Dipenjara Kerana Rasuah Bekas Majistret Kongsi Pengalaman



Firdaus Ramlan merupakan hakim majistret di Kelantan apabila kes rasuahnya terbongkar lebih satu dekad lalu.
Dalam satu temu bual lulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang kini berusia 39 tahun itu menceritakan kisah hidupnya agar menjadi pengajaran kepada orang lain.
Firdaus melakukan kesalahan itu ketika berkhidmat sebagai majistret di Mahkamah Majistret Gua Musang.
Sebelum itu, dia pernah bertugas sebagai penasihat undang-undang untuk Majlis Bandaraya Klang dan pendaftar kanan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
“Sistem yang korup tu dah ada. Saya mewarisinya. Ini merupakan rahsia terbuka,” tambahnya.
Mengakui bahawa dia tidak dipaksa untuk menerima rasuah, Firdaus berkata “broker” adalah antara mereka yang ‘menyambutnya’ ketika dia melaporkan diri sebagai hakim.
“Ini adalah orang tengah antara saya dan penjahat. Ketika saya melapor bertugas untuk pertama kalinya, mereka membayar makanan saya dan menyediakan tempat untuk saya tinggal,” tambahnya.
Gaji permulaan Firdaus bagi jawatan gred F41 adalah sebanyak RM1,500 sebulan.
Bagaimanapun, bekas majistret itu berkata dia tidak menyentuh ‘satu sen pun’ gaji berkenaan kerana boleh mendapat sehingga RM10,000 bagi setiap kes.
“Bayangkan berapa banyak yang akan saya dapat sekiranya ada tiga atau empat kes dalam sehari?” katanya sambil mengatakan godaan itu terlalu besar untuk dihindari.
Firdaus menceriatakan dia menggunakan wang itu untuk membeli barangan mewah seperti jam tangan dan kasut berjenama.
“Ketika dah buat duit, giliran kamu melayani broker. Saya juga kirimkan wang kepada ibu bapa saya, ”tambahnya.
Bagaimana ia disepakati
Pada tahun 2009, Firdaus mengendalikan kes melibatkan pesalah dadah yang sebelumnya didakwa di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952. Pada masa itu, dia dikenali di kalangan orang tertentu sebagai majistret yang korup.
Tertuduh menawarkan untuk membayar RM5,000 untuk dibebaskan dengan bon bagi mengelakkan dipenjara.
Menceritakan bagaimana ia disepakati, Firdaus berkata tertuduh akan menyatakan hasratnya kepada anggota polis yang bertugas di mahkamah.
Anggota polis kemudian akan menyampaikan mesej itu ketua inspektor yang akan mendekati tertuduh untuk mengesahkan kesepakatan itu.
Setelah perkara itu disahkan, ketua inspektor, yang bertemu majistret setiap pagi, akan menyampaikan tawaran itu kepada Firdaus.
Sekiranya disepakati, tertuduh akan mengupah peguam untuk merayu hukuman yang lebih ringan di hadapan majistret.
Namun, dalam kes ini, tertuduh tidak menjelaskan bayarannya dan ini menyebabkan rasuah itu terbongkar.
“Ketua inspektior mengugut tertuduh bahawa dia akan mengemukakan rayuan dan mengembalikan hukuman penjara. Oleh itu, tertuduh buat laporan polis dan dedahkan kami semua.
“Tertuduh dilindungi di bawah Akta SPRM sebagai pemberi maklumat,” tambah bekas hakim itu.
Firdaus ditangkap pada 11 Oktober 2009 ketika isterinya mengandung anak pertama mereka.
Ketika perkara itu didengar di Mahkamah Rayuan, Firdaus mengaku dia cuba melarikan diri.
“Saya tahu ia dah berakhir.
“Saya melihat nama panel hakim termasuk Abdul Wahab Patail dan Jeffrey Tan. Peguam saya sudah bersedia tapi kes ini kuat. Para hakim tak akan tertipu, ” katanya.
Fridaus menceritakan dia mengambil kunci keretanya dan keluar dari bangunan mahkamah melalui pintu belakang ketika bertemu peguamnya.
“Dia tanya ke mana saya nak pergi.  Saya beritahu saya nak lari. Tapi dia nasihatkan saya untuk berdepan masalah ini dan saya mendengar nasihat dia.
“Seperti dijangka, para hakim mengekalkan hukuman. Saya masih ingat wajah sedih isteri dan ibu mentua saya,” tambahnya.
Firdaus berkata dia masih meratapi kematian ibu, ayah tiri dan adiknya yang meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.
“Mayat ibu saya rentung. Saya tak dapat berhenti daripada memikirkan bahawa saya telah memberi makan keluarga saya dengan hasil haram,” tambahnya.
Firdaus dijatuhi hukuman tiga tahun penjara tetapi dibebaskan dengan parol selepas 19 bulan.
Pada bulan Jun 2014, Firdaus bertemu pegawai SPRM yang menyiasat kesnya.
“Saya nampak dia di sebuah restoran. Dia kenal saya ketika saya perkenalkan diri sebagai ‘majistret korup.’
“Saya beritahu dia bahawa saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan pegawai kerajaan yang lain untuk mengelakkan mereka mengalami nasib yang serupa,” tambahnya.
Dengan bantuan pegawai itu, Firdaus menemui pengarah SPRM negeri untuk mengemukakan cadangan tersebut.
“Pengarah setuju dengan idea itu. Sesi perkongsian pertama saya adalah di institut perguruan di Kota Bharu. Di situlah ia bermula. Inilah apa yang saya lakukan sekarang,” tambahnya.
Ketika ditanya apakah dia merindui profesion perundangan, Firdaus menjawab:
“Jika saya dapat mengundurkan waktu, saya akan menjadi majistret yang menegakkan keadilan, bukan majistret yang korup.” MK
The post Dipenjara kerana rasuah, bekas majistret kongsi pengalaman appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/05/dipenjara-kerana-rasuah-bekas-majistret-kongsi-pengalaman/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=dipenjara-kerana-rasuah-bekas-majistret-kongsi-pengalaman

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Cakap Tak Suka Pun Kena Juga Hadapi Gangguan Seksual Hafreez Adam Kongsi Pengalaman Pahit Di Instagram

Hiburan Cakap Tak Suka Pun Kena Juga Hadapi Gangguan Seksual Hafreez Adam Kongsi Pengalaman Pahit Di Instagram

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 237 hits
Pelakon Hafreez Adam menerusi ruangan Instagram tampil berkongsi mengenai pengalaman pahitnya menghadapi gangguan seksual daripada wanita Sumber Instagram Hafreez Adam Gemar membahasakan dirinya sebagai Abe di media sosial Hafreez mendakwa ...
Akhirnya Anak Perempuan Yang Ditunggu Tunggu Setelah Dapat 6 Hero Berderet Ibu Ini Kongsi Pengalaman

Akhirnya Anak Perempuan Yang Ditunggu Tunggu Setelah Dapat 6 Hero Berderet Ibu Ini Kongsi Pengalaman

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 331 hits
Apabila sesebuah keluarga mempunyai zuriat lelaki pasti cita cita mereka juga inginkan anak perempuan Tapi bukan senang untuk dapatkan seperti yang kita impikan Selain berdoa kita juga harus berusaha untuk mendapatkanya Begitu juga yang ber...
Awani Ringkas Kkm Bimbang Kes Kematian Covid 19 Bekas Komandan Upnm Didakwa Terima Rasuah

Awani Ringkas Kkm Bimbang Kes Kematian Covid 19 Bekas Komandan Upnm Didakwa Terima Rasuah

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 236 hits
KKM bimbang kes kematian COVID 19 Bekas komandan UPNM didakwa terima rasuah SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https ...
Bekas Pengerusi Mara Inc Ditahan Bakal Didakwa Rasuah Rm33 45 Juta

Bekas Pengerusi Mara Inc Ditahan Bakal Didakwa Rasuah Rm33 45 Juta

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 367 hits
malaysiakini comDiterbitkan 3 Feb 2021 2 33 pmDikemaskini 2 40 pmSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan bekas pengerusi Mara Incorporated yang bergelar datuk hari ini berkaitan dakwaan menerima habuan RM33 45 juta daripada urus niag...
Bekas Ketua Penolong Setiausaha Kanan Kementerian Dituduh Rasuah

Bekas Ketua Penolong Setiausaha Kanan Kementerian Dituduh Rasuah

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 278 hits
fotoBERNAMA SHAH ALAM Seorang bekas ketua penolong setiausaha kanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Khamis atas dua pertuduhan menerima suapan RM100 000 bagi tender pembe...
Pengakuan Bekas Majistret Dedah Bagaimana Boleh Dapat Sehingga Rm10 00 Untuk Setiap Kes

Pengakuan Bekas Majistret Dedah Bagaimana Boleh Dapat Sehingga Rm10 00 Untuk Setiap Kes

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 278 hits
Oleh Firdaus Ramlan bersama pegawai pegawai SPRM dalam satu program GAMBAR FACEBOOK FIRDAUS RAMLAN Jika saya dapat mengundurkan waktu saya akan menjadi majistret yang menegakkan keadilan bukan majistret yang korup Itulah jawapan Firdaus Ram...
Bekas Pengerusi Mara Inc Di Dakwa Atas 22 Tuduhan Rasuah Pengubahan Wang Haram

Bekas Pengerusi Mara Inc Di Dakwa Atas 22 Tuduhan Rasuah Pengubahan Wang Haram

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 230 hits
KUALA LUMPUR Bekas Pengerusi Mara Incorporated Sdn Bhd Datuk Mohammad Lan Allani hari ini dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen di sini atas 22 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM20 45 juta membabitkan hartanah di Melbourne...
Pengalaman Kesusahan Dipenjara Menjadikan Lebih Kental Membantu Rakyat Susah

Pengalaman Kesusahan Dipenjara Menjadikan Lebih Kental Membantu Rakyat Susah

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 174 hits
ANWAR IBRAHIM Semalam tarikh 10 Februari adalah tarikh yang amat mengesankan saya tatkala sekali lagi dihumban ke penjara Pengalaman mendekam di penjara itu mengajar saya untuk kekal kuat dan teguh dalam menyuguh agenda rakyat meski diuji d...
Penerbit Memoir Bekas Ag Akan Saman Pihak Yang Kongsi Salinan Pdf Buku Tommy Thomas

Penerbit Memoir Bekas Ag Akan Saman Pihak Yang Kongsi Salinan Pdf Buku Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 185 hits
nbsp PETALING JAYA Penerbit memoir bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas mengugut akan mengambil tindakan undang undang terhadap mana mana individu yang berkongsi salinan cetak rompak PDF buku itu dalam talian GB Gerakbudaya dalam kenyat...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa