Pengalaman Anak Kena Scabies
Assalamualaikum wbt.. {。^◕‿◕^。}
Scabies..bunyi pun menakutkan..tapi, itulah..dah terkena kan..apa nak buat.
Ada orang kata ni penyakit budak asrama..kalau seorang yang kena..mesti berjangkit.
Berasal dari sejenis hama nama dia Sarcoptes scabiei..
Okey, ceritanya seminggu sebelum naik sekolah lepas PKPP itu hari..aku dah perasan dah..tangan si yaya ade macam kudis..tapi kecik jadi ingatkan macam kudis biasa .maklumlah anak aku tu kalau petang-petang..macam-macam yang dia main dengan anak jiran
Aku tak sapu ubat pun..sekadar mandi dengan sabun biasa seperti hari-hari sebelumnya..Lepas 2 hari, aku tengok dah makin banyak bintik-bintik berisi air dan yaya pun asyik menggaru je kerjanya.
Duk belek-belek..ish, lain macam..masa tu dah terdetik ni macam scabies a.k.a kudis buta..masa tu aku dah salahkan diri sendiri sebab kat rumah memang sharing tuala dan baru sahaja memelihara 2 ekor arnab..budak-budak pun memang main arnab tu dah macam kucing..haih
Disebabkan aku keje hospital, aku pun snap la gambar tangan dia tu..then tunjuk kat doktor..sah! Ni scabies ni kak..takpe-takpe, saya bagi EBB..So, itu hari aku balik dengan EBB untuk dak yaya.
Malam tu..suruh abahnya sapu EBB tu..fuh, menjerit wei..katanya pedih..mungkin kesan dari dia garu tu..dah basuh pun still dia kata pedih..2 malam sapu tu untuk 24jam..tapi, malam kedua dah kurang pedih sebab satu hari aku duk pesan jangan garu..kebetulan hari tu aku cuti..jadi keje aku mengingatkan dia je jangan garu!
Hari kedua lepas sapu EBB..macam langsung takde kesan malah semakin banyak..gambar kat atas tu adalah lepas 2 malam sapu EBB..dah makin merebak ke bahu dan kaki.
Aku pulak terpaksa lah sambung lagi 3 hari cuti untuk menjaga diorang ni sebab tak boleh nak hantar ke rumah pengasuh..takut berjangkit pulak.
Tiga hari cuti tu aku bantai basuh dan gulung semua karpet (karpet kat rumah memang banyak..sebab memang suka membeli..hahaha). Basuh semua tuala,baju..jemur bawah panas..Ada orang suka rendam air panas atau pakai dryer machine..tapi, aku bukan jenis rajin..so, aku beli je sabun jenama TOP..katanya anti dust mite..so, kira boleh pakai la..tiap kali basuh baju..aku cuci sekali filter kat mesin basuh tu.
Aku pakai sabun ni
Dekat tempat letak softlan, aku letak dettol..haha..biar mampus kau hama!
Penat memang sangat penat..lantai mop 2 kali sehari..aku guna germisep..order online..ni memang sentiasa ada kat rumah sejak musim covid 19 bermula..kalau takde, boleh pakai clorox..same la tu..tapi,jangan plak korang mop tempat yang turun kaler.
Dah yaya pulak..aku pun takde idea nak sapu ape bagi elok..then, aku teringatkan losyen Ascabs.
Seingat aku, pegawai pemasaran Ascabs ni pernah datang hospital ni buat review produk dia..so, cepat-cepat beli losyen ni..malam tu terus apply kat yaya..losyen ni pun sama..apply malam, pg esok baru mandi..aku pakaikan 2 malam kat yaya..adik-adik dia sekali aku pakaikan satu badan.. Lepas mandi pagi aku sapu cream bethamethasone yang beli dekat farmasi.
Kalau tak tahan gatal, aku bagi dia telan piriton..bila perlu je..contoh tengah malam tak boleh tidur sebab terlalu gatal baru bagi dia telan.
Selepas 2 malam..aku tengok dah tak merebak dah kudis dia..tapi, kesan-kesan kudis kat kulit masih ada..aku ingat aku zaman kecik-kecik dulu kalau ada kudis, mak aku cari daun gelenggang cmpur minyak tanah..sental pada kudis tu..tapi, sekarang dah canggih wei..aku beli sabun dan krim daun gelenggang..sabun buat mandi, krim sapu lepas mandi..yaya kata best sebab berangin..ada losyen sekali..bila gatal je apply.
Dalam waktu yang sama juga aku mandikan dia dengan sabun neem & tumeric himalaya..ni kawan aku orang india yang kata..letak kunyit cepat baik...tapi, kalau letak kunyit hidup nanti kuning plak nampak tak lawa..hahaha..jadi, beli je yang dah jadi sabun.
neem maksudnya daun mambu..pun boleh hilangkan gatal merenyam dia..dengan aku-aku sekali pun pakai..sebab, dia punya gatal tu xleh bawak bincang.
Dedua ni aku pakaikan kat dia..potong kecik-kecik sebab boleh pakai lama sikit..jimaattt bukan kedekut ya..hahaha
2 hari apply semua ni dah nampak kering sikit kudis dia.
Dalam hati dah gembira..berbaloi la ambik cuti..haha..baju-baju yang dah basuh aku spray dengan febreze anti bacteria warna oren, sofa-sofa,tilam semua..aku spray dengan ridsect..lepas tu..spraykan dettol direct..masukkan dettol pure dalam botol spray..pastu spray kat tilam-tilam semua..Ada orang suruh spray dengan tea tree oil..tapi, aku tak suka sebab berminyak..perabot-perabot pulak aku lap guna clinelle..kebetulan ada dari start covid 19 lagi.
Then lepas tu, aku continue je mandikan dia dengan sabun neem tu..sapu cream daun gelenggang semua..hari ke 2 sapu semua tu dah nampak bintik-bintik kudis dah kecut dan ada yang dah hilang
So, itulah ceritanya..lepas ni continue je ubat tu sampai baik sepenuhnya..ada orang cakap, scabies takkan baik bertahun-tahun..pada aku, kalau rajin usaha, pasti akan berjaya..hahaha.
Sejak yaya kena serang scabies, kat rumah dah ada macam-macam sabun.
Ni semua ubat-ubat dan sabun yang sepatutnya ada bila anak atau korang sendiri kena scabies..kalau jenis kulit korang kering bila kena sabun, boleh apply aquous cream..tapi untuk yaya, cukup dengan losyen dan krim daun gelenggang tu..dan..mak-mak kena rajin basuh kain baju, cadar tempat tidur dan tuala dia.
Hope korang pun cepat sihat dan terhindar dari penyakit ni.
Go scabies from my life!!! ;)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://arazua.blogspot.com/2020/07/pengalaman-anak-kena-scabies.html