Pengalaman Bawa Anak Bersunat Berkhatan





Pengalaman bawa anak bersunat/berkhatan | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, ada kesempatan untuk menulis pengalaman aku bawa anak lelaki sulung aku bersunat atau berkhatan. Debaran itu bukan setakat pada anak, tapi pada aku juga. Al kisahnya, wife aku awal awal dah angkat tangan, tak mahu teman anak aku. Sebab katanya dia tak sanggup nak tengok anak sendiri. Dah terang-terang, mesti meraung punya nanti kan.

Aku pulak, bab bawa anak ke klinik ni, memang aku serahkan pada wife aku sahaja sebelum ini. Tapi bila masuk bab berkhatan ni, bila wife tak mahu masuk, tak kan aku pun tak mahu juga kan. Mahu tak mahu, aku kena masuk. Anak aku. Tak kan aku nak biarkan dia hadap semua sorang-sorang kan? Hehehe.

Ceritanya, anak aku berkhatan di klinik swasta. Waktu sunat dia tu dalam tengahari juga. Waktu sampai ke klinik, dah ramai ibubapa dan anak anak yang menunggu masa untuk masuk ke dalam bilik. Macam biasa, kami anak beranak tunggu lah dekat luar.

Ada macam-macam ragam, macam-macam nasihat yang aku dengar. Ada budak budak yang cool je. Ada yang nampak takutnya. Ada pasangan adik beradik ni, memang cool betul. Sampaikan keluarga dia jadi risau sebab mereka ni aktif sangat. Berjalan ke hulu, ke hilir.

Ada yang takutnya sampai menjerit jerit. Sampaikan budak budak yang lain, yang belum selesai lagi pun jadi takut di buatnya. Bahagian ini aku kurang gemar sebenarnya sebab ianya sedikit sebanyak akan buat budak budak lain rasa takut. Tapi pentingnya ibu bapa dekat sini untuk yakinkan semula anak anak mereka yang bersunat ni tak ada apa pun,  macam kena gigit semut je. Hehe.

Sampai masa anak aku pula masuk ke dalam bilik rawatan. Dan ceritanya bermula di sini.

Anak aku ni badannya agak besar jika dibandingkan dengan rakan rakan dia yang lain. Sewaktu doctor buat keputusan untuk beri suntikan, dia dah beritahu awal awal yang anak aku akan diberikan 2 suntikan kerana tubuhnya yang besar.

Dekat sini sahaja dah buat anak aku meraung! Sebabnya dua kali kena suntikan. Waktu ini sahaja dah berjurai air mata. Aku macam biasa, kena cool. Kena steady! Sebab aku mesti lebih berani daripada anak aku. Kalau aku sama naik macam dia, terang-terang semua akan jadi susah nanti.

Bila masuk bab anak anak ni, hati ibubapa mana yang suka tengok anak anak dia meraung, menangis kan? Sekeras mana hati ibubapa, pasti akan tersentuh bila tengok anak anak dia macam itu. Sebab itu awal awal isteri aku tak mahu temankan anak aku. Sebab tak sanggup nak tengok anak dia meraung.

Kemudian, tak lama lepas itu, doctor terus kata on! Aku awalnya macam pelik juga sebab kalau suntik bius ni, kena ambil masa untuk rasa kesan dia kan. Aku Tanya juga, eh doctor! Dah ke? Dia kata dah sebab suntik 2 kali kan? Aku pun ok sahaja lah.

Tapi sebenarnya tak ok!

Anak aku bertambah meraung! Waktu itu aku macam tak tentu arah sikit.  Aku sendiri macam tak yakin yang bius tu dah berkesan. Tapi doctor tu macam biasa, potong sana sini, jahit situ sini. Anak aku tetap menangis dan meraung. Waktu itu hati aku Cuma Allah yang tahu. Tapi aku tetap cool walaupun rasa marah itu meluak luak.

Aku Cuma doa agar semua mudah dan cepat. Tapi rupanya lama! Jahit tak boleh lah. Anak meraung, darah banyak keluarlah. Walhal bius belum berkesan tapi kamu semua terus jalan kerja, memanglah budak meraung!

Puas juga aku pujuk anak aku. Bila semuanya selesai, alhamdulilah. Cepat cepat aku bawa anak aku dan duduk dekat kerusi luar klinik. Supaya anak aku kembali “normal” dan aku kembali tenang. Marah itu banyak sangat waktu itu tapi aku perlu bersyukur sebab semuanya dah selamat.

Bila semua dah ok, aku terus bawa anak aku balik rumah dan beri dia rehat betul-betul. Alhamdulilah, hari ini dah masuk seminggu lebih dia berkhatan/bersunat ni. Nampak dia dah aktif semula. Syukur pada Allah. Lepas satu perkara. Cumanya hati aku sahaja yang aku rasa belum tenteram sepenuhnya. Bila aku kenang balik apa yang dah jadi tu, aku jadi marah balik.

Apa pun, ini semua pastinya akan jadi kenangan dalam hidup aku dan anak aku. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrejoy.com/2020/12/pengalaman-bawa-anak-bersunat-berkhatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Bawa Anak Berkhatan Kaedah Laser Di Poliklinik Azhar Seremban 2 Mudah Dan Selamat

Pengalaman Bawa Anak Berkhatan Kaedah Laser Di Poliklinik Azhar Seremban 2 Mudah Dan Selamat

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 659 hits
As Salam Pengalaman Bawa Anak Berkhatan Kaedah Laser Di Poliklinik Azhar Seremban 2 Mudah dan Selamat Yay Alhamdulillah Genap seminggu anak anak lelaki saya selamat berkhatan Syukur Allah permudahkan semuanya dari mula bawa ke Klinik sampai...
Hiburan Berharap Dapat Bersalin Secara Normal Minggu Depan Ainan Tasneem Tak Larat Bawa Perut Hamil Anak Kembar

Hiburan Berharap Dapat Bersalin Secara Normal Minggu Depan Ainan Tasneem Tak Larat Bawa Perut Hamil Anak Kembar

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 509 hits
Penyanyi Ainan Tasneem difahamkan akan melahirkan sepasang anak kembar pada minggu hadapan dan dia mengakui kini sudah tidak larat untuk membawa perut berikutan sering saja mengalami sakit belakang dan pinggang Menurut Ainan atau nama seben...
Akui Paranoid Elfira Loy Enggan Bawa Anak Keluar Rumah Risau Masih Ada Yang Ambil Mudah Isu Covid 19

Akui Paranoid Elfira Loy Enggan Bawa Anak Keluar Rumah Risau Masih Ada Yang Ambil Mudah Isu Covid 19

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 263 hits
Pelakon dan kini usahawan Elfira Loy mengakui dirinya agak paranoid dan takut untuk membawa anak keluar daripada rumah kerana bimbang akan keselamatan dan nyawa keluarganya tambahan negara masih belum pulih daripada wabak pandemik COVID 19 ...
Bawa Basikal Sambil Dukung Anak Undang Kecaman

Bawa Basikal Sambil Dukung Anak Undang Kecaman

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 522 hits
Beberapa hari lepas memang ramai kecam pasal geng basikal nih sebelum isu pasal duduk lane kanan dan meninggal kalinih pulak isu gendong anak kat belakang Adakah mereka ni sedar dengar tindak tanduk mereka Jom kita baca beberapa kecaman yan...
Seronok Tengok Anak Happy Luar Biasa Perasaan Tu Bawa Anak Bercuti Lufya Gembira Tengok Keletah Anak

Seronok Tengok Anak Happy Luar Biasa Perasaan Tu Bawa Anak Bercuti Lufya Gembira Tengok Keletah Anak

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 487 hits
Anak anak pun sama macam kita sesekali bawa bercuti gembiranya bukan kepalang Pelakon dan penyanyi Lufya Omar turut membawa anaknya bercuti bersama baru baru ini Menerusi instagramnya Lufya meluahkan rasa teruja selepas berpeluang bercuti b...
Awal Awal Lagi Kena Cakap Supaya Behave Lufya Kongsi Tip Bawa Anak Bercuti

Awal Awal Lagi Kena Cakap Supaya Behave Lufya Kongsi Tip Bawa Anak Bercuti

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 265 hits
Musim cuti sekolah ini pastinya mak ayah tidak lepaskan peluang untuk membawa anak bercuti Biarpun bercuti SOP seharusnya jangan dilupakan bagi menjamin keselamatan anak anak kita Selain SOP yang perlu dijaga membawa anak anak bercuti menun...
Doktor Saya Rasa Perut Kena Belah Ibu Ini Kongsi Pengalaman Ngeri Bersalin Czer Anak Ke 2

Doktor Saya Rasa Perut Kena Belah Ibu Ini Kongsi Pengalaman Ngeri Bersalin Czer Anak Ke 2

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 615 hits
Bersalin secara normal atau pembedahan Czer kedua duanya tetap sakit Bukan mudah nak melahirkan bayi pengalaman sakit contraction diseluk untuk memeriksa bukaan vagina ditambah pula kesan jarum dan ubat ubatan Tak tergambar rasa sakitnya se...
Pengalaman Cara Penjagaan Anak Sunat

Pengalaman Cara Penjagaan Anak Sunat

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 561 hits
Pengalaman Cara Penjagaan Anak Sulung Sunat Akhirnya berjaya juga anak sulung aku di sunatkan Dengan rela hati tanpa paksaan di usia Sembilan tahun Alhamdulillah memang dari kecil dah terangkan kenapa perlu sunat dan the process involved Se...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba