Pengakuan Berani Mati Saya Sebagai Seorang Blogger
Pengakuan Berani Mati Saya Sebagai Seorang Blogger | Alhamdulillah.. sekarang saya dah jadi work from home. Betul-betul boleh membuat duit dengan menulis. Saya bermula menjadi sebagai ghostwriter (Penulis Upahan) sahaja. Saya mula aktif mengambil upah menulis seperti menulis artikel , menulis ebook, menulis content di socmedia client dan Copywriting.
Entri lain : Servis Lain sebagai Seorang Penulis Upahan
Mengimbau kembali kenapa saya berubah?
Kerana selepas saya bersalin, hati saya terdetik. "sampai bila begini?" Rupanya, Allah nak beri petunjuk. Secara perlahan - lahan, saya berubah. Saya cari cara bagaimana nak cari duit selain menjadi blogger 🤭
Saya juga terfikir, sudah penat menjadi blogger. Kena berdepan audien. Kena review produk, tulis produk review, buatkan video. Entahlah, saya rasa seperti berat ke arah situ. Dan terfikir untuk bekerja di belakang tabir sahaja.
Jadinya, Allah jentik hati saya
Saya terjumpa posting Syaza Redzuu , akhirnya saya mendaftar sebagai ghostwriter. Join kelas berbayar. Rupanya, kat sini lah platform yang betul. Selama ni, saya memang sudah lama mencari tapak untuk pergi jauh dalam dunia penulisan
Bagi saya, untuk ILMU. Saya tak kisah untuk mengeluarkan sedikit wang. Sebab saya tahu, dengan ILMU kita mampu berubah. Dengan ilmu juga, kita mampu pergi lebih jauh. Alhamdulillah, saya dapat jana pendapatan kurang dari sebulan sebanyak 4 angka. Rezeki ramadan ketika itu, lagi beberapa hari nak raya. Client meminta saya buatkan copywriting dan Handling socmedia mereka. Yang ini saya menulis content di social media bagi pihak client. Saya menulis content bagi pihak mereka selama sebulan.
Client baru jer bincang (tengahari ) dengan saya mengenai social media. Pada hari yang sama juga, client datang bayar fullpayment terus. Alhamdulillah.. Bidang yang saya suka pula tu. Ahaks! Bidang automotif. Lagipun saya pernah bekerja dalam bidang tersebut selama beberapa tahun. Tetapi dalam bidang perkeranian dan memang mempunyai serba sedikit ilmu automotif. Kira stock sparepart, kenal sparepart dan cara kerja.Saya tahu.
"Eh, kau tak boleh menulis ni", " Ayat kau tak sedap dibaca, mengarut betul" Saya pekakkan telinga. Sebab ada yang cuba mematahkan semangat pada awalnya. Terima kasih juga pada mereka. Jika tidak, saya takkan lebih ke depan. Yea! Saya cabar diri saya
Saya SKIP tengok cerita Tamil (cerita favourite) , scroll Facebook dan komen bukan-bukan di socmedia. Saya korbankan masa saya. Saya FOKUS! BIG WHY saya lah yang membantu untuk lebih fokus. Akhirnya , saya dapat lebih daripada pulangan modal sebagai seorang ghostwriter ( penulis upahan ).
Kini, saya sudah mempunyai ebook keluaran sendiri. Karya saya sendiri..🥰🤗Jika saya boleh, anda pun boleh
Karya ebook pertama saya
Sales ebook
Ini pula ebook karya sulung saya. Saya menulis sendiri untuk hasilkan sebuah ebook yang bertajuk 5 Rahsia Kelihatan Awet Muda. Ia ditulis berdasarkan pengalaman sendiri. Mempunyai jumlah 33 muka surat ebook ini. Untuk pengetahuan anda, servis menulis ebook turut saya sediakan.
Dikelilingi oleh Kelompok POSITIF!
Alhamdulillah, hari pertama saya launching ebook. Tengah malam itu juga sudah ada yang membeli ebook hasil karya saya. Syukur sangat tau! Rezeki ini berkat doa dari anak-anak yang selalu mendoakan. Dan tak lupa juga kepada rakan penulis di Kelab Penulis Malaysia. Hasrul Roslan ialah selaku Presiden di Kelab Penulis Malaysia. Beliau juga founder website efranchise.com. Dimana ebook saya dipasarkan di website tersebut.
Saya dikelilingi oleh rakan-rakan positif. Walau pangkat dan kedudukan mereka semuanya berlainan ( taraf pendidikandan jawatan yang mereka miliki ). Tetapi mereka semuanya tidak sombong. Saling bantu membantu. Itu yang penting! Ciri teamwork yang patut dicontohi.
pembaca sukakan ayat copywriting
Servis Copywriting, menulis Ayat Iklan
Kini, selain menulis ebook dan juga menulis content di sosial media. Saya juga mengambil upah copywriting. Orang kata, jika kita buat kerja apa yang kita suka. Insyallah menjadi. Alhamdulillah. Kerja-kerja copywriting saya disukai oleh orang ramai. Saya bersyukur sangat. Allah datangkan ilham kepada saya untuk menulis copywriting. Copywriting adalah menulis ayat iklan. Ayat iklan ini lah ayat untuk memujuk customer supaya membeli. Tetapi copywriting ni bukan ayat jualan hardsell!
Bila ayat copywriting kita menjadi dan berjaya menyentuh emosi bakal customer. Secara tak langsung juga, ramai yang sukakan posting kita. Alhamdulillah.
beracun ek copywriting?
Baiklah, bagi anda yang berminat untuk menggunakan servis menulis saya seperti menulis ebook, menulis ayat copywriting, menulis content di socmedia dan servis menulis lain. Bolehlah wasap di link berikut.
Klik link >> ServisMenulis
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ehbelogaku.com/2020/05/pengakuan-berani-mati-saya-sebagai-blogger.html