening Banquet Tour dan Chinese Tour.

Setiap pelawat akan disediakan bas dan tour guide khas yang akan membawa anda ke perkampungan The Hobbit mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Oh ya, pastikan anda datang sebelum jam 4 petang. Kalau tak, kena datang semula besok.

2. Mount Cook National Park


Mount Cook ini merupakan gunung yang tertinggi di New Zealand dengan ketinggiannya sebanyak 3754 meter. Ia menyediakan tempat yang selesa untuk aktiviti aktiviti dipergunungan.

Anda boleh ke puncak Mount Cook hanya dengan berjalan kaki sahaja. Ada trek pejalan kaki yang sangat mudah untuk dilalui dan selain berjalan kaki, anda boleh juga menaiki berbasikal di sini.

Di dalam perjalanan untuk menuju ke Mount Cook, anda akan melalui Tasik Tekapo dan Tasik Pukaki. Anda pasti akan terpukau dengan keindahan air tasik tersebut yang cantik.

3. Sky Tower


Oleh kerana penerbangan AirAsia mendarat di Auckland, jadi kami tak nak terlepas untuk singgah ke salah satu menara yang menjadi ikon New Zealand iaitu Sky Tower.

Sky Tower terkenal dengan aktiviti sky jump, dan sky walk. Buat anda yang sukakan aktiviti mencabar dan tidak gayat, mencuba dua aktiviti ini pastinya sangat mengujakan.

Satu lagi perkara yang anda patut tahu, Auckland merupakan bandar paling sibuk di New Zealand dan Sky Tower terletak di tengah-tengah bandar Auckland. Jadi, untuk melihat bagaimana suasana bandar paling sibuk di New Zealand ini, Sky Tower adalah tempatnya.

4. Glowing Worn Cave, Waitomo


Ini pengalaman paling unik anda boleh dapat di New Zealand. Glowing Worm Cave atau Gua Waitomo ini terletak di daerah Waikato.

Di dalam gua ini terdapat sejenis speises ulat ‘bercahaya’ yang sangat unik dan ianya sudah terbentuk sejak 30 juta tahun dahulu. Ada banyak cara untuk anda meneroka tempat ini, salah-satunya dengan menaiki bot.

Sebelum dibenarkan masuk, pelancong selalunya akan diberi sedikit taklimat oleh tour guide yang bertugas.

Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi, seperti tidak merokok, tidak dibenarkan mengambil apa-apa gambar termasuk video dan paling penting untuk anda tahu, semua pelancong yang masuk ke dalam gua ini akan dipaksa menyanyi.

Jika memandu dari Auckland, ia mengambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai ke Gua Waitomo.

5. Blenheim (South Island)


New Zealand sememagnya amat terkenal dengan alam semulajadi seperti pepohon, sungai, tasik, gunung dan juga taman.

Maka tidak hairanlah kenapa hampir setiap bandar atau daerah di New Zealand ini diwujudkan taman-taman bunga di dalam pelbagai size.

Antara taman bunga yang paling besar sekali di New Zealand ini adalah di Christchurch dan Hamilton. Walaubagaimanapun, ada juga taman kecil yang juga cantik seperti taman Pollard Park di Blenheim.

Blenheim merupakan salah satu bandar yang paling cerah di New Zealand dengan anggaran purata 2,438 jam cahaya matahari setahun.

Cuaca ini sangat sesuai dengan penanaman anggur dan kerana itu daerah Blenheim ini turut terkenal dengan ladang-ladang anggurnya yang sangat besar dan menarik perhatian terutama ketika sedang ranum berbuah.

Di Blenheim ini juga turut terdapat sebuah istana lama yang masih utuh teguh berdiri sejak zaman era pemerintahan terdahulu.

6. Wai-O-Tapu Thermal Wonderland


Wai-O-Tapu adalah salah satu tempat yang tersenarai dalam 20 Most Surreal Place In The World. Jadi, tidak wajar jika anda melepaskan peluang berkunjung ke Wai-O-Tapu sebaik menjejak kaki di bumi Kiwi.

Wai-O-Tapu Thermal Wonderland terletak di daerah Rotorua, ‘Wai-O-Tapu’ merupakan perkataan yang diambil dari bahasa Maori yang bermaksud ‘Air Suci’.

Wai-O-Tapu memiliki banyak kolam air panas dan ia merupakan kawasan aktif geoterma. Terletak di Rotorua iaitu kawasan bekas kawah gunung berapi yang pernah meletus lebih dari 200 ribu tahun dahulu, masuk ke sini bermakna anda sedang memasuki zon gunung berapi.

Waktu operasi Wai-O-Tapu Thermal Wonderland adalah berbeza mengikut bulan. Bermula bulan April hingga Oktober, waktu operasi ialah bermula jam 8 pagi hingga 6 petang. Untuk bulan November hingga Mac pula, waktu operasi adalah pada 8.30 pagi hingga 1.30 pm sahaja.

7. Omarama


Omarama yang juga di kenali sebagai ‘Place Of Light’ ini merupakan sebuah lokasi yang mempunyai pemandangan yang sangat menakjubkan dengan dikelilingi oleh gunung yang tinggi dan air yang jernih.

Omarama merupakan satu destinasi yang sangat sesuai untuk aktiviti meluncur dan memancing. Selain itu, ia juga sangat terkenal dengan mandian bath tub di sambil menikmati permandangan semulajadi di sekelilingnya.

Bagi anda yang sukakan aktiviti berbasikal, anda boleh menyewa basikal di sini dan menggunakannya untuk melihat ladang anggur dan lain-lain tarikan lain yang turut ada di sini.

8. Skyline


Skyline Rotorua, tempat yang paling bahagia untuk anda habiskan masa seharian. Aktiviti menaiki gondola (kenderaan seakan kereta kabel) dan bermain Luge antara yang patut anda cuba di sini. Untuk sampai ke kawasan atas bukit, anda akan dibawa menaiki gondola dengan kapasiti maksimum 8 orang sekali jalan.

Nampak permainan macam go kart di atas? Ha, itulah permainan Luge yang anda boleh cuba di Skyline Rotorua. Dalam permainan ini, anda akan mengawal sendiri kereta dan meluncur dari atas bukit.

Terdapat 3 jenis trek yang berbeza boleh dipilih, amatur, profesional dan ekstrim. Pilih sahaja yang ekstrim, lebih seronok dan puas hati. Memang terbaik.

Selepas habis ride Luge, anda akan naik semula ke atas menaiki cable chair. Di atas terdapat kafe untuk menjamu hidangan tengah hari, buat pengetahuan anda semua makanan yang ada di kafe Skyline Rotorua semuanya halal.

Selain itu, boleh juga bersiar-siar dikawasan sekeliling tengok biri-biri dan Llama. Susah nak dapat peluang tengok Ilama depan mata ni.

9. Marae


Suku kaum Maori merupakan kaum pertama yang menetap di New Zealand satu ketika dahulu. Berkunjung ke Marae adalah cara paling dekat untuk anda berkenalan dengan mereka.

Pelawat akan didedahkan dengan sejarah dan asal usul kaum Maori. Tradisi dan budaya kaum Maori sangat unik untuk didekati, ada sebahagian daripada bahasa mereka sama seperti bahasa Melayu di Asia Tenggara.

Menariknya, jika anda memilih untuk tunggu hingga makan malam, anda berpeluang untuk melihat kaum Maori memasak secara tradisional.

Sementara menunggu hidangan masak, anda akan disajikan dengan pertunjukan tarian tradisi kaum Maori. Lepas habis, dah boleh makan. Jangan risau, di New Zealand kebanyakan daging yang dihidangkan halal dimakan.

10. Lake Taupo


Lake Tapou, tasik luas ini dikatakan sudah terbentuk sejak 2000 tahun yang lalu akibat kesan letupan gunung berapi yang amat dahsyat. Keluasan Lake Tapou sama luas jika dibandingkan dengan seluruh Singapura. Memang besar.

Banyak aktiviti yang menarik boleh dilakukan di sini, antaranya bermain ski, berlayar, berkayak dan yang paling popular adalah aktiviti memancing.

Lake Tapou adalah syurga buat pemancing tegar, pulau luas ini memiliki trout perikanan semula jadi terbesar di dunia. Kata penduduk tempatan, “di sini tempat untuk lempar kail dan tangkap ikan besar”.

Jika mahu menikmati keseluruhan permandangan Lake Tapou, anda boleh memilih untuk bersiar-siar menaiki feri selama 2 jam.

Memberi itik makan dan memancing adalah antara aktiviti yang ditawarkan di atas feri. Anda turut dihidangkan kopi dan kek muffin yang sedap. Boleh makan sampai kenyang.

11. Huka Prawn Park


Berdekatan dengan Lake Tapou, satu lagi tempat yang tak patut anda lepaskan adalah Huka Prawn Park. Di sini merupakan tempat ternakan udang galah paling besar di New Zealand.

Ini masanya untuk anda tangkap dan makan udang galah puas-puas. Huka Prawn Park dibuka setiap hari, waktu operasi bermula seawal 9.30 pagi.

Jadi, disarankan anda datang awal untuk tangkap udang puas-puas. Banyak kolam, udang pun banyak. Mudah ditangkap, kenyang dimakan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
6 Lokasi Pelancongan Di Sabah Yang Setanding Luar Negara!35 Lokasi Dengan Air Paling Jernih Di Dunia
sumber: thevocket



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/03/11-tempat-menarik-di-new-zealand.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapakah Jacinda Ardern Kepada New Zealand

Siapakah Jacinda Ardern Kepada New Zealand

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 317 hits
Siapakah Jacinda Ardern Kepada New Zealand Tiba tiba saya baru dengar nama ini Tiba tiba baru nak Google maklumat tentang beliau Rupanya Jacinda Ardern adalah Perdana Menteri New Zealand seorang wanita berwajah jernih dan redup namun tergam...
New Zealand Haram Manifesto Suspek Serangan Masjid

New Zealand Haram Manifesto Suspek Serangan Masjid

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 312 hits
David ShanksCHRISTCHURCH New Zealand mengharamkan pemilikan dan pengedaran manifesto yang dipercayai ditulis suspek serangan masjid di Christchurch kata para pegawai Pejabat klasifikasi filem dan kesusasteraan hari ini mengumumkan bahawa di...
Duta New Zealand Berucap Dalam Bahasa Melayu Himpunan Solidariti Kedamaian Terharu

Duta New Zealand Berucap Dalam Bahasa Melayu Himpunan Solidariti Kedamaian Terharu

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 326 hits
KUALA LUMPUR Berucap dalam Bahasa Melayu Duta New Zealand ke Malaysia Hunter Nottage menjadikan Perhimpunan Soladariti Kedamaian Soladarity4Peace yang berlangsung di Dataran Merdeka pagi ini bertambah sayu Katanya New Zealand sangat bersedi...
Video Saya Bangga Menjadi Muslim Di Bumi New Zealand Sonny William Tidak Mahu Lagi Islam Dike Ji

Video Saya Bangga Menjadi Muslim Di Bumi New Zealand Sonny William Tidak Mahu Lagi Islam Dike Ji

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 305 hits
Saya Bangga Menjadi Muslim Di Bumi New Zealand Sonny William Tidak Mahu Lagi Islam Dike ji Antara yang terkesan dengan tragedi seran gan pengga nas di masjid Christchurch bintang ragbi New Zealand Sonny Bill Williams yang juga merupakan seo...
Gengster New Zealand Bantu Jaga Keselamatan Umat Islam Solat Jumaat

Gengster New Zealand Bantu Jaga Keselamatan Umat Islam Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 345 hits
24312 SHARES Hikmah insiden minggu lepas di Christchurh bukan sahaja pihak polis menjaga keselamatan jemaah ketika solat Jumaat malahan kumpulan gengster bermotorsikal juga turut serta sama menjaga keselamatan jemaah Mungkin ini pengalaman ...
In Photos Show Of Solidarity In New Zealand

In Photos Show Of Solidarity In New Zealand

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 250 hits
Exactly a week ago the world was shocked by the news of the shootings at two Christchurch mosques in New Zealand resulting in the deaths of 50 victims World leaders condemned the act in response as did popular celebrities both international...
Malaysia Pm New Zealand Jacinda Ardern Terima Ugutan Bunuh

Malaysia Pm New Zealand Jacinda Ardern Terima Ugutan Bunuh

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 344 hits
CHRISTCHURCH Portal NEWSHUB New Zealand hari ini melaporkan Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern menerima ugutan bunuh di media sosial Ugutan itu disampaikan menerusi sebuah akaun Twitter dengan mesej You are next bersama dengan gamba...
Biodata Jacinda Ardern Perdana Menteri New Zealand

Biodata Jacinda Ardern Perdana Menteri New Zealand

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 283 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan berita berita viral terkini di Malaysia Klik Sini Pada ketika dunia sedang bersedih terhadap apa yang telah berlaku di Christchurch semua mata turut tertumpu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah