Pengalaman Bercuti 4h3m Di Surabaya Tumpak Sewu Kawah Ijen Dan Bromo


Assalamualaikum,
Bulan Januari, seperti biasa saya dan kawan kawan geng lelaki akan travel ke luar negara. Macam biasa, negara dipilih adalah Indonesia

Destinasi kali ini, Surabaya

Sebelum ini, kami pernah travel bersama ke : 
Medan ( Klik Sini Untuk Baca )Yogjakarta (Klik Sini Untuk Baca )
Banda Acheh ( Klik Sini Untuk Baca )Krabi, Thailand ( Klik Sini Untuk Baca )Pulau Redang (Klik Sini Untuk Baca )Pulau Pangkor ( Klik Sini Untuk Baca )
Selalunya, kami travel geng bapa bapa saja. Kalau travel dengan family, itu trip lain

Untuk trip kali ini, saya diamanahkan untuk mencari agen yang terbaik untuk uruskan pakej percutian kami di Surabaya

Saya survey 4 syarikat. Alhamdulillah, ada satu syarikat di Surabaya yang tawarkan pakej terbaik untuk kami

Untuk percutian di Surabaya, kami pilih "PAKEJ ADVENTURE". Memandangkan yang pergi semuanya lelaki, so, nampak macam lebih menarik je

Percutian 4 Hari 3 Malam ini melibatkan lawatan ke Tumpak Sewu, Kawah Ijen dan Bromo. Ini 3 lokasi utama lawatan kami sepanjang percutian ini

Kami cuba google gambar tempat lawatan. Subhanallah. Sangat amazing dan semua orang teruja nak ke sana. Menikmati keindahan alam ciptaan Allah

Cerita Day 1 - Perjalanan Ke Surabaya

Kami berkumpul di KLIA2 dan breakfast bersama disitu


Wajib bergambar di sini dulu sebelum pergi. Kami 9 orang yang menyertai trip kali ini


Di ruang perlepasan

Tiket Air Asia dari KLIA2 ke Surabaya pergi dan balik kalau yang beli tiket awal, dapat harga RM250 sahaja macam saya. Ada kawan yang lambat beli tiket terpaksa beli pada harga RM670 return. Pengajarannya, belilah tiket awal


Travel mate. Selalu saya travel ngan Okaz ni. Since satu kepala, senang la nak masuk dalam banyak perkara


Farid dan Fadamir. Sorang tauke Carwash. Sorang Tauke Kedai Handphone Dan Accesories di KL. Perjalanan dari KLIA ke Surabaya mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit


Alhamdulillah, semua orang selamat sampai di bumi Surabaya. Landing di Surabaya sekitar jam 12 tengah hari. Keluar airport jam 1 petang


Untuk mengetahui jarak antara satu tempat ke tempat yang lain, beginilah jaraknya diatas peta. Kami landing di Surabaya, kemudian akan ke Tumpak Sewu, lepas tu ke Ijen Crate dan akhir sekali di Bromo sebelum berpatah balik ke Surabaya


Ini van yang kami naiki sepanjang perjalanan kali ini


Dr Rezqa dan Farid. Naik naik kereta terus landing. Farid tu dah berapa hari tak tidur sebelum tu, dok buat macam macam kerja kemasyarakatan di kawasan setempat sebelum terbang ke sana


Berhenti untuk solat Zuhur dahulu

Makan tengah hari. Pakej kami tak termasuk harga makan. Jadi kami kena bayar sendiri duit makan. Kami kumpul setiap seorang sebanyak RM200. Kemudian guna duit tu ja la untuk makan selama kami di sana


Pemandangan di Surabaya sangat cantik. Ni gambar kami ambil di kawasan padi


Hijau yang mendamaikan


Dalam perjalanan, kami singgah untuk makan durian dulu


Rasa dia so so jer la... Tak sesedap durian Medan


Jam 7.30 malam, kami tiba di Hotel Gaja Mada, Lumajang. Mandi, solat dan kemudian keluar untuk makan malam


Seperti biasa, kalau ke Indonesia, mesti kena makan Martabak Dan Terang Bulan. Ni wajib ni. Sebab rasanya sedap sangat. 

Ini martabaknya


Semua orang dok lapar masa ni, jadi semua leh layan martabak dan terang bulan ni sebab sedap


Ni lah terang bulan. Lepas makan ni, kami gi dinner, then balik hotel berehat untuk acara pagi esoknya

Day 2 : Tumpak Sewu
Hari kedua kami di sana, kami dibawa melawat Tumpak Sewu. Ia kawasan air terjun  yang sangat cantik

Dari kiri, Dr Rezqa, Hafiz, Farid, Izwan Funder, Afzaini, Muaz, Okaz, Firdaus dan Amir


Nampak peta ni pun dah pening. Syukur ada pak supir yang akan bawa kami jalan jalan ke tempat ini. 

Masa sampai, ini aktiviti pertama kena buat. Group photo di sini


Kami ambil gambar di atas dulu. Tumpak Sewu ni maksudnya 1000 air terjun. Kawasan di sekitar ni memang terlalu banyak air terjun




We Love Tumpak Sewu. Dah ada papan tu, kita ambil jer la gambar


Ok, lets the journey begin. 

Macam macam jenis pokok ada. Dengan pemandangan yang menghijau, dan kedengaran deruman air terjun dari kawasan sekitar, tempat ini sangat mendamaikan


Cumanya... Haha. Inilah cabarannya. Nak sampai ke bawah tu tak lah mudah. Dari 9 orang yang join, 8 orang langsung tak exercise. Main redah jer ni


Siap pakai seliper lagi. Katanya kami akan lalu banyak kawasan air terjun nanti. So, tak digalak pakai kasut. 

Dalam dok kata, dah jumpa air terjun. Nak kena cross air terjun ni. Nak sampai ke bawah tu tak lah mudah. Mencabar juga


Laluan yang terpaksa kami lalui


Cantikkan air terjun di kawasan ni... Kita akan jumpa banyak sangat air terjun sepanjang perjalanan tu nanti


Nak kena cross jambatan ni pulak


Air kawasan ni tak lah dalam sangat. Tapi sangat sejuk. 

Ok, dah sampai ke bawah. Port yang orang selalu ambil gambar


Cabaran utama kami, kami sampai awal pagi. Di belakang cahaya sangat terang, tempat kami pulak tak terang. Jadi gambar tak berapa nak cantik. 

Siap ada jam lagi. Ha, amik kau 8:06 pagi tarikh 17 Januari 2020 di sini


Okaz dan Izwan

Group photo satu..


Gambar angle lain pulak


Close up


Batu terbelah


Cer bayang, lepas sejam kita berjalan sakan. Tetiba nampak kedai kat bawah tu jual Mee Maggi. Murah lak tu. Baru RM1.50 satu cup. Dengan lapar lagi, ni pakej terbaik.


Semua kalut nak makan

Sedap betul tu... Haha..


Fokus Fokus.....


Kita sambung perjalanan ke Gua Tetes pulak. Dalam perjalanan, jumpa lagi air terjun. So, mandi dulu. Parit Buntar Is My Hometown gitu


Dah jumpa tok sami bertapa pulak

Terbaik lah kalau bab posing gambar


Sejuk wei.. Lekaih lekaih...


Panoramic View. Baru leh nampak gambar dari atas ke bawah. 

Air terjun yang cantik dan mendamaikan


Nampak tu, jam 11:13 pagi, masih dok berjimba lagi kat bawah tu


Farid..


Haha.. Ada tempat mandi best rupanya. Ku sorang jer yang bawa goggle. So, memang best la. Dengan air jernih lagi. Memang terbaiklah. So, kalau korang nak pergi ke sini. Make sure bawa goggle ok


Geng travel lelaki... 

Bab bergambar memang tak leh blah. Cakap jer gaya cam na pun, jadi...


Ok, tadi bab nak turun. Sekarang bab nak naik balik. Kami guna jalan lain pulak. Huhu.. Bayangkan nak kena naik balik laluan macam tu. Memang adventure ni. 

Alhamdulillah, akhirnya sampai ke Gua Tetes


Fuh. Rasanya waktu ni dah dekat jam 12 tengah hari. Memang fenat lah.... Naik turun naik turun...


Still dalam Gua Tetes. Pun masih ada air terjun. 

Ok, then kami kena teruskan perjalanan mendaki ke atas lagi. Untuk pergi ke kawasan parking kereta. Aduh, azabnya waktu ni..


Muka dah macam toya je sorang sorang. Dah penat dan tak larat.


Huhu... Setelah jauh berjalan dan berhenti yang tak tahu berapa kali, akhirnya jam 1:30 petang, kami sampai kembali ke tempat parking kereta. 

Ada orang jual air kelapa muda. Kita layan dulu. Seterusnya, kami bertolak dari kawasan Tumpak Sewu ke Kawah Ijen pulak

Guest what, perjalanan dari Tumpak Sewu bermula jam 2:00 petang. And kami hanya tiba di hotel area Kawah Ijen tu jam 9:30 malam. A very tiring trip

Day 3 : Kawah Ijen
Macam yang saya cakap tadi, kami tiba di hotel jam 9:30 malam. Memang sangat penat rasanya. Kaki saya pun dah cramp

Ku sangkakan 'Azab' sakit kaki akan berakhir. Rupa rupanya, 'Azab' itu baru bermula. Huhu..

Jam 11:30 malam, kami diminta bersedia untuk keluar hotel menuju ke Kawah Ijen

Kami rasa macam "Whatt !!!!"
Penat siang tadi tak habis lagi. Dah nak kena keluar lagi. Huhu. Tiada pilihan kami semua keluar hotel jam 11:30 malam tu

Perjalanan dari hotel nak ke kaki Kawah Ijen tu ambil masa 1 jam 30 minit. Kami sambung tidur lagi dalam van


Semua pakai baju sejuk. Baju sejuk ni lah saya guna masa naik Gunung Kinabalu haritu


Jam 1:30 pagi, kami mula mendaki Kawah Ijen. Kami mesti sampai ke atas awal pagi untuk melihat api biru di bawah tu


Pak Supir dah beritahu kami, perjalanan akan ambil masa 3 jam untuk ke sana


Perjalanan tu pulak, bukan bishe bishe. Kena mendaki wei all the way. Huhu. Jarak perjalanan 3.8 km. 3km akan mendaki, kemudian 800 meter kena turun. 

Seriously, kami semua kepenatan. This is not the challeng that we expect. Boleh tengok muka amir tu, muka tak puas hati. Haha.. Kefenatan lah tu... 
Cabaran kami yang sebenar adalah kaki cramp. Siang tadi kami dah beli 2 tube ubat untuk kaki cramp. Masalahnya, dalam journey ni kami berpecah. Ada yang naik awal. Ada yang naik kemudian. Ikut laju masing masing. 


Setelah bersusah payah, selepas 3 jam berjalan. Kami tiba di kilomter 3.0. Sampai dah la ke atas tu. Cuaca masa tu sangat sejuk. Kami siap diberikan lagi "Topeng Mask" untuk elak kami sedut Gas Sulphur yang dikeluarkan dari gunung berapi tu


Awas !! Gas Beracun Kawah Ijen. So, cabaran seterusnya adalah nak turun ke bawah 800 meter. Kami tengok nak turun tu sangat mencabar. Dah la kaki dok sakit. Ni kalau dah turun nanti, nak kena patah balik naik pulak. Iman semua bergoyang nak turun

Dah la Okaz dan Rezqa sampai awal ke atas, mereka dah cuba turun awal awal tu. Tapi baru 100 meter turun, mereka naik balik. Takut boleh turun tak boleh nak naik

Bila kami semua jumpa depa dua ni, semua jadi goyang nak turun.



Muaz sampai awal di puncak Kawah Ijen. Dan dia ambil keputusan untuk turun ke bawah. Since dia awal, jadi dia ada banyak masa untuk turun dan naik balik ke sini


Tapi, dalam 9 orang kami ni, Muaz sorang yang 'iman' dia kuat. Dia sorang ja yang berani turun ke bawah tu. Dan dia sampai ke kawasan betul betul Kawah Ijen tu. 

Ni gambar di bawah. Cuba bayangkan nak kena turun dari atas tu. Huhu... Tak sanggup wei


Ni la gambar jarak dekat di tempat sulphur keluar dari kawah gunung berapi tu


Dan disini juga kita boleh tengok blue fire. Dalam dunia ni, hanya ada dua tempat blue fire. Salah satunya di Kawah Ijen ni


Ni lah api warna biru tu. 

Sementara itu, saya dan beberapa kawan lain ambil keputusan untuk tak turun ke bawah. Kami naik ke atas lagi untuk ambil gambar yang cantik dari angle lain pulak


Saya, Izwan dan Okaz

Saya teruskan pendakian ke atas dan ambil pemandangan dari atas yang tak kurang cantiknya


Masa ni, tinggal saya sorang jer yang naik ke atas lagi.... 

Kawah Ijen ni view memang cantik. Dengan tasik warna hijau kebiruan. Memang satu view yang menarik


Nak ambil gambar, tapi takut jugak..  Jatuh tu.. terjun tiruk terus la..


Tak berapa berani sangat... Nak pi sampai hujung tu... 

Ni antara yang dah sampai hujung... Tak ramai dah yang sampai ke tahap ni..


Kawah Ijen from top view


Rezqa dengan gaya dia tersendiri..


Orang buat macam ni la... Haha... 

From different angle

Afzaini, Farid dan Fadamir bergambar dengan topeng mask depa... Actually kalau kat sini tak pakai mask tu pun tak pa. Tapi saja la buat wayang.. Bagi nampak kemas sikit. Haha

Join by Hafiz

Sun rise

It's time to go down... Semua dah tak larat nak jalan. Kali ni turun kami pakai teksi ni sahaja

Harga untuk turun adalah 300,000 Rupiah Sahaja. Lebih kurang RM90


Ok. Ready untuk turun.... 

Farid masa naik pun dah nak muntah... Ni turun dengan teksi macam ni kira dah heavan lah..


Jalan turun....


Saya pun turun naik teksi juga. Nak jalan kaki dah tak larat..


Selesa... Sangat selesa..


Sampai tertidur Izwan 

Turun naik teksi satu nikmat...


Di pertengahan jalan, ada pit stop. Ada tandas di sini. Ada gerai minum dan makanan ringan dijual di sini


Akhirnya sampai ke bawah...


Ada banner besar.. Untuk kita ambil gambar. Jam menunjukkan 8 pagi, it's time to move to another place. Lets go BROMO

Day 3 : Bromo
Jam 8 pagi, kami keluar dari Kawah Ijen. Lepak lepak kejap di hotel. Jam 10 pagi, kami gerak ke Bromo.

Again... It's another long journey. Kami dijangka sampai di Bromo sekitar jam 4 petang


Selamat jalan Kawah Ijen

Seriously penat. Semua dah tersadai dalam van. Bayangkan malam tadi tak cukup tidur, jadi dalam van ni lah masa kami nak berehat


Sekitar jam 4:00 petang, kami tiba di Bromo. 

Bromo ni kawasan tanah tinggi, so memang subur dengan tanaman..


Dari naik van, kami tukar naik jeep pulak. 

Destinasi pertama, Bukit Teletubbies. Dari 9 orang, sorang dah syahid. Nak berehat di hotel. Tinggal kami 8 orang saja yang join trip Bromo ni


3 orang ni, persamaan mereka. Bapa mertua mereka komando. So, kena tabik hormat sikit


Gaya memang tak boleh blah.


Ok, ready.. Semua orang nak lompat tu. Gaya dah ada... It's time to jump


 Sekali jadi macam ni... Huhu... Macam biasa, yang berat memang susah nak lompat... Orang lain dah sampai atas, dia baru nak melompat... Ish ish ish.... "Kenderaan berat sila ke tepi..."

Banyak kali sangat buat gaya lompat fail. Buat jer lah gaya ni. Senang sket... Rezqa, hang buat gaya apa wei... Spoil..


Gaya photographer tu yang mahal.


Lompat kalau tak ramai orang senang la nak buat

Izwan.... 

Then we continue our journey to Gunung Berapi Bromo


But before that, kami berhenti dulu untuk ambil gambar di sini


Scenery memang cantik kat sini

Gambar atas kereta

Kami meminta para isteri kami untuk meneka. Mana satu suami anda? Lekaih.... 

Nama samaran Hafiz is K.A.U.L.A.T

Balun... Janji ambil gambar

"Hormat, hormat kehadapan.... Hormat....".. Okaz buat apa wei.. Tabik tangan kat kepala. Bukan kat perut


Gambar solo

Abam manis....


Next, kami naik kuda untuk ke puncak Bromo. Tak larat dah wei nak jalan. 

Hafiz dah mulakan pendakian 

Okaz first time naik kuda.


Kami dah sampai ke kaki Gunung Berapi Bromo


Tapikan, kuda leh hantar kita sampai ke bawah ni jer. Ada 250 anak tangga lagi nak kena panjat. Huhu... Dalam keadaan kaki masih sakit dengan naik turun di Tumpak Sewu dan Kawah Ijen, 250 anak tangga ni rasa macam 2500 anak tangga ja..


Seriously, azab wei. Semua orang terpaksa mengerah kudrat ke tahap maksimum pada waktu ni


"Amcam Amir? Nak pergi lagi tak Bromo?"

But the view of kawah Gunung Berapi Bromo is amazing. Sangat cantik. 

Alang alang dah sampai atas. Kita ambil gambar banyak sikit dulu



Bergambar di puncak gunung... Dah nak sun set pun. 

Okaz.... 

Muaz.. Ni legend. Pakai selipar jer naik gunung ni. Respect bro..


Hafiz

Nak naik azab. Nak turun pun azab


Berbaloi la naik kuda ni. Bayar 150,000 rupiah untuk pergi dan balik


Nampak tak ukiran muka yang dia orang buat kat tanah tu... 

Alhamdulillah... Selamat... Sebenarnya masa tunggang kuda ni, saya hampir terjatuh. Sebab saya bawa dia laju. Saya tanya orang yang ikut saya, macam mana nak lajukan kuda ni. Dia tunjuk cara nak lajukan kuda. Dan saya buat

Sekali saya lupa tanya dia macam mana nak slowkan kuda ni. Huhu... Dia lari terlalu laju. First time saya naik kuda yang laju. Sebelum ni naik kuda boring, jalan slow slow... Tapi yang ni laju sampai nak terjatuh... Huhu.


Good job kuda..


Okaz pun ambil gambar dengan kuda dia.

Day 4 : Bromo Sun Rise Dan Perjalanan Pulang

Itenary awal pagi. Seawal jam 4 pagi dah keluar hotel untuk nak tengok sun rise


Subhanallah... Sangat cantik.


Afzaini.. Gambar solo.. Background tu Bromo


Actually pagi tu, 5 orang ni saja yang pi. Lagi 4 orang dah syahid. Termasuk saya. Tak larat dah wei... 

Memang lokasi tumpuan pelancong


And then.. Kami mulakan perjalanan untuk pulang ke Surabaya


Kami guna highway.... 

Semua enjoy. Tapi penat.... 

Sampai airport, urut kaki dulu. 100,000 Rupiah untuk 30 minit


Alhamdulillah.. Semua enjoy this trip


Dalam flight, sambung tidur balik... Haha..

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Semuanya selamat. 
Kepada kenkawan Geng Travel Lelaki.... Thanks for joining this amazing trip. Really enjoy pergi trip dengan korang semua

Semua satu kepala, semua satu geng. Insya Allah, tahun depan kita atur trip ke tempat lain pula

Belanja Hangus Kami Sepanjang Trip Ini :
i. Tiket Flight Return - RM250 ii. Duit Untuk Agen Di Sana - RM500-RM600. Ikut rate
iii. Duit Makan - RM200 iv. Duit Shopping - RM 0. Tak sempat nak shopping pun. Sebab pergi trip adventure

Wassalam

Mohd Firdaus Mat SaadGeng Suka Travel

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdaus.com.my/2020/03/pengalaman-bercuti-4h3m-di-surabaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikuti Perkongsian Pengalaman Bercuti Di Pulau Batam Dan Bintan Indonesia

Ikuti Perkongsian Pengalaman Bercuti Di Pulau Batam Dan Bintan Indonesia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 586 hits
Kita kalau nak cari pemandangan pantai atau kolam yang cantik kita decide nak pergi Maldives Ya di sana pemandangan lautnya sangat cantik tapi sudah pastinya kos yang diperlukan sangat tinggi kan Tapi jangan risau sebenarnya ada je destinas...
Pengalaman 3 Hari 2 Malam Bercuti Di Hatyai Dan Songkhla

Pengalaman 3 Hari 2 Malam Bercuti Di Hatyai Dan Songkhla

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 582 hits
Lokasi Hatyai yang terletak berdekatan dengan sempadan Malaysia menjadikan ia satu destinasi pelancongan di Thailand yang cukup popular dikunjungi oleh rakyat Malaysia Hatyai merupakan salah satu bandar yang terbesar di Thailand yang mempun...
Risma Sebut Pemkot Surabaya Timbun Masker Saat Corona Baru Menyebar Di Wuhan

Risma Sebut Pemkot Surabaya Timbun Masker Saat Corona Baru Menyebar Di Wuhan

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 183 hits
Untuk mengantisipasi merebaknya virus corona atau disebut juga covid 19 Pemerintah Kota Surabaya sudah mempersiapkan langkah langkah taktis Selain membangun tempat untuk mencuci tangan Pemkot rupanya sudah menimbun masker kesehatan
Antisipasi Corona Pemkot Surabaya Sediakan Hand Sanitizer Di Area Publik

Antisipasi Corona Pemkot Surabaya Sediakan Hand Sanitizer Di Area Publik

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 167 hits
Wali Kota Surabaya Tri Rismaharini akan membangun tempat tempat khusus yang digunakan masyarakat untuk mencuci tangan atau hand sanitizer Selain menjaga kebersihan hal itu diakuinya juga untuk mengantisipasi penyebaran virus corona atau Cov...
Ppp Segera Buka 31 Posko Pemenangan Machfud Arifin Di Surabaya

Ppp Segera Buka 31 Posko Pemenangan Machfud Arifin Di Surabaya

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 171 hits
Sebelumnya DPW PPP Jatim telah meresmikan posko pemenangan di Kecamatan Wonokromo Di wilayah ini posko pemenangan diresmikan langsung oleh Machfud Arifin
5 Kuliner Surabaya Yang Patut Anda Kunjungi Dijamin Enak

5 Kuliner Surabaya Yang Patut Anda Kunjungi Dijamin Enak

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 81 hits
Surabaya turut berperan dalam usaha Indonesia mencapai kemerdekaan Namun begitu kota pahlawan ini ternyata juga menyediakan banyak kuliner kuliner menarik yang bisa Anda kunjungi
Virus Corona Masuk Indonesia Kota Surabaya Lakukan 5 Antisipasi Ini

Virus Corona Masuk Indonesia Kota Surabaya Lakukan 5 Antisipasi Ini

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 232 hits
Pandemik corona atau Covid 19 ditetapkan World Health Organization sebagai ancaman kesehatan dunia Seluruh negara diimbau untuk serius menyiapkan langkah antisipatif terhadap ancaman virus corona
3 Fakta Di Balik Aksi Penyetokan Masker Oleh Pemkot Surabaya

3 Fakta Di Balik Aksi Penyetokan Masker Oleh Pemkot Surabaya

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 201 hits
Belum lama ini beredar kabar mengenai langkah Pemerintah Kota Surabaya untuk mengantisipasi Corona dengan menimbun masker Kabar penimbunan masker juga telah diakui oleh Wali Kota Surabaya Tri Rismaharini
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya