Covid Singapura Kesan Kes Pertama Bekas Pesakit Dijangkiti Semula


mykmu.net
February 7, 2021


Singapura telah mengesan kes pertama kemungkinan kebolehjangkitan semula COVID-19 yang melibatkan pekerja migran di sebuah asrama, demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu.

Walaupun kebolehjangkitan semula jarang berlaku, namun kementerian setelah mendapat nasihat pakar dan menilai bukti klinikal dan makmal yang “menunjukkan bahawa ia adalah kes kemungkinan kebolehjangkitan semula”.

Tambahan, melalui hasil ujian reaksi polimerase berantai (PCR) yang positif, kementerian memaklumkan terdapat peningkatan yang nyata dalam titer antibodi berbanding tempoh sebelum kebolehjangkitan dan “mengesyaki pesakit terdedah kepada jangkitan baharu yang meningkatkan tahap antibodinya”.

“Virus yang dikesan di dalam sampel yang diambil pada Januari 2021 juga berbeza secara genetik dengan (virus) yang ada kaitan dengan wabak di asrama pada 2020, menunjukkan bahawa jangkitan ini berkemungkinan berbeza dan baharu,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan pada Sabtu malam.

Panel pakar terdiri daripada pakar penyakit berjangkit dan mikrobiologi dari Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID), Hospital Besar Singapura dan Makmal Kesihatan Awam Nasional.

Menurut MOH, pihaknya akan terus memantau kes COVID-19 yang dapat dipulihkan untuk menentukan pasca imun jangkitan pesakit.

“Setakat ini, tiada petunjuk bahawa pekerja yang telah pulih di asrama berkenaan mengalami kehilangan pasca imun jangkitan yang signifikan,” katanya.

Kementerian memaklumkan, pekerja berkenaan yang sebelum ini dilabelkan sebagai kes 2513, dikenal pasti daripada pemeriksaan pemantauan berjadual yang dijalankan sebagai sebahagian daripada pengawasan terhadap pekerja yang telah pulih bagi memantau pasca keimunan jangkitan mereka.

MOH memaklumkan kes membabitkan lelaki warga Bangladesh berusia 28 tahun yang mempunyai permit kerja yang tinggal di asrama, di 43 Tech Park Crescent.

Beliau disahkan menghidap jangkitan COVID-19 pada 12 April 2020 dan kemudian pulih dan secara konsisten diuji negatif untuk jangkitan COVID-19 sejak Jun 2020.

Bagaimanapun, pada 25 Jan lepas, hasil ujian jangkitan COVID-19 adalah positif dan beliau telah diasingkan.

“Banyak ujian berulang yang dilakukan juga didapati positif terhadap jangkitan COVID-19,” menurut kementerian itu.

MOH juga memaklumkan pekerja itu yang kini ditempatkan di NCID, telah dilaporkan tidak sihat pada 22 dan 23 Jan, namun, tidak mengalami gejala.

Setakat ini, semua kontak rapat kes berkenaan yang dikenal pasti telah diuji negatif COVID-19 dan telah diasingkan serta dikuarantin.

– BernamaEnable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/02/covid-singapura-kesan-kes-pertama-bekas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Cipta Sejarah Lagi 5 725 Kes Baharu 16 Pesakit Maut

Covid 19 Cipta Sejarah Lagi 5 725 Kes Baharu 16 Pesakit Maut

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 216 hits
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu 5 718 adalah penularan tempatan dan baki tujuh lagi kes import Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR 29 Jan Buat pertama kali sejak penularan Covid 19 dikesan di negara ini ju...
Awani Ringkas Kkm Bimbang Kes Kematian Covid 19 Bekas Komandan Upnm Didakwa Terima Rasuah

Awani Ringkas Kkm Bimbang Kes Kematian Covid 19 Bekas Komandan Upnm Didakwa Terima Rasuah

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 189 hits
KKM bimbang kes kematian COVID 19 Bekas komandan UPNM didakwa terima rasuah SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https ...
4 522 Pesakit Sembuh 5 298 Kes Baharu Covid 19

4 522 Pesakit Sembuh 5 298 Kes Baharu Covid 19

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 200 hits
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kaedah alternatif untuk merawat Covid 19 perlu ada bukti serta kajian yang kukuh Foto oleh Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR 31 Jan Malaysia mencatatkan jumlah kes sembuh Covid 19 harian tertinggi hari ini a...
10 Masjid Dan Surau Sekitar Temerloh Ditutup Sementara Berikutan Peningkatan Kes Jangkitan Covid 19

10 Masjid Dan Surau Sekitar Temerloh Ditutup Sementara Berikutan Peningkatan Kes Jangkitan Covid 19

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 346 hits
Mungkin berita ini kurang enak didengar apabila 10 masjid dan surau di sekitar Temerloh terpaksa ditutup sementara bermula 28 Januari 2021 berikutan kes jangkitan COVID 19 yang terus meningkat disekitar daerah ini Arahan ini dikeluarkan ole...
Terkini Paling Tinggi Hari Ini 5 728 Kes Positif Covid 19

Terkini Paling Tinggi Hari Ini 5 728 Kes Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 253 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan status terkini kes positif Covid 19 di Malaysia setakat hari ini 30 Januari 2021 adalah sebanyak 5 728 kes Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara kita meningkat kepada 209 661 ...
Satu Daripada 48 Kes Baru Alami Simptom 2 Minggu Sebelum Disahkan Positif Covid 19

Satu Daripada 48 Kes Baru Alami Simptom 2 Minggu Sebelum Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 252 hits
SINGAPURA Singapura melaporkan 48 kes baru COVID 19 hari ini semuanya kes diimport Demikian menurut Kementerian Kesihatan Jumlah kes import itu yang tertinggi di Singapura sejak 23 Mac apabila 48 kes import dilaporkan ketika itu
Dr Noor Hisham 3 346 Kes Baru Covid 19 Sembuh 4 427

Dr Noor Hisham 3 346 Kes Baru Covid 19 Sembuh 4 427

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 230 hits
Jumlah kes baru menurun namun kekal empat angka iaitu 3 346 orang kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Foto BernamaKUALA LUMPUR 24 Jan Pesakit sembuh daripada Covid 19 di negara ini mencatat jumlah tertinggi hari in...
3 300 Tenaga Kesehatan Di Jabar Ditargetkan Vaksinasi Covid 19 Pada Tahap Pertama

3 300 Tenaga Kesehatan Di Jabar Ditargetkan Vaksinasi Covid 19 Pada Tahap Pertama

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 134 hits
Pemerintah Provinsi Jawa Barat menggelar vaksinasi massal kepada tenaga kesehatan di Poltekkes dan 21 rumah sakit Sejauh ini sudah ada sekitar 3 300 orang segera disuntik vaksin tahap pertama yang pelaksanaannya hingga Senin
Kuat Sebab Anak Anak Genap Setahun Covid Balu Mangsa Pertama Di Johor Terus Bangkit

Kuat Sebab Anak Anak Genap Setahun Covid Balu Mangsa Pertama Di Johor Terus Bangkit

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 200 hits
Saya sentiasa berdoa wabak COVID 19 segera berakhir agar kita semua dapat menjalani kehidupan seperti dahulu kata seorang balu yang kematian suami akibat COVID 19 Noradilah Rani 33 berkata selepas kematian suaminya Mohammad Yusof Haron 34 p...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City