Malaysia Milik Muhyiddin Seorang Ke
via WhatsApp
Negara Malaysia ni Negara apa ?
Milik PM seorang ke ?
Tak ada perundangan ?
Tak ada dewan Rakyat ?
Tidak ada Mentri Kewangan ?
PM buat suka hati umum itu ini. Pelbagai Bantuan. Pelbagai projek dan pembangunan.
Saya bukan tak setuju tapi biar ikut praturan dan cara yg betul. Bentang kan dalam Dewan Rakyat. Biar rakyat tau untuk tujuan apa dan dari sumbar mana wang itu di perolehi.
Masa bEnd najib jadi PM macam ni lah sana sini hambur wang pada rakyat.
Jika najib guna istelah “cash is king” adakah yiddin akan guna istelah “cash is good”. Terserah pada rakyat untuk berfikir.
Kerajaan perkenal Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (#PENJANA) dengan tema Bersama Menjana Ekonomi, merangkumi 40 inisiatif bernilai RM35 bilion – PM @MuhyiddinYassin
Program MY30 akan diperkenalkan untuk pas perjalanan tanpa had bagi pengangkutan awam di bawah seliaan Prasarana di Lembah Klang, berkuatkuasa 15 Jun hingga 31 Disember 2020 – PM @MuhyiddinYassin
300,000 OKU, ibu tunggal tersenarai dengan JKM layak terima bayaran one-off RM300 dibayar sebelum Aidiladha – PM @MuhyiddinYassin
Kerajaan akan tubuh Pasukan Petugas Pengambilan Semula Pekerjaan Nasional dipengerusikan bersama Menteri Kewangan dan Menteri Sumber Manusia – PM @MuhyiddinYassin
Skim pembiayaan pelancongan bernilai RM1 bilion bantu sektor pelancongan – PM @MuhyiddinYassin
Tambahan RM2 bilion untuk dana Penjana PKS, maksimum RM500,000 setiap PKS – PM @MuhyiddinYassin
Insentif cukai dalam pelbagai bentuk perbelanjaan operasi dalam kebiasaan baharu seperti kos PPE dan ujian saringan kepada pengusaha syarikat – PM @MuhyiddinYassin
Kerajaan perkenal kempen Shop Malaysia Online, galak perbelanjaan dalam talian melalui platform e-dagang – PM @MuhyiddinYassin
Kerajaan sediakan lebih banyak perkhidmatan dalam talian termasuk proses mati setem dan e-temuduga biasiswa kerajaan – PM @MuhyiddinYassin
Geran Padanan Digital akan disediakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi dengan peruntukan sebanyak RM100 juta
Kempen Pemilikan Rumah akan diperkenalkan semula untuk rancakkan pasaran hartanah – PM @MuhyiddinYassin
Sejumlah RM500 juta akan disediakan di bawah SME Technological Transformation Fund sebagai pinjaman mudah – PM @MuhyiddinYassin
Kerajaan setuju lanjut dan seragamkan waktu operasi UTC berkuatkuasa 1 Julai – PM @MuhyiddinYassin
Smart Automation Grant diperuntukkan berjumlah RM100 juta dan setiap syarikat yang layak akan terima geran sehingga RM1 juta – PM @MuhyiddinYassin
Pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021 – PM @MuhyiddinYassin
Kerajaan akan kredit RM50 dalam akaun e-dompet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020 – PM @MuhyiddinYassin
Kerajaan setuju kadar cukai 0 peratus selama 10 tahun bagi pelaburan baharu di dalam sektor pengilangan dengan pelaburan dalam harta tetap di antara RM300 juta hingga RM500 juta – PM @MuhyiddinYassin
RM500 juta untuk SUKUK prihatin yang akan dilaksanakan suku ketiga tahun ini – PM @MuhyiddinYassin
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suarapakatandaily.com/archives/28077