Pengalaman Anak Menggunakan Ubat Gigi Buds Organis Dan Oral Gel


hi there, hari ini aku mau share review pengalaman menggunakan Ubat Gigi Buds Organic untuk anak-anak aku, lil' Iman dan lil' Amin.
First of all, aku mau share sedikit mengenai masalah kerosakan gigi lil' Iman dan aku harap moms di luar sana mengambil iktibar jangan terjadi masalah sebegini dengan anak-anak kecil moms ya

Kesian sangat bila anak-anak kecil mengalami kerosakan gigi susu pada usia yang sangat kecil, seperti apa yang berlaku pada anak aku, lil' Iman

Iman, dia mengalami gigi reput hampir pada semua gigi susunya pada usia yang kecil 3 tahun ya. Pereputan giginya terjadi sekitar dia berusia 2 tahun. 
Gigi susu Iman mula rosak akibat aku selalu membiarkan dia tidur dengan botol susunya. Dia tu kalau tidur selalu gigit puting botolnya, tidak mahu dilepaskan. Jadi lama kelamaan, susu formula melekat pada giginya, dan membuatkan giginya sedikit demi sedikit rosak

Dan satu lagi, Iman paling sukar untuk aku beruskan giginya. Dia pasti sahaja mengelak untuk aku beruskan giginya. Dia mahu dia sendiri yang membersihkan giginya

Pada usia lil' Amin 20 bulan. Dia kalau memberus gigi ada satu perangai baru suka betul makan itu ubat gigi. Jadi aku risau kalau makan ubat gigi akan bagi efek tidak baik untuk Amin.

Jadi, aku bercadang untuk tukarkan ubat gigi anak-anak dengan ubat gigi yang lebih selamat dan kalau anak-anak termakan (consumed) tidak akan memberikan sebarang kesan kepada mereka



Seperti biasa, kita menggunakan kuasa Google untuk mencari ubat gigi yang selamat untuk kanak-kanak. Dan aku mahu ianya disahkan selamat dan mempunyai pensijilan (certification) yang sah menyatakan produk ini selamat jika termakan

Jadi, selepas akuu Google, aku terjumpa satu produk ubat gigi organik iaitu BUDS CHILDREN TOOTHPASTE. 
Ianya menyatakan bahawa Buds Oralcare Organics adalah ubat gigi yang dirumus khas yang sangat ringan, selamat dan berkesan untuk mencegah rongga gigi dan menjaga kesihatan mulut yang baik untuk setiap peringkat perkembangan anak anda

Ciri-ciri Buds Oralcare Organics Children Toothpaste Ia diperakui organik oleh ECOCERT, salah satu pensijilan organik paling ketat dan terkenal di dunia. Ia bebas bahan pengawet, untuk memberi anda ketenangan sekiranya ubat gigi ditelan secara tidak sengaja

• Diperlukan pandangan yang seimbang tentang penggunaan Fluorida dalam pasta gigi, sementara masih memberikan alternatif sekiranya anda merasa anak anda belum siap menggunakan pasta gigi berfluorida.

• Ia memanfaatkan penemuan saintifik terkini mengenai keberkesanan bahan aktif tumbuhan dalam penjagaan mulut untuk mengembangkan rangkaian ubat gigi khas ini yang berkesan, selamat dan ringan.
Ianya mengandungi Aloe vera pada gel gigi digunakan untuk membersihkan dan menenangkan gigi dan gusi, dan sama berkesannya dengan ubat gigi yang berfluoridasi untuk melawan rongga, menurut jurnal klinikal, AGR. Akademi Pergigian Umum (AGD).

Juga ada formulasi Asid Phytic penting untuk hidroksiapatit, membentuk lapisan seragam yang sangat menghalang pembubaran kristal hidroksiapatit, dan bertindak sebagai:

• penghambat pembentukan plak oral
• perencat kariogenesis
• penghambat pembubaran enamel
• Gabungan sinergis tumbuhan ini aktif dengan Xylitol dan Fluoride semula jadi menjadikan ubat gigi sangat berkesan untuk melawan rongga gigi.

Buds Oralcare Organics Children Toothpaste dinyatakan tidak mengandungi

• Natrium lauril sulfat (SLS)
• Sodium laureth suphate (SLES)
• PEG • Propilena glikol
• Petrokimia
• Parabens
• Fenoksietanol
• Formaldehid
• Warna buatan
• Wangian buatan
• Bahan-bahan yang diuji pada haiwan
• Bahan-bahan yang berasal dari haiwan
Jadi selepas membaca sedikit informasi mengenai ubat gigi Buds Organic ni, aku teruja untuk membelinya dan berharap anak-anak aku suka dan dalam masa yang sama akan membantu menjaga gigi mereka dengan baik

Walaupun gigi Iman semakin mereput, namun aku masih berusaha untuk memanjangkan jangka hayat gigi dia. Tetapi aku juga bersedia untuk berdepan dengan keadaan kalau-kalau nanti gigi Iman yang reput itu harus dicabut semuanya

Dan untuk Amin, aku berusaha sebaik-baiknya untuk memastikan gigi dia berada dalam keadaan yang baik dan tidak mahu terjadi lagi semula gigi rosak seperti yang dihadapi Iman.

Untuk satu tiub kecil ubat gigi Buds Organic ini ialah sekitar RM37.90 (harga yang aku jumpa di Shopee) , dan kamu boleh sahaja terus langsung ke laman web Buds Organic sekiranya kamu risau untuk membeli melalui Shopee. Pilihan masing-masing kan

read details of the ingredient, dan ada eco-cert


Selain beli ubat gigi Buds Organic, aku juga beli sekali BUDS ORAL GEL FOR BABY

Kegunaan Buds Oral Gel ini pula ialah untuk melindungi gigi yang baru tumbuh. Pada dasarnya, Buds Oral Gel ini paling sesuai digunakan untuk bayi yang baru sahaja tumbuh gigi, namun aku tetap beli juga untuk Iman dan Amin untuk kegunaan mereka berdua

Kegunaan Buds Oral Gel For BabySesuai untuk bayi 0-1 tahunMulailah membersihkan mulut dan gusi bayi anda dengan lembut menggunakan kain lembap menggunakan Bud Oral Gel Oral & Gusi Buds bebas pengawet dan bebas Fluorida.Gel oral yang sangat ringan, berkesan dan diformulasikan menggunakan kombinasi jus daun Aloe Vera Organik dan Silika semula jadi untuk membersihkan gigi bayi anda dengan lembut.Jus daun Aloe Vera organik juga melegakan sakit gusi bayi sementara Xylitol semula jadi melindungi gigi yang baru terbentuk.Ia selamat sekiranya ditelan.Bebas fluoridaBebas bahan pengawetBahan semula jadi & bahan aktif tumbuhanOrganik yang diperakui
Jadi untuk moms yang ada newborn baby dan nak bersihkan gusi baby, bolehlah menggunkan buds oral gel ini, dan once nanti baby mula tumbuh gigi, just sapu lembut guna kain lembap gigi baby tu guna ni produk

Macam dalam kes aku, selepas aku gosok gigi Iman dan Amin, aku akan sapukan sedikit oral gel ni di gigi dan gusi mereka untuk extra protection. Hanya cara ini sahaja yang aku boleh fikir untuk melambatkan proses pereputan gigi Iman

Entry ini telah dikemaskini. Jemput baca kisah Iman yang terpaksa dicabut 11 batang gigi susu mengikut saranan doktor gigi

Update : Kisah Iman Cabut 11 Batang Gigi Susu Yang Reput

Bahan-bahan Buds Oral Gel For Baby jus daun lidah buayagliserinaquasilika terhidratxylitolgusi xanthanparfum (Pertanian organik)Buds Oral Gel ini kalau di Shopee, harganya sekitar RM28.00 untuk 30ml

the toothpaste gel is a bit transparent color
Sewaktu aku beli ubat gigi dan oral gel Buds Organic ni, aku beli melalui laman web mereka iaitu budsbaby.com (pembelian tahun 2016)

Dan harga untuk ubat gigi 50ml ialah RM32.90, manakala untuk oral gel pula ialah RM29.90 dan caj penghantaran ke Sabah ialah RM12.00. 
Jumlah pembelian dibuat ialah RM74.80. 
Namun, laman web budsbaby tu bertukar ke budskids.com buat masa ini, dan tiada sebarang produk yang boleh dibeli melainkan ianya hanya sekadar laman web informasi mengenai produk berkenaan

Jadi, kalau yang nak beli tu, silalah ke Shopee untuk membeli secara atas talian, atau mungkin boleh mencari produk ini di drugstore terdekat anda


no more kunfu-ing during teeth brushing - Amin di usia 20 bulan
Review Menggunakan Ubat Gigi Buds Organis Dan Oral Gel
Ya ini review ikhlas aku ya, bukan sponsored post

Amin memang sejenis susah untuk berus gigi pasal dia sangat choosy dengan perisa ubat gigi. Ada sesetengah perisa dia ok terutamnya strawberry, ada yang dia memang tidak suka langsung

Ada lagi some brands dia ok, some brands dia reject. Aku pun ndak taulah Amin ni jenis sensitif dengan 'rasa'. Kalau dia rasa (taste) benda tu ok, dia suka. Kalau tidak ok, memang buka mulut pun dia ndak mau

Selepas seminggu guna produk gigi Buds Organic, Amin kalau dulu memang punya susah berus gigi, sekarang ni kalau berus gigi jak mesti dia happy buka mulut besar-besar

Dia paling suka tu oral gel. Balik-balik dia mau aku sapu di gigi dia. Iman pula no hal. Dia ok sahaja dengan mana-mana ubat gigi, dan apa-apa perisa tapi dia paling suka strawberry dan epal hijau flavor

Aku harap aku bolehlah jaga gigi Amin sebaik yang mungkin. Dia pun happy dengan produk ni. No more teeth caries for Amin lepas ni

Manakala untuk Iman, so far so good dia berus gigi. No more macam dulu suka main main dan refuse mommy berus. 
Dan since kami selalu bagitau Iman yang gigi dia perlukan extra care dan dia kena protect gigi dia elok elok kalau tidak makin cepat buruk, dia sekarang ni sudah pandai minta diberuskan gigi kalau dia makan something sweet. Dan sebelum tidur , dia akan request untuk aku beruskan gigi dia

so that's all review aku guna Oral Care Buds Organic ya moms

semoga bermanfaat

cheers

Nota: Article updated : 26.11.20201st published : 20/7/2016Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mrspip.com/2016/07/mudahnya-memberus-gigi-anak-bersama.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Menjaga Gigi Anak Agar Kekal Cantik Amp Sihat Rahsianya Guna Ubat Gigi Berfluorida

Cara Menjaga Gigi Anak Agar Kekal Cantik Amp Sihat Rahsianya Guna Ubat Gigi Berfluorida

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 357 hits
Kebanyakan doktor pergigian berpendapat bahawa penjagaan mulut atau gigi kanak kanak hendaklah bermula sebelum gigi pertama mereka tumbuh Hal ini kerana kerosakan atau karies gigi boleh terjadi sebaik sahaja gigi pertama tumbuh dan terdedah...
Jangan Takut Guna Ubat Gigi Berfluorida Boleh Cegah Enamel Gigi Karies Pada Anak

Jangan Takut Guna Ubat Gigi Berfluorida Boleh Cegah Enamel Gigi Karies Pada Anak

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 261 hits
Memberus gigi adalah antara amalan penjagaan mulut yang sebaiknya dilakukan untuk kebersihan diri Memberus gigi menggunakan ubat gigi berfluorida setiap hari boleh mencegah kerosakan gigi Penggunaan ubat gigi berfluorida merupakan salah sat...
Samsung Galaxy Buds Akan Datang Dijangka Tidak Menggunakan Rekaan Kacang Lagi

Samsung Galaxy Buds Akan Datang Dijangka Tidak Menggunakan Rekaan Kacang Lagi

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 229 hits
Samsung pada tahun ini telah hadir dengan fon telinga nirwayar tersendiri dinamakan Samsung Galaxy Buds Live Samsung melalui fon telinga ini menawarkan rekaan yang unik seumpama kacang Apa pun melalui laporan baru yang hadir ke arena web ki...
Cara Putihkan Gigi Dengan Mudah Dan Berkesan Menggunakan Whitekish Seawal 7 Hari

Cara Putihkan Gigi Dengan Mudah Dan Berkesan Menggunakan Whitekish Seawal 7 Hari

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 558 hits
Cara Putihkan Gigi Dengan Mudah dan Berkesan Menggunakan WHITEKISH Seawal 7 hari Assalamualaikum Gigi yang putih berseru memang menjadi idaman semua orang Memiliki gigi yang putih dapat menambahkan keyakinan seseorang Boleh tersenyum manis ...
Bibir Anak Bengkak Ingat Ada Masalah Gigi Rupanya Alergi Alat Solek Doktor Pesan Mak Ayah Kena Beringat

Bibir Anak Bengkak Ingat Ada Masalah Gigi Rupanya Alergi Alat Solek Doktor Pesan Mak Ayah Kena Beringat

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 403 hits
Kalau tengok anak anak perempuan yang masih kecil bermain dengan alat solek ada yang rasakan itu perkara comel dan lucu Tambah pula bila habis satu muka diconteng dengan bahan kosmetik yang lazimnya digunakan oleh ibu atau orang yang lebih ...
Ubat Gigi Atomy

Ubat Gigi Atomy

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 738 hits
Assalam nak sharing pasal ubat gigi Atomy Saya saja letak kat toilet wanita waqafkan Ada yg mencuba sambil tertanya2 siapa sanggup waqafkan ubat gigi mahal ni Sbb ada propolis semua orang tahu mesti mahal Dan bila dah cuba mereka suka sanga...
Tak Boleh Makan Ubat Sebab Susukan Anak Terpaksa Tahan Sakit Belakang Cuba 10 Cara Ni

Tak Boleh Makan Ubat Sebab Susukan Anak Terpaksa Tahan Sakit Belakang Cuba 10 Cara Ni

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 412 hits
Ketika hamil bebanan yang berat di bahagian perut membuatkan ibu hamil lebih mudah sakit pada bahagian belakang badan Pun begitu sakit ini adakalanya tidak pulih selepas melahirkan malah kembali sakit selepas melahirkan anak Sakit yang tera...
Aku Sebut Je Perkataan Anak Abang Tu Tekup Mata Dia Sambil Duduk Kat Belakang Van Memandang Ke Bawah

Aku Sebut Je Perkataan Anak Abang Tu Tekup Mata Dia Sambil Duduk Kat Belakang Van Memandang Ke Bawah

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 303 hits
Satu kisah yang tular di laman Facebook dikongsikan oleh pemuda ini Wazirudin Zainuddin meruntun jiwa sesiapa sahaja yang membacanya Menurutnya di saat kita sudah merasai kesusahan ada lagi insan yang lebih diuji kehidupannya Saya ditampar ...
Cara Buat Biskut Susu Alien Hanya Guna 4 Bahan Anak Anak Pasti Suka

Cara Buat Biskut Susu Alien Hanya Guna 4 Bahan Anak Anak Pasti Suka

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 776 hits
Biskut susu alien antara biskut yang boleh menarik perhatian anak anak anda kerana bentuknya yang comel dan berwarna warni Tak susah pun nak buatnya hanya guna 4 bahan ini Resipi yang dikongsi oleh Nafsiah Rahim ini ternyata mudah untuk dib...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense