Pengajaran Dari Kisah Filem Mat Kilau
MOHD AFFNDI ABAS
Melaka pun empayar yang luas, ada senjata yang canggih dan armada yang kuat tapi jatuh juga pada Portugis sebab ada pembesar yang belot. Pembelotan Melaka ni tak kira bangsa, pembesar Melayu belot, pedagang Cina dan India pun ada yang belot sebab bekalkan tongkang pada Portugis. Orang Jawa di Melaka ketika itu pun ada yang belot.
Sewaktu Tunku Kudin tawan balik Kota Kuala Kedah, Siam serang di darat, British serang dari laut. Siapa yang jadi askar British pada waktu tu? Orang Melayu dari Negeri Selat juga yang jadi askar british. Tunku kudin dan ramai rakyat Kedah syahid waktu tu.
Mat Kilau pernah ditembak oleh British. Mat Kilau lemah dengan emas. Siapa yang bocorkan cerita yang yang Mat Kilau lemah dengan emas kalau bukan orang melayu sendiri.
Tapi ada Melayu yang tak belot. Waktu Hugh Clifford jumpa Sultan Terengganu minta Sultan Terengganu bantu tangkap mat kilau yang bersembunyi di Hulu Terengganu. Sultan Terengganu enggan kerjasama dan arahkan pembesar dia lindung Mat Kilau. Sultan Kelantan sendiri pun lindung Mat Kilau dengan reka kematian Mat Kilau.
PNgkhianatan ni tak kira bangsa tetapi selagi ada PNgkhianat selagi itu lar kita akan lemah. Kita menang pada pru lepas dan hanya selangkah untuk Anwar jadi PM tetapi disebabkan PNgkhianat lar kerajaan kita tumbang dan beberapa kerajaan negeri juga tumbang bukan disebabkan pengkhianat melayu tetapi PNgkhianat yang terdiri dari pelbagai bangsa. PNgkhianat dalam langkah Sheraton tak kira bangsa Melayu ada, India ada, Cina ada, Sabah dan Sarawak pun ada sebab diorg lebih memilih keuntungan individu dari keuntungan bersama.
Dalam filem Mat Kilau ditegaskan jangan salahkan penjajah tetapi salahkan bangsa kita yang bagi peluang dan ruang untuk penjajah jajah negara kita ni. Sama juga dalam pru, rakyat kita yang bagi ruang dan peluang untuk pemimpin yang korup ini berkuasa.
Dalam filem Mat Kilau diceritakan tentang sifat penduduk kampung yang ambil jalan untuk berdiam diri sebab kurang yakin boleh menang lawan British yang akhirnya gerai diorg dibom, dikenakan cukai yang tak masuk akal dan dibunuh. Sama juga dengan kita, kita ada rakyat yang memilih untuk buat undi rosak dan tak mahu keluar mengundi tapi bila harga barang naik bising, bila pemimpin korup bising tapi tiap kali pilihanraya ambil sikap taknak undi sebab tak yakin yang kita boleh menang dan tak yakin perubahan akan berlaku. Bila mengundi ada yang buat undi rosak dan post dekat media sosial demi untuk like tapi di media sosial bersuara macam dia mengundi.
Selagi mana parti politik bagi ruang pada PNgkhianat untuk bertanding dan Selagimana kita bagi ruang dan peluang untuk pemimpin korup ni diangkat dan kita sendiri tak cuba untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi ni dengan baik, selagi mana rakyat kita rasa biar lar pemimpin korup tapi dia bagi kita duit, kepimpinan negara ni takkan berubah.
Kalau kita ni pengundi yang undi pemimpin korup sebab dia bagi duit, sebab takut kena gertak, pengundi begini yang digambar sebagai watak Pak Derus. Kalau kita pengundi yang ambil keputusan berdiam diri dengan tak keluar mengundi, pengundi ni lar seperti penduduk kampung yang ambil keputusan diam diri dan taknak bantu mat kilau. Tapi kalau kita semua bersatu kita boleh menang sebab itu di akhir cerita Mat Kilau mampu menang bukan sebab Mat Kilau kuat tapi sebab bantuan daripada Pak Derus dan penduduk kampung yang bersama-sama Mat Kilau melawan penjajah.
#MatKilau
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/06/pengajaran-dari-kisah-filem-mat-kilau.html