Pengakuan Bekas Majistret Dedah Bagaimana Boleh Dapat Sehingga Rm10 00 Untuk Setiap Kes


Oleh Zulkiflee Bakar Firdaus Ramlan bersama pegawai-pegawai SPRM dalam satu program. GAMBAR FACEBOOK FIRDAUS RAMLAN “Jika saya dapat mengundurkan waktu, saya akan menjadi majistret yang menegakkan keadilan, bukan majistret yang korup.’’. Itulah jawapan Firdaus Ramlan ketika ditanya apakah dia merindui profesion perundangan.
Dalam wawancara bersama portal Malaysiakini, dia kini yang berusia 39 tahun dan merupakan lulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menceritakan kisah hidupnya supaya menjadi pengajaran kepada orang lain.
Firdaus merupakan hakim majistret di Kelantan apabila kes rasuahnya terbongkar lebih satu dekad lalu. Dia melakukan kesalahan itu ketika berkhidmat sebagai majistret di Mahkamah Majistret Gua Musang.
Sebelum itu, dia pernah bertugas sebagai pegawai undang-undang di majlis Perbandaran Klang dan penolong kanan pendaftar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
“Sistem yang korup tu dah ada. Saya mewarisinya. Ini merupakan rahsia terbuka,” tambahnya.
Tak sentuh sesenpun duit gaji
Mengakui dia tidak dipaksa untuk menerima rasuah, Firdaus berkata “broker” adalah antara mereka yang ‘menyambutnya’ ketika dia melaporkan diri sebagai hakim.
“Ini adalah orang tengah antara saya dan penjahat. Ketika saya melapor bertugas untuk pertama kalinya, mereka membayar makanan saya dan menyediakan tempat untuk saya tinggal,” katanya.
Gaji permulaan Firdaus bagi jawatan gred L41 adalah sebanyak RM1,500 sebulan.
Bagaimanapun, bekas majistret itu berkata dia tidak menyentuh ‘satu sen pun’ gaji berkenaan kerana boleh mendapat sehingga RM10,000 bagi setiap kes.
“Bayangkan berapa banyak yang akan saya dapat sekiranya ada tiga atau empat kes dalam sehari?” katanya sambil mengatakan godaan itu terlalu besar untuk dihindari.
Firdaus menceritakan dia menggunakan wang itu untuk membeli barangan mewah seperti jam tangan dan kasut berjenama.
“Ketika dah buat duit, giliran kamu melayani broker. Saya juga kirimkan wang kepada ibu bapa saya, ”tambahnya
Firdaus Ramlan Terbongkar selepas tertuduh buat laporan polis
Pada tahun 2009, Firdaus mengendalikan kes melibatkan pesalah dadah yang sebelumnya didakwa di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952. Pada masa itu, dia dikenali di kalangan orang tertentu sebagai majistret yang korup.
Tertuduh menawarkan untuk membayar RM5,000 untuk dibebaskan dengan bon bagi mengelakkan dipenjara.
Menceritakan bagaimana ia disepakati, Firdaus berkata tertuduh akan menyatakan hasratnya kepada anggota polis yang bertugas di mahkamah.
Anggota polis kemudian akan menyampaikan mesej itu ketua inspektor yang akan mendekati tertuduh untuk mengesahkan kesepakatan itu.
Setelah perkara itu disahkan, ketua inspektor, yang bertemu majistret setiap pagi, akan menyampaikan tawaran itu kepada Firdaus dan jika disepakati, tertuduh akan mengupah peguam untuk merayu hukuman yang lebih ringan di hadapan majistret.
Namun, dalam kes ini, tertuduh tidak menjelaskan bayarannya dan ini menyebabkan rasuah itu terbongkar.
“Ketua inspektor mengugut tertuduh bahawa dia akan mengemukakan rayuan dan mengembalikan hukuman penjara. Oleh itu, tertuduh buat laporan polis dan dedahkan kami semua. Tertuduh dilindungi di bawah Akta SPRM sebagai pemberi maklumat,” tambah bekas hakim itu.
Firdaus ditangkap pada 11 Oktober 2009 ketika isterinya mengandung anak pertama mereka.
Ketika perkara itu didengar di Mahkamah Rayuan, Firdaus mengaku dia cuba melarikan diri.
“Saya tahu ia dah berakhir. Saya melihat nama panel hakim termasuk Abdul Wahab Patail dan Jeffrey Tan. Peguam saya sudah bersedia tapi kes ini kuat. Para hakim tak akan tertipu, ” katanya.
Firdaus menceritakan dia mengambil kunci keretanya dan keluar dari bangunan mahkamah melalui pintu belakang ketika bertemu peguamnya.
“Dia tanya ke mana saya nak pergi. Saya beritahu saya nak lari. Tapi dia nasihatkan saya untuk berdepan masalah ini dan saya mendengar nasihat dia. Seperti dijangka, para hakim mengekalkan hukuman. Saya masih ingat wajah sedih isteri dan ibu mentua saya,” tambahnya.
Firdaus berkata, dia masih meratapi kematian ibu, ayah tiri dan adiknya yang meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.
“Mayat ibu saya rentung. Saya tak dapat berhenti daripada memikirkan bahawa saya telah memberi makan keluarga saya dengan hasil haram,” tambahnya.
Firdaus dijatuhi hukuman tiga tahun penjara tetapi dibebaskan dengan parol selepas 19 bulan.
*Perkenalkan diri sebagai ‘majistret korup’ untuk kongsi pengalaman
Pada bulan Jun 2014, Firdaus bertemu pegawai SPRM yang menyiasat kesnya.
“Saya nampak dia di sebuah restoran. Dia kenal saya ketika saya perkenalkan diri sebagai ‘majistret korup.’
“Saya beritahu dia bahawa saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan pegawai kerajaan yang lain untuk mengelakkan mereka mengalami nasib yang serupa,” tambahnya.
Dengan bantuan pegawai itu, Firdaus menemui pengarah SPRM negeri untuk mengemukakan cadangan tersebut.
“Pengarah setuju dengan idea itu. Sesi perkongsian pertama saya adalah di institut perguruan di Kota Bharu. Di situlah ia bermula. Inilah apa yang saya lakukan sekarang,” tambahnya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/pengakuan-bekas-majistret-dedah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awani Ringkas Kkm Bimbang Kes Kematian Covid 19 Bekas Komandan Upnm Didakwa Terima Rasuah

Awani Ringkas Kkm Bimbang Kes Kematian Covid 19 Bekas Komandan Upnm Didakwa Terima Rasuah

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 236 hits
KKM bimbang kes kematian COVID 19 Bekas komandan UPNM didakwa terima rasuah SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https ...
Dipenjara Kerana Rasuah Bekas Majistret Kongsi Pengalaman

Dipenjara Kerana Rasuah Bekas Majistret Kongsi Pengalaman

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 169 hits
Firdaus Ramlan merupakan hakim majistret di Kelantan apabila kes rasuahnya terbongkar lebih satu dekad lalu Dalam satu temu bual lulusan Universiti Teknologi Mara yang kini berusia 39 tahun itu menceritakan kisah hidupnya agar menjadi penga...
Rita Rudaini Dedah Bekas Suami Pernah Tidur Seminggu Dengan Anak Anak Dirumahnya

Rita Rudaini Dedah Bekas Suami Pernah Tidur Seminggu Dengan Anak Anak Dirumahnya

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 417 hits
Minggu lalu hangat diperkatakan apabila pemain bola sepak Aidil Zafuan menjelaskan dakwaan netizen mengatakan dia tidak membayar nafkah kepada dua anaknya bersama Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna Tampil membuka m...
Hiburan Bekas Isteri Keluar Jumpa Kekasih Keith Foo Tak Kisah Saya Boleh Jaga Anak Di Rumah

Hiburan Bekas Isteri Keluar Jumpa Kekasih Keith Foo Tak Kisah Saya Boleh Jaga Anak Di Rumah

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 601 hits
Kini bergelar duda anak satu pelakon Keith Foo memberitahu hubungan dia dan bekas isteri Kim Raymond tetap baik dan harmoni Sumber Kosmo Online Yang menjadi keutamaan buat mereka berdua kini adalah kebahagiaan anak sulung Skylar Raymond Foo...
Lagi Kes Curang Isteri Dedah Perkara Sebenar Aman Ra Sudah 4 Kali Lafaz Cerai Disebabkan Orang Ketiga

Lagi Kes Curang Isteri Dedah Perkara Sebenar Aman Ra Sudah 4 Kali Lafaz Cerai Disebabkan Orang Ketiga

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 378 hits
Penyanyi rap berkenaan dikatakan sudah lama tidak pulang ke rumah kerana berada di rumah wanita tersebut Pada 9 Februari 2021 media sosial digemparkan dengan berita mengenai penyanyi Rap terkenal iaitu Aman Ra yang dikatakan curang dengan i...
Covid Singapura Kesan Kes Pertama Bekas Pesakit Dijangkiti Semula

Covid Singapura Kesan Kes Pertama Bekas Pesakit Dijangkiti Semula

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 245 hits
mykmu netSingapura telah mengesan kes pertama kemungkinan kebolehjangkitan semula COVID 19 yang melibatkan pekerja migran di sebuah asrama demikian menurut Kementerian Kesihatan republik itu Walaupun kebolehjangkitan semula jarang berlaku n...
Tommy Dedah Ada Putera Uae Datang Lobi Tun M Untuk Gugurkan Kes Berkaitan 1mdb

Tommy Dedah Ada Putera Uae Datang Lobi Tun M Untuk Gugurkan Kes Berkaitan 1mdb

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 165 hits
February 2 2021 Seorang putera dari Emiriah Arab Bersatu telah melobi perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad untuk menggugurkan kes berkaitan 1MDB terhadap International Petroleum Investment Company milik Abu Dhabi Perkara itu dinya...
Video Kes Cerai Selesai Sekali Zarina Anjoulie Kata Sedih Tak Sempat Kata Bye Pada Bekas Suami

Video Kes Cerai Selesai Sekali Zarina Anjoulie Kata Sedih Tak Sempat Kata Bye Pada Bekas Suami

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 250 hits
PELAKON Zarina Anjoulie meluahkan rasa syukur apabila urusan penceraiannya dengan Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas dipermudahkan dan berakhir dengan baik pada Rabu Menerusi laman Instagram Zarina atau nama sebenar Zarina Anjouli...
Boleh Ke Ambil Vitamin C Setiap Hari

Boleh Ke Ambil Vitamin C Setiap Hari

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 238 hits
BOLEH KE AMBIL VITAMIN C SETIAP HARI Salam doctor saya nak tanya Kanak kanak perlu ke amalkan vit c setiap hari Terima kasih Walaikumusalam Setiap orang dari kita memerlukan vitamin C setiap hari Berapa banyak jumlah atau dos yang perlu dia...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever